You are currently browsing the monthly archive for Februari, 2008.

Saya baru sahaja menerima email dari sebuah NGO dari Mongolia yang menyatakan hasrat mereka untuk memantau pilihanraya Malaysia yang ke 12. Sila baca surat tersebut dibawah:

Dear Friends,

We are five members of a Mongolian NGO delegation representing 11 NGO’s who would like to observe the election process in Malaysia.

We have been trying to get the Malaysian’s visa from Ulan Bator. So far the news is not encouraging. We were advice to try it from Bangkok. We are now in Bangkok waiting for our visa to be process.

Some Thai’s NGO advised us to communicate with some friends in Malaysia who could facilitate our visit.

We are hoping to arrive in Malaysia as soon as possible. Is there any possibility of the any Malaysian NGO that is working with international observers? Could you please connect them with us?

We are also trying to communicate with ANFREL in Bangkok. But most of them are now in Nepal.

Our delegation would be happy to hear from you.

Thanking you,

G.Tsetsegma
Mongolian Women’s NGO’s Coalition

Seorang lagi pembaca, Mohd Efendi Bin Azizi baru menghantar email kepada saya menyatakan bahawa beliau selama ini tidak pernah mendaftar sebagai pengundi. Apabila menyemak daftar pengundi secara online, beliau terkejut melihat namanya didaftarkan sebagai pengundi di kerusi parlimen Sungai Siput (P 062), Perak.
Seperti yang semua sedia maklum, kerusi parlimen Sungai Siput adalah tempat Presiden MIC, Samy Vellu. Apakah ini usaha SPR untuk membantu Samy Vellu untuk mempertahankan kerusi Sungai Siput?
Berikut adalah maklumat daftar pemilih Mohd Efendi yang tidak pernah mendaftar didalam rekod SPR:
MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan : 781022086349
Nama : MOHD EFENDI BIN AZIZI
Tahun Lahir : 1978
Jantina : L
Lokaliti : 062 / 22 / 12 / 003 - KG TERSUSUN KLEDANG UTAMA
Daerah Mengundi : 062 / 22 / 12 - KAMPONG MUHIBBAH
DUN : 062 / 22 - JALONG
Parlimen : 062 - SUNGAI SIPUT
Negeri : PERAK
Pusat Mengundi : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOK MUDA ABDUL AZIZ
Saluran : 4
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PETANG
No Siri : 1985

1) Mohamad Nizam Bin Hamid
710130-02-5537

Mohammad Nizam Bin Hamid adalah seorang pengundi yang mengundi di kawasan parlimen Pandan, Kuala Lumpur. Kali terakhir beliau mengundi di parlimen Pandan ialah pada tahun 2004.

Apabila menyemak daftar pengundi baru-baru ini, beliau mendapati namanya telah dipindahkan sebagai pengundi di kawasan parlimen Alor Star (P009), Kedah. Walaupun beliau tinggal di Sungai Petani, beliau tidak pernah memohon untuk menukar tempat mengundinya.

2) Norhana Bt Jamaludin
811226-02-5366

Norhana Bt. Jamaludin isteri kepada Mohamad Nizam yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi terkejut apabila mendapati nama beliau telah didaftarkan sebagai pengundi di kerusi parlimen Baling (P016), Kedah.

Diterima daripada pembaca blog Amin Iskandar.

Kepada En. Amin Iskandar,
Sebagai warga Kunak di Sabah, kami menolak pilihan calon yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah kerana pemilihannya tidak berasas dan mengubah keputusan yang dibuat oleh Pak Lah (mengikut informasi yang boleh dipercayai). Bagi kami, ini adalah satu konspirasi!. Bersama ini kami lampirkan satu laporan selidik kami ke atas colon Dun N51 Kunak iaitu 8 sebab mengapa calon Dun N51 Kunak (Nilwan Kabang) harus ditolak daripada dipilih menjadi wakil rakyat di Daerah Kunak. Harap tuan dapat membantu kami menyiarkan isu tersebut ke pelusuk Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Pembaca Blog Amin Iskandar
Lampiran yang dikirim:

LAPAN ( 8 ) SEBAB KENAPA NILWAN KABANG MESTI DITOLAK DARI DIPILIH WAKIL RAKYAT N. 51 KUNAK

1. Mengikut keputusan Presiden dan Timbalan Presiden Barisan Nasional Malaysia yang diumumkan baru-baru ini melalui media masa bahawa pemilihan seseorang calon BN sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma. Pihak Jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO bagi pemilihan calon-calon BN telah mempastikan kesemua calon-calon BN termasuklah Sabah terdiri dari berijazah atau diploma dan telah ditapis melalui KDN, BPR, Perisikan dan lain-lain agensi penting. Tetapi, apa yang berlaku kepada pemilihan calon-calon BN bagi Negeri Sabah ialah keputusan pucuk pimpinan yang dibuat Pak Lah telah di ubah oleh Pak Musa selaku Pengerusi BN Negeri Sabah dengan mengambil keputusan sendiri bahawa mana-mana calon-calon bukan orang-orangnya telah dia singkirkan dan memasukkan senarai calon-calon kroni-kroni nya seperti Arifin Hj. Arif (menantunya), Samsudin, Zakaria, Hj. Harman Mohamad (diploma pun tak ada), Hj. Ramlee Marhaban (ahli korporat dan harapan kewangan Pak Musa), Muis Picho (abangnya Tahir Picho seorang jutawan Pemeliharaan Ayam, di Tawau kawan rapat Pak Musa Aman) dan ada juga wakil rakyat dahulu masih dikekalkan oleh kerana orang-orangnya dan orang-orang tidak berkelayakan seperti Nilwan Kabang juga tidak dilupakan Pak Musa. Calon-calon yang digugurkan yang berpotensi termasuklah Datuk Salleh Tun Said Keruak, Datuk Pandikar Amin, Datuk Basali Ab. Hamid dan ramai lagi. Pak Musa anggap perkara ini tidak menjadi masalah kepada kepimpinannya….Tunggu dan kita lihat apa yang berlaku selepas pilihanraya nanti!……

2. Masyarakat Kunak maklum dan mengetahui bahawa, calon BN Nilwan Kabang yang dipilih oleh Pak Musa ini seorang yang mempunyai rekod latar-belakang yang tidak baik. Keluarganya adalah terlibat dalam aktiviti perjudian “Sabung Ayam,” isterinya yang pertama pula (bukan isteri yang ada sekarang) seorang penagih dadah jenis “syabu” dan adik lelakinya Latip pula seorang terlibat dalam pengedaran dan penagihan “syabu.” Jika kita memilih calon BN macam Nilwan Kabang, bolehkah kita banggakan bahawa keluarga Nilwan terdiri dari keluarga baik-baik?…. Bagaimanakah nanti kepimpinan Nilwan bilamana dipilih jadi Wakil Rakyat Kunak untuk memimpin rakyat Kunak, sedangkan keluarganya sendiri memberi contoh yang buruk dan Nilwan tidak boleh pimpin. Lebih baik kita tolak dan jangan undi!

3. Malang sekali sudah nasib adik iparnya seorang Pegawai Pendaftaran Kunak, Marasan Abtahi telah menerima nasib kurang baik dimana menjadi “Kurang Siuman” ekoran oleh perbuatan Nilwan Kabang. Semasa menjadi Pegawai Pendaftaran di Kunak, Nilwan Kabang mempengaruhi adik iparnya yang disebutkan supaya membantu Nilwan untuk mengurus dan memproses kad pengenalan orang-orang Nilwan dan yang lebih malang adik iparnya diperalatkan dengan membuat pungutan bayaran sebagai proses kad pengenalan diantara RM1,000 hingga RM3,000 tiap seorang kutipan oleh Nilwan tanpa dibahagi kepada adik iparnya. Akibat dari perbuatan untuk mendorong adik iparnya melakukan kerja yang tanpa habuan dan masa yang sama adik iparnya menerima tuduhan-tuduhan melakukan rasuah, maka adik iparnya telah menjadi kurang siuman atau gila oleh kerana tekanan jiwa dan tohmahan masyarakat sehingga mengakibatkan diberhentikan kerja kerana didapati tidak sihat dan kurang siuman. Bagaimanakah perasaan dan tanggungan kesangsaraan hidup seorang adik ipar akibat perbuatan abang ipar, iaitu Nilwan? Bolehkah kita terima seperti Nilwan ini dipilih jadi Wakil Rakyat?

4. Semasa era pemerintahan Parti BERJAYA, Nilwan Kabang mengikuti Datu Abd. Hamid Tun Mustapha, Calon DUN N. 46 Kunak yang telah memenangi pilihanraya menentang Salim Bacho. Pada ketika itu, Datu Abd. Hamid melantik dia sebagai wakil YB di Kunak. Tidak banyak perubahan yang dilakukan Nilwan untuk daerah dan masyarakat Kunak pada ketika itu oleh sebab tidak pandai mentadbir sedangkan Datu Abd. Hamid melantik Nilwan sebagai wakil YB. Bolehkah Nilwan memimpin daerah dan masyarakat Kunak sedangkan kepimpinannya sudah dicuba dan dirasakan…. Fikirkan lah!

5. Pada Pilihanraya Ke 9 semasa kemasukan Parti UMNO ke Sabah pada tahun 1994 yang lalu, Nilwan telah menentang BN oleh kerana tidak dipilih jadi Calon BN ketika itu dan Unding Lana pula yang dipilih pucuk pimpinan jadi Calon BN yang akhirnya ditentang Nilwan. Nilwan telah tewas dan dia adalah seorang penentang BN dan UMNO. Inikah seorang calon BN hari ini dipilih sedangkan Nilwan seorang penentang dan durhaka kepada kepimpinan BN dan UMNO? Memang BN dan UMNO tahu dan kesan lebih awal bahawa Nilwan memang tidak layak jadi pemimpin dan calon BN!…Kenapa pula Nilwan dipilih pada hari ini?…Mesti ada sebab…. Kerana kuncu-kuncu Pak Musa Aman, keputusan Pengerusi BN Negeri yang membelakangkan arahan pihak pucuk pimpinan Pak Lah yang lebih awal ada senarai calon yang telah ditapis!… Pak Musa, ketua Nilwan pun telah mendurhaka kepada Pak Lah.

6. Kita lihat hari ini, dua buah kereta mewah…masing-masing bernombor SAA 9119E Mercedes Benz dan ST 3477L kereta eksekutif termahal dimiliki Nilwan….dari mana datangnya kenderaan semua ini…. Untuk makluman, seorang Cina Taukey kaya dibuang negeri dari Sarawak yang sanggup melabur kepada kemenangan Nilwan nanti telah membuat deposit dengan membeli kedua-dua buah kereta mewah termahal berkenaan untuk Nilwan dan keluarga. Nilwan adalah seorang miskin, penipu, pembohong dan khianat!

7. Kita masyarakat Kunak perlu tahu bahawa adik perempuannya Jainah Kabang seorang AJK Wanita UMNO bersifat buruk dan bongkak. Kenapa tidak, semasa era pemerintahan Jasa Rauddah ahli-ahli UMNO terutama wanita sering dimarah-marah dan menengking tak tentu pasal, mengata tanpa sopan santun sehingga menyebabkan berkurangnya ahli-ahli UMNO keluar parti. Tidak hairanlah pada hari ini, abangnya Nilwan dicalonkan Jainah tambah megah dan temberang…. Ada ahli dan ketua cawangan menerima kata-kata Jainah dengan perkataan…”Wah…baru kenal rumah Nilwan sekarang ya. Dulu tidak?” Bagaimanakah perasaan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO ditempelak dan dicakap sedemikian… Mereka tetap menerima BN dan UMNO dihati mereka kerana mereka sayangkan parti dan pemimpin seperti Pak Lah dan Najib… tetapi,kita harus ingat bahawa masa hari pengundian belum tentu rakyat mengundi Nilwan kerana hati dan maruah sudah jatuh oleh cakap-cakap Jainah Kabang?…. Fikirkanlah!

8. Akhir sekali, kita perlu tahu dan ingat tentang peristiwa tahun 2004, dimana Jasa Rauddah telah dipilih sekali lagi bagi panggal kedua menjadi calon BN. Pada ketika itu, Arif Salim Bacho kecewa dan masuk calon bebas menentang Jasa. Jasa berhasrat untuk bekerjasama dengan Arif supaya masuk UMNO balik dan jangan lawan. Tetapi, Jasa telah dipengaruhi Nilwan Kabang supaya ketepikan hasrat untuk mengambil Arif masuk UMNO balik. Akhirnya Arif lawan Jasa… Jasa ketika itu menang tipis kerana pertandingan tiga penjuru, iaitu Citra Keadilan, Arif Bebas dan Jasa BN. Disebalik niat buruk yang dirancang awal Nilwan untuk menjatuhkan Arif selama 4 tahun untuk berada diluar UMNO, kini tiba masanya Nilwan berbaik-baik dengan Arif dengan menyatakan bahawa Arif adalah saudara ipar dan isteri Arif adalah adik sepupu. Perbuatan Nilwan tikam Arif ini tidak disedari Arif kerana Nilwan berlakun dibelakang Arif dan Arif mensyaki bahawa Jasa yang membuat angkara, wal hal bukan Jasa tetapi yang sebenarnya Nilwan. Sebenarnya Nilwan takut kepada Arif jika sekiranya Arif calon bebas dengan tiga penjuru….Keadilan PKR Hj. Beddu, BN Nilwan dan Arif Bebas (jika bekas jadi calon bebas kali ini)… Nilwan merasa lega dan konfiden kerana satu lawan satu. Arif senyum kerana Nilwan mahu menerima Arif sebagai saudara. Mainan Nilwan yang licik ini dilihat pada hari ini begitu teratur. Rakyat Kunak banyak yang tidak tahu peristiwa dan rancangan awal Nilwan ini lebih-lebih lagi bukan saudara Nilwan. Nilwan seorang yang bijak dalam perjudian dan sanggup menjatuhkan kawan dan lawan termasuklah saudara dan kawan kawan…ramai yang kita tidak tahu selok belok penghidupan Nilwan yang berlaku tanpa kita dapat teropong dan ketahui. Manusia seperti Nilwan ini Cuma mengambil kesempatan menikam orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri sepertimana yang kita ketahui dan berlaku. Bolehkah kita menerima Nilwan sebagai wakil rakyat kita di Kunak….Banyak perkara yang tidak boleh kita pertimbangkan tentang hal danperilaku Nilwan telah tonjolkan!… Fikirkanlah demi untuk masa depan kita penduduk Kunak.

OLEH ITU, marilah kita fikirkan bersama dengan fikiran waras bahawa kita tidak mahu masyarakat kita di Daerah Kunak yang bebilang kaum ini tersalah pilih undi. Kalau hanya calon BN yang kita pilih pada hari ini kita memberi sokongan dan bersorak serta bergembira….belum tentu cita-cita kita masyarakat Kunak akan tercapai sebab kita tahu pemimpin seperti ini hanya memperkayakan diri serupa dengan ketuanya Pak Musa dimana sanggup mengaut kesemua projek-projek dan tidak menitik beratkan kepentingan rakyat dan Daerah. Lebih bagus jangan undi Nilwan!

Tuan-tuan, saudara-saudara sekalian, kita tidak mahu anak-anak dan cucu-cucu kita menjadi mangsa kerana kita tersalah pilih atau salah undi calon pada pilihanraya kali ini. Salah memilih calon yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan penderitaan rakyat termasuklah anak dan cucu kita yang perlu menerima kepesatan pembangunan dan pembelaan pemimpin dan parti.

MARILAH kita sama-sama membuat keputusan untuk tidak mengundi…ataupun undilah ‘keADILan’ kerana Pak Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dahulu yang mempunyai wawasan membela rakyat Malaysia….Belum Coba Belum Tau. Wassalam.

Oleh: Zulfikar Samsuri

Rata-rata yang ditanya mengatakan bahawa BN akan menang. Menang pilihan raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh cemerlang.

Kebanyakan pihak yang kami tanya, juga turut mengatakan bahawa pembangkang kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia. Cuma kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa jumlah undi kepada BN akan susut. Namun begitu ada satu pandangan yang cukup menarik mengatakan bahawa BN akan menang besar. “BN akan menang ‘landslide!’,” kata Mohamad Firdouse Esahar yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur.
Ikuti beberapa responden dari pelbagai latar belakang yang sempat kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara Barisan Rakyat atau Barisan Nasional.
Akhdan Sheikh, Destop Publisher, Shah Alam: Aku rasa BN akan menang tapi undi kepada BN aku rasa akan berkurang. Suasana kat sini (TTDI Jaya, Shah Alam) pun tak meriah sangat. Parti yang berlawan tak banyak sangat lagi la pasang bendera.

Azman Alias, Juruteknik, KL: PAS, aku rasa PAS akan menang. Sebab masa ni aku tengok ramai yang cari PAS.

Nazri Annuar/Vovin, Blogger dan Penulis Novel Fantasi, PTS Publishing, KL: Pandangan aku berdasarkan keadaan semasa dan berdasarkan keadaan semasa aku akan jawab BN akan terus memerintah negara.

Haris Fadhli, KL: Pilihanraya tahun ni ke? Aku rase cam BN je yg menang. Sebab aku rasa kemajuan negara kita dari dulu sampai skang ni hasil usaha diorang kot.

Nasir Rashid, Bekas Editor Majalah Muzik Pertama, KL: Siapa yang kuat akan menang. Kalau kau rasa BN kuat, parti tu akan menang. Tapi kalau kau rasa Barisan Rakyat kuat, makan Barisan Rakyatlah yang akan menang. Di Kelantan PAS akan menang. Tapi tak tahulah, mungkin aku cakap macam tu pasal bapak aku orang kuat PAS kot.

Roslan Alang Endut, Jurutera MISC, KL: BN menang lagila, tapi tak taula sama ada kurang atau lebih (undi) daripada yang lepas.

Warprat, Pereka Dalaman, KL: Macam BN je, macam biasa kot, aku rase laa kan. Perlu ada satu parti yang macam die (BN) gak. Kalau tengok BN, dia semua bangsa ada. Diorang plak bukan menyebelah satu kaum atau satu ideallism yang khusus. Keadilan mungkin boleh (menang) kalau diorang quit cari salah pasukan lawan and be a bit more professional.
Muhamad Abdullah, Blogger dan Penulis, Kedah: BN stiill memerintah, tapi mungkin majoritinya menyusut. Dah macam jadi satu trend dah bergilir-gilir menang besar umno/bn tu.

Mohd Nazri,Pereka Grafik, Perak: Kerajaan yang ada sekarang (tapi) PKR dgn PAS dah settle pasal kaw tpt bertanding so ada harapan (nak menang).
Ahmad Faisal Othman, Aktivis Food Not Bomb KL, Kota Baharu: BN. Faham-faham je lah, mana pernah telus baik zaman mahathir lagi dari sekarang, Pak Lah nak sapu satu Malaysia ni.

Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Bekas Editor Majalah Siasah, Pengasas Middle Eastern Graduate Center, IOWA, AS: Yang boleh dan satu2nya orang yang LAYAK jadi PM malaysia: Anwar Ibrahim. Siapa menang di Kelantan kurang penting, yang penting nafikan 2/3!

Ibnu Amir al Pendangi, Penulis dan Kolumnis di Siasah dan Harakah, KL: Saya lihat BN still memerintah Malaysia. Dan saya khuatir kerajaan Pas akan dapat memerintah Kelantan. Nampaknya akan jadi sebegitu, kerana imej Pas Kelantan pun tercemar mutakhir ini.

Tilmizatun Jayyidatun, Pembantu Pensyarah UIA, Nilai: If U have money, nothing impossible. If u don’t have money but u have power, u can grab the money from others. (Pasal Kelantan plak) PAS dah jadi darah daging (kat sana). Lainlah kalau golongan mudanya buat reformasi nak gulingkan PAS.
Mohd Yazdi, Pembantu Pensyarah, Universit Putera Malaysia, Serdang: Hanya parti Melayu sahaja yang layak memerintah negara. Cuba bayangkan kalau semua parti melayu bergabung bukan kah lebih banyak majoriti Melayu? Ini semua berkemungkinan kalau semua berpegang dengan sunnh dan al-Quran. Simple tapi susah nak buat. Sesape pun boleh memerintah, yg penting org melayu. Jgn sampai kita bertelagah sesama sendri tp negara kita tergadai. Cukup laa Singapura, Tanah Melayu kita lepaskan. Jadi bg aku, selagi org melayu memerintah xde masalah. PAS nak memerintah pun takde masalah, cuma Agenda melayu perlu diperjuangkan. Kerjasama dengan parti bangsa lain pun takde masalah tapi jangan sampai kena pijak kepala.

Zulhazry, KL: BN tidak akan tewas kecuali mungkin selepas 20 atau 25 tahun daripada sekarang. Teori evolusi bagi sayalah. Golongan muda dan berpendidikan akan mengambil alih. Namun evolusi tidak akan berlaku jika tiada tangan yang membuat perubahan, khususnya untuk meyakinkan orang muda yang ada sekarang bagi menghadapi tempoh 20 atau 25 tahun yang akan datang. Jika tidak orang muda juga akan turut selesa dengan kehidupan sama seperti kebanyakan generasi tua fikirkan pada hari ini. Untuk merubah minda generasi tua hari ini sudah terlalu lewat, mereka merasakan mereka berada dalam zon yang selesa walaupun kisah mereka pernah ditayangkan dalam program Bersamamu di TV3. Atau boleh tidak jika kita katakan BN tidak akan tewas kecuali PRU di BolehLand dijalankan oleh badan bebas yang dilantik PBB. Kelantan is the most democratic state in Malaysia. Mereka mungkin tewas, maksud saya PAS, jika Nik Aziz berundur atau pun melalui penipuan pilihanraya. Secara rasional tidak mungkin rakyat Kelantan sanggup menolak keperibadian pemerintahan Nik Aziz sekarang. Oh ya, saya bukan ahli mana-mana parti politik.

Cain, Perak, Perkumpulan Anak Muda arahKIRI: Jangan tanye siapa yang (akan) merintah tapi adakah yang memerintah itu adil atau lebih rasa kemanasuaian dari yang lepas2, jangan tanye siapa tapi tanya adil atau tidak, tanya adakah yang memerintah itu menjadikan permasalah rakyat terbanyak itu nadi untuk berkhidmat. Kita masih didalam mentaliti “pemimpin baik” dari “rakyat yang berdiri dengan pemikiran sendiri”, adakah ini kesalahan. Pembentukan mentaliti ini, yang diasuh dari kecil atau azali yang sesuai, dengan “social contract” mengarut melayu harus kita lempar jauh2. Tiba zaman untuk berubah, umat melyu khususnya.Harus sedar bahawa tiada lagi yang harus di hunus selain ilmu yang membezakan kita dari bangsa Malaysia yang lain.

Jangan terlalu berharap juga untuk melantik diktator melalui pilihan raya kali ini, tak kira apa parti pun. Ingat kekuasaan total tanpa bangkangan adalah dosa besar didalam doktrin demokrasi, cukup 50/50 didalam parlimen. Parti yang merasa selesa dengan keputusan yang dibuat tanpa ada bangkangan, di mana2 negara di dunia ini adalah (melakukan) dosa besar yang harus ditangung sendiri. Jika komunis yang ada di parlimen di dunia ini faham akan tangungan mereka atas segala perbuatan JOSEPH STALIN, umat Malaysia khususnya yang mengaku berugama atau setidak-tidaknya mengaku masih mengamal hukum sivic, harus sedar dan kalau tidak, harus disedarkan, bahawa DIKTATOR TERPILIH adalah dosa besar dalam demokrasi.

*pertama kali tersiar di Kolum Suara Ralyat di http://republikkata.blogspot.com

Sebelum bermulanya penamaan calon, dua buah kapal terbang yang membawa bendera Umno dan BN berlegar-legar di udara berhampiran dengan bilik gerakan Cikgu Bad yang akan melawan menantu PM di Parlimen Rembau.

Entah berapa perbelanjaan yang sudah dihabiskan untuk membawa kapal terbang kecil ini tidak dapat dipastikan. Tetapi yang pastinya tidak kedengaran bantahan daripada mana-mana pihak baik dari parti pembangkang mahupun SPR.

Kapal terbang kecil ini terus berlegar-legar sehinggalah perarakan kedua-kedua kumpulan ke pusat penamaan calon selesai. Persoalannya sekarang, berapa banyak dibelanjakan untuk tujuan membawa dua kapal terbang kecil lengkap dengan bendera Umno dan BN ke Rembau?

Kalau di hari penamaan calon perbelanjaan yang tinggi sudah digunakan, bagaimana pula dengan perbelanjaan sepanjang hari berkempen yang akan berlangsung selama 13 hari? Apakah pilihanraya itu adil jika pihak yang mempunyai banyak wang dibenarkan membelanjakan wang untuk berkempen tanpa ada pantauan? Sedangkan disatu sisi lagi calon yang tidak mempunyai banyak wang dan hanya mempunyai semangat untuk berkhidmat.

Badrul, anak jati Negeri Sembilan yakin melangkah ke pusat penamaan calon bersama-sama Taufek dan penyokong-penyokong mereka.

