Ayuh kita turun ke JALAN lagi pada 19 Disember 2007
Hanya rakyat yang mampu memastikan hak mereka terjamin. Sekarang ini penguasa telah menggunakan pelbagai cara untuk menyekat dan mengekang hak demokrasi rakyat. Dengan menggunakan ISA, mereka mahu kebangkitan rakyat dipadamkan. Pedulikan mereka. Mari kita bersama-sama membanjiri SUHAKAM dengan lautan manusia pada 19 Disember 2007. Sila lihat butirannya dibawah:
JOM KITA BANJIRI SUHAKAM PADA 19 DISEMBER !
Kebelakangan ini, pihak Kerajaan dan kroni-kroni NGO mereka telah membuat satu kempen untuk menyekat hak rakyat berhimpun secara aman.
Hak Berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental (asas) dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Negara –Perkara 10, Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 (Perkara 20) dan Kovenan Hak Sivil dan Politik 1966 (Perkara 21).
Melihat kepada intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta Polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistret dan iklan-iklan di media massa, pihak pemerintah memang berniat untuk menyekat dan mencabul hak rakyat Malaysia berhimpun secara aman. Jika kita membiarkan hak ini dicabul, maka ini akan membawa perjuangan menuntut hak dan demokrasi kebelakang.
Untuk mempertahankan Hak Rakyat berhimpun ini, Gabungan Mempertahanakan Hak Berhimpun yang diwakili oleh kumpulan-kumpulan masyarakat, NGO dan Parti Politik kini bersatu menganjurkan satu lagi perhimpunan aman di SUHAKAM untuk untuk mengutarakan dan mempertahankan :
1. Hak Berhimpun Rakyat dibawa Perkara 10 – Perlembagaan Negara
2. Menyokong Pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pendirian dalam isu pemberian permit polis
3. Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman
Sila hadir dengan membawa baner dan sepanduk menyokong hak berhimpun dan berkumpul di bawah Pejabat SUHAKAM pada :
Tarikh : 19 Disember 2007 (Rabu)
Masa : 11 pagi
Tempat : SUHAKAM,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Dikeluarkan Oleh:
Jurucakap Gabungan :
S.Arutchelvan
019-2537791 (arul.psm@gmail.com)
03-22747791 (Pejabat)
GABUNGAN MEMPERTAHANKAN HAK BERHIMPUN
D/A SUARAM –
433A, 1st. Floor, Jalan 5/46 Gasing Indah, 46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.
03-77843525, 03-77835724 Fax – 77843526
(Satu Koalisi bersama Kumpulan NGO dan parti Politik)
Marilah kita bersma-sama menujukkan KEKUATAN RAKYAT. Kita buktikan bahawa rakyat tak mudah untuk diugut dan ditakut-takutkan. Kita buktikan bahawa RAKYAT MALAYSIA MAHU DEMOKRASI SEJATI di negara ini.















SOKONGSOKONGSOKONG…………………………..
too much demonstration in a short range could affect the nation in long term. think about it wisely.it’s not about the rights of the people have been taken, but its about making too much action really something. I, personally support the move, but not the action.
Mari Kita Sama-Sama Beramai-ramai berhimpun Menuntut HAk Kita Utk Berhimpun secara aman…….bila lagi kita nak bersuara…..nak tunggu 5 tahun skali baru boleh bersuara….itu pun kena tunggu calon2 datang kawasan………..jadi Rakyat Malaysia….kena jadi Pak turut aja……mana bole bersuara…..kena ikut cakap org atasan jaaaaaaaaaaaaaa……MANA BOLE…….Suara Anak Muda…….
Korang takde keje lain ker.. nak berhimpun jer. Dok rumah ler, tak pun pegi buat keje berpaedah sikit….
Aku setuju Pendapat En Idris……Biarla Kita Berhimpun Secara Aman………Jgn Ambil Tindakan Yg Boleh Mengugat Keamanan Dan Ekonomi Negara………Kena Fikir Masa Depan Kita dan Negara…..Suara Anak Muda….
Kalau benar2 mahukan hak rakyat di HORMATI dan perlembagaan negara MENANG, jom turun….
Ini adalah perhimpunan AMAN. Polis kena pastikan KEAMANAN berjalan.
Polis tidak perlu pun ‘plant your agents’…
Perhimpunan aman yang lalu adalah perhimpunan yang paling aman pernah dianjurkan. Masaalahnya kerajaan cuba mengubah persepsi tersebut dengan alasan mengancam keselamatan negara. ISunya bukan terlalu kerap tidak baik tetapi ialah setakat mana hak berhimpun disekat atas keselamatan negara. Saya ingin mencadangkan supaya jangan hadkan saya perhimpunan dengan orang tetapi berhimpun dengan berkonvoi kenderaan. Masing-masing berkendaraan ke KL dan jangan turun sambil mengibarkan jalur gemilang dll
Perjuangan sebenar bermula dengan menjayakan diri sendiri, menyediakan segala keperluan utk keluarga, menyumbang utk masyarakat tempatan, bertanggungjawab pada negara dan berdoa utk kesejahteraan sejagat.
Mari mulakan dgn jayakan diri sendiri sekarang.
Berfikir dengan iman bukan dengan perasaan.
salam
harap kalian semua dapat turun esok
sy tidak kerana sy sedang bercuti jauh..
harap2 semua berjalan lancar!
sy sertakan doa sebagai pengiring kalian!
Perjuangan yg kita juangkan sekarang bukan utk diri sendiri tapi utk semua utk membuktikan bahawa kerajaan sekarang tidak adil dan tidak bersih dari kebanyakan hal.Jangan kita pentingkan diri sendiri.Kena Korban diri utk org lain jugak.Kerajaan perlu hidupakan budaya Duduk Sama Rendah Berdiri Sama Tinggi, jgn setiap rezeki Allah bagi nak kaut kroninya sahaja.Ingat RM1 yg kita dpt hari ini,bukannya semua milik kita,mungkin 20 sen saja milik kita dan selebihnya mungkin milik org lain.Jadila kongsila sama rata……SUARA ANAK MUDA….
Sekadar Mempromosi Blog Aku http://namalain.blogspot.com/
Sila Kunjungi Blog aku
Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayahnya serta sentiasa diberkati walau di mana pun kita berada, Allah maha mengetahui dan mengasihi semua hambanya menunaikan apa jua yg difikirkan buruk atau baik.
Semoga akal kita mendapat pimpinanNya, kerana akal membezakan kita dgn makhluk lain.
Wallahu’alam.