
Potret terakhir Benazir sebelum dibunuh. Dari AFP.
Krisis politik yang berlaku di Pakistan menjadi semakin rumit apabila bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto terbunuh semalam. Benazir yang baru sahaja selesai memberikan ceramah pilihanraya di Rawalpindi ditembak dileher oleh seorang penyerang berani mati yang kemudiannya meletupkan sebuah bom. Letupan bom tersebut turut membunuh lebih kurang 20 orang lagi penyokongnya.
Kematian Benazir merumitkan lagi Presiden Musharraf yang telah menghadapi banyak tekanan politik dari dalam Pakistan. Musharraf merupakan “agen Amerika” yang menjalankan agenda memerangi keganasan dikatakan tercabar dengan Benazir. Anak kepada Zulfikar Ali Bhutto itu dikatakan bakal mengambil alih tugas Musharraf dalam perang anti keganasan tajaan Amerika Syarikat jika menang besar dalam pilihanraya akan datang.
Akibat daripada kematian Benazir, penyokongnya telah memenuhi jalanraya seluruh negara dan slogan Anti Musharraf semakin hebat dijeritkan. Mereka turut menuduh Musharraf adalah dalang kepada kematian Benazir. Situasi tegang terutamanya di tempat kelahiran Benazir di Sindh yang terletak di Karachi. Telah timbul khabar angin bahawa Musharraf akan menangguhkan pilihanraya pada 8 Januari 2008. Alasannya mudah, pilihanraya mungkin akan menyebabkan keganasan meningkat di Pakistan.

10 comments
Comments feed for this article
Disember 28, 2007 pada 1:16 am
Malik El-Shabaaz a/k/a Malcolm X
benazir..
banyak cerita mengenai beliau. Yang sudah biarkan ianya berlalu.
Buat rakyat Pakistan pilihlah pemimpin yang bebas dari rasuah, tidak tunduk kepada mana mana super satan power macam Amerika.
Apa pun moga - moga Allah merahmati dan memberi keampunan kepada Allahyarham Benazir Bhutto..Amin.
Disember 28, 2007 pada 2:16 am
ND Lalak
Benazir ke Musharaf ke sama saje dua-dua agen Amerika. Mungkin CIA main peranan di belakang tabir politik Pakistan.
Disember 28, 2007 pada 4:31 am
Khairil Azuar
Terkejut juga apabila membaca berita ruang kecil di TV semalam mengatakan Puan Benazir telah dibunuh ……… sekembali dari buangan ……. dan mungkin ini dikatakan ajalnya di Pakistan juga ……… harapan kepada Allah semoga rohnya dirahmati oleh Allah S.W.T dan semua dosanya diampuni oleNya ….. Apapun Puan Benazir telah mencipta nama di Pakistan sebagai wanita pertama di Pakistan menjadi Perdana Menteri …………. Sebahagian Suara Anak Muda…
Disember 28, 2007 pada 7:38 am
mohamad najib
Marilah sama berdoa agar roh beliau diletakkan bersama orang-orang yang soleh.
Disember 28, 2007 pada 1:16 pm
rightbrainer
tsk, satu lagi pembunuhan politik…
what worse can happen…
innalillah…
Disember 28, 2007 pada 1:51 pm
madbi
benazir???? musarap???? apa peduli dengan negara orang, tengok negara sendiri lagi baik nak tengok orang macam bangsa dua okor tu kat malaysia pun melambak siap ada kpt, umur dah lebih 50 thn pun tak tau cakap malaysia tapi menjaja carpet boleh hutang . lalu apa fikiran anda tentang fenomena ni. macamana begitu ramai dari yang belia hingga yang usia emas (?) melambak kat kampong2 .mana datang mereka NI??
Disember 29, 2007 pada 4:40 pm
Benazir Bhutto assassination is a BUSH gameplay? « arifabdull
[...] Benazir Bhutto dibunuh, Musharraf makin tersepit Amin Iskandar No Comments so far Leave a comment RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> [...]
Disember 30, 2007 pada 1:40 am
smsmen
ye la, spe lg nk d 2duh kn. stju ngn madbi, kna tgk ngra sndri dlu.
Disember 30, 2007 pada 4:38 am
arifabdull-Garis Perubahan :: Benazir Bhutto assassination is a BUSH gameplay :: December :: 2007
[...] Benazir Bhutto dibunuh, Musharraf makin tersepit Amin Iskandar [...]
Disember 31, 2007 pada 8:37 am
banghuris ghutghut
Tidakkah wayang telah tammat, sebelum ianya bermula?