Parti Siswazah Menganggur?

2008 Januari 8
by aminiskandar

Hari ini bertemu dengan seorang teman yang juga merupakan seorang penulis blog. Beliau menggendalikan blog ini dan ini. Kami berbual-bual mengenai pelbagai isu-isu semasa termasuklah mengenai pilihanraya umum yang dikatakan akan diadakan pada bulan Mac ini.

Selain daripada itu, kami turut membincangkan mengenai mahasiswa yang dikatakan akan menubuhkan parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya umum yang ke 12 akan datang.

Teman saya berkata yang paling sesuai jika mahu ditubuhkan sekarang ini ialah Parti Siswazah Menganggur. Ini adalah kerana siswazah menganggur ialah masalah yang serius masa kini. Jika Parti Siswazah Menganggur ditubuhkan, kemungkinan besar ianya akan mendapatkan keahlian yang besar dalam masa yang singkat.

Jika dilihat daripada statistik yang hampir mencecah 100 000 , ada kebenarannya. Masalah siswazah lepasan universiti adalah masalah yang serius. Jika tidak dibendung, ianya pasti akan menjadi masalah besar negara pada masa akan datang. Kerajaan yang ada tidak mempedulikan siswazah menganggur. Sudah tiba masanya siswazah menganggur bangun untuk membela nasib mereka sendiri.

Jika ini berlaku, politik negara akan gempar lagi. Selepas 50 tahun, sedikit demi sedikit kepincangan yang dilakukan oleh BN terbarai. Apakah 50 tahun akan datang akan menyaksikan kejatuhan BN? Tepuk dada tanya anak muda. Jika anak muda bangkit, semuanya pasti. Ini adalah kerana dunia ini akhirnya akan menjadi milik orang-orang muda.

30 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 8

    kadang2 masalah menganggur ni berpunca dari sikap diorang sendiri.
    memilih kerja, nak duk dalam aircond
    gaji loaded
    yg cikai2 tolak ke tepi
    pastu lak mase kat u pilih jurusan yang mmg berlambak orang mintak. Belajar main2,
    PTPTN dibelanja bukan tuk tujuan pelajaran
    maklum r na tunjuk gak kat kawan2
    Tambah2 Melayu
    yang bagus tu takpe r
    tapi banyaknya yang leka
    bila gagal salahkan orang lain
    padahal satu jari tunjuk kat orang empat lagi menghala ke diri sendiri
    maklum lah ade sesetengah tu
    pakai kabel
    guna kuasa orang tu, pegawai ni
    dan pe yang pasti
    walau adanya kuota tuk Melayu
    tapi tempat2 kat u dipenuhi bukan kaum bumiputera
    Rugi! Rugi!

  2. 2008 Januari 8

    kadang2 masalah menganggur ni berpunca dari sikap diorang sendiri.
    memilih kerja, nak duk dalam aircond
    gaji loaded
    yg cikai2 tolak ke tepi
    pastu lak mase kat u pilih jurusan yang mmg berlambak orang mintak. Belajar main2,
    PTPTN dibelanja bukan tuk tujuan pelajaran
    maklum r na tunjuk gak kat kawan2
    Tambah2 Melayu
    yang bagus tu takpe r
    tapi banyaknya yang leka
    bila gagal salahkan orang lain
    padahal satu jari tunjuk kat orang empat lagi menghala ke diri sendiri
    maklum lah ade sesetengah tu
    pakai kabel
    guna kuasa orang tu, pegawai ni
    dan pe yang pasti
    walau adanya kuota tuk Melayu
    tapi tempat2 kat u dipenuhi bukan kaum bumiputera
    Rugi! Rugi!

  3. 2008 Januari 9
    Sebahagian Suara Anak Muda permalink

    Satu cadangan yang boleh diketengahkan. Terdapat banyak universiti di Malaysia ini, tidak kiralah IPTA ataupun IPTS untuk menampung semakin ramai pelajar yang pandai tetapi apabila keluar dari universiti tiada peluang pekerjaan, hendak mencari pekerjaan di swasta mungkin susah nak dapat kerana alasan tidak ambil kerja kerana tiada pengalaman (kalau tidak diberi peluang mana nak dapat pengalaman) dan kalau hendak berkerja di sektor kerajaan susah nak dapat kerana rangkaian kroni terlampau hebat, kalau kita tiada saudara mara jangan harap untuk dapat kerja di sektor kerajaan. Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada para siswazah, wajibkan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan semua mengambil siswazah yang menggangur.Kementerian Pengajian Tinggi perlu menyediakan kos-kos yang akan menjanjikan peluang pekerjaan kepada siswazah.Para siswazah yang menggangur sekarang diharap tidak memilih kerja walaupun kerja itu tidak berkaitan dengan kos yang diambil, apabila telah berkerja disitu kita mencari peluang yang baru. Dengan kata lain aku bersetuju dengan penubuhan parti tersebut dengan harapan membawa satu perubahan yang besar kepada para siswazah yang menggangur dan akan datang menggangur.

    • 2009 Jun 1
      aku xkeje lg... permalink

      aku xstuju satu je… keje tu biar kena ngn ape yg korang blaja…blaja bgai nk rak… duit bribu2 habis… so biar la pdn…aku xkisah klo keje tu xdduk dlm ofis or pakai kemas…jnji ape yg dplajari dipraktikan..ape gune ilmu klo xdpraktikan…last2 ilang cmtu je…klo skdar keje nk gaji baik blaja tahap spm je..xde laa mnyusahkan mak bapak….

  4. 2008 Januari 9

    Bekas Presiden Indonesia (Sukarno) pernah berkata,”berikan aku 100 orang tua, aku hanya bisa mencabut rumput di kaki bukit xxx (tidak pasti nama bukit tersebut). Tetapi, jika aku diberikan 10 orang muda yang gagah perkasa, aku pasti bisa menggoncang dunia”.

    Baca selanjutnya di
    http://formerigp.blogspot.com/

  5. 2008 Januari 9
    smith jr permalink

    Isu siswazah menganggur tidak akan ada kesudahannya. Ini adalah kerana kerajaan tidak seious langsung untuk mengatasinya. Kenapa saya kata begitu? Apa yang saya kata ini adalah berdasarkan pada pengalaman saya dalam tahun 80an. Pada masa itu Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi dan saya pada masa itu bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat “multinational”. Saya mengambil siswazah-siswazah yang menganggur sebagai “management trainee” dan meletakkan mereka dalam semua bahagian dalam syarikat tidak kira dalam bidang apa pun kelulusan mereka. Ini dibuat secara “rotation”. Saya dapati kadang-kadang siswazah yang berkelulusan tertentu, lebeh baik kerjanya dalam bidang yang diminatinya. Misalnya banyak yang saya dapati yang berkelulusan ‘Finance” boleh menjadi “Foreman” yang baik. Lepas latihan itu mereka menjadi rebutan.
    Malangnya siswazah hari ini tidak diberi peluang. Kerajaan sepatutnya menggunakan wang ‘HRDF” untuk program ini. Jangan hanya mengharap pada belas ekhsan syarikat.
    Pengganguran terjadi bukan salah industri tetapi salah sistem pembelajaran kita. Jika dibandingkan siswazah kita dengan luar negeri, mutu siswazah luar negeri lebih menyerlah.
    Bukan kerana siswazah kita tidak pandai tetapi mereka malu atau mungkin takut untuk menyuarakan pandangan mereka terutama dalam mesyuarat. Ia mengambil masa yang lama untuk mereka keluar dari “inferiority complex” ini. Punca penyakit ini ialah “Akta Kolej dan Universiti. Kita mengekang minda mereka dan meletakkan perkerbangan otak mereka dalam acuan. Maka berkembanglah otak mereka mengikut acuan itu.
    Siswazah-siswazah yang menganggur ini kalau dikaji latarbelakang mereka kita dapati semua mereka tidak ada kabel untuk menarik mereka ke dalam bidang pekerjaan. Rata-rata mereka adalah orang kampong.
    Undang-undang pekerja asing kita juga amat longgar. Banyak kita dapati pekrja-asing yang kononnya “specialist” tetapi sebenarnya tidak. Oleh kerana merosotnya pengeluaran di negara mereka dimana wujudnya lebihan pekerja, dibawanya mereka ini ke sini untuk sementara. Baji mereka akan dibayar dari “payroll” Malaysia bukan negara mereka.
    Inilah nasib kita khususnya orang Melayu. Nasib HINDRAF lebeh terbela dari orang Melayu.

  6. 2008 Januari 9

    Macam mana angka ta’ mencecah sahingga 100,000 penganggor…Orang yang patut pencen saperti raSHIT melayu haram jadah yang menjadi pengkianat kepada negara tetap di sambung perkhidmatan..demikian juga dengan KPN..KSN..serta KSU KSU melayu…semua hampeh…DAP yang paling layak memerintah Malaysia..Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri…

  7. 2008 Januari 9

    menganggur? hrm, byk je membe aku suma da keje tp still daftar sebagai penganggur tetap kt jabatan buruh tu… termasuk gak la aku, ahaha…

    agaknya kita semua memang berminat menyertai Partai Penganggur Semalaya!!!

  8. 2008 Januari 9

    zaman aku, lepas graduat dah ada kerja. mula-mula aku cuci longkang. kendian aku cangkul tanah tepi jalan. aku tak ngangur. aku tak ngeluh. tapi zaman skrang kerja tu sume dah diambik alih mat nepal, bangla dan donsi

  9. 2008 Januari 10
    najib permalink

    tak payah kerja pun boleh dapat duit laaaa, zaman sekarang tak macam dulu, sekarang ada internet, bagilah siapa siapa yg nak rajin kerja tu kerja kat diaorang, aku nak rilex aje sambil duit masyuk.

  10. 2008 Januari 10
    usman bin laden permalink

    Saya setuju penubuhan Parti Siswazah Mengganggur. Biar elajar u ne ada ruang untuk meluahkan perasan mereka dalam urusan mereka. Biar kerajaan fikir plak macam mana nak berdepan parti ini. Nampaknya bertambahlah ‘golongan’ yang menentang kerajaan… Mampuih ko BN!!!!!!!!!!!!!!

  11. 2008 Januari 10
    sob permalink

    komen ko tu cam ada sentimen perkauman je Ranjit Singh?

  12. 2008 Januari 10
    Sebahagian Suara Anak Muda permalink

    Saudara Ranjit Singh …..
    Baik Karpal Singh aja jadi Perdana Menteri …… Baru Gempak ….. Apa sokong Lim Kick Siang ….. Xada Bagus …..

  13. 2008 Januari 11

    Lantik aku lah. Baru Malaysia aman. Aman bagi aku adalah lingkup. Kui3.

  14. 2008 Januari 28
    Jasmin Munira Jaafar permalink

    Parti Siswazah Menganggur(PSM)? ldea baik daripada huhahuha…Sila tubuhkan segera. Daftarkan segera . Ayuh..ingat era Mahasiswa Menggugat 1970-an boleh merubah segala yang batil kepada kebaikan. Sokong!!!!!!

  15. 2008 Mac 3
    hana.. permalink

    siswazah nie menganggur sbb dia org x di beri peluang, kebanyakkan firma bila nk ambik org bkerja just nk org yg ada pengalamn. jika di fikir secara logik para siswazah nie x kn ada pglmn jika x di beri peluang… and then para siswazah nie plak jgn la nk pilih krja brmula la dr bwh.. jgn nk trus brada di puncak… satu lg nasiht ikhlas kalo nk smbg kt u tu pilih la kursus yg ada pasarn kja jgn nk pilih ikut suka hati je, jgn stkt nkj brgelar student u je. nti kalo x dpt kja jgn slah ssapa, salah kn diri sendiri yg leka..

  16. 2008 Mac 20
    fafa permalink

    byk faktor nape menganggur. maybe tkde peluang psl keje nk pengalaman, tp yg byk psl tak tau nak wat keje cthnye camne nk keje engineer klau tak tau wat keje engineer, camne nk jd prgrammer klau tak tau wat coding. klau dh tau wat keje mesti company tu amik nye. english mmg le lemah bg sestgh org, tp yg paling penting kn tau wat keje. psl pe tak tau? kat univ tk belajar ke? yg amik engineer kat univ byk bljr math je, prctikal krg sgt, klau nsb baik ms latihan industri dpt le bljr keje, klau tak kuar2 jd cikgu math je le klau kpli tak dpt.

    cmtu gak le kat bdk IT, cmne nk apply keje network kalu dh tak tau setup network, OSI layer tau le, exam score abis sume 7 layers. tp nk config ip pun tak tau.

    So salah siape?

    Pd ku, IPTA khusus nye kene tamb lebih sket practikal, actual skill for industri, tp camne nak wat klau lecturer pun tak tau, ada lecturer mmg top scorer, abis degree, trus master ngan phd. so student die pn jd cam die le. Anehnye IPTS nye student ok, nape?

    pd yg tgh menganggur, kn le pepndi improvekan diri, bljr skill yg kene tau utk keje, ask ur self wht u can offfer to company then wht company can offer to u.

  17. 2008 Ogos 26

    V2NNUT fvdf87y978sdct9bvd892hbsc

  18. 2008 Oktober 22

    Hek..eleh…Yang menganggur tu pointer tak bagus.Tapi yang aku tak puas ati kan yang bukan melayu termasuk bumiputera sabah dan sarawak pointer bagus-bagus pun tak dapat keja.Yang dapat keja orang melayu je.Malahan ada yang repeat sem dan dapat pointer tak cukup makan sendiri tapi dapat jadi pegawai kerajaan.Macam mana Malaysia nak maju dah pegawai yang diambil pengetahuan nya setengah-setengah aje….Macam telur separuh masak.

  19. 2009 Januari 1
    penganggur permalink

    saya merupakan penganggur skrg. saya merupakan lulusan luar negara. namun sampai skrg saya dapati peluang untuk saya mendapat kerja masih rendah.

    kerajaan dan orang2 yg berkaitan seolah2 tidak mempedulikan masalah graduan menganggur ini. untuk dipilih sbg kerja kebanyakan syarikat mahu org berpengalaman, apatah lagi untuk menjadi pegawai kerajaan.

    mungkin kerajaan perlu mengawal berapa ramai graduan per tahun, untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan. pastikan bahawa sesuatu industri itu mempunyai ruang yg cukup untuk bakal2 graduan masuk kelak. banjiran graduan menganggur saban tahun meningkat dan masalah ini perlu diatasi segera.

    akhir kata, doakan saya mdapat pekerjaan dlm tempoh tdekat. saya mahu mbangungkan negara, saya tidak mahu mensia2kan ilmu saya ini. insya-Allah.

  20. 2009 Januari 1
    penganggur permalink

    *errata

    ‘membangungkan’ menggantikan ‘mbangungkan’

  21. 2009 Januari 3

    Saya antara siswazah tua yang menganggur. Saya kerja jadi Penyelia stesen minyak di JB tapi gaji cuma RM 700.00 kerja 16 jam sehari. Makan tempat tinggal sendiri dalam stor isi kotak.. Bos maki hamun 6 bulan tak tahan berhenti. Saya kerja jadi guru ganti. tapi untuk kontrak 2 bulan sahaja. Saya kerja di Sekolah Arab gaji Rm 1200 . Tiba tiba diberhentikan kerana kegawatan ekonomi sekolah itu. Saya nak buka Pusat Tuisyen kedai nak deposit RM 5.000. Saya nak buat pinjaman syarat kena ada kedai.

    Saya buat saja di kedai buruk….. Saya nak kumpul duit pindah kedai yang dicadangkan dalam Permit.

    Bank , Tekun , MARA tolong orang dah ada kedai….Orang macam saya ni ..tak da sapa nak tolong…Saya benci politik. Politik UMNO dan PAS tak boleh nak tolong golongan macam saya.

    Masa di Universiti kita tolong dua Parti ini. Tapi bila kita keluar….mereka dah dapat YB …senyap dan tolong anak isteri sahaja……

    Saya nak Perdana Menteri graduan menganggur….

  22. 2009 Februari 4
    pantasmaju permalink

    takpayah lah cita pasal kesilapan melayu kita, 9hari 14 malam pun tak kan habis. apa yang penting kita perlu lihat ke depan apa lagi saki baki peluang yang tinggal untuk mencari sesuap nasi. kerana apa saya katakan begitu ,sebab pasa pandangan saya kita orang melayu dan india semakin lama semakin miskin dan susah, yang pastinya jurang perbezaan siantara kedua bangsa ini akan terpisah lagi jauh dari bangsa cina.itu amat pasti.
    lagi pun orang melayu dari segi politiknya hanya seolah olah hidup segan mati tak mahu. hanya tinggal tin kosong , satu pati politik yang hanya rapuh dan hanya mengganguk kepada parti komponan nya.
    lagi sekali ,ini semua silap orang kita juga. mana boleh kita bunuh ibu kita walau kita marah macam mana sekali punnnnnnnnnn.
    ahhh sekarang tengok lah apa yang dah jadi di selangor dan perak.
    di tambah lagi bn ini pun satu hall. kalau betul betul nak buat perubahan , tolong tolong jangan sesekali melantik muka lama untuk bertanding . lantik muka baru yang yang boleh memberi keyakinan kepada orang melayu kita kembali.
    kalau tanya saya ,apakah kita harus melantik orang orang seperti rahim tambik chik, m mohamad taib, adnan mansur,khir toyooooooooooooo ini semua duduk lagi dalam polotik. mereka semua telah gagal menjaga amanah yang diberi. buang mereka.tapi ia tak ia juga mereka ini datang nya sari akar umbi iaitu mesyuarat cawagan yang sihasiri oleh orang cawangan yang cetik pemikiran san yang boleh dikunyit kuyit kan oleh ketua cawangan atau orang bahagian .
    tetapi kalau setiap orang kampong diperingkat cawangan tahu hak masing masing pasti akan mereka mereka yang saya maksutkan tadi takan ada di dalam politik.
    ok berenti dulu.
    ok kepada siswazah2 menganggur ,saya ada perojek perniagaan , pertanian , trading, penternakan, mari lah kita mengorak langkah berbuat sesuatu untuk meninigkatkan pendapatan kita , itu pun semmentara tekun ada peluang batuan kewangan ni, kalau lambat kemungkinan besar duit ni pun akan habis pasal kerajaan pun kebulur duit sekarang ni.

  23. 2009 Februari 19

    anda seorang menganggur???usah di kesali,usah resah,usah takut,,,sepatutnya anda harus bersyukur kerana menganggur..kerna Allah memberi anda peluang untuk menceburkan diri dalam perniagaan bukan makan gaji..kan 99% reziki ada dalam perniagaan berbanding makan gaji hanya 1%..malah dalam islam pun menuntut kita untuk menceburkan diri dalam perniagaan,,,oleh itu,usahlh rendah diri andainya anda penganggur..tp cuba ceburi bidang perniagaan asalkn halal,tulus n tdak menyalah undang2 @ penipuan..oleh itu sya mengalukan anda semua mengunjungi blog ini=http://jutawanaffiliate-mazlan.blogspot.com/

    saya jamin tiada unsur penipuan..syarikatnya berlesen serta kukuh.
    jan lepaskan peluang.http://jutawanaffiliate-mazlan.blogspot.com/

  24. 2009 Februari 20
    massera permalink

    pasal pengangguran di kalangan siswazah. selalu ditekankan siswazah tidak peka memilih kursus smasa belajar di universiti. tetapi pada saya, kadang-kadang sukar hendak dinyatakan. sebab semasa saya belajar di sebuah matrikulasi tempatan tahun 1993, saya memilih kursus ekonomi dan bercita-cita hendak menjadi akauntan yang berjaya. Tetapi malangnya, keputusan peperiksaan semester saya tidak memberangsangkan untuk meneruskan cita-cita saya walaupun saya belajar bersungguh-sungguh. Lalu saya menukar jurusan ke sosial sains yang tidak terlintas di fikiran saya sebelum ini.saya habis pengajian pada tahun 2000 dan kelulusan kelas kedua bawah. kawan yang sealiran saya dengan kelulusan saya sudah menjadi guru graduan yang berjaya.dah 9 tahun saya bekerja mengunakan sijil spm. mungkin orang macam saya kena berusaha lebih mencari kemahiran lain apabila nasib tidak menyebelahi.ALLAH HUA AKHBAR.

  25. 2009 April 28
    beuwolf permalink

    berusaha betoi2 …. lepaih tu banyak2 berdoa , Allah tu Maha Pemurah lagi Penyayang . jangan dok salah kat orang lain …… dan banyak2 bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan kena berusaha sunggoh2.

    issshkkk …. tak kan nak salah kat BN kot ????

    ambil contoh amin kita ni ……….

    jangan jadi macam Ranjit …… saja nak cari bala tu ……

  26. 2009 Mei 8

    -siswazah nganggur ni amat tersisih.ditambah lg ngan birokrasi gomen.siswazah adalah “permata msyrakat” ttp sygnya dsisih.lbh baik nsb sorg penagih dadah atau lbh dknali sbg “sampah msyrakat”.nsb glongan ni lbh tbela bbanding ngan siswazah nganggur.idup xyah kja,wat kja2 haram,kna tgkp,msuk pusat serenti,pmulihan apa smua.gomen sponsore.bole plak spent budget kt situ.tp siswazah ‘yg tsisih’ shigga nganggur ni, nsb lgsung xtbela.pdhal siswazah ni ada potensi msg2 n jnis mnusia yg bintelektual.tp sygnya,xda pihak yg hargai n amik pduli.
    -tindakan sgera diperlukan dgn menubuhkan satu badan,persatuan,pertubuhan atau apa2 ja la yg bfungsi utk pantau setiap siswazah slps tmat pengajian trutamanya lpasan ijazah pertama.
    -peruntukan/dana khas utk golongan siswazah nganggur ni MESTI diadakan ngan kadar sgera utk bantu glongan ni trutama ke arah keusahawanan n syarat pinjaman tu mesti dilonggarkn.niat utama adalah utk MEMBANTU glongan nie.automatik nnti pnjaman ptptn pun siswazah nganggur ni bole selesaikan.
    -bantu siswazah2 nganggur ni ngan kadar sgera.’sampah msyrkt’ bole dsponsored xkn ‘pmata msyrkt’ xbole kot.agak2 r.
    -lbh bgus klu siswazah nganggur ni kumpul duit dr dulu,xyah blajar tggi,ntah dh bole pkai duit tu wat bisnes.haha…
    -sedarlah, siswazah adalah “PERMATA MSYRKT” & prlu dibantu ngan KADAR SGERA..

  27. 2009 Ogos 19

    kowang x cri peluan g ek..ape kate aku ajak kowang joit bisnes aku..lumayan giler…syarikat berdaftar…aku student..bru sem 3..dlu sem 1 n 2 aku wat pinjamanptptn..sekrg pas wat bisnes ni..aku da x wat pinjaman da..ala lakpinjamkan duit kat owang…umo aku bru 19..da leh bli kete sendiri..tp myvi la..ok la kan..x susah pun bisnes ni..mse mule2 msuk..aku pon xyakin..tp dah wat..income pun trus masuk..terus aku xrgu2 da..kowang try la..cye ckp aku…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS