Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi sasterawan Negara!- Rahmat Haron

2008 Januari 20
by aminiskandar

“Saya sekarang mantan Sasterawan Negara,” tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi “Kata-kata” di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu. Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.

Pak Samad bersama anak-anak muda sewaktu pelancaran Daerah Samad Exhibition di Gallery Petronas

 

Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.

“Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.” Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.

“PPK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” lapor akhbar itu lagi.

Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!

Sila rujuk kenyataan Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA).

9 Respons leave one →
  1. 2008 Januari 21
    Sebahagian Suara Anak Muda permalink

    Nampaknya tiada la kerhormatan kerajaan atau pun agensi yang diterajui oleh shamudin …… novelis cintan tu yang dimaksudkan ke dalam pengajian satera ….. yang mengarut2 dijadikan panduan utk student …… apa kejadah semua tu ….. adakah mutu dan gaya penulisan novelis cintan itu lebih baik daripada bekas2 sasterawan negara masa kini ….. nampaknya pak lelah bukanlah seorang bahasawan yang baik untuk menilai ….

  2. 2008 Januari 21
    david bekam permalink

    mungkin otaknya harus dibekam untuk mengeluarkan darah kotor yang membusuki pemikiran dan minda diri dan lingkungannya

    cewahhhh… aku bersusahtera pulak

  3. 2008 Januari 21
    farah abf permalink

    salam….

    jap lg makin bertambah2 la keruntuhan moral dikalangan pelajar…x cukup dgn media,ditambah pulak dlm silibus sekolah.
    ~terasa sesak nafas,sempit dada,pusing kepala~

  4. 2008 Januari 21

    jadikan saja buku mahadir: disebalik tabir, tulisan ZAM sebagai buku bacaan wajib disekolah.

    tradisi membangangkan rakyat

  5. 2008 Januari 27

    jadukan AlQuran sumber bacaan setiap hari…Lagi baik hati kita rasanya

  6. 2008 Februari 4

    jika terasa berat, jangan lah ajar segala matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

  7. 2008 Februari 20
    nor atiqah bt samsum hariffin permalink

    saya rasa tidak perlu hapuskan karya sasatera untuk pelajar sekolah menengah.itu adalah bahasa kita..
    jangan mundurkan bahasa sendiri..

  8. 2008 Februari 26
    minat salina permalink

    apa lah pi plh karya ahadiat sbg karya sastera.. baik tak pyah ada subjek sastera nih.rosakkann minda je
    bkn krya dia tak bagus..ok just tak sesuai lah utk siajar kat bebudak sek.
    karya pak samad mmg best n rugi tak dibaca ..mmg la berat coz itu lah namanya saster yang ada nilai..aku form three dah baca salina n sakura mengorak kelopak kerana minat w.pun aku bkn bdak sastera

Trackback & Pingback

  1. Salut kepada mantan Sasterawan Negara « arifabdull

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS