You are currently browsing the monthly archive for Januari, 2008.
Sebagai seorang penulis, adalah menjadi satu kebiasaan untuk menghadiri mana-mana perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sama ada parti politik mahupun NGO. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan.
Pada 26 Januari 2008, Gabungan Protes menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah kenaikan harga barang yang telah menyebabkan infllasi. Saya juga tidak ketinggalan untuk menghadiri perhimpunan tersebut dengan membawa buku nota dan kamera. Tidak sangka kehadiran saya pada hari tersebut telah menyebabkan saya turut ditahan bersama 58 orang yang lain termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini.
Bermula pada pukul 2.30 petang, saya ke Stesen LRT Ampang Park kerana dikatakan Gabungan Protes akan memulakan perhimpunan tersebut. Di kawasan luar Stesen LRT Ampang Park, masih belum ada apa-apa perhimpunan. Tetapi hanyalah penahanan. Saya melihat sendiri bagaimana beberapa orang aktivis ditahan termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini yang sedang bertanya soalan kepada polis mengapa mereka menahan aktivis-aktivis tersebut. Tak sangka sekarang ini di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, wartawan juga boleh ditahan jika bertanya soalan kepada polis.
Hari ini adalah hari yang menyedihkan buat Gerakan Reformasi dan perjuangan rakyat. Seorang tokoh pemikir yang masih lagi muda, Saudara Adelan Benan Omar telah menghembuskan nafasnya yang terkahir pada pukul 3.45 petang tadi.
Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fathihah kepada arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Untuk berita lanjut, sila klik disini.
“Saya sekarang mantan Sasterawan Negara,” tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi “Kata-kata” di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu. Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.

Pak Samad bersama anak-anak muda sewaktu pelancaran Daerah Samad Exhibition di Gallery Petronas
Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.
“Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.” Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.
“PPK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” lapor akhbar itu lagi.
Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.
Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!
Sila rujuk kenyataan Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA).
A. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggiran karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah. Sila klik disini.
Pak Samad mengumumkan perkara tersebut hari ini (19 Januari 200
pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery.

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) mengutuk kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dalam sesi soal-jawab siasatan Suruhanjaya Di Raja berhubung isu pita rakaman Lingam semalam.
Dalam kebanyakan jawapan Mahathir, dia hanya menjawab tidak ingat atau lupa. Nampaknya Mahathir sudah lupa segala perbuatan masa lalunyasewaktu berkuasa. Malah dia juga menafikan mengenali peguam V.K Lingam, sewaktu dia masih berkuasa.
-Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN (Sasterwan Negara) tersenarai
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.
SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.
SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.
Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)
Detik2 terakhir wafatnya Soekarno di masa Soeharto
Jakarta, Selasa, 16 Juni 1970. Ruangan intensive care RSPAD Gatot
Subroto dipenuhi tentara sejak pagi. Serdadu berseragam dan bersenjata
lengkap bersiaga penuh di beberapa titik strategis rumah sakit tersebut.
Tak kalah banyaknya, petugas keamanan berpakaian preman juga hilir mudik
di koridor rumah sakit hingga pelataran parkir.
Sedari pagi, suasana mencekam sudah terasa. Kabar yang berhembus
mengatakan, mantan Presiden Soekarno akan dibawa ke rumah sakit ini dari
rumah tahanannya di Wisma Yaso yang hanya berjarak lima kilometer.

