Barisan Nasional dan Barisan Rakyat bengong dalam hal minyak- Hishamuddin Rais
Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah cuba menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat: MINYAK DALAM DUNIA INI TELAH SUSUT. Banyak telaga minyak telah kering. Minyak yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.
Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa pada satu jangkamasa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun dan berkurangan.
Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika wajib menjadi negara pengimport minyak.
Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Egypt: 1987, Perancis: 1988, Jerman: 1966, Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991, Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003, New Zealand: 1997, Nigeria: 1979, Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987, Syria: 1996, Tobago: 1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun jumlah tong yang dihasilkan semakin kurang.
Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada pakar kajibumi yang telah menyatakan bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar kajibumi ini menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan pengeluaran dan akhirnya akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun Petroleum.
Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis. Minyak masih ada dalam bumi tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga. Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak berbaloi dan tidak ekonomik.
Pada pagi 2hb Januari 2008, harga satu tong bahan bakar petroleum telah mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada pertangnya harga telah menurun sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar untuk satu tong. Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu saya juga telah beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.
Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang gila atau orang yang tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.
Susulan jawapan dari Najib Razak seorang pemimpin dari parti United Malay National Organisation sama juga gilanya. Najib mengatakan negara ini akan bankrap jika harga minyak diturunkan. Orang yang bernama Najib ini tidak sedar semenjak bila pula negara kita ini tidak bankrap.
Susuk-susuk yang mengeluarkan kenyataan ini tidak memahami tanda dan makna perang di Iraq, perang di Dafur atau perang di Sudan. Mereka juga tidak membaca dan memahami makna ‘war on terrorism’ sebagai dasar luar negara Amerika Syarikat. Mereka juga tidak memahami kenapa Hamid Karzai menjadi penghulu di Kabul. Atau kenapa ada sebuah kapal minyak yang bernama Condoleezza Rice.
Kedua-kedua kumpulan parti politik ini sama tongong dan sama bengong dalam memahami bahan bakar petroleum. Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan. Kedua-dua kumpulan ini TIDAK jujur. Mereka adalah politikus yang hanya bercita-cita untuk berkuasa tetapi tidak memiliki apa-apa di antara dua telinga mereka. Cakap tongong mereka itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.
Dalam agenda bahan bakar minyak saya menolak kedua-dua kenyataan bengong, sesat dan lagi menyesatkan ini.
Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat di subsidi.
Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3 pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis mereka juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu adalah bohong dan tidak mungkin dapat dilakukan.
Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut-paut dengan ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis. Kenapa bebal sangat untuk memahami hakikat ini.
Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis, Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat, Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha , kerajaan ada agama, tak ada agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.
Juga wajib diterangkan kepada orang ramai :
Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita kehabisan minyak. Masanya datang serta-merta dengan tiba-tiba. Yang paling teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.
Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang ramai sekarang.
Sekurang-kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak akan berlaku kacau-bilau bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia apabila minyak habis.
Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan atau pun dari Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.
Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib ditinggalkan.
Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan asas untuk hidup. Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam maka mereka dapat makan.
Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal. Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas – kembali kepada asas. Penggunaan kuasa elektrik dalam bangunan dan dalam rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak perlu disaluti dengan lampu-lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan membazirkan tenaga lesterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki wajib dijaga dan dipergunakan dengan cermat.
Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini tidak memiliki apa-apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.
Sekali pandang, apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025, berapa dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?
Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan menjadi pemalas. Jika tidak tahu apa yang saya tulis ini sila tanya Pak Cik saya Lebai Google.















Anda benar!
satu pandangan yang cukup bernas..teringat cerita ayah saya di zaman jepun..duit tergolek dari lori, sapa pun tak kejar..tapi sapa yang ada ubi sebakul, boleh gaduh sekampung..mcam tu la kita nanti..balik ke zaman makanan lebih bermakna dari duit..
mengapa tidak boleh turunkan jika keuntungan petronas meningkat mendadak selepas kenaikan harga minyak?
keuntungan petronas mencapai rm76b mengapa tidak digunakan untuk sedikit untuk memberi subsidi.
Fakta yang cukup menarik. Aku cukup-cukup setuju dengan pendapat curious_mind terhadap tajuk ini. maka tidak digunakan sikit keuntungan petronas dicampur dengan cukai rokok sedikit, dicampur pulak dengan cukai arak sedikit maka kerajaan bole memberi subsidi kepada harga minyak.Kerajaan boleh menaikan harga minyak tetapi biarlah berpatutan, paling banyak 10 sen. Kita perlu memikirkan macam mana keadaan rakyat Malaysia di desa yang pendapatan mereka tidak tetap dan juga pendapat kaum yang miskin kerana apabila harga minyak naik dengan banyak maka keperluan asas kita secara automatik naik juga. Kerajaan sekarang terlalu banyak menyusahkan rakyat dengan mengatakan kita perlu berkorban. Banyak mana gaji kita perlu berkorban?Sebagai contoh tentang minyak masak, kita antara pengeluar terbesar di dunia tapi rakyat terpaksa menjadi negara pelarian,lari ke sana lari sini untuk mendapatkan bekalan. Sebahagian yang memilih untuk kerajaan ini sebahagian yang lain terpaksa menanggung. Adilkah? Harapan nampaklah kelemahan Pentadbiran sekarang.
