Tolak membudayakan kebodohan

2008 Januari 18
by aminiskandar

-Novel popular Ahadiat Akashah akan jadi teks sekolah, tiada karya SN (Sasterwan Negara) tersenarai

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.

Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.

SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.

SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini?
SAMA akan berjuang bagi mempertahankan rakyat daripada terus diperbodohkan pemerintah. SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)

40 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 18
    elizabethwong permalink

    Pembodohfikasi minda anak-anak muda.

  2. 2008 Januari 18
    elizabethwong permalink

    Satu lagi projek Bebal Nasional (BN)

  3. 2008 Januari 18

    karya Ahadiat Akashah adalah karya picisan yang sifatnya begitu mengaibkan dan sampah.
    sampai bila masy malaysia mahu terus begitu. Semua benda ingin dipermudahkan. lihat saja di AS, bagaimana karya agung Shakespeare dipelajari seawal usia yg begitu muda. seharusnya karya-karya terulung seperti Samad Said ini yang harus dipelajari. bukan sekadar sarat dgn unsur kesusasteraan, malah mesej yg disampaikan juga positif dan jelas. tidak salah utk menjadikan karya picisan itu salah satu bacaan, namun bagi proses pembelajaran wajar kita menggunakan karya yang lebih agung.

  4. 2008 Januari 18

    lor.. apakejadah? novel ahadiat akasyah jadik rujukan sastera? nampaknya mereka ni dah biol rasanya.

  5. 2008 Januari 18
    K.Shan permalink

    Proses memperbodohkan rakyat kini dah sampai ke tahap kemuncak.Setelah lama rakyat diperbodohkan dengan Utusan Malaysia, Harian Metro dan Kosmo-disamping RTM dan TV3 setiap hari. Kita juga sering kali dikejutkan
    dengan hujah hujah dan kenyataan kenyataan panas dari kepimpinan tertinggi negara seperti Nazri Aziz,Zainuddin Maidin dan MP MP kita dari Jerai,Kinabatangan dan Sri Gading.

    Telah 50 tahun kita dipaksa untuk menerima ape yg dikatakan sebagai ‘approval proses’ dimana kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan apa yg patut dan tidak patut dibaca oleh rakyat dan ape yg baik dan tidak baik untuk negara.Dah 50 tahun kita diperdaya untuk hanya menerima dan tidak mempertikaikan ape yg
    kerajaan kita peruntukan untuk minda dan pemikiran rakyat.

    Inilah dia ape yg dikatakan sebagai proses MengUMNOkan rakyat Malaysia.

    K.Shan

  6. 2008 Januari 18

    dorg taknak bagi budak2 tu lebih bijak dan pandai dari diorg, sbb tu la diorg ajar benda2 sampah kt budak2 tu…

    tgk alasan diorg,

    [Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar]

    xke sengaja membiarkan student jd bodo…

  7. 2008 Januari 18

    tu la pasal bila yang hak diketepikan…maknanya pembuat keputusan bukannya orang yang tepat untuk berbicara soal itu..meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya…hasilnya…

    contohnya meminta penyanyi mengajar di sekolah….

  8. 2008 Januari 18
    didi kota belud permalink

    karya ahadiat akasyah baik bagi jiwa remaja untuk adventure remaja…tapi bukanlah bahan yang baik untuk pembelajaran disekolah,dimana pembudayaan bangsa malaysia dan pembahasaan pemahaman budaya itu bagi saya karya budak setan,budak rap dan cinta tiga hari itu tidak layak dijadikan wadah untuk mengintelekkan generasi muda.mungkin benda ini terjadi kerana mungkin khairy,hishamudin hussin dan yang sama tangkup dengan mereka ,membesar dengan karya yang sebegini……..patutlah malaysia kini diambang kerosakan???????????

  9. 2008 Januari 18
    mimi permalink

    Punya lah banyak karya ulung dok ada.ahadiat akashah jadi pilihan..??

  10. 2008 Januari 18
    mimi permalink

    Punya lah banyak karya ulung dok ada.ahadiat akashah jadi pilihan..??sungguh mengarut..

  11. 2008 Januari 19

    xde apa lg yg bleh aku ktN selain bodoh! bodoh! bodoh! nkth!

  12. 2008 Januari 19

    isk..

    ahadiat akashah?

    tahap darjah tiga anggur bleh la…kalau faisal tehrani saya suka…

  13. 2008 Januari 19
    asparagus permalink

    Mereka mahu menghapuskan mentaliti revolutionary sampai ke lubang cacing.

  14. 2008 Januari 19
    Qazizan permalink

    Betapa bodohnya pemikiran sekarang..novel picisan nak dijadikan teras…macam mana remaja skg tak teruk..semua sebab novel-novel macamni..pejuang sastera ayuh bangun..berjuang untuk tidak menjadikan generasi akan datang lebih nodoh daripada kita

  15. 2008 Januari 19

    Inilah cara Malaysia mempamerkan kebodohan. Tidak langsung mahu menggunakan minda kelas pertamanya!

  16. 2008 Januari 20
    carwhere permalink

    Mungkin ini hanya permulaan. Tidak mustahil selepas ini karya-karya “ulung” yang lain seperti Mangga, URTV, Ujang, dsb akan dijadikan rujukan untuk menarik minat pelajar. Inilah musibah terancang oleh puak memerintah sekarang.

  17. 2008 Januari 20
    dasuki_tmc permalink

    bila pandir berkata, semua perkataannya adalah betul pada pandir, dan belum betul pada orang lain yang waras.
    maka bila puak haprak umno yang sarankan maka mereka anggap semua betul dan benar, tapi belum tentu betul dan benar bila dirujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah.
    mulai saat ini setiap kata-kata dari mulut busuk haprak umno/bn ni jangan kita peduli selagi mereka tidak kembali pada Al-Quran dan as-Sunnah dan tidak berkata sebelum membaca “BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM”.
    sebab setiap perkataan itu dipertanggungjawab di akhirat nanti.

  18. 2008 Januari 20
    salesman permalink

    satu lagi tindakan kera-ja BN menghancurkan moral dan akhlak anak2 malaysia!

  19. 2008 Januari 20
    akula disini permalink

    ha! ha! ha! BN = Bodoh Negaraku

  20. 2008 Januari 20
    gap permalink

    Salam..

    Pada pemikiran hamba, golongan muda mudi akan semakin tidak terkawal apabila institusi pendidikan itu sendiri menyelitkan bahan atau bacaan yang tidak mempunyai daya untuk anak muda berfikir. Bahan belajar yang berat itu adalah sesuai untuk mereka berfikir. Kalau unsur/punca itu sendiri sudah diringankan apakah mampu anak muda mudi kita menghadapi hidup mendatang yang lebih mencabar? Bolehkah mereka tahu untuk berfikir/membuat keputusan yang berat? Yang mana membudayakan ilmu dan adat serta adab orang malaysia, adakah mereka mampu menyambung tradisi ini? Kita akan pupus dikala 2020 nanti. Anak muda akan diacu oleh karya atau watak Ahadiat Akashah!

    Mengarut! Tiada unsur ilmu dalam karyanya! Barang siapa yang meluluskan, silalah tarik balik kerana itu adalah tindakan yang AMAT BANGANG!

    Salam..

  21. 2008 Januari 20
    abu permalink

    kebodohan yang terlampau…

  22. 2008 Januari 20
    hazik permalink

    Nak kata ape lagi…
    Sememangnya dah nasib Kementerian Pelajaran dimana orang-orangnya hanya ‘ikut’ dan ‘turut’ serta disemai ‘budaya takut’. Kalau berani bersuara akibatnya akan ‘tersangkut’ dari kenaikan pangkat yang pastinya ‘terbantut’. Maka terdiamlah segala orang-orangnya seperti menahan ‘ke**ut’ sekadar melihat apa saja yang ‘berserabut’. Apakan daya, mereka bekerja untuk mengisi ‘perut’ dan bukannya tempat ‘berpaut’.

  23. 2008 Januari 20

    Mungkin memang zaman dah berubah. Apa yang dulu mudah diterima sekarang dah susah. Bisa jadi novel ahadiat itulah yang menjadi ciri sastera Malaysia terkini.

  24. 2008 Januari 20

    Saya fikir kerajaan kita tidak faham asas pendidikan anak muda.

    Kalau asas pendidikan anak muda diletakkan pada asas keremajaan, lebih baik suruh mereka baca komik Dewata Raya @ Alam Perwira. Komik ini jauh lebih dijiwai oleh rata-rata komuniti remaja di Malaysia.

    Kalau pendidikan nasional nak benar-benar menepati nilai remaja, lebih baik lantik sahaja remaja ini jadi menteri. Baru Malaysia jadi kerajaan Alam Perwira atau Dewata Raya.

    Kalau kerajaan mahu remaja kita mencontohi AAB al-Koridori, lagi mudah. Tak Payah baca apa2, just beli bantal dan berikan kepada mereka.

    Falsafah pendidikan seharusnya mengangkat darjat kemanusia, bukan mengikut naluri bongsai pemimpin-pemimpin yang buta makna ‘pendidikan’.

    http://zainulfaqar.wordpress.com/

  25. 2008 Januari 20

    siapa yang memasuk buku itu ke dalam sistem? golongan guru atau golongan politik?

  26. 2008 Januari 21
    akula permalink

    Sememangnya dah nasib Kementerian Pelajaran dimana orang-orangnya hanya ‘ikut’ dan ‘turut’ serta disemai ‘budaya takut’. Kalau berani bersuara akibatnya akan ‘tersangkut’ dari kenaikan pangkat yang pastinya ‘terbantut’. Maka terdiamlah segala orang-orangnya seperti menahan ‘ke**ut’ sekadar melihat apa saja yang ‘berserabut’. Apakan daya, mereka bekerja untuk mengisi ‘perut’ kerana disitulah tempat mereka ‘berpaut’, kalau terlepas boleh ‘hanyut’ dan lebih teruk lagi, terus ‘maut’

  27. 2008 Januari 22
    Cikgu Khalid permalink

    Assalamualaikum.
    Sila betulkan ‘Pusat Pekembangan Kurikulum’
    dari PKK kepada PPK.
    TQ.

  28. 2008 Januari 22
    zidane13 permalink

    nak buat macam mana.. konon nak ikut citarasa zaman moden…kita jadi bodoh…bodoh minda…senang nak perkotak-katikkan next generation!!!!

  29. 2008 Januari 22
    Muhammad bin Salleh permalink

    Kalau menyerahkan sesuatu kepada yang bukan ahlinya, tunggulah kehancurannya.
    politikkanlah segala2nya dan susruhlah orang politik mentadbir, inilah natijahnya.
    Tapi ingat, siapa yang mengundi UMNO dan BN. Bukankah semua orang yang cerdik pandai2 belaka. Kita ni belum lagi sampai ke penghabisan atau klimaks kebodohan, pembodohan, kecelakaan, kehancuran, kegawatan………Berilah lagi peluang kekuatan kepada kerajaan BN untuk menunggangi kita dalam PRU12 nanti. Barulah kita boleh tidur lebih lena. si loncai terjun dengan labu2nya.

  30. 2008 Januari 22
    umno kecewa permalink

    malaysia diambang kejatuhan moral. karya agung penuh intipati (SN) telah cuba dipermain-mainkan oleh bangsa sendiri yang sedang cuba membuat keuntungan tanpa memikirkan hala tuju generasi akan datang..inikah pemimpin yang kita sanjung dan sokong…bangkit selagi kita bernyawa demi menyelamatkan generasi yang masih mencari-cari indentiti.
    sedarlahlah jika karya (SN) ditolak sedang ia masih hidup tidak mustahil ia akan menjadi barah yang kronik.
    bahasa jiwa bangsa

  31. 2008 Januari 26
    heartbeat permalink

    hadoilah.. dari tadika sistemnya pelik-pelik.. sampailah ke Universiti yang ada di setiap negeri.. semuanya membodohkan masyarakat dan generasi.. kalau masuk ‘U’ kemudian kerja di gov kena sign ‘akujanji’.. semuanya bodoh!

    nasib aku mengajar di sekolah swasta, kelonggaran ada sedikit dari cara mengajar dan bahan.

    TAPI AKU TAK DAPAT TERIMA YANG KARYA-KARYA YANG DICADANGKAN MENJADI RUJUKAN!!!

    APA KEBANGANGANNYA SISTEM PENDIDIKAN KITA NEH?????

  32. 2008 Januari 28
    Jasmin Munira Jaafar permalink

    Begini ceritanya…Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) stafnya kini (tidak semua) terdiri daripada mereka yang tidak berwibawa dan tidak mempunyai “jiwa” dalam menilai kesesuaian bahan dan teks dalam P&P.Kini guru-guru yang pernah terbabit dalam bidang kesusasteraan Melayu (PPPS&PPPBS) seperti suatu masa dahulu seperti Sabar Bohari, Prof.Rahman Shaari, Ahmad Sarju,Sharif Putera, Rejab F.I, Dr Rajiee Hadi, Dr Lim Swee Tin, Naapi Mat, Raja Sabaruddin Abdullah,Mahaya Mohd Yassin (sekadar beberapa nama) ada yang telah bersara, berhijrah kerana merajuk, berhijrah ke kementerian lain, meninggal dunia dan pelbagai sebab musabab. Justeru, sedikit sebanyak memberi impak kepada aliran fikiran generasi baru pegawai-pegawai PPK,KPM. Apa yang menyedihkan kedapatan novel-novel popular /picisan yang dicadangkan itu mengandungi banyak kesalahan hukum-hakam Bahasa Melayu termasuk sistem ejaannya, penggunaan ayat,frasa dan tatabahasa yang boleh mengganggu P&P para pelajar.Apatah lagi penggunaan bahasa pasar,slanga,bahasa rojak dan bahasa cacamarba yang akan memberi pengaruh buruk kepada penguasaan Bahasa Melayu para pelajar kita. Apa yang disuarakan oleh SN A.Samad Said itu benar dan betul. Diharapkan DS Hishamuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran dan Datuk Alimuddin Mohd.Dom “tolong jengok-jengoklah” mereka yang menganggotai badan pemilihan KOMSAS itu.Kepada para sasterawan diingatkan janganlah asyik memikirkan kroni masing-masing apabila ada pengaruh…dan natijahnya kelak akan dipermainkan pula oleh pihak lain.Wallahualam.

  33. 2008 Januari 29
    jagung muda permalink

    hmm….
    teringin juga melihat novel SH*T jadi komponen sastera di sekolah.

  34. 2008 Februari 2

    harap datuk alimudin md dom tengok2kan apa yang sedang berlaku sekarang ini…aku pernah belajar bawah alimudin..dan dia seorang guru yg sangat bagus…tapi apakan daya pelaksana2 dasar ini sekiranya pembuat dasar mcm org2 ameno dan bn tu udah kebanyakkannya dari org2 yang bebal,tolol,pengamal seks bebas, dan lain2…..

    baik masukkan sekali harimau rimba….sungguh patriotik komik itu….

  35. 2008 Februari 3

    Thanks for sharing

  36. 2008 Julai 31
    suhaimahtalitti permalink

    xsangka plak….spatututnya org dwasa dah pandai berpikir…. jgn kita biar diri di perbodohkan…wallahualam…

  37. 2008 September 8
    p3r$0n permalink

    tindakan yang sia-sia…

    pelajar didedahkan kepada perkra yang tidak masok akal…

    siapa akan mewarisi bahasa indah dan puitis???

    ahadiat???

    hahaha

    lawak abes!!

Trackback & Pingback

  1. Pak Samad tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara « Amin Iskandar @ Black
  2. Pak Samad tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara
  3. Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi sasterawan Negara!- Rahmat Haron « Amin Iskandar @ Black

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS