MAHATHIR MUDAH LUPA!

2008 Januari 18
by aminiskandar

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) mengutuk kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad dalam sesi soal-jawab siasatan Suruhanjaya Di Raja berhubung isu pita rakaman Lingam semalam.

 

Dalam kebanyakan jawapan Mahathir, dia hanya menjawab tidak ingat atau lupa. Nampaknya Mahathir sudah lupa segala perbuatan masa lalunyasewaktu berkuasa. Malah dia juga menafikan mengenali peguam V.K Lingam, sewaktu dia masih berkuasa.

 

Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu mudah lupa. Sebenarnya, dialah yang mudah lupa. Orang Melayu, rakyat Malaysia dan SAMA masih belum lagi lupa kezaliman, rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku sewaktu pemerintahan Mahathir.

 

Di bawah ini, SAMA menyisipkan petikan laporan agensi berita Bernama dan akhbar The Sun 9 tahun lalu bagi membuktikan hubungan Mahathir dan peguam V.K Lingam telah lama terjalin.


Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)

18 Januari 2008


Mirzan Files Affidavit-in-reply in RM 150 million suit

 

KUALA LUMPUR, March 16 (Bernama) – Mirzan Mahathir, Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad’s eldest son , has filed an affidavit-in-reply in connection with his RM150 million libel suit against printer Star Papyrus Printing Sdn Bhd.
The affidavit-in-reply was filed by lawyer Datuk V. K. Lingam at the High Court Registrar’s Office at Wisma Denmark here yesterday.

 

(Sumber: BERNAMA Malaysian National News Agency, 16 March 1999)

Mirzan sues Chinese papers
By N.Puspa Malar

Businessman Mirzan Mahathir is suing three Chinese dailies for damages totalling RM750 million for alleged defamation in articles they published about his business activities .
The suits are against China Press, Guang Ming Daily News, Sin Chew Jit Poh and Pemandangan Sinar Sdn Bhd which is the publisher and printer of Sin Chew and the printer for Guang Ming. In the suits filed by Messrs V.K. Lingam & Co in early February, Mirzan also sought injunctions to restrain all the defendants from further publishing the alleged defamatory words.
(Sumber: The Sun, 25 March 1999)

Berita dari Malaysiakini dibawah:

Mahathir mudah lupa…

Andrew Ong | Jan 18, 08 6:20pm

Selama lima minit, sekumpulan enam orang yang menamakan diri mereka ‘Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia’, membawa kain rentang yang tertulis ‘Mahathir mudah lupa’ di depan kompleks mahkamah Jalan Duta, hari ini.

Kain rentang tersebut, yang merujuk kepada sajak Dr Mahathir ‘Melayu mudah lupa’ yang dideklamasikan beliau sewaktu perhimpunan agung Umno 2001 – menggelikan hati orang ramai yang lalu-lalang di situ, termasuk para peguam.

Jurucakap kumpulan tersebut, Mohd Yunus Ali membaca satu kenyataan yang menyebut bahawa Dr Mahathir mendakwa beliau tidak ingat atau terlupa maklumat ketika beliau berkuasa, ketika disoal peguam dan anggota suruhanjaya diraja yang menyiasat klip video Lingam.

“Beliau juga menafikan yang beliau kenal peguam Datuk VK Lingam ketika berkuasa,” kata Mohd Yunus.

Kes saman Mirzan

Sambil mempertikaikan perkara itu, Mohd Yunus (foto) berkata, laporan media pada tahun 1999 menunjukkan kemungkinan wujud hubungan antara keluarga Dr Mahathir dengan Lingam.

Mohd Yunus kemudiannya mengedarkan kepada pemberita dua laporan media pada tahun 1999, yang melaporkan bahawa anak Dr Mahathir, Datuk Mirzan, telah menggunakan khidmat guaman Lingam untuk mewakilinya dalam dua kes saman fitnah.

“Dr Mahathir mempunyai ingatan yang terpilih…kita hadir di sini untuk mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak lupa dan beliau (juga) tidak boleh lupa,” kata Mohd Yunus.

Di samping itu, kata Mohd Yunus lagi, rakyat Malaysia tidak lupa dakwaan rasuah, salahguna kuasa, tekanan terhadap hak asasi manusia dan mengekang kebebasan akhbar sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Pada 4 Januari lalu, kumpulan yang sama telah menghantar cenderahati simbolik berupa dua biji bantal kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya (foto).

Keterangan Dr M

Antara lain, suruhanjaya diraja itu menyiasat kebenaran kandungan klip video Lingam itu, yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai bukti wujudkan campurtangan dalam pelantikan hakim.

Bila ditanya oleh suruhanjaya tersebut semalam berhubung pelantikan hakim-hakim, Dr Mahathir menjawab beberapa kali bahawa beliau tidak ingat atau tidak tahu mengenai perkara-perkara tertentu.

Dr Mahathir juga berkata, beliau hanya mengenali Lingam selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada tahun 2003.

Kenyataan Dr Mahathir semalam juga merupakan kali pertama beliau memberi keterangan berhubung tindakan-tindakannya sewaktu menjadi perdana menteri, di mahkamah terbuka




12 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 18

    Lepas ni..Madead akan masuk IJN sekali lagi…kali ini dia akan jalan terus…jumpa DIA disana…..

  2. 2008 Januari 19

    hehe, macam nak terima nasib cam suharto je nih. mahathir gi jumpa suharto ari tu sebab nak mintak pendapat kot. pak lah plak, konpem masuk isa bila tua nanti. insyaAllah. kui3.

  3. 2008 Januari 19

    Che Det, kesian kat hang. Pak Lah amik iktibar dari kisah Che Det nie..ingat tau..

    apa pon 26 January..tempur!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. 2008 Januari 19

    dah la bang..kalo ko dah benci mahathir ko boleh cakap apapun tentang dia..ntah2 ko dah nyanyuk kot?muhasabah la diri ko tu dulu…ko bersyukurke malaysia ni aman disebabkan mahathir?ko ni kufur nikmat lah…kalo ko berani ko buatlah press conference..stakat weblog pandangan ko tak ubah seperti orang pengecut….

  5. 2008 Januari 20
    carwhere permalink

    “ko bersyukurke malaysia ni aman disebabkan mahathir?”
    - aku rasa ayat ni yang kena muhasabah balik.. hati2 beb takut terpesong.. Ada ke manusia yang blh memberikan keamanan???

  6. 2008 Januari 20

    sebenarnya saudara ko buat weblog ni rasanya satu dosa besar….andaian ko semuanya haprak…mudah lupa otak ko ni..bingai ke?ingatlah daging ko tu besi waja ke..?makan dek api dunia pun ko meraung…ingatlah api neraka..sejuk kan?aku layan ko ni macam bebudak ajellah lepas ni….aku nak panggil ko boy…..BOY!!!

  7. 2008 Januari 22
    remy8 permalink

    korang sembang mcm la bagus sgt…ape da,:p

  8. 2008 Januari 23
    Dohwie permalink

    Heh… kalau ko berdoa 24jam sehari, sebulan, setahun tapi tak buat apa-apa, engko ingat aman ke Malaysia ni ? Kena ada PELAKSANA dan pelaksana itu adalah manusia sendiri. Jadi tak leh bersyukur kerana dia yg melaksanakanya ? Akhirnya, manusia itu juga kembali kepada PENCIPTANYA !!! Nabi itu pun seorang manusia lah!!! Kalau dasar otak mcm kereta di mana (carwhere), baik pigi workshop, cek balik ko punya kereta (otak ko)…

  9. 2008 Januari 27

    malaysia tetap aman…dan kita bersyukurlah kerna aman…biar lah dr mahathir habiskan sisa sisa hidupnya tanpa diganggu…

  10. 2008 Februari 4
    terebei@lastik permalink

    Patutlah Cek Ded kita menangis tak keruan semasa perhimpunan Agung Umno satu ketika dulu. Dia meraung macam bebudak…..dah..dah buat keputusan nak letak jawatan. ini semua hukuman yang dia terima dari Allah atas kejahatan semasa dia memerintah. Kita tidak tahu mungkin dia nampak TV dari alam ghaib akan perbuatan kezalimanya.

    Dia ini memiskin jiwa Melayu ! Dia sorang saja boleh kritik orang. tapi bila orang kritik dia…datang lah ISA, OSA dan pelbagai lagi. Dia ni LUPA apa yang dia telah buat kpd bangsa Melayu dan Malaysian amnya. MAHATHIR MUDAH LUPA ….. Malay Dilemma ketika itu bukan malay actually……tetapi MM… Mahathir’s Dilemma nak jadi ……. tst………

  11. 2008 Mac 10
    farah permalink

    NO such thing as mahathir mudah lupa..he’s the most powerful, protective leader (especially Malay people) of all..u published this website like dont ever used ur brain at all..

Trackback & Pingback

  1. Adakah Mahathir bakal terima hukuman setimpal seperti Suharto? — Bising la ko!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS