Penggunaan ISA bukti Abdullah tewas kepada Hindraf
Alasan keselamatan negara memang sering dijadikan alasan untuk mana-mana pemimpin diktator untuk mengekang atau membunuh lawan-lawan politik mereka. Begitu juga apa yang berlaku di Malaysia sekarang. Abdullah dan menantu tahu bahawa Hindraf (Hindu Rights Action Force) telah menyebabkan sokongan masyarakat India kepada BN yang kuat selama ini beralih arah.
Apabila Abdullah menggunakan ISA kepada 5 orang pemimpin Hindraf, ia telah memberikan gambaran kepada masyarakat antarabangsa bahawa apa yang dikatakan oleh Hindraf benar belaka. Mengapa Abdullah tidak menjawab apa yang didakwa oleh Hindraf dengan menggunakan hujah dan bukti bahawa apa yang dituduh oleh Hindraf tidak benar.
Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan semuanya harus sedar bahawa sesiapa sahaja boleh ditahan dibawah ISA tidak kira sama ada mereka benar atau salah.Tidak kira komunis, teroris, pelampau agama, pembawa ajaran sesat, perompak, penyamun atau apa sahaja jenis kesalahan semuanya perlu dibicarakan di mahkamah.
ISA hanya digunakan oleh pengecut yang tidak berani untuk berdepan dengan kenyataan. Sudah sampai masanya untuk rakyat bersama-sama dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Kita harus berjuang sehingga ISA dimansuhkan. ISA bukan untuk menjaga keselamatan negara. ISA hanya untuk mempertahankan kekuasaan pemimpin BN (UMNO, MCA, MIC dan etc).















Pemerintah ni kalu nak ambik tindakan apa sekalipun, nescaya ada sebab-sebab @ alasan-alasannya.
Bagi saya, soal pengecut tak timbul.
Saya juga kurang pasti bahawa ISA digunakan ke atas 5 orang pemimpin itu membuktikan/membayangkan yang Pemerintah “tewas” di tangan Hindraf.
Spt yang saya apungkan komen awal, rakan-rakan kita yang bijak bistari (dari Hindraf) tu sudah tersilap langkah, terlanjur kata-kata. Yang putih dikatakan hitam….
Kalu mereka yang bercakap “tidak benar” itu tidak dihukum di dunia ini, ketika tiba di neraka ( bagi yang bukan-Muslim) nanti, lidah mereka akan dipotong.
Kalu setakat ISA dan beristirehat selama dua tahun di Taiping ( atas biaya Gomen pulak tu!), hukuman yang diterima mereka ibarat “tamparan di lengan”.
Kenapa mereka dari BERSIH tidak diberkas? Mereka jugak ada melanggar undang-undang. Tapi mereka TIDAK bercakap bohong @ memfitnah; mereka bentangkan kelemahan2 sistem pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya yang berat sebelah….
Kalu ada hukuman sekalipun, mereka akan hanya dibicara di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Polis 1967 seksyen 27….
Sekarang rakan-rakan kita yang bijak bistari mungkin sudah sedar bahawa Pemerintah yang duk mentadbir negara kita BUKANnya “half past six” atau “Bodohlah”.
Jangan mudah sangat kita perlekeh Pemerintah kita. Bijak tak bijak itu soal pendekatan; bukan soal fizikal/kepala otak pemimpin.
Sekarang: Tanyalah diri sendiri: Siapa yang “half past six”? Siapa yang bodoh?
Kita di Malaysia ni kalu nak perjuangkan apa-apa isu, kita hendaklah pegang pada fakta/kebenaran/keperluan/undang-undang.
Kalu setakat main hentam sahaja, saya kira siapa pun bisa saja.
Semoga yang sesat balik ke pangkal jalan.
Salam hormat.
HIDUP MALAYSIA.
Aku tak memandang bersih itu salah. Noktah!
aku tak bape setuju dgn kau….
fakta/kebenaran/keperluan/undang2
faktanya..
ekonomi negara semakin hancur, siswazah terpaksa jadi pelayan di restoran,
kebenaran
kerajaan sembunyikan fakta sebenar dari orang kampung mcm kau… yang ayik tgk tv3 dan rtm
keperluan
aku tak nak anak cucu cicit aku malu sebab aku berdiam diri melihat org2 yang merompak harta rakyat utk meng”apung”kan indeks bskl
undang2
kalau kau nek menentang kerajaan… jwbnya… dudk lah diam2 di kamunting…
so…
sape yang “half past six” skang ni…
waslam..///
ISA -IKUT SUKA AKU
PELACUR- PEROGOL LEBIH TERJAMIN DIBAWA UNDANG2,KALAU LAWAN GOMEN
JALAN2 CARI MAKAN DI TAIPING……………..