Apabila kanak-kanak menjadi peralatan untuk kepentingan politik…

7 12 2007

Kanak-kanak sekolah yang diperalatkan…..

Damai Malayaia yang dikatakan gabungan hampir 400 NGO telah mengadakan pertemuan di Kampung Baru pada 6 Disember 2007 yang lalu. Katanya mereka mahu menuntut kerajaan menghentikan demonstrasi jalanan kerana ia bukan “budaya kita”. Namun jika anda lihat dari gambar diatas, anda boleh melihat ramai kanak-kanak sekolah yang dibawa untuk memenuhkan dewan. Apakah membawa mempergunakan kanak-kanak sekolah untuk memenuhkan dewan agar kelihatan bahawa Damai Malaysia benar-benar mendapat sokongan itu Budaya Kita?

Tepuk dada tanyalah selera. Oleh kerana Damai Malaysia mahu menunjukkan bahawa mereka mendapat sokongan rakyat, maka kanak-kanak sekolah yang tidak tahu apa-apa telah digunakan. Damai Malaysia tahu bahawa gelombang rakyat yang menuntut perubahan melalui demonstrasi terlalu besar dan tidak mampu dikalahkan. Maka mereka juga mahu kelihatan besar. Demi mencapai agenda sempitnya, kanak-kanak pun kanak-kanaklah, asalkan dewan penuh.

Damai Malaysia juga mungkin tidak tahu atau lupa Sejarah. Malaysia berdiri dengan adanya demonstrasi. Demosntrasi aman adalah sesuatu yang dijamin oleh Artikel 10, Perlembagaan Perseketuan. Walaupun Akta Polis menetapkan bahawa semua perhimpunan perlu mendapatkan permit polis, Perlembagaan Negara menjamin hak demokrasi rakyat. Perlembagaan Negaralah yang harus dijunjung. Bukan Akta Polis. Kerana Malaysia bukanlah negara polis. Malaysia juga bukanlah milik Pak Lah dan menantu. Malaysia milik rakyat Malaysia.

Jadi sebagai rakyat Malaysia marilah kita mentertawakan Damai Malaysia yang cuba memperalatkan kanak-kanak sekolah demi kepentingan politik Pak Lah dan menantunya. Entah berapa banyak wang dilaburkan….. Kasihan… kasihan….

Tak terlawan langsung dengan 10 November 2007.


Tindakan

Informasi

8 gerakbalas-gerakbalas

8 12 2007
jingoza

spin @ dongeng yang bodoh dan hanya mangkuk dan kayu saja akan percaya aktiviti bangang ini !

8 12 2007
madbi

damai malaysia????…..salah tu.. mamai malaysia kot….

8 12 2007
cakapaje

Salam bro,

Kasihan…lagi kasihan bila tengok gambar tu, anak anak itu cam terlentuk je kepala memasing, tertidur agaknya mereka dibuai celoteh orang kat atas pentas tu. Nasib baik le takde katil lol!

9 12 2007
Jebat Durhaka « hardyweb:perjalanan hidupku™

[...] HINDRAF.. siapa yang membangkitkan amarah rakyat sebenarnya ? sehingga, satu perhimpunan baru di Kampung Baru dirancang bagi menunjukkan amarah orang Melayu ? ini memberikan kelebihan pada kerajaan untuk [...]

11 12 2007
bindin

demonstrasi jalanan kerana ia bukan “budaya kita” …… ” dah nyanyok ni

dulu masa banyak melayu bercawat dan bejalan kaki ayam.. bukan kah cara ni kita menunjukkan kemarahan kita terhadap .penubuhan malayan union dan kes nadrah dan banyak lagi’.

sekarang mentang2 dah berkereta mercedez dan ber kondominium tinggi kita dah lupa budaya kita.
jangan selalu menindas
‘ tak kah kita takut reaksi berlebihan yang akan meletup nanti..
semua boleh punah …

11 12 2007
akarkayureput

antara yang terlibat tu ALMA? huh mamat kaki belit putar alam..

11 12 2007
DIDI KOTA BELUD

budak yang tengah pegang handfhone ” baik aku layan sms dengan si liza ni,,,,,,,,,,,,,ntah apa-apa ntah,,apa isu kat atas tu?”….budak sebelah nya….”aaahhalah…..nyesal aku mai …..bila lah nak finish ni….?” kata dulang paku serpih…..kata orang BN sendiri yanglebih.

12 12 2007
asad wahab

Budak pun budak lah janji ada tepuk dan sorak,budak….datang pengangkutan,makan dan duit kocek pun dapat agaknya….MASYUUUK budak dapat sikit ha yg byk tu sudah tentu tuan pengerusi dan juak2nya,Syabas UMNO lagi 20 thn lingkup laa jati diri bangsa Melayu,errrks bunyi perut tuan pengerusi…..!

Tinggalkan komen