Selain dari berpayung dibawah jentera kerajaan Bapa Mertuanya, menantu PM juga berpayung dibawah kekuasaan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ibu menantu PM yang berasal dari Kedah tidak ketinggalan memberi sokongan kepada anak kesayangannya.

Perkahwinan bersama Nori Abdullah (berbaju kurung biru) telah mengubah hidup Khairy. Daripada seorang yang tidak dikenali sehingga menjadi seorang pemuda yang sedang memanjat puncak kekuasaan.

Artikel ini ditulis oleh Malcom

Sebelum meneruskan penulisan ini biarlah saya menerangkan siapa diri saya. Saya bukan ahli PKR, bukan penjilat Cikgu Bad. Saya hanyalah seorang insan yang mahu melihat generasi muda pada hari ini benar – benar bebas dari unsur gangsterisma, negara tidak terus tergadai di tangan Singapura, semua kaum dapat hidup bersama tanpa ada satu unsur prejudis sesama kaum.

Semua perkara yang disebut merupakan perbuatan keji yang telah dibuat oleh sang menantu PM Khairy Jamaluddin. Tidak perlu saya memberi bukti apakah benar semua perkara yang disebut itu benar – benar telah dibuat oleh beliau. Apakah ECM Libra tidak mempunyai kaitan dengan puak Yahudi (walaupun telah dijual kerana Tun Dr.M telah dedahkannya). Apakah benar beliau tidak terlibat di dalam gangsterisma? Kerana semua perkara tersebut boleh diperolehi di ms.wikipedia.org atau antikhairy.blogspot.com khasnya mengenai gangsterisma.

Anak muda Malaysia harus bersama – sama turun di mana sahaja sang menantu ini bertanding. Ini bukan soal Cikgu Bad bertanding dengan KJ sahaja, tapi ini soal survival politik dan ekonomi negara kita. Kalau KJ dapat dikalahkan atau jikalau dia menang akan tetapi dengan majority yang sikit sudah tentu ini merupakan satu tamparan hebat buat Pak Lah kerana selama ini Pak Lah sentiasa mengagungkan kononnya sang menantu ini cerdik dan diterima rakyat.

Jika mahu kerajaan Dinasti Badawi ini tumbang, tumbangkan dahulu atau malukan dahulu pemain utama yang selama ini bangga kononnya beliaulah yang paling hebat.

Buat Khairy, ingat dahulu kamu pernah berkata “Pemuda Sedia Tempur, PKR terkubur”. Ya, PKR mungkin boleh terkubur, tapi ingat. Setiap caci maki hamun, berlagak samseng, mengarahkan budak – budak muda memukul petugas PAS yang berusia 40an hingga cedera parah akan senantiasa diingati oleh kami anak – anak muda yang benar – benar mahu Malaysia hebat untuk orang Melayu, Cina, India, Iban  dan lain – lain. Setiap kali kamu mahu perjuangan untuk keadilan semua kaum terkubur maka seribu kali kami akan bangkit.

Kamu panggil Anwar Ibrahim munafiq, ya silakan. Tapi bagi kami kamulah munafik yang paling besar pernah hidup dalam sejarah Malaysia. Mahu hapuskan gangsterisma tapi kamu sendiri bergelumang dengan tahi gangsterisma ini. Mahu kata kamu ini anti Yahudi ahhh kamu ini sebenarnya barua Yahudi. Jangan lupa akan skandal ECM Libra. Mujur Tun Dr. M dedahkan dan Husam Musa dedahkannya. Kalau tidak sampai mati pun kamu akan menjadi pejilat buntut Yahudi yang sebenar.

Khairy Jamaluddin, sila bertanding di mana sahaja kamu minat. Tapi cabaran telah dibuat agar kamu bertanding di Rembau. Ayuh datang ke sini. Bawalah puluhan ribu mat-mat rempit bersama.

TAPI AWAS YA KHAIRY! AWAS! KAMI ANAK MUDA BERBANGSA MALAYSIA AKAN BERSATU MELAWAN DENGAN KAMU SEMUA!!!

Fidel Castro hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden dan Panglima Angkatan Bersenjata Cuba dalam mesej yang disiarkan di laman Web akhbar rasmi, Granma.

Castro, 81, membuat pengumuman itu hampir 19 bulan selepas beliau jatuh sakit dan menjalani pembedahan usus yang memaksanya menyerahkan kuasa sementara kepada adik lelakinya, Raul Castro.

Tekanan demi tekanan telah menyebabkan akhirnya Menteri Tol, Samy Vellu menyatakan kesediaannya untuk berundur. Di Kuala Lumpur, Menteri Tol yang telah bertanding di Sungai Siput semenjak tahun 1974 itu menyatakan hasratnya itu sekiranya masyarakat India tidak lagi memerlukan khidmatnya. Sila lihat berita dari Bernama di bawah:

‘Saya Sedia Berundur Jika Masyarakat India Tidak Mahukan Saya Lagi’ Kata Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — “Sekarang pun saya sedia berundur,” jika masyarakat India tidak lagi memerlukan, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya bagaimanapun menegaskan bahawa sebagai pemimpin masyarakat India, keputusan mestilah dibuat oleh masyarakat kaum itu dan bukan orang luar.

“Jika masyarakat India memutuskan mereka tidak lagi memerlukan saya… saya sedia berundur, malah sekarang pun saya sudah bersedia (berundur),” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya, selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Seluruh Komanwel mengenai Profesional Perkhidmatan Perdagangan, di sini hari ini.

Samy Vellu yang merupakan menteri kabinet tunggal kaum India, berkata pilihan raya umum kali ini mungkin pemilihan terakhir buatnya. “Saya mungkin tidak (bertanding pada pilihan raya umum) penggal depan,” katanya yang sudah menjadi anggota Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal.

Samy Vellu, anak kelahiran Johor, bertanding pertama kali di kawasan Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum pada 1974, dan terus mengekalkan kerusi itu hingga sekarang.

Mengenai jawatan presiden parti, Samy Vellu berkata beliau tidak boleh meninggalkan parti begitu sahaja, dan akan melepaskan jawatan itu pada masa yang sesuai.

Samy Vellu yang menjadi presiden parti sejak 22 Mac, 1981 berkata beliau tidak akan mengetuai parti itu selama-lamanya.

“Jika saya tinggalkan parti sekarang, parti akan kucar-kacir. Ini tidaklah bermakna saya akan memimpin sehingga 100 tahun. Hayat saya tidak sampai 100 tahun. Semua orang mesti berundur,” katanya.

