SURAT UNTUK DEWAN BAHASA (Siapa Madame Dotty?)- Hishamuddin Rais

26 12 2007

Saya terbaca satu berita yang amat memilukan. Berita ini berpunca dari bangunan parlimen. Seorang gedebe dalam parlimen telah menuduh  Dewan Bahasa Pustaka telah  mandul. Mandul ertinya tidak berkeupayaan untuk beranak. Tidak beranak tidak bermakna tidak ada ronggi ponggi. Malah lembaga-lembaga yang berkanun dan kurang berkanun banyak juga yang jatuh mandul, terutama jika lembaga itu sarang Melayu. Lembaga yang menjadi sarang Melayu ini memang banyak mandulnya  tapi hebat  ronggi pongginya di dalam nya.

Bahasa adalah sesuatu yang hidup, bernafas dan terus bernyawa dan beronggi ponggi. Ertinya bahasa akan terus bertokok tambah melahirkan anak dan cucu cicit yang baru. Ada anak haram, ada anak luar nikah, ada anak pungut atau anak tut dari pelbagai bangsa. Hari ini perkataan pautan tidak ada sangkutan lagi dengan pokok. Konekted tidak ada sangkut paut dengan ‘bende’ itu. Download bukan meletakkan beban kerana kerana beban itu berat. Semua ini adalah contoh-contoh perkataan baru yang memasuki kamus Melayu.

Saya amat pilu apabila DBP dituduh mandul. Untuk menangkis tuduhan gedebe itu, saya sebagai pecomeh Bahasa Melayu disini ingin menambahkan lagi perbendaharan kata-kata bangsa saya. Takbir!

Baca baki entri ini »





3 tahun selepas Tsunami

26 12 2007

3 tahun yang lalu pada hari ini, kita menyaksikan “kemarahan” tuhan terhadap umat manusia. Gempa bumi yang membawa kepada Tsunami yang besar telah mengakibatkan kemusnahan kepada beberapa negara seperti Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Malaysia dan lain-lain lagi. Ratusan ribu nyawa melayang. Sehingga hari ini, Aceh masih lagi dalam proses rekonstruksi.

Mari kita dengarkan Lagu Ebiet G. Ade, yang telah menceritakan tentang bencana dan kemarahan tuhan terhadap manusia.