Pilihanraya pada 10 Mac 2008

2008 Januari 11
by aminiskandar

Menurut maklumat yang baru diterima daripada seorang teman yang bekerja dengan media arus perdana tadiĀ , pilihanraya akan diadakan pada 10 Mac 2008. Sejauh mana kebenaran maklumat ini, tidak dapat dipastikan. Sumber lain merupakan seorang saudara jauh yang bekerja dengan SPR turut memberitahu bahawa tarikh pilihanraya ialah pada bulan Mac tahun ini.

Oleh kerana tarikh pilihanraya adalah “misteri” di Malaysia dan hanya PM sahaja mengetahuinya, diharap pihak-pihak yang terlibat secara langsung dapat mengambilkira tarikh diatas untuk membuat persiapan untuk menghadapinya.

Tuntutan BERSIH masih belum dipenuhi. Apakah perlu satu Perhimpunan Raksaksa agar kesemua tuntutan BERSIH dipenuhi sebelum PRU ke 12 nanti? Jika perhimpunan diadakan selepas pilihanraya, impaknya berkurang berbanding sebelum pilihanraya memandangkan “mood” rakyat masih lagi berada pada tahap yang baik. Dikhuatiri jika perhimpunan diadakan selepas pilihanraya, “mood” akan menjadi lemah. Fikirkanlah…..

5 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 11
    Sebahagian Suara Anak Muda permalink

    PRU akan berlaku sebelum bulan 4, sebelum anwar ibrahim boleh bertanding, aku rasa PRU ke-12 akan berlaku time cuti sekolah bulan 3 ni. Apa pun aku tidak sabar-sabar PRU kali ni, dalam benak hati aku berkata keputusan Pilihanraya lebih kurang macam PRU tahun 1999, pembangkang akan dpt merampas kebanyakan kerusi ataupun boleh jadi akan memenangi beberapa negeri. Sama-samalah kita pastikan, semoga dengan keputusan sedemikian dapat memberi kesedaran kepada Pak Lelah tentang penolakan sebahagian besar rakyat Malaysia terhadapnya.

    Pasal perhimpunan BERSIH, memang kena buat sebelum PRU kali ini, kerajaan perlu memberi permit kepada pihak penganjur, baru boleh tenggok berapa ramai yang support pergerakan BERSIH, buat kat stadium bukit jalil seperti yang diura-urakan, tidak menggangu lalu lintas, tidak menggangu perniagaan orang jadi tiada alasan buat kerajaan. PASTIKAN SEMUANYA BERSIH DALAM PRU KE-12

  2. 2008 Januari 11
    Karipup Sardin permalink

    Faktor utama yg bakal mempengaruhi PRU akan datang ini adalah soal kepimpinan.Yakni kira PM baru lah konon.Bagi kebanyakan orang Melayu-jika Anwar dapat bertanding-bermakna rakyat ada peluang untuk melihat seorang PM yg baru-yg segar dan berwawasan.Faktor ini akan mendorong orang melayu untuk mengundi PEMBANGKANG.

    Tapi jika Anwar tak dapat bertanding!!.Disinalah kita akan lihat satu kepincangan politik yg sedih.Pembangkang yg tak diterajui Anwar bermakna PM baru mungkin jadi Hadi Awang ataupun Kit Siang.Ini akan membuat rakyat untuk membuat satu tindakan yg bakal menguntungkan UMNO.

    Yg pasti.BN dan UMNO dah jelas dgn agenda untuk menukar PM yg sedia ada tapi tak nak pulak jawatan ini terhidang kat Pembangkang.Tindakan PRU sebelum Anwar dimana peratusan kemenangan BN yg rendah berbanding dulu akan mendesak Umno untuk menukar pucuk kepimpinan mereka menjelang Pemilihan Umno nanti.

  3. 2008 Januari 11
    anak mak abah permalink

    em,aku mmg xsuke ngn cre pntdbirn paklah yg jnis slow sket tu..sume bnda nk tgu,nk tgk kesan dlu bru nk gelabah..tp aku mmg xsuke lgsug kalu major org melayu nk sokong anwar gak..bg aku snang je,lpas ape yg anwar terlibat mule ngn time kgawatn eko 98, trlibat ngn sokong hindraf tok jatuhkn hak melayu,gune media luar tok hentam negara sndiri..aku rse die tak ubah mcm perosak bangsa dan negara..so kalu die nek sbg pm melayu(pmbangkang),tp ape gune lau maruah melayu tergadai????so..cri la yg terbek..aku xsuh korg sokong bkn melayu ni..sbb aku ni perkauman gak..aku tau agenda diowg ni..em,politik belaka..moga kite bgsa melayu kat bumi malaysia ni, bijak wat keputusan yg akn tentukn kedudukan kite dibumi sndiri ni..

  4. 2008 Januari 13

    Perhimpunan kali ke-2 perlu..perlu..kerna ianya dapat memberi impak kepada kepimpinan Pak Lah kerana apabila perhimpuan ini berjaya dan ada sedikit kekacauan yang dicetus oleh POLIS maka mood rakyat untuk menukar kerajaan akan menjadi lebih tinggi..tak percaya ahhh lihat saja tahun 1999-2001..dimana adanya banyak demo lagi lemah la BN…

    so apa lagi..jom turun!!!!

  5. 2008 Januari 15

    Sememangnya kita dapat menjangkakan dengan mudah bahawa PRU (Pilihanraya Umum ke 12) akan dilangsungkan sekitar bukan Mac 2008.

    Pelbagai masalah yang harus ditanggung oleh parti yang memerintah sekarang. Dari kes mahkamah sehinggalah kes gangguan bekalan barangan harian.

    Namun yang memusykilkan saya ialah, bilakah had waktu terakhir bagi perlangsungan pilihanraya umum ke 12 ini?

    Apakah ianya pada tahun 2009? Jika ya, Pak Lah mungkin akan menganjakkan perlangsungan pilihanraya umum ke 12 ini pada awal tahun 2009. Ini bagi menstabilkan ke semua elemen teras pembangunan rakyat. Seperti ekonomi dan keselamatan.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS