PM yang mengantuk disorongkan bantal….

2008 Januari 4
by aminiskandar

Sekumpulan anak muda yang menamakan kumpulan mereka sebagai Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia telah membuat kejutan hari ini apabila menghantar “bantal” kepada Perdana Menteri dipejabatnya, Putrajaya.

Gabungan yang terdiri daripada penulis blog, penulis, pelukis dan aktivis ini juga telah mempamerkan banner yang bertajuk : Harapan anak muda kepada Perdana Menteri, “TerusLAH Tidur Wahai PM” dan poster-poster lucu tentang PM.

Menurut kumpulan tersebut, mereka menghantar bantal oleh kerana telah bosan melihat NGO dan parti politik menghantar memorandum dan tidak dilayan. Itu yang menyebabkan mereka menghantar bantal sebagai simbol telah hilang harapan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan sering tidur didalam majlis-majlis penting seperti mesyuarat OIC, APEC dan lain-lain.

Bantal yang diberi pada mulanya tidak mahu diambil oleh pegawai keselamatan PM. Namun setelah mendapati bahawa bantal itu “selamat” dan tidak mempunyai sebarang bahan yang membahayakan, mereka pun mengambil dan membawa masuk ke pejabat PM.

Rata-rata wartawan dan jurugambar yang hadir tertewa dan ada juga yang terpinga-pinga oleh kerana tidak menyangka “bantal” akan dihantar dan bukannya memorandum.

Beberapa orang anggota polis dan polis cawangan khas juga tergelak dan langsung tidak menyangka bahawa kumpulan anak muda tersebut akan menghantar bantal.

Untuk membaca berita dari Malaysiakini, sila klik disini danĀ  disini.

16 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 4

    kalau hantaq bantai apa yang peliknya??? memang kaki membuta suka bantal. cuba hangpa hantaq bom, barula dia tak berani tidur lagi……..

  2. 2008 Januari 4
    bamboo river permalink

    Salam Black, if we have 2008 sex scandal of the year…we might as well have Kelakar of the year for the gomen.
    The chinese have a saying, “shove the pillow high up and think carefully.”

  3. 2008 Januari 5

    The very first unique memorandum to a Prime Minister, the Malaysian PM will be busy thinking about when to use it and where to use it. Belief it or not, this memorandum qualifies entry into the Malaysian Book of Records.

  4. 2008 Januari 5

    lwk sial. ha2. nkth.

  5. 2008 Januari 5
    danial permalink

    Tahniah, sebantal-bantal tahniah di ucapkan.
    Betultu, kadangkadang cara yang betul dan baik, mereka buat bodoh dan pekak badak saja.
    Alternatif nya buat cara bodoh untuk orang bodoh .
    Satu lagi mari kita korek, korek,korek pekung mereka di http://www.citizenthinktank.com/politicianwatchdog/

    Pak Lah, dahlah tu… jangan malukan keluarga terutama sekali cucu-cucu awak yang belum pandai menikmati kehidupan dunia material lagi dan jangan dengar anak dan menantu awak yang
    tak sedar diri tu !!!!

  6. 2008 Januari 5
    pulauerk permalink

    Betul ape yg madbi ckp.. Baik ko hantar bom.. Biar dia tersedar skit.

  7. 2008 Januari 5
    Bolen permalink

    That guy talks `like good’.

    With a position, he will also become like one of them.

    Being `clean’ while you can’t be `dirty’.

  8. 2008 Januari 5
    AdnanMB permalink

    Susahlah macam ini! Bila orang mengantuk diberikan bantal, tentulah berdengkor dibuatnya. Tambahan pula bila ada sijin disebelah. Jahanam Malaysia dibuatnya.

  9. 2008 Januari 5
    kathimunai permalink

    hai bro, just beyond imagination hats off to you for the wonderful thought. Its high time for the PM to wake up and think the way wake alarm was tone. In my oppinion only a real dum can ignore this sort of a memo. May God Bless Malaysia

  10. 2008 Januari 8
    brad pitt permalink

    kelakar gile siap ada gambat teddy bear lg kt bantal…pasni bantal mcm tu msti laku kt pasaran

  11. 2008 Januari 8
    Sebahagian Suara Anak Muda permalink

    Inilah yang dinamakan perubahan dalam menyampaikan protes tidak kepuasan hati terhadap kepimpinan Pak Lelah.Bantal menjadi satu simbol yang mudah untuk difahami dan tidak perlu penat-penat Pak Lelah untuk membaca ketebalan memorandum.Bantal bukan saja kegunaan untuk tidur malah boleh buat peta untuk jajahan Pak Lelah yang akan datang.Apa perasaan beliau terhadap batal yang diberikan secara percuma yang direkabentuk khas untuk Pak Lelah. Mungkin akan menjadi koleksi bantal beliau.Pak Lelah mungkin juga kekurangan tidur maka beliau telah menidurkan dirinya ketika majlis-majlis yang beliau hadiri maka busukla nama baik negara Malaysia apabila kita sekali lagi memangkah memilih beliau jadi tahun ini kita perlu memilih Pemimpin yang segar, bersemangat dan jauh pandangan atau mungkin beliau seorang yang rajin makan multivitamin untuk kecergasan diri ……. tahniah buat saudara kalian terhadap idea dan perhimpunan tersebut ……. abang yang berambut panjang itu ternampak segak dan gagah ketika memegang bantal tersebut ….. hahahahak………

  12. 2008 Januari 9
    hamed permalink

    ahahah..lawak giler…mula-mula antar bantal…tentu dia bantai tido laih, lepaih nie…antar, batu nesan kek dio! Lagi lawak giler !

  13. 2008 Januari 20

    bagus web km, kunjungi juga http://www.febriantoeko.wordpress.com

  14. 2008 Januari 27

    bantal pun bantal lah..

    yang si black tu enter frame masa dia orang tgh interview chegubard dekat last scnene tu paling klasik!!!

    black di dalam! we’re with you bro!

  15. 2008 Mac 28
    budak lagi permalink

    a good leader is a good listener..that what my lecturer said….huhu..sleepy?going back home…resign and let a good listener as a good leader lead this country….

Trackback & Pingback

  1. Paklah dan bantal « arifabdull

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS