Malulah Terhadap Diri Kamu Pak Lah- Malcom

12 12 2007

Benar kata – kata orang dahulu kala, orang yang lemah apabila terdesak akan bertukar menjadi manusia yang paling kejam. Pada hari ini orang yang rakus, tamak haloba, zalim, lembab dan yang sewaktu dengannya akan tetapi keadaannya lemah, apabila kejahatannya mula didedahkan dan dirinya tidak dapat membersihkan dirinya, maka diri itu akan menggunakan segala kekuasaan yang ada untuk menutup para pejuang keadilan

      Ya, Pak Lah kamu seorang insan yang lemah. Kerana apa diri ini menggelarkan kamu lemah? Kamu terlalu bergantung kepada nasihat si penasihat yang berangan nak jadi Anwar Ibrahim pada waktu mudanya. Ya, kamu mendapat sokongan anak muda pada waktu ini akan tetapi kelompok anak muda yang bagaimana? Adakah sokongan anak muda yang terlibat dengan jenayah dan kongsi gelap itu merupakan satu sokongan yang berkualiti.

      Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal sebagai seorang pemimpin. Kamu gagal membela nasib rakyat. Jika benar kamu membela nasib rakyat turunkan harga minyak, turun tariff eletrik, turun harga tol, turunkan harga barang keperluan. Apa guna WPI, Nusajaya, Penang Second Crossing dimana kadar tol yang dicadangkan kepada kerajaan sebanyak RM 9.40 bagi kelas kedua walaupun tiang besi masih belum dipacakkan ke laut, NCER, ECER jikalau kos sara hidup meningkat. Kamu yakin segala projek billion – billion ringgit kamu itu akan meningkatkan kualiti hidup?

      Kamu gagal Pak Lah. Kamu gagal dalam mempertahankan kuasa kamu sebagai seorang pemimpin. Kamu terpaksa menggunakan isu perkauman yang jijik untuk mempertahankan kuasa kamu. Kamu terpaksa menggunakan para samseng busuk untuk mengugut rakyat agar terus setia menyokong kamu. Kamu terpaksa menggunakan polis untuk mematikan gelombang kebangkitan rakyat. Kamu terus – menerus menggunakan media untuk meracuni pemikiran rakyat dan tidak memberi sedikit ruang untuk parti politik lain untuk menggunakan media yang sedia ada. Kamu terus bersikap seperti penjajah British, Portugal, Belanda,  dan Jepun kerana telah mengugut rakyat agar tidak menentang mereka dan jika rakyat degil kamu akan menahan mereka. Malu Pak Lah, malu sangat!!

      Saya malu anda pemimpin seperti ini. Malu kerana kamu bersikap kejam dan zalim. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi undurlah dengan secara terhormat..Undurlah.

Sudah tiba masanya anda berundur dengan terhormat kerana anda gagal sebagai pemimpin. Jika anda tidak mahu berundur maka bersiap – sedialah, rakyat akan turun ke jalan raya dan akan melaungkan

“ABDULLAH LETAK JAWATAN!”

“UNDUR PAK LAH UNDUR!”

Malulah keatas diri kamu Abdullah Ahmad Badawi..malulah!!

Malcom adalah seorang penulis bebas yang akan memberikan sumbangan artikel dari masa ke semasa. 





Kereta aktivis terbakar dalam jagaan polis. Abdullah, Musa Hassan harus letak jawatan!!!

12 12 2007

Dalam sejarah Malaysia, Abdullah Badawi adalah perdana menteri terhina yang pernah dipunyai oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan adalah yang paling keji dan hina. Kedua-dua mereka menggunakan imej Islam sebagai topeng kepada kejahatan mereka.

Telah terbukti, belum pun berapa lama berada di tampuk kekuasaan, Abdullah dan Musa telah menunjukkan muka mereka yang sebenar. Diatas adalah kereta aktivis, Abdul Razak bin Ismail yang telah terbakar dan musnah teruk sewaktu berada dalam jagaan polis.

Polis sudah tidak lagi menjaga keselamatan rakyat dan harta rakyat. Jangan kita lupa bagaimana kejamnya polis menembak orang awam di Batu Burok. Siapa yang bertanggungjawab? Abdullah Badawi kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri dan Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara.

Musa Hassan akan ke Mekah untuk menunaikan haji pada 14 Disember 2007. Apa yang berlaku kepada Abdul Razak Ismail dan dua orang yang DITEMBAK polis di Batu Burok mungkin akan berlaku kepada diri anda. Jangan duduk diam dalam melihat penindasan. Masa telah tiba untuk memastikan Abdullah Badawi dan Musa Hassan letak jawatan. Jangan biarkan Abdullah Badawi menjadikan Malaysia milik anak-beranak beliau. Jangan biarkan polis terus menindas rakyat. Sekarang tembakan dan kemusnahan kereta, mungkin selepas ini Tragedi Memali akan berulang.