Menjawab soalan, Samy Vellu menafikan ura-ura beliau berselisih faham dengan timbalan presidennya, Datuk G.Palanivel, dan berkata beliau tidak akan membenarkan sesiapa pun memecah-belahkan parti dengan menyebarkan khabar angin itu.

“Jika anda mahu menghancurkan parti, anda mesti memecah-belahkan kepimpinan dalam parti. Ramai yang cuba berbuat demikian. Namun kami tidak akan benarkan ia berlaku. Saya akan menyerahkan parti kepada timbalan saya dan berundur (bila sampai masanya),” katanya.

Mengenai senarai calon bagi Pilihan Raya Umum kali ini, Samy Vellu berkata beliau sudah memuktamadkannya, dan perubahan akan dibuat “dari semasa ke semasa”.

“Saya sedia berjumpa Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengemukakan senarai calon), jika beliau mahu berjumpa kami hari ini,” katanya.

Ditanya mengapa perlu membuat perubahan calon pada saat-saat akhir, menteri itu berkata beliau mahu memilih calon terbaik untuk pilihan raya.

“Ia seumpama perlumbaan. Anda buat pertaruhan pada seekor kuda. Jika kuda itu tidak berjaya dan nampak kuda lain lebih baik, anda cepat-cepat memilih kuda lain.

“Ia bukan persoalan bertaruh ke atas kuda lain tetapi persoalannya ialah mendapatkan kuda terbaik,” katanya.

Samy Vellu berkata beliau kecewa terhadap perkhidmatan beberapa wakil rakyat MIC dan “oleh itu saya memutuskan untuk membuat perubahan yang sangat besar.”

“Saya meletakkan ramai muka baru … ramai profesional dan memilih beberapa anggota yang tidak berkelayakan tinggi tetapi aktif dalam politik dan tahu menjalankan kerja politik.

“Inilah kriteria yang saya pakai,” katanya.

Mengenai sama ada anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri MIC sedia ada yang sudah berkhidmat satu penggal akan diberi peluang, Samy Vellu berkata ia bergantung terhadap perkhidmatan mereka.

Politik melibatkan prestasi. Anda mesti dilihat bekerja.

Anda seorang yang baik. Anda dapat kerusi, menang dan selepas itu tidak bekerja sama sekali. (Oleh itu) ia boleh jadi (hanya) satu penggal,” katanya.

Samy Vellu juga mengingatkan pemimpin MIC di peringkat bahagian bahawa kerusi yang diperuntukkan adalah untuk parti dan bukan untuk bahagian.

Beliau berkata terdapat kes pengerusi bahagian menuntut kerusi untuk mereka sendiri kerana kerusi berkenaan berada dalam bahaian mereka.

“Jika hujah itu yang dipakai, lain kali saya tidak boleh bertanding di Sungai Siput. Presiden parti tidak ada tempat nak pergi (bertanding) kerana saya di ibu pejabat,” kata Samy Vellu yang tidak memegang jawatan parti di peringkat bahagian.

Ditanya mengenai kemungkinan timbul rasa tidak puss hati di kalangan calon yang bercita-cita tinggi tetapi tidak dipilih bertanding, beliau berkata: “Bila pilihan raya, ramai mahu jadi calon tanpa mengetahui sebab mereka mahu jadi calon.”

Presiden MIC itu berkata beliau masih memberi peluang kepada mereka yang telah bekhidmat lebih dua penggal jika telah berkhidmat dengan baik.

Mengenai kejadian sekumpulan orang mengerumuni keretanya bagi menghalang beliau meninggalkan sebuah sekolah di Butterworth, Pulau Pinang Sabtu lepas, tempat beliau menghadiri satu majlis, Samy Vellu berkata kumpulan itu memintanya membantu membebaskan mereka yang ditahan dalam satu perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada hari yang sama.

“Tidak ada tanda-tanda mereka membenci saya. Mereka datang ke kereta saya meminta saya memberitahu Perdana Menteri supaya membebaskan mereka (yang ditahan). Itu saja yang mereka minta. Mereka tak bercakap mengenai politik,” katanya.

– BERNAMA

Gambar dari The Star.

Semakin rancak politik Malaysia. Lebih-lebih lagi pilihanraya semakin hampir. Semalam di Kuala Lumpur, Hindu Rights Action Force (Hindraf) menganjurkan satu perhimpunan aman. Perhimpunan bertujuan untuk menyerahkan bunga ros kepada Perdana Menteri dan menuntut pembebasan 5 pemimpin Hindraf yang ditahan ISA.

Walaubagaimanapun, perhimpunan aman tersebut telah diganasi oleh polis. Gas pemedih mata dilepaskan. 160 orang termasuk wanita dan 20 orang kanak-kanak ditahan. Kesemuanya dibebaskan kecuali 9 orang sahaja yang direman. 9 orang ini berkemungkinan besar akan didakwa esok. Insiden ini telah menimbulkan kemarahan penyokong Hindraf.

Di Pulau Pinang, 60 orang yang dipercayai penyokong Hindraf bertindak menghalang kenderaan yang dinaiki Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu keluar dari perkarangan sebuah sekolah di Perai selepas beliau selesai menghadiri satu majlis di situ malam ini.

Kumpulan ini dikatakan mahu menemui Samy Vellu bagi meminta bantuannya untuk membebaskan penyokong Hindraf yang ditahan di Kuala Lumpur. Dengan bantuan polis, kereta Samy Vellu meninggalkan tempat tersebut selepas 15 minit. Klik disini untuk berita dari Bernama.

Kejadian tersebut merupakan satu isyarat besar untuk Samy Vellu. Jika mahu terus bertanding, bersedialah untuk menerima risiko kalah besar dan dimalukan!!!

Artikel ini ditulis oleh Malcom

Mahukah anda terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian harga minyak akan naik sekali lagi?

Mahukah anda terus hidup dengan harga barang keperluan menghadapi kebarangkalian akan meningkat naik lagi?

Mahukah anda terus hidup dengan menghadapi yuran pengajian tak kira di peringkat sekolah mahupun pengajian tinggi yang bakal naik sekali lagi?

Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian harga tol akan naik sekali lagi?

Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi kebarangkalian tariff elektrik dan air akan naik sekali lagi?

Mahukah anda semua terus hidup dengan menghadapi pihak polis yang sibuk membuat roadblok untuk parti pembangkang sahaja tapi untuk anak – anak yang bakal hilang langsung tiada tindakan proaktif dibuat sebagaimana tindakan pihak polis membanteras perhimpuan haram?

Mahukah anda anak – anak anda terlibat dengan pertubuhan gangster yang menggunakan nama Islam yang dinaungi sendiri oleh bekas Perdana Menteri Pak Lah (kerana parlimen sudah dibubarkan maka Pak Lah sudah tidak menjawat jawatan PM)?

Mahukah anda melihat dan menghadapi perkara tersebut? 

UBAHLAH SEBELUM PARAH..UBAH DEMI MARUAH!!!!

Anda semak daftar pengundi anda di blog ini. Sila kilik di logo dibawah.

Semakan Daftar Pemilih 2008

Parti Mahasiswa Negara (PMN) bertegas akan menghantar calon di Kepala Batas untuk melawan Abdullah Badawi. Nampaknya Abdullah bukan sahaja akan berhadapan dengan calon daripada parti pembangkang, malahan calon mahasiswa turut mahu berentap dengan PM yang sering tertidur itu.

Sila baca berita dari Malaysiakini dibawah:

Parti siswa bertegas mahu lawan PM

Fathi Aris Omar | Feb 14, 08 3:17pm

Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang baru memohon pendaftaran bulan lepas, bertegas ingin meletakkan calon di kawasan Parlimen Kepala Batas, kerusi yang selama ini disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut jurucakapnya Sekh Amir Ali, parti itu hanya bertanding satu kerusi dan tidak akan meletakkan calon di kawasan Jeli, kerusi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed seperti dilaporkan.

“Itu bacaan awal kita. Sekarang kita ingin bertanding menentang orang nombor satu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

PMN telah mengirim surat kepada parti-parti pembangkang, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu, tambahnya.

“Tunggu dan lihat. Yang penting, suatu kejutan,” katanya apabila ditanya mengenai calon parti itu.

Beliau juga menegaskan pelajar yang menyokong PMN akan turut berkempen walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menghalang penglibatan dalam politik.

“Kita tidak pernah beriman dengan AUKU,” katanya.

Ditanya tindakan disiplin oleh pihak universiti yang boleh dikenakan kepada pelajar yang berkempen, beliau berkata: “Tengoklah nanti macam mana.”

PMN mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar.

SPR baru sahaja mengumumkan bahawa tarikh pilihanraya ke 12 jatuh pada 8 Mac 2008. Manakala tarikh penamaan calon ialah pada 24 Febuari 2008. Lebih kurang dua minggu tempoh berkempen selepas hari penamaan calon.

Artikel ini ditulis oleh pembaca blog ini yang bernama Imza Ron.
Salam Amin Iskandar @AI Black,
Dalam menangani segala kemungkinan bagi menghadapi PRU 12, perlu ada satu usaha dari penggerak reformasi membuat laporan-laporan polis dan BPR atas usaha-usaha SBB anak Jamaluddin Rombau menawarkan rasuah kepada para pengundi untuk balik ke Tanah Rendah Sekebun Bunga Serambi Mekah.
Kumpulkan bukti-bukti bahawa ini usaha-usaha ini akan memberikan satu keadaan kekacauan yang hebat di negeri yang aman sekali di Malaysia.Disamping itu kemungkinan taktik menawan Trengganu akan berulang lagi. Bayangkan dalam keadaan yang sibuk hi hari kempen dan pilihanraya, jika perkara ini dibenarkan berlaku, akan mendatangkan musibah yang amat besar malah rusuhan dan kekacauan yang sengaja di ada-adakan oleh mereka ini akan memberi kelebihan kepada SBB dan balaci-balacinya membuat huru hara.
Andaikata pihak Polis dan BPR tidak mahu mengendahkan perkara ini kita laporkan kepada umum melalui internet dan melalui saluran-saluran yang boleh sampai ke pengetahuan rakyat bahawa terbukti PDRM dan BPR sudah tidak relevan dengan zaman ini, dan membuktikan bahawa kedua-dua agensi yang sepatutnya menjaga keamanan negara adalah sebenarnya korup dan tidak boleh dipercayaai lagi. Lihat saja dengan kes yang sedang dalam perbicaraan sekarang ini ALTANTUYA DAN VK LINGGAM, kedua-dua kes ini membuktikan bahawa TINDAKAN  kedua-dua agensi ini boleh di persoalkan. Dari kes pembunuhan oleh anggota Polis dan pihak yang bertanggungjawab mencegah rasuah telah melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan nilai aspek tanggungjawab mereka. Polis membunuh dan BPR merasuah saksi. YANG PENTINGNYA BUKAN PIHAK BARISAN ALTERNATIF YANG MEMERINTAH DAN MENGUASAI AGENSI-AGENSI TERSEBUT  MALAH KEDUA-DUA AGENSI TERSEBUT DIBAWAH KEKUASAAN  BN, UMNO DAN KONCO-KONCONYA.
Jangan ada dikalangan mereka UMNO yang cuba menonjolkan imej tidak hitam dan tidak putih mereka dengan mengatakan mereka adalah juara membela rakyat. Ini merupakan pembohongan yang besar bahkan merekalah sebenarnya yang MEMBALUN RAKYAT. Sedarkan rakyat bahawa PRU 12 ini merupakan perangkap besar yang menunggu rakyat.  Kita akan lihat jika mereka diberikan kepercayaan sekali lagi dalam PRU 12 nanti, hadiah yang akan menunggu rakyat adalah kenaikan harga minyak petrol, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif elektrik dan air, golongan asnaf yang lapan perlu juga diingatkan bahawa sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini tidak akan ada agihan zakat yang adil di semua negeri-negeri yang BN kuasai. Kerana sekarang ini pun ada wang baitulmal digunakan apabila setiap kali wakil rakyat UMNO membuat lawatan kekawasan mereka.
Cik gu Bard  dan lain-lain aktivis angkatan muda diharap segera bertindak dengan saranan ini. Ini zaman digital, kumpulkanlah bukti dengan kemudahan-kemudahan yang ada.
Akhir sekali, Lawan tetap Lawan ….. Allahu Akbar..Allahu Akbar…Allahu Akbar..
Semoga perjuagan yang kita yakini suci ini mendapat keredhaan Allah hendaknya.

Baru semalam beliau menafikan desas-desus bahawa parlimen akan dibubarkan hari ini. Sila klik disini. Tadi di Putrajaya beliau baru sahaja memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan pembubaran parlimen. Sila lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

 

PM dissolves Parliament

Feb 13, 08 12:48pm

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today announced the dissolution of the Parliament at a specially arranged press conference at his office in Putrajaya.

He made a brief statement to the media - and carried live by RTM - stating that the Election Commission will have to fix the date for the nation’s 12th general election.

Abdullah was flanked by his deputy Najib Abdul Razak when he made the announcement.

Only yesterday Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi had dismissed speculations that he would be dissolving the Parliament today.

“No, not tomorrow,” he told reporters yesterday evening.

Today, he smilingly explained that he could not divulge any information until his audience with the King - held this morning - to obtain royal assent to the dissolution.

Election fever has picked up tremendous momentum since the turn of the year with many political observers and politicians speculating that the general election would be held in March.

Political analysts and the media had predicted that the much-awaited dissolution of the Parliament would take effect today (Feb 13) because 13 is the prime minister’s favourite number.

[Full report to follow]

Updates pada 8.43 malam

Abdullah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan esok. Beliau mengatakan bahawa masih terdapat banyak lagi mesyuarat kabinet sebelum pilihanraya umum dijalankan.

Teman yang memberi maklumat sebelum ini baru menelefon dan memberitahu bahawa perjumpaan PM dengan Agong pada malam ini adalah untuk mengusulkan tarikh pilihanraya yang akan datang.

Selain daripada itu beliau turut memberitahu bahawa hanya terdapat satu sahaja lagi mesyuarat kabinet sebelum parlimen dibubarkan. Pegawai-pegawai yang bekerja di kementerian dikatakan sekarang ini sedang sibuk menyiapkan kertas mesyuarat kabinet bagi kementerian masing-masing.

Nampaknya PM masih lagi mahu berteka-teki mengenai tarikh pilihanraya umum yang akan datang.

Posting asal 

Berita diterima dari teman yang bekerja dengan stesen TV tempatan yang mengatakan bahawa PM, Abdullah Badawi akan bertemu Yang Di Pertuan Agong malam ini. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai beberapa isu sebelum parlimen dibubarkan.

Abdullah dikatakan akan membubarkan parlimen pada esok hari. Sejauh mana kebenaran sumber ini masih belum dapat dipastikan.

Kepada pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung dalam pilihanraya umum yang akan datang, bersedialah.

Kita tunggu dan lihat sama ada berita ini benar atau tidak.

Berikutan daripada konflik yang berlaku dalam Umno Perlis diantara Radzi dan Shahidan, Setiausaha Agung Umno dikatakan telah hilang popularitinya. Azmi Khalid, orang yang dicadangkan oleh Radzi untuk menggantikan Shahidan turut mengalami nasib yang sama.

Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Radzi, Azmi bukan calon popular di Perlis

Muda Mohd Noor | Feb 12, 08 12:21pm

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Azmi Khalid terpaksa ‘berentap’ dengan 23 lagi pemimpin Umno bahagian Padang Besar untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya sekarang.Manakala Setiausaha Agung, Datuk Radzi Sheikh Ahmad pula menduduki tempat ketiga daripada empat nama yang dicalonkan oleh Umno bahagian untuk bertanding kerusi Parlimen Kangar.

Azmi adalah ahli Parlimen Padang Besar manakala Radzi merupakan penyandang kerusi Parlimen Kangar.

Seorang pemimpin Umno bahagian Kangar yang enggan namanya disiarkan berkata, keputusan pencalonan tersebut menunjukkan Radzi bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan AJK Umno Kangar.

“Perkara ini dapat dilihat apabila lebih 90 peratus daripada 119 cawangan Umno bahagian Kangar telah menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.“Malah, Umno cawangan Mohd Radzi iaitu Kampung Telok Jambu sendiri tidak menyokong beliau dalam konflik dengan Shahidan,” katanya

Umno bahagian Kangar mencalonkan empat nama untuk bertanding kerusi Parlimen Kangar, termasuk Radzi.

Dalam pengundian calon, Radzi berkongsi kedudukan ketiga bersama Ketua Wanita negeri, Azahani Ali.

Tempat ketiga

Undi terbanyak diperolehi oleh Ketua Umno bahagian Kangar, Ahmad Bakri Ali manakala Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Hashim Suboh, di tempat kedua.

Radzi turut dicalon untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.

Beliau mendapat tempat ketiga dalam senarai calon untuk berkongsi kedudukan dengan Abdul Rahman Bahari dan Mohd Nor Bidin.

Undi terbanyak diperolehi oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Kangar, Hamunir Hamzah, dan Hashim (kedua).

Pemilihan calon tersebut diadakan di dewan Majlis Tindakan Pelancongan negeri di Kangar baru-baru ini dan dihadiri oleh 26 daripada 30 AJK Umno bahagian Kangar.

Bagaimanapun, Radzi tidak hadir dalam pemilihan tersebut.

Beri keadilan

Umno Padang Besar pula mengemukakan mencalonkan 24 nama, termasuk Azmi, untuk kerusi Parlimen Padang Besar.Ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dan telahpun dihantar kepada Umno negeri dan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

“Semua orang yang berminat dan mahu bertanding dalam Parlimen Padang Besar ada dalam senarai tersebut.

“Cara ini memberi keadilan kepada semua yang mahu bertanding, biar pucuk pimpinan parti yang memilih,” katanya. Beliau juga turut dicalonkan.

Zahidi yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis ketika dihubungi hari ini berkata, 27 ahli jawatankuasa bahagian tersebut telah mengundi memilih calon-calon tersebut pada 31 Disember lalu.

Malaysia harus bersedih kerana mempunyai PM yang tidak menghormati nilai-nilai sejarah. Walaupun beliau adalah bekas pelajar UM dan baru sahaja menghadiri Majlis Alumni UM baru-baru ini, beliau tergamak membenarkan kroninya menggadai 27 ekar tanah UM kepada pemaju untuk mendirikan kondominium mewah.  Sila klik disini untuk membaca dengan lebih lanjut.

Setelah membiarkan kekayaan negara dirompak oleh kroni, anak dan menantu, kini sedikit demi sedikit khazanah negara tergadai. Rakyat Malaysia, fikirkanlah……

Sudah terdengar banyak khabar angin bahawa “kontrak” Zainuddin Maidin untuk bersama kerajaan BN kemungkinan besar tidak akan disambung lagi. Ini adalah kerana, Menteri Penerangