Majoriti versus minoriti – Rahmat Haron
-hak istimewa Melayu, hak, ahak, ahak!
Akhirnya kabar angin (baca: laporan kebenaran) para blogger menjadi kenyataan. Pimpinan Hindraf telah ditahan tanpa bicara dengan menggunakan akta kejam ISA.
Sebenarnya tuntutan Hindraf atau luahan hati orang-orang India di Malaysia adalah suatu yang waras. Ia sewaras tuntutan rakyat minoriti beragama Islam di selatan negara Thailand, khususnya di wilayah Narathiwat, Yala dan Pattani. Telah menjadi
lumrah atau suatu ciri khas bahawa tuntutan kaum minoriti memang berbeza dengan tuntutan majoriti.
Mungkin dari satu segi nampak jelas kecelaruannya, dengan hanya memandang nasib sendiri tidak melihat sudut-sudat lain yang turut pincang seperti kehakiman, keadilan,
kesetaraan hak ekonomi dan politik untuk semua manusia. Tetapi hakikatnya kaum minoriti India di Malaysia memang sering merasa tersudut atau disudutkan. Ia seperti umat Islam sedunia hari ini selepas peristiwa serangan 911 atau selepas Afghanistan dan Iraq ditakluk.
Apatah lagi umumnya, dalam keadaan masyarakat Malaysia tinggal diam dan bernafas hanya dalam zon selesa (atau seksa) masing-masing dengan peluang perhubungan sejati yang cukup sedikit. Daripada pengalaman berorganisasi zaman kanak-kanak sewaktu bersekolah rendah hinggalah akhirnya ke zaman dewasa bergerak dalam parti
politik. Makanya, jika kuil saban hari diroboh, secara umumnya orang-orang Melayu dan Cina hanya melihat saja, atau tidak mendapat beritanya.
Atau misalnya, jika masjid di Terengganu atau surau dikampung Berembang diroboh, para aktivis Hindraf belum lagi bersuara tentangnya. Memang ada kekhilafan dalam tuntutan P. Uthayakumar, mungkin dia lupa atau tidak tahu siapa yang dibunuh pada tarikh
keramat 19 November 1985 di MEMALI! Atau siapa yang ditembak polis ketika demonstrasi aman Bersih di Kuala Terengganu.
Tapi tulisan ini bukanlah bertujuan hendak menyalahkan P. Uthayakumar dan Hindraf.
Mereka perlu disokong kerana Hindraf, kaum India dan saudara P. Uthayakumar adalah sebahagian dari kita. Kalau Uthayakumar dan Hindraf silap memandang, sekarang kita tidak boleh silap lagi. Kita semua adalah kaum MAJORITI.
Buat saya semua rakyat Malaysia ditindas. Yang sebenar-benarnya kaum tertindas di Malaysia adalah kaum majoriti -Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, kaum perempuan, kaum pekerja, kaum mahasiswa, kaum pembantah dan kaum pembangkang, kaum anak muda, kaum sub-budaya-punk dan black metal, kaum seniman, budayawan dan sasterawan, kaum pejuang hak asasi serta sesiapa saja yang dizalimi atau dianiaya – kita semua adalah kaum tertindas.
Maksudnya kita semua bukan kamu minoriti. Dan penindas itulah kaum minoriti – kaum UMNO dan Barisan Nasional. Ingat, jumlah mereka kecil saja sebenarnya. Cuma mereka punya senjata manusia-manusia yang telah menjadi mesin bernama pegawai kerajaan dan polis (itupun bukan semuanya mahu menjadi mesin yang bakal dikitar semula seperti Abdul Razak Baginda).
Memahami punca akan dapat menyelesaikan masalah yang kita hadapi hari ini dan masa-masa mendatang. Punca yang hanya dapat dijawab dengan analisa kelas masyarakat. Masih tiada bezanya V.K Lingham (orang India) yang berkomplot dengan tauke Vincent Tan (orang Cina) bersama-sama dengan hakim Ahmad Fairuz (orang Melayu).
Masih tiada bezanya antara P. Uthayakumar dengan Dr. Nasir Hashim, Tian Chua dan
Lim Kit Siang misalnya. Semua mereka pernah atau sedang merasa ditindas dibawah akta zalim ISA. Salut saya pada mereka!
Jadi saya merayu kepada semua kaum tertindas umat majoriti Malaysia. Janganlah kita tertipu dengan agenda perkauman yang dibawa kerajaan pimpinan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin ini. Rasanya saya bukan orang pertama menulis tentang hak istimewa orang-orang Melayu (pasti bukan yang terakhir). Berulang kali telah ditulis sebelum ini dan berulang kali juga tatkala kaum minoriti UMNO-BN meniupkan api perkauman rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu selalu tertipu.
Yang bukan Melayu merasa orang-orang Melayu sedang memeras hak mereka dengan menyamakan kerajaan fasis UMNO-BN sebagai seerti dan semakna dengan rakyat
berketurunan Melayu. Yang Melayu pula akan dibuai dengan mimpi atau silap mata hak keistimewaan orang-orang Melayu. Apa kejadahnya hak istimewa Melayu ini tidaklah pula saya ketahui. Apakah orang-orang Melayu mendapat elaun bulanan? Apakah biaya pendidikan anak-anak Melayu di universiti awam dibiaya kerajaan atau diberikan percuma?
Apakah mendapat diskaun 50% untuk laluan tol? Apakah mendapat diskaun membeli minyak petrol dan diesel? Apakah orang-orang Melayu mendapat layanan perubatan kelas satu di hospital? Semua jawapannya TIDAK. Maka untuk saya tidak ada maknanya hak istimewa orang Melayu ini dan patutlah ia dihapuskan. Menghapuskan hak istimewa Melayu tidak akan menghapuskan kewujudan orang-orang Melayu.
Seperti kata Hang Tuah, “tak akan Melayu hilang di dunia.” Kota Melaka musnah dilanggar Portugis, tapi Melayu masih wujud. Sesungguhnya menghapuskan hak istimewa orang Melayu, juga bermakna menghapuskan kewujudan UNITED MALAY NATIONAL ORGANIZATION (UMNO) daripada terus memperbodoh, memeras dan menindas rakyat Malaysia semuanya. Hapuskan hak istimewa Melayu = hapuskan UMNO. Hak Melayu konon. Hak Khairy Jamaluddin aderlah. Hak,hak, hak ahak, ahak, ahak!
Rahmat Haron merupakan penulis bebas, pelukis dan aktivis yang akan memberikan sumbangan artikel dari masa ke semasa di blog ini.















stail..
tk tau nape ada org melayu sokong hindraf?
dh tentu ada hindu? bukan kaum india tp agama hindu.
saya setuju …memang tk de keistimewaan org melayu. tp sokong hindraf? no way.
Satu analisa kelas masyarakat yang bagus.
Bagi saya, jelas dan nyata ini semua bukan isu Hindu lawan Islam.
terima kasih.
habis semua taknak sokong… sokong diri sendiri jer lah…
Hak Melayu Mesti Dipertahankan Jika Kita Digugat Bangsa Asing Lain…..Tapi Dengan Hak Org Melayu Juga…..Org Melayu Jadi Lebih Rasa Istimewa Sehingga Lalai Dan Manja…..Berpikirla Kita Bersama.
(1) TUNTUTAN HINDRAF WARAS?
Saya bersetuju bahawa tuntutan Hindraf itu ‘waras’ setakat yang menyentuh penderitaan hidup sebilangan rakyat keturunan India di negara kita. Ramai di kalangan mereka yang tiada mempunyai peluang bisnes, pekerjaan dan pendidikan yang setanding dengan Bumiputra dan Cina, misalnya.
Tetapi ‘kekhilafan’ dalam tuntutan Hindraf bukan terbatas kepada kepentingannya yang sempit; ada di antara tuntutan-tuntutannya “tidak berasas”. Ini yang sukar diterima dan dimaafkan.
Contohnya, dalam surat Hindraf yang bertarikh 15.11.2007 itu disebut:
“… Among the recent atrocities committed by this government are as follows:-
1. 100 over Indians were slashed and killed by the UMNO controlled Malaysian government in the Kampung Medan mini genocide….”
Konsep yang digunakan oleh Hindraf ialah “ethnic cleansing” , “astrocities” dan “genocide” (penghapusan bangsa, pembunuhan kaum, genosid)
Cara Hindraf ini sebenarnya adalah samalah dengan pendekatan sebilangan wartawan/pengulas/pemerhati yang membesar-besarkan isu yang hanya akan dipercayai warganegara asing yang duduk jauh di seberang laut.
Begitulah pendekatan agensi-agensi berita asing, misalnya, semasa melaporkan bahawa Polis menyerbu kantor berita “malaysiakini.com” enam tahun yang lalu: Tajuk-tajuk utama berita mereka bukanlah “Polis serbu kantor malaysiakini” tetapi “ Mahathir menyerbu kantor malaysiakini”!
Bila pulak Dr M ada masa – sebagai PM dan Menteri KDN – pergi serbu kantor berita alternatif?
(2) Kalau dibandingkan dengan Pemerintah negara lain, Malaysia sesungguhnya mempunyai Pemerintah yang – sejauh yang mungkin – Islamik.
Saya tak nampak ada mana-mana bukan-Muslim yang ditindas tanpa sebab/sebab-sebab yang munasabah.
Memang benar DEB menunjukkan Pemerintah tidak memberikan hak yang sama kepada kaum bukan-Bumiputra, tetapi dasar ini perlu untuk kebaikan semua dalam jangka masa panjang. Sebab itu saya yakin bukan-Bumiputra tidak membantah DEB kerana “ketakadilannya”.
Yang dibantah sebilangan bukan-Bumiputra ( dan sekarang diikuti sebilangan Bumiputra ) ialah pelaksanaannya tidak memberikan manfaat secara menyeluruh/adil kepada Bumiputra.
Ini asas yang bisa diterima akal. Terpulanglah kepada Pemerintah untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan DEB.
(3) SIKAP PEMERINTAH THAILAND?
Pemerintah Thai, sebaliknya, nampak sangat kejahatan politiknya menindas kaum Muslim di negaranya.
Saya kira itu bukan soal ajaran-ajaran sang Buddha tidak bagus atau lengkap; yang menjadi masalah ialah pemimpin-pemimpin Thai termasuk askar-askarnya tidak “amalkan” ajaran-ajaran Sang Buddha. Mereka nampaknya mengamalkan ajaran-ajaran yang menyentuh bentuk/rupa saja, iaitu menyembah patung sang Buddha, tok sami dsbnya.
Mereka terlupa akan ajaran Sang Buddha mengenai keprihatinan terhadap makhluk lain ( Rukun No.1 : Jangan membunuh ).
(4) PENGHARGAAN KEPADA HINDRAF
Walaupun Hindraf sudah tersilap langkah, namun kita patut memberi tabik hormat kepadanya kerana berjaya menarik perhatian Pemerintah terhadap penderitaan sebilangan rakyat yang berketurunan India.
Nampaknya MIC – meskipun sudah berusaha bersungguh-sungguh membela nasib (sebilangan rakyat keturunan India ) – tidak efektif sebagai parti politik. Ada yang terlena di dalam buaian kemewahan kut!
Saya kira mulai sekarang Pemerintah akan menumpukan perhatian kepada golongan minoriti yang tersisih itu.
Tetapi yang penting, setiap insan hendaklah membantu dirinya sendiri sebelum Tuhan ‘mendelegasikan’ Pemerintah membantunya.
HIDUP MALAYSIA.
Majoriti Versus Minoriti tajuk yg baik utk mengambarkan iklim politik di sebuah negeri di Malaysia, iaitu Sabah. Ada sesiapa pernah mengutarakanya ? Asalnya majoriti penduduk Sabah adalah bukan beragama Islam dan antara sebab (spt dlm perjanjian 20 perkara) Sabah tidak diistiharkan agama rasminya. Kesimpulannya kaum Melayu adalah minoriti ketika itu. Sekitar tahun 90-an menyaksikan pergolakan politik berasaskan sentimen agama menyebabkan UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah konon-kononnya atas permintaan rakyat Sabah. Hakikatnya hanya pemimpin politik tertinggi ketika itu yg membawa UMNO masuk ke Sabah untuk kepentingan tertentu. Dipendekan cerita, setelah sekian lama UMNO bermaharajalela di Sabah, apa hasilnya ? Pembalakan haram untuk berjudi, kontrak untuk saudara mara, salah guna kuasa, rasuah dsb. Itu sapa yg ajar sebenarnya ? Skg ini ada satu fenomena baru hasil dari pemerintahan UMNO, pendatang asing ke, rakyat asing ke, sapa-sapa ke, janji beragama Islam akan mengaku berbangsa Melayu dan diiktiraf oleh kerajaan Sabah sbg Melayu. Bukan mempersoalkan agama Islam tetapi di mana rasionalnya mengiktiraf sesuatu bangsa itu memiliki sesuatu agama ? Bangsa dan agama adalah dua entiti yg berbeza. Org arab pun tidak pernah menyatakan Islam itu adalah milik mereka ! Apa sebenarnya semua ini ? Kena tanya org UMNO, pakar politik untuk kepentingan sendiri. Lihatlah Sarawak. Jgn. beranganlah UMNO masuk ke Sarawak. Mereka sudah mempelajarinya dari negeri jiranya !!!
terima Kasih, saudara kerana memahami tentang penderitaaan orang India.
Eventough i am well educated and earning enough, but i feel we need to have change and Hindraf and Bersih, is leading the change.
Lets hope for a new world post March, no more poor Indians, Malays, Chinese or any other malaysian race.
As a Malaysian i feel there should not be any human beings particularly Malaysian being marginalised and suppressed.
Malaysia Boleh, UMNO & MIC tak Boleh!!!
Pembebel masih waras dengan tidak menyokong AMNO bodoh itu. Lantaklah! Muahaha!!
Sebagai Muslim Cina saya amat terasa apabila sebut tentang hak istimewa.
Sebagai seorang muslim saya patut diberi layanan yang adil seperti kaum muslim yang lain, sebab keadilan amat ditegaskan oleh Allah, tetapi sebagai seorang bukan-bumiputra saya tidak dilayan dengan adil, hanya sebab warna kulit saya. Allah menegaskan bahawa kita patut bersikap adil, dengan semua manusia, biarpun Muslim atau tidak, tetapi dalam negara yang Islam merupakan agama rasmi ini, pemerintah telah bertindak secara tidak adil secara terbuka.
Apa dah terjadi dengan kaum muslimin nih??
A sharp one.
Seriously sharp.
Saya sokong tulisan sdra Rahmat Haron. Selama ini kita dinyanyikan dengan lagu “Hak Istimewa orang Melayu” ( HIOM) . HIOM sebenarnya dikecapi oleh parti yang memerintah iaitu Barisan Nasional. Bukan sahaja UMNO malah MCA,MIC ,Gerakan dan parti komponen yang lain.Mereka inilah kaum minoriti yang memerintah.Kita majoriti diperintah !
Dalam Barisan Nasional parti tunjang adalah UMNO kerana UMNO mendapat sokongan ramai orang Melayu yang penduduk majoriti antara masyarakat majmuk di Malaysia. Orang Melayu pula diperintah oleh Perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO setiap tiga(3) tahun sekali. Waktu ini UMNO mempunyai 191 bahagian di Semenanjung dan Sabah.Setiap bahagian menghantar 13 orang terdiri dari dipilih 7 orang dikenali dengan G7 dan 6 lagi secara automatik terdiri dari Ketua Bahagian,Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Pemilihan jawatan Presiden UMNO bukannya demokrasi lagi kerana adanya undi bonus 30% dari semua jumlah perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO. Ini semua kerja mantan Presiden UMNO ke empat iaitu TDM disokong oleh orang kuatnya iaitu TDZ.TDM telah jadikan satu precedent kerana ketika itu TDM bercita-cita memerintah lebih lama lagi dan takut dengan sindorom gerun yang dia akan dicabar dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO.Kerusi Presiden UMNO menentukan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Semua kerja ini dilakukan oleh TDM. UMNO yang ada hari ini adalah satu kontinuiti, kesanimbungan yang telah diperaturkan oleh TDM dahulu.
Majoriti waktu ini cuma memilih parti memerintah dan bukannya pemilihan Perdana Menteri. Sudah sampai ketikanya majoriti menuntut jawatan Perdana Menteri dipilih oleh majoriti. Jika ini dapat dilaksanakan akan menentukan check and balance dalam corak pemerintahan di Malaysia. Kemungkinan juga rasuah dapat disifarkan. Fikirkan-fikirkanlah wahai majoriti.
Wahai Juju,
Tahu tak kenapa Hindraf pakai nama “Hindu”? Sebab ia tidak mahu sekali lagi mamak ambil peluang dan dapat semua benefit. Kalau sebut “India”, mamak mesti ambil peluang ……..semua orang India tahu perkara ini.
Tak sokong sudahlah mamak !!!!!!
Ramai orang Malaysia tahu apa yang sedang belaku di Malaysia dan boleh fikir dengan waras.
mungkin aku kurang mengerti isu ini, apapun aku tetap kurang setuju dengan cara Hindraf meluahkan perasaan dengan demonstrasi jalanan. Itu bukan cara kita. dan emosional yang ditunjukkan sampai banyak kerosakan berlaku? Really, it should never be Malaysian ways…..
Sepatutnya Ananda Krishnan kene tolong bangsanya, bukan dok diam je
semakin moden teknologi semakin sempit pemikiran….kadang2 manusia mudah lupa mana asal mereka, bangsa, agama, warganegara…hanya sekadar nama, tapi sebagai manusia kita harus fikirkan penyelesaian bersama….jaga leka dengan harta hingga lupa mereka yg lapar dahaga…jangan leka dengan gelaran atau nama hingga lupa pada menggelarnya.
x blaja sejarah k???tau x ape tjuan hak istimewa org melayu diwujudkan???
pikir la sewaras2nye…mmg la xkn melayu hilang di dunia tp lau hak istimewa org melayu
di hapuskan hilang la melayu di malaysia…sedangkan hak istimewa org melayu masih lgi dipelihara,kaum2 lain da terang2 try menjunamkan bangsa melayu…isu ISA tu…. ISA kt malaysia ni bkn cm kt america…bkn tahanan tu kne torture pn…xkne dera pn…ok la…da mmg jadi rakyat x tau diuntung,ok la tu kne ISA….lau nk ketengah kn nasib kaum sendiri pn gne la cra yg lbih elok…bkn dgn cacian,makian dll…..pikir2la…