Harga minyak tak boleh terlampau mahal, tp kerajaan takleh bg subsidi byk sgt, kedua-duanya kena balance.
Kalau mahal sangat, harga barang2 semua naik. Tp kalau kerajaan nak bg subsidi minyak byk sgt,semata-mata nk kurangkan harga minyak, kita akan bg subsidi byk kat orang luar sekali, orang Singapura & Thailand. Mereka berduyun-duyun dtg ke Malaysia utk isi minyak walaupun kerajaan dh tetapkan peraturan kalau nk masuk Malaysia kene isi minyak separuh tank. Saya tinggal di Johor Bahru, tau la situasi sebenarnya.
Mengenai keuntungan Petronas yg byk gila tu, lebih baik dibuat benda lain drp nak kurangkan harga minyak. Bukan semorang pakai kenderaan. Fikirkan kepentingan bersama, bukan utk diri sendiri je. Ada baiknya harga minyak mahal. Saya pernah ke Korea utk Conference, kalau lihat di sana sangat jarang melihat orang menggunakan kenderaan bermotor, ramai menggunakan basikal. Kerajaan kat sane memang mengalakkan penggunaan basikal dgn menyediakan parking & laluan utk basikal. Suhu panas kt Malaysia bukan alasan, kat sana musim panas& bunga sama mcm di Malaysia. Byk kelebihannya kalau kurangkan penggunaan kereta, jalan tak jam, udara pun bersih. Ini cadangan saja. Saya tau orang Malaysia susah nak lakukannya. Kalau parking kereta kalau boleh betul2 nak letak depan kedai, tak mau berjalan jauh sikit…Hmm,ntah la
Berapa harga satu liter air mineral semula jadi?Berapa satu liter air minuman pula? Dan bandingkan pula berapa satu liter petrol? Steh tarik? Siapa yang cekik darah???Fikirkan.
Berapa harga satu liter air mineral semula jadi?Berapa satu liter air minuman pula? Dan bandingkan pula berapa satu liter petrol? Segelas teh tarik? Siapa yang cekik darah???Fikirkan.
menggalakkan orang mengubah cara hidup bukanlah dengam paksaan dan menambahkan kos sara hidup tetapi dengan education. Kenaikan harga minyak bukan sahaja menaikkan harga petrol secara langsung tetapi juga kos barangan lain akan naik.
Jika ingin dikatakan keuntungan petronas boleh digunakan untuk benda lain, saya akui ianya benar tetapi jika digunakan untuk projek yang tidak banyak pun kesannya pada rakyat malaysia apa gunanya? Berbelanja berjuta2 untuk majlis sambutan 31 ogos bukan patriotik tetapi membazir. Projek2 dijalankan dan diberi tanpa pengurusan yang baik. Bangunan bernilai berjuta2 di Perak yang roboh. Wang lesap sebegitu sahaja. Adakah ini lebih baik untuk dilesapkan keuntungan petronas tersebut berbanding memberi sedikit kemudahan kepada rakyat kerana wujudnya emas hitam ini di tanah air kita?
Saudara sob…..
Bukan faktor panas aja tapi yang penting kalau rakyat Malaysia nak gunakan basikal, kerajaan dari dulu dah kena membuat laluan khas untuk basikal tapi setiap jalan yang dibina tiada kemudahan tersebut dan kerajaan tidak pernah galakan perkara ini, macam mana rakyat malaysia nak mengamalnya…..Takan orang yang tinggal di Rawang tapi kerja di Kuala Lumpur nak bawa basikal ….. Fikirkan???
ramai tak sedar minyak nak abih…ramai penjawab yang tak berpengetahuan …ada pengaruh fakta tak jelas pun diterima…
this article is really an eye opener
mcam bagus la glaxies ni..fakta ke auta?
Hari ini kita bingung kerana keyakinan kepada Allah s.w.t. semakin kurang. Allah s.w.t. boleh buat sesuatu dengan asbab dan tanpa asbab. Oleh itu perbaikilah amalan kita . Semua makhluk berhajat kepada Allah s.w.t. walaupun sekecil-kecil mahkluk sekalipun. Kita berikhtiar tapi jangan sampai hati kita putus harap kepada kekuasaan Allah s.w.t. Sejauhmanakah kecintaan kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, Baginda Muhammad s.a.w. ?Sama-samalah kita hayati sempena Ma’al Hijrah 1429 .
Logik a, takkan nk guna basikal, guna a komuter, suara anak muda. Tp dr rumah ke komuter bole kan orang hantarkan ke, (byk la lg alternatif) utk kurang pengunaan minyak.
Setuju dgn galaxie, ini fakta, sbb tu Iran bangun teknologi tenaga nuklear utk kurangkan pergantungan terhadap minyak. Masa sumber minyak nak habis nnti, US akan akn jual minyak dgn harga tinggi.Negara kita yg sekarang jd pengeksport minyak, nanti akan jd pengimport minyak. (Buat pengetahuan semua, skrg ni USA antara pembeli utama petroleum dunia, tp diorang beli bukan utk guna sgt, sbgnnya disimpan, tunggu bekalan minyak kurang & harga minyak naik)
Ttg respons curious mind, bukan bermakna saya memihak kpd kerajaan (& bukan juga bermakna saya sebelah pembangkang) . Tp utk kebaikan rakyat, kita kena minta perhatian kerajaan utk bangunkan kawasan luar bandar & tingkat infrastruktur, hapuskan setinggan di bandar2. Saya tau kerajaan dah byk membazir utk projek2 mega… Salam Maal Hijrah semua
Sebenarnya kenaikan harga minyak yg dihadapi skrg ini bukan kerana kekurangan bekalan petroleum di pasaran tetapi kerana kenaikan permintaan yang begitu tinggi.
JAdi, teori ini tidak releven kepada situasi yang dihadapi skrg ini
Hisham ini membaca secara sifir matematik, tentu jawapannya secara sainstifik.
Kalau Hisham ini membaca secara agama, lain pula jawapannya.
Kadang-kadang keje Tuhan pun kita nak fikir-fikirkan.
Last-last, kita terlupa keje kita. Salah satu keje kita adalah menguruskan dunia. Kurangkan beban rakyat, berjimat, beri subsidi dll salah satu alternatifnya.
Kadang-kadang kita boleh dipanggil ‘Tuhan’ kalau selalu mengambil kerja-Nya
Saya setuju dengan Hisamuddin Rais. Rakyat kita sudah terlampu dinodai dengan kesenangan moden. Tidak bermakna dalam menegakkan keadilan rakyat kita terlampu sempit mentafsir keadaan.
Dalam hal minyak ini, adalah satu perkara yang tidak boleh berpatah balik.
It’s going to be that way like it or not. Seruan kerajaan mengenai ubah gaya hidup itu betul cuma mereka yang diatas itu patut mulakan dahulu dan sedikit demi sedikit mengubah dasar negara dengan memantapkan sistem perkhidmatan awam maka barulah tidak menjadi krisis.
Begitu juga dengan masalah harga barang naik. It’s neo liberal policy which made us to be like this.
Saya tidak yakin walaupun Anwar memerintah, negara ini akan jadi lebih baik kerana beliau juga seorang free marketeers!
DAP apatah lagi.
PAS? Masih teraba-raba mencari intelektual untuk membuka mata ulama’ kepada dunia realiti.
Nak salahkan ulama’ tak boleh sebab bukan bidang dia. Maka tugas aktivis Muslim yang celik untuk betulkan kedaaan ini!
apa yang perlu sekarang ialah kerajaan yang lebih telus. kerajaan sekarang tidak boleh mendengar suara rakyat dan hanya membuat keuntungan peribadi. jadi kerajaan perlu ditukar.kita nak kerajaan yang mendengar suara rakyat.berbalik kepada isu minyak, apayang perlu kerajaanbaru lakukan ialah dari keuntungan jualan minyak sepatutnya ditubuhkan satu pusat penyelidikan yaang meletakkan saintis2 bertaraf dunia untuk membuat penyelidikan mencari sumber selaindari petrol sebagai tenaga.sekarang tumpukan perhatian kepada penyelidikan, bukanmembina projek-projek mega untuk komisen… hancur.
saya rasa masa sekarang ia lah untuk dunia mencari sumber alternatif kepada petrolium.Kini dah ada teknologi kurangkan minyak dalam kereta 50% menggunakan air.Lihat website “water4gas”.Maksudnya kalau harga petrol sekarang RM1.92/litre,kita gunakan alat ini, akan jadi RM0.96/litre secara praktiknya.Kalau sebulan kita habis RM300 untuk minyak,kita secara lojiknya akan guna RM150.Banyak lagi teknologi yg sedang dibangunkan bagi menggantikan petrol yg mesti akan habis.Contohnya hidrojen,fuel cell,biodiesel dll.Di Brazil mereka guna minyak dari TEBU.Dikhabarkan lebih 50% kereta mereka guna ethanol yg diperam dari tebu sejak krisis minyak 70an lagi.Kita pun ada kena cari cara tukar sekam padi ka,jerami padi ke,ke ethanol.USM dah ada teknologi tu.
Malaysia akan jadi net IMPORTER pada tahun 2010.Sekarang ni,kalau tak silap kita keluarkan 680,000 sehari dan kita pakai 650,000 tong.(kena check balik dng petronas).Tapi tahun 2010,kita akan pakai lebih dari apa yang kita keluarkan,kerana pertambahan kenderaan dan lain2.Aku ingat hanya mimpi DSAI nak perturun harga minyak.Boleh turun 20 sen,lepas tu kita kan mampus next few years.