You are currently browsing the monthly archive for Disember, 2007.

Potret terakhir Benazir sebelum dibunuh. Dari AFP.
Krisis politik yang berlaku di Pakistan menjadi semakin rumit apabila bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto terbunuh semalam. Benazir yang baru sahaja selesai memberikan ceramah pilihanraya di Rawalpindi ditembak dileher oleh seorang penyerang berani mati yang kemudiannya meletupkan sebuah bom. Letupan bom tersebut turut membunuh lebih kurang 20 orang lagi penyokongnya.
Kematian Benazir merumitkan lagi Presiden Musharraf yang telah menghadapi banyak tekanan politik dari dalam Pakistan. Musharraf merupakan “agen Amerika” yang menjalankan agenda memerangi keganasan dikatakan tercabar dengan Benazir. Anak kepada Zulfikar Ali Bhutto itu dikatakan bakal mengambil alih tugas Musharraf dalam perang anti keganasan tajaan Amerika Syarikat jika menang besar dalam pilihanraya akan datang.
Akibat daripada kematian Benazir, penyokongnya telah memenuhi jalanraya seluruh negara dan slogan Anti Musharraf semakin hebat dijeritkan. Mereka turut menuduh Musharraf adalah dalang kepada kematian Benazir. Situasi tegang terutamanya di tempat kelahiran Benazir di Sindh yang terletak di Karachi. Telah timbul khabar angin bahawa Musharraf akan menangguhkan pilihanraya pada 8 Januari 2008. Alasannya mudah, pilihanraya mungkin akan menyebabkan keganasan meningkat di Pakistan.
Video dijumpai di Youtube. Apakah ini tanda-tanda berakhirnya zaman Sammy Vellu? Sememangnya Sammy adalah satu liabiliti PM selian menantunya. Namun bukan mudah untuk membuang Sammy. Beliau tahu banyak rahsia-rahsia besar Umno. Jika PM berani, singkirkan Sammy. Jika tidak, PM dan Sammy kedua-duanya akan disingkir oleh rakyat.
Pepatah Melayu lama ada mengatakan, “Kerana mulut badan binasa”. Pepatah ini paling sesuai untuk ditujukan kepada menantu PM. Telah terbukti setiap kali beliau bersuara, seribu satu kutukan dan penghinaan akan diberikan kepada beliau didalam internet.
Nasib baiklah bapa mertuanya menguasai media arus perdana, kalau tidak dah tentu media arus perdana juga akan menjadi medium untuk mem”belasah” menantu PM. Contohnya and boleh melihat video dibawah….
Apabila Pemuda Gerakan membelsah Umno, tidak terdengar pula suara menantu PM. Mana dia pergi? Takkan dah takut kot…..
Saya terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita ini berpunca dari bangunan parlimen. Seorang gedebe dalam parlimen telah menuduh Dewan Bahasa Pustaka telah mandul. Mandul ertinya tidak berkeupayaan untuk beranak. Tidak beranak tidak bermakna tidak ada ronggi ponggi. Malah lembaga-lembaga yang berkanun dan kurang berkanun banyak juga yang jatuh mandul, terutama jika lembaga itu sarang Melayu. Lembaga yang menjadi sarang Melayu ini memang banyak mandulnya tapi hebat ronggi pongginya di dalam nya.
Bahasa adalah sesuatu yang hidup, bernafas dan terus bernyawa dan beronggi ponggi. Ertinya bahasa akan terus bertokok tambah melahirkan anak dan cucu cicit yang baru. Ada anak haram, ada anak luar nikah, ada anak pungut atau anak tut dari pelbagai bangsa. Hari ini perkataan pautan tidak ada sangkutan lagi dengan pokok. Konekted tidak ada sangkut paut dengan ‘bende’ itu. Download bukan meletakkan beban kerana kerana beban itu berat. Semua ini adalah contoh-contoh perkataan baru yang memasuki kamus Melayu.
Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pecomeh Bahasa Melayu disini ingin menambahkan lagi perbendaharan kata-kata bangsa saya. Takbir!
3 tahun yang lalu pada hari ini, kita menyaksikan “kemarahan” tuhan terhadap umat manusia. Gempa bumi yang membawa kepada Tsunami yang besar telah mengakibatkan kemusnahan kepada beberapa negara seperti Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Malaysia dan lain-lain lagi. Ratusan ribu nyawa melayang. Sehingga hari ini, Aceh masih lagi dalam proses rekonstruksi.
Mari kita dengarkan Lagu Ebiet G. Ade, yang telah menceritakan tentang bencana dan kemarahan tuhan terhadap manusia.
Tahun 2008 akan tiba tak lama lagi. Lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan 2007 yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit.
Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain, anda tentu sudah sakit kepala dengan kesesakan dan udara kotor di kota ini. Jadi keluarlah dari kesibukan ini buat seketika. Mulakan tahun baru anda dengan udara segar dan nyaman.
Jika anda ingin ke luar dari Kuala Lumpur atau dari mana-mana kota besar untuk tujuan berehat, bercuti sambil membuat kebajikan , sila klik disini. Diawal tahun baru, udara yang segar dan nyaman akan dapat membantu anda membuat perancangan tahun baru dengan lebih selesa.
Ini adalah satu inisiatif yang baik dan patut dicontohi. Diharap lebih banyak projek-projek sebegini yang akan diadakan lagi pada masa akan datang. Selain daripada membantu memantapkan lagi industri pelancongan di Malaysia, ekonomi masyarakat luar bandar dapat dijana.
Hanya rakyat yang mampu memastikan hak mereka terjamin. Sekarang ini penguasa telah menggunakan pelbagai cara untuk menyekat dan mengekang hak demokrasi rakyat. Dengan menggunakan ISA, mereka mahu kebangkitan rakyat dipadamkan. Pedulikan mereka. Mari kita bersama-sama membanjiri SUHAKAM dengan lautan manusia pada 19 Disember 2007. Sila lihat butirannya dibawah:
JOM KITA BANJIRI SUHAKAM PADA 19 DISEMBER !
Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.
Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).
Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.
Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :
1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara
2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis
3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman
Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :
Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)
Masa : 11 pagi
Tempat : SUHAKAM,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Dikeluarkan Oleh:
Jurucakap Gabungan :
S.Arutchelvan
019-2537791 (arul.psm@gmail.com)
03-22747791 (Pejabat)
GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN
D/A SUARAM –
433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.
03-77843525, 03-77835724 Fax - 77843526
(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)
Marilah kita bersma-sama menujukkan KEKUATAN RAKYAT. Kita buktikan bahawa rakyat tak mudah untuk diugut dan ditakut-takutkan. Kita buktikan bahawa RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI SEJATI di negara ini.
-hak istimewa Melayu, hak, ahak, ahak!
Akhirnya kabar angin (baca: laporan kebenaran) para blogger menjadi kenyataan. Pimpinan Hindraf telah ditahan tanpa bicara dengan menggunakan akta kejam ISA.
Sebenarnya tuntutan Hindraf atau luahan hati orang-orang India di Malaysia adalah suatu yang waras. Ia sewaras tuntutan rakyat minoriti beragama Islam di selatan negara Thailand, khususnya di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani. Telah menjadi
lumrah atau suatu ciri khas bahawa tuntutan kaum minoriti memang berbeza dengan tuntutan majoriti.
Mungkin dari satu segi nampak jelas kecelaruannya, dengan hanya memandang nasib sendiri tidak melihat sudut-sudat lain yang turut pincang seperti kehakiman, keadilan,
kesetaraan hak ekonomi dan politik untuk semua manusia. Tetapi hakikatnya kaum minoriti India di Malaysia memang sering merasa tersudut atau disudutkan. Ia seperti umat Islam sedunia hari ini selepas peristiwa serangan 911 atau selepas Afghanistan dan Iraq ditakluk.
Apatah lagi umumnya, dalam keadaan masyarakat Malaysia tinggal diam dan bernafas hanya dalam zon selesa (atau seksa) masing-masing dengan peluang perhubungan sejati yang cukup sedikit. Daripada pengalaman berorganisasi zaman kanak-kanak sewaktu bersekolah rendah hinggalah akhirnya ke zaman dewasa bergerak dalam parti
politik. Makanya, jika kuil saban hari diroboh, secara umumnya orang-orang Melayu dan Cina hanya melihat saja, atau tidak mendapat beritanya.
Atau misalnya, jika masjid di Terengganu atau surau dikampung Berembang diroboh, para aktivis Hindraf belum lagi bersuara tentangnya. Memang ada kekhilafan dalam tuntutan P. Uthayakumar, mungkin dia lupa atau tidak tahu siapa yang dibunuh pada tarikh
keramat 19 November 1985 di MEMALI! Atau siapa yang ditembak polis ketika demonstrasi aman Bersih di Kuala Terengganu.

Gambar ini diterima daripada salah seorang pembaca blog ini. Didalam gambar kita boleh lihat gambar kereta Abdul Razak Ismail yang dibawa oleh polis. Gambar ini dirakam selepas Abdul Razak Ismail dan Tian Chua ditangkap.
Anda boleh melihat yang kereta masih lagi berada dalam keadaan yang baik ketika sedang ditarik oleh trak polis. Namun setelah kereta itu berada dalam jagaan IPKKL, inilah yang terjadi….

Apa kata Abdullah Badawi? Keselamatan harta benda rakyat terbukti tidak terjamin dalam jagaan polis. Apa kata Musa Hassan?
Alasan keselamatan negara memang sering dijadikan alasan untuk mana-mana pemimpin diktator untuk mengekang atau membunuh lawan-lawan politik mereka. Begitu juga apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Abdullah dan menantu tahu bahawa Hindraf (Hindu Rights Action Force) telah menyebabkan sokongan masyarakat India kepada BN yang kuat selama ini beralih arah.
Apabila Abdullah menggunakan ISA kepada 5 orang pemimpin Hindraf, ia telah memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa apa yang dikatakan oleh Hindraf benar belaka. Mengapa Abdullah tidak menjawab apa yang didakwa oleh Hindraf dengan menggunakan hujah dan bukti bahawa apa yang dituduh oleh Hindraf tidak benar.
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan semuanya harus sedar bahawa sesiapa sahaja boleh ditahan dibawah ISA tidak kira sama ada mereka benar atau salah.Tidak kira komunis, teroris, pelampau agama, pembawa ajaran sesat, perompak, penyamun atau apa sahaja jenis kesalahan semuanya perlu dibicarakan di mahkamah.
ISA hanya digunakan oleh pengecut yang tidak berani untuk berdepan dengan kenyataan. Sudah sampai masanya untuk rakyat bersama-sama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Kita harus berjuang sehingga ISA dimansuhkan. ISA bukan untuk menjaga keselamatan negara. ISA hanya untuk mempertahankan kekuasaan pemimpin BN (UMNO, MCA, MIC dan etc).
Laporan terkini. 5 pemimpin Hindraf telah ditahan dibawah ISA pagi tadi. Mereka yang ditahan ialah :
1) P Uthayakumar
2) M Manoharan
3) R Kenghadharan
4) V. Ganabatirau
5) T Vasanthakumar
Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan
Ya, Pak Lah kamu seorang insan yang lemah. Kerana apa diri ini menggelarkan kamu lemah? Kamu terlalu bergantung kepada nasihat si penasihat yang berangan nak jadi Anwar Ibrahim pada waktu mudanya. Ya, kamu mendapat sokongan anak muda pada waktu ini akan tetapi kelompok anak muda yang bagaimana? Adakah sokongan anak muda yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap itu merupakan satu sokongan yang berkualiti.
Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal sebagai seorang pemimpin. Kamu gagal membela nasib rakyat. Jika benar kamu membela nasib rakyat turunkan harga minyak, turun tariff eletrik, turun harga tol, turunkan harga barang keperluan. Apa guna WPI, Nusajaya, Penang Second Crossing dimana kadar tol yang dicadangkan kepada kerajaan sebanyak RM 9.40 bagi kelas kedua walaupun tiang besi masih belum dipacakkan ke laut, NCER, ECER jikalau kos sara hidup meningkat. Kamu yakin segala projek billion – billion ringgit kamu itu akan meningkatkan kualiti hidup?
Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal dalam mempertahankan kuasa kamu sebagai seorang pemimpin. Kamu terpaksa menggunakan isu perkauman yang jijik untuk mempertahankan kuasa kamu. Kamu terpaksa menggunakan para samseng busuk untuk mengugut rakyat agar terus setia menyokong kamu. Kamu terpaksa menggunakan polis untuk mematikan gelombang kebangkitan rakyat. Kamu terus – menerus menggunakan media untuk meracuni pemikiran rakyat dan tidak memberi sedikit ruang untuk parti politik lain untuk menggunakan media yang sedia ada. Kamu terus bersikap seperti penjajah British, Portugal, Belanda, dan Jepun kerana telah mengugut rakyat agar tidak menentang mereka dan jika rakyat degil kamu akan menahan mereka. Malu Pak Lah, malu sangat!!
Saya malu anda pemimpin seperti ini. Malu kerana kamu bersikap kejam dan zalim. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi undurlah dengan secara terhormat..Undurlah.
Sudah tiba masanya anda berundur dengan terhormat kerana anda gagal sebagai pemimpin. Jika anda tidak mahu berundur maka bersiap – sedialah, rakyat akan turun ke jalan raya dan akan melaungkan
“ABDULLAH LETAK JAWATAN!”
“UNDUR PAK LAH UNDUR!”
Malulah keatas diri kamu Abdullah Ahmad Badawi..malulah!!
Malcom adalah seorang penulis bebas yang akan memberikan sumbangan artikel dari masa ke semasa.

Dalam sejarah Malaysia, Abdullah Badawi adalah perdana menteri terhina yang pernah dipunyai oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan adalah yang paling keji dan hina. Kedua-dua mereka menggunakan imej Islam sebagai topeng kepada kejahatan mereka.
Telah terbukti, belum pun berapa lama berada di tampuk kekuasaan, Abdullah dan Musa telah menunjukkan muka mereka yang sebenar. Diatas adalah kereta aktivis, Abdul Razak bin Ismail yang telah terbakar dan musnah teruk sewaktu berada dalam jagaan polis.

Polis sudah tidak lagi menjaga keselamatan rakyat dan harta rakyat. Jangan kita lupa bagaimana kejamnya polis menembak orang awam di Batu Burok. Siapa yang bertanggungjawab? Abdullah Badawi kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri dan Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara.
Musa Hassan akan ke Mekah untuk menunaikan haji pada 14 Disember 2007. Apa yang berlaku kepada Abdul Razak Ismail dan dua orang yang DITEMBAK polis di Batu Burok mungkin akan berlaku kepada diri anda. Jangan duduk diam dalam melihat penindasan. Masa telah tiba untuk memastikan Abdullah Badawi dan Musa Hassan letak jawatan. Jangan biarkan Abdullah Badawi menjadikan Malaysia milik anak-beranak beliau. Jangan biarkan polis terus menindas rakyat. Sekarang tembakan dan kemusnahan kereta, mungkin selepas ini Tragedi Memali akan berulang.
Sejak dari malam semalam polis telah mengadakan sekatan dibeberapa jalan masuk ke Kuala Lumpur. Tujuannya kali ini ialah untuk memastikan perhimpunan aman BERSIH yang ingin menghantar memorandum bantahan ke Parlimen terhadap usul untuk melanjutkan kontrak Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR.

Sesampainya kejalan masuk ke parlimen, kelihatan Tian Chua dan pembantunya Razak sedang ditahan. Walaupun belum ada lagi perhimpunan dimulakan, Tian dan Razak telah ditarik dengan ganas oleh pihak polis seolah-olah mereka adalah ketua pengganas. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 10 lebih (11 Disember 2007).
Selepas kekecohan itu dalam masa 2 minit, polis bergegas menangkap dua orang lagi, rupa-rupanya Saudara Arul dan Sivarajan dari PSM. Disitulah aku ternampak seorang polis memegang sebuah buku kecil yang terdapat gambar-gambar orang-orang yang mereka ingin tangkap.

Kemudian ternampak Dr Hatta, Dr. Lo’Lo, Dr. Nasir, Ang bersama beberapa orang rakan-rakan penyokong BERSIH berkumpul, tiada apa yang dilakukan cuma berdiri dan berbual-bual sesama sendiri. Kemudian wartawan menyerbu dan bertanya soalan kepada Dr. Hatta. Sedang Dr. Hatta memberikan kenyataan, polis menyerbu dan menangkap kesemua yang ada berhampiran dengannya termasuklah Dr. Nasir, Ang, Dr. Lo’Lo dan beberapa orang aktivis. Mereka diseret dengan ganas ke trak polis.

Kelihatan Abdullah Badawi begitu terdesak seperti berada disaat-saat akhir sebelum kejatuhannya. Sebab itu beliau mahu polis menggagalkan perhimpunan dengan apa cara sekalipun. Walaupun Abdullah berkuasa belumpun cukup sepenggal, Malaysia sudah dijadikan negara polis. Ianya mirip ketika dizaman Mahathir dihujung kuasa. Apakah ini langkah terkahir yang cuba dilakukan oleh Abdullah yang sedar bahawa beliau sudah sampai ke akhir kekuasaan?

Menurut satu sumber yang dekat dengan kepimpinan tertinggi polis, Musa Hassan dan beberapa orang pegawai tertinggi polis akan ke Mekah pada 14 Disember 2007 ini bagi menunaikan haji. Keputusan ini dikatakan berlaku secara mengejut. Apakah ada sesuatu yang buruk akan berlaku ketika Musa Hassan dan orang-orang kuatnya tiada dalam negara?

Polis mengawal parlimen yang seharusnya milik rakyat dengan ketat sehingga menggunakan kawat dawai. Seorang teman wartawan senior memberitahu bahawa kali terakhir beliau melihat polis menggunakan kawat dawai ialah pada tahun 1969. Apakah Abdullah dan menantu akan menghuru-harakan Malaysia demi untuk mempertahankan kuasa?
Lagi Berita:
1) Malaysiakini.
2) Malaysia-Today.
3) Klpos.
4) Harakahdaily.
![]()

Kanak-kanak sekolah yang diperalatkan…..
Damai Malayaia yang dikatakan gabungan hampir 400 NGO telah mengadakan pertemuan di Kampung Baru pada 6 Disember 2007 yang lalu. Katanya mereka mahu menuntut kerajaan menghentikan demonstrasi jalanan kerana ia bukan “budaya kita”. Namun jika anda lihat dari gambar diatas, anda boleh melihat ramai kanak-kanak sekolah yang dibawa untuk memenuhkan dewan. Apakah membawa mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk memenuhkan dewan agar kelihatan bahawa Damai Malaysia benar-benar mendapat sokongan itu Budaya Kita?
Tepuk dada tanyalah selera. Oleh kerana Damai Malaysia mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka kanak-kanak sekolah yang tidak tahu apa-apa telah digunakan. Damai Malaysia tahu bahawa gelombang rakyat yang menuntut perubahan melalui demonstrasi terlalu besar dan tidak mampu dikalahkan. Maka mereka juga mahu kelihatan besar. Demi mencapai agenda sempitnya, kanak-kanak pun kanak-kanaklah, asalkan dewan penuh.
Damai Malaysia juga mungkin tidak tahu atau lupa Sejarah. Malaysia berdiri dengan adanya demonstrasi. Demosntrasi aman adalah sesuatu yang dijamin oleh Artikel 10, Perlembagaan Perseketuan. Walaupun Akta Polis menetapkan bahawa semua perhimpunan perlu mendapatkan permit polis, Perlembagaan Negara menjamin hak demokrasi rakyat. Perlembagaan Negaralah yang harus dijunjung. Bukan Akta Polis. Kerana Malaysia bukanlah negara polis. Malaysia juga bukanlah milik Pak Lah dan menantu. Malaysia milik rakyat Malaysia.
Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita mentertawakan Damai Malaysia yang cuba memperalatkan kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik Pak Lah dan menantunya. Entah berapa banyak wang dilaburkan….. Kasihan… kasihan….
Tak terlawan langsung dengan 10 November 2007.
Kali ini Perdana Menteri India pula telah bersuara. Manmohan Singh dikatakan marah dengan kekerasan yang digunakan oleh Polis Malaysia terhadap peserta perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007. Berikut adalah petikan daripada kata-kata beliau.
“Ini adalah perkara yang kita pandang berat,” kata Singh dalam satu sidang akhbar bersama dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso di New Delhi.
“Bilamana rakyat India atau kaum India di luar negeri menghadapi masalah, sudah kami memandang berat terhadapnya,” tambahnya.
Beliau membuat ulasan tersebut selepas seorang menteri kabinetnya berkata New Delhi akan menghubungi Kuala Lumpur berhubung isu tersebut. Untuk membaca berita selanjutnya daripada Malaysiakini, sila klik disini.
Selepas Amerika Syarikat bersuara, India yang juga merupakan salah satu daripada kuasa besar dunia menyatakan pendirian mereka. Namun Pak Lah dan menantunya masih lagi belum menjawab kenyataan daripada kedua-dua kuasa besar dunia tersebut. Beranikah Pak Lah memutuskan hubungan diplomatik Malaysia dengan Amerika Syarikat dan India? Beranikah pula menantunya menghimpunkan pemuda Umno dihadapan kedutaan India?
Kepimpinan Malaysia sekarang ini bukan sahaja dikritik didalam negara tetapi juga diperingkat antarabangsa. Oleh kerana kegagalan Pak Lah menguruskan negara dengan baik, semua orang Melayu akan dipandang jahat dimata dunia. Apakah ini balasan kepada mandat besar yang diberikan oleh rakyat pada tahun 2004 (walaupun ketelusan pilihanraya tersebut dipertikaikan oleh ramai pihak)?
Sanggupkah Pak Lah meletakkan jawatan akibat kegagalannya menguruskan negara? Atau mahu terus mengikut telunjuk menantunya yang telah berjaya memporak-perandakan negara?

Komen Terkini