Dimana kanak-kanak ini? Sehingga saya menulis ini, masih belum ada berita mengenainya. Kepada sesiapa yang terlihat, sila hubungi keluarga beliau di nombor yang tertera di atas.
Apa nak jadi dengan Malaysia? Negara sudah tidak lagi selamat untuk kanak-kanak. Buat masa ini marilah kita bantu keluarga Sharlinie untuk mencari beliau.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) merancang untuk mengadakan perhimpunan kedua bagi menuntut pilihanraya dijalankan secara bebas dan adil pada 23 Febuari 2008. Sila kilik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Perhimpunan kali ini diberi nama “Pesta Rakyat Jom BERSIH”. Menurut Anuar Tahir salah seorang jurucakap BERSIH, beberapa tempat dikenal pasti sebagai lokasi perhimpunan seperti Dataran Merdeka, Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil. BERSIH akan mengemukakan permohonan untuk lokasi tersebut.
Menurut pandangan peribadi saya, Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka merupakan lokasi terbaik untuk perhimpunan ini. Ini adalah kerana ianya terletak di bandar Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses berbanding dengan Stadium Bukit Jalil.
Apa-apa pun, tahniah kepada BERSIH kerana berani menganjurkan perhimpunan kedua untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi sebelum pilihanraya ke 12 ini. Tiga lagi tuntutan BERSIH masih lagi belum dipenuhi seperti pembersihan daftar pengundi, pemansuhan undi pos dan akses media yang adil kepada semua calon yang bertanding.
Pastikan pada 23 Febuari 2008 ini jadual anda kosong untuk bersama-sama menyokong Pesta Rakyat Jom BERSIH!!!
Menurut maklumat yang baru diterima daripada seorang teman yang bekerja dengan media arus perdana tadi , pilihanraya akan diadakan pada 10 Mac 2008. Sejauh mana kebenaran maklumat ini, tidak dapat dipastikan. Sumber lain merupakan seorang saudara jauh yang bekerja dengan SPR turut memberitahu bahawa tarikh pilihanraya ialah pada bulan Mac tahun ini.
Oleh kerana tarikh pilihanraya adalah “misteri” di Malaysia dan hanya PM sahaja mengetahuinya, diharap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dapat mengambilkira tarikh diatas untuk membuat persiapan untuk menghadapinya.
Tuntutan BERSIH masih belum dipenuhi. Apakah perlu satu Perhimpunan Raksaksa agar kesemua tuntutan BERSIH dipenuhi sebelum PRU ke 12 nanti? Jika perhimpunan diadakan selepas pilihanraya, impaknya berkurang berbanding sebelum pilihanraya memandangkan “mood” rakyat masih lagi berada pada tahap yang baik. Dikhuatiri jika perhimpunan diadakan selepas pilihanraya, “mood” akan menjadi lemah. Fikirkanlah…..
Hari ini bertemu dengan seorang teman yang juga merupakan seorang penulis blog. Beliau menggendalikan blog ini dan ini. Kami berbual-bual mengenai pelbagai isu-isu semasa termasuklah mengenai pilihanraya umum yang dikatakan akan diadakan pada bulan Mac ini.
Selain daripada itu, kami turut membincangkan mengenai mahasiswa yang dikatakan akan menubuhkan parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang ke 12 akan datang.
Teman saya berkata yang paling sesuai jika mahu ditubuhkan sekarang ini ialah Parti Siswazah Menganggur. Ini adalah kerana siswazah menganggur ialah masalah yang serius masa kini. Jika Parti Siswazah Menganggur ditubuhkan, kemungkinan besar ianya akan mendapatkan keahlian yang besar dalam masa yang singkat.
Jika dilihat daripada statistik yang hampir mencecah 100 000 , ada kebenarannya. Masalah siswazah lepasan universiti adalah masalah yang serius. Jika tidak dibendung, ianya pasti akan menjadi masalah besar negara pada masa akan datang. Kerajaan yang ada tidak mempedulikan siswazah menganggur. Sudah tiba masanya siswazah menganggur bangun untuk membela nasib mereka sendiri.
Jika ini berlaku, politik negara akan gempar lagi. Selepas 50 tahun, sedikit demi sedikit kepincangan yang dilakukan oleh BN terbarai. Apakah 50 tahun akan datang akan menyaksikan kejatuhan BN? Tepuk dada tanya anak muda. Jika anak muda bangkit, semuanya pasti. Ini adalah kerana dunia ini akhirnya akan menjadi milik orang-orang muda.
Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah cuba menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat: MINYAK DALAM DUNIA INI TELAH SUSUT. Banyak telaga minyak telah kering. Minyak yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.
Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangkamasa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan.
Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.

Sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah membuat kejutan hari ini apabila menghantar “bantal” kepada Perdana Menteri dipejabatnya, Putrajaya.
Gabungan yang terdiri daripada penulis blog, penulis, pelukis dan aktivis ini juga telah mempamerkan banner yang bertajuk : Harapan anak muda kepada Perdana Menteri, “TerusLAH Tidur Wahai PM” dan poster-poster lucu tentang PM.
Menurut kumpulan tersebut, mereka menghantar bantal oleh kerana telah bosan melihat NGO dan parti politik menghantar memorandum dan tidak dilayan. Itu yang menyebabkan mereka menghantar bantal sebagai simbol telah hilang harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sering tidur didalam majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.
Bantal yang diberi pada mulanya tidak mahu diambil oleh pegawai keselamatan PM. Namun setelah mendapati bahawa bantal itu “selamat” dan tidak mempunyai sebarang bahan yang membahayakan, mereka pun mengambil dan membawa masuk ke pejabat PM.

Rata-rata wartawan dan jurugambar yang hadir tertewa dan ada juga yang terpinga-pinga oleh kerana tidak menyangka “bantal” akan dihantar dan bukannya memorandum.

Beberapa orang anggota polis dan polis cawangan khas juga tergelak dan langsung tidak menyangka bahawa kumpulan anak muda tersebut akan menghantar bantal.

Untuk membaca berita dari Malaysiakini, sila klik disini dan disini.
Harapan Anak Muda Kepada PM Malaysia
Sempena tahun baru 2008, Sekretariat Anak Muda akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Satu memorandum yang bertajuk “Harapan Anak Muda Kepada PM Malaysia Sempena Tahun Baru” akan turut dihantar.
Tarikh: 4 Januari 2008
Masa: 11 Pagi
Tempat: Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.
Sila datang beramai-ramai untuk memberikan sokongan. Selain daripada memorandum, acara ini akan turut juga di isi dengan bacaan sajak dan nyanyian lagu serta beberapa “gimik” akan turut dilakukan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Badrul Hisham Shaharin selaku Koordinator Sekretariat Anak Muda di +6017-6688-404 atau email di chegubard@gmail.com.

Gambar diambil dari Malaysiakini.
Tahun Baru 2008 adalah yang paling istimewa buat rakyat Malaysia. Tahun Baru 2008 telah dimulakan dengan pengakuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Soi Lek bahawa beliau adalah lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang gadis penjual bunga sperti yang dirakam dalam DVD yang disebarkan secara meluas di Muar, Tangkak dan Batu Pahat hujung minggu lalu.
Tanpa menunggu dengan lebih lama, Chua memanggil satu sidang akhbar dan membuat pengakuan secara terbuka. Beliau yang turut diiringi oleh pemimpin MCA dan Umno kawasan Labis walaubagaimanapun memberitahu media bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti.
BN yang sebelum ini mendapat “saham besar”akibat manipulasi media berkenaan isu Hindraf kini berhadapan dengan cabaran dalaman. Secara tidak langsung, parti-parti pembangkang mendapat keuntungan akibat daripada skandal seks Chua tersebut. DVD rakaman skandal seks Menteri Kesihatan itu bukti perpecahan hebat berlaku dalam MCA. Sudah pasti musuh politik dalaman MCA yang memerangkap Chua. Jika tidak bagaimana rakaman yang dikatakan begitu terancang sekali boleh dilakukan? Bagaimana CCTV boleh dipasang dibilik yang kelihatan seperti bilik hotel itu jika tidak ada campurtangan pihak yang berpengaruh?
Nampaknya kekuatan BN retak sedikit demi sedikit akibat perpecahan dalaman. Jika BN yang sebelum ini dikatakan kuat dan sukar ditewaskan, kini kita boleh melihat sedikit demi sedikit “kekuatan” itu dipecahkan. Ini berlaku akibat keretakkan dalaman BN. Jika yang direbutkan ialah wang dan kuasa, sudah pasti perlawanan akan menjadi ganas dan rakus.
Umno juga sudah mula retak. Dikatakan pilihanraya umum akan datang akan menjadi salah satu medan percakaran dalaman Umno. Menantu PM dan konco-konconya mahukan golongan muda didalam Umno diberikan tempt dalam pilihanraya umum akan datang. Sementara “warlords” Umno seperti Shahidan tidak mahu melepaskan kuasa dengan begitu mudah.
Golongan “Pro Mahathir” akan bertembung dengan golongan pengikut menantu PM yang mahukan Pak Lah terus berkuasa. Najib akan menggunakan taktik “tunggu dan lihat”. Hasil daripada pengalaman politik beliau telah membuktikan bahawa semua Timbalan yang menentang sudah pasti akan gugur seperti apa yang berlaku kepada Musa Hitam dan Anwar Ibrahim. Jika PM gagal mempertahankan prestasi BN 2004 dalam pilihanraya umum akan datang, mudah untuk Najib naik didalam pemilihan Umno tahun ini.
Sementara parti pembangkang terutamanya PAS mendapat suntikan baru berikutan dengan Skandal Seks Menteri Kesihatan itu. Islam Hadhari pasti akan diserang. Imej Imam Islam Hadhari sudah tercalar akibat daripada pembabitan menterinya dalam skandal seks. Kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku pada tahun ini. Apakah prestasi BN pada tahun 2004 akan terjejas dengan teruk berikutan dengan skandal seks Menteri Kesihatan?

Komen Terkini