Apabila kanak-kanak menjadi peralatan untuk kepentingan politik…

7 12 2007

Kanak-kanak sekolah yang diperalatkan…..

Damai Malayaia yang dikatakan gabungan hampir 400 NGO telah mengadakan pertemuan di Kampung Baru pada 6 Disember 2007 yang lalu. Katanya mereka mahu menuntut kerajaan menghentikan demonstrasi jalanan kerana ia bukan “budaya kita”. Namun jika anda lihat dari gambar diatas, anda boleh melihat ramai kanak-kanak sekolah yang dibawa untuk memenuhkan dewan. Apakah membawa mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk memenuhkan dewan agar kelihatan bahawa Damai Malaysia benar-benar mendapat sokongan itu Budaya Kita?

Tepuk dada tanyalah selera. Oleh kerana Damai Malaysia mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka kanak-kanak sekolah yang tidak tahu apa-apa telah digunakan. Damai Malaysia tahu bahawa gelombang rakyat yang menuntut perubahan melalui demonstrasi terlalu besar dan tidak mampu dikalahkan. Maka mereka juga mahu kelihatan besar. Demi mencapai agenda sempitnya, kanak-kanak pun kanak-kanaklah, asalkan dewan penuh.

Damai Malaysia juga mungkin tidak tahu atau lupa Sejarah. Malaysia berdiri dengan adanya demonstrasi. Demosntrasi aman adalah sesuatu yang dijamin oleh Artikel 10, Perlembagaan Perseketuan. Walaupun Akta Polis menetapkan bahawa semua perhimpunan perlu mendapatkan permit polis, Perlembagaan Negara menjamin hak demokrasi rakyat. Perlembagaan Negaralah yang harus dijunjung. Bukan Akta Polis. Kerana Malaysia bukanlah negara polis. Malaysia juga bukanlah milik Pak Lah dan menantu. Malaysia milik rakyat Malaysia.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita mentertawakan Damai Malaysia yang cuba memperalatkan kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik Pak Lah dan menantunya. Entah berapa banyak wang dilaburkan….. Kasihan… kasihan….

Tak terlawan langsung dengan 10 November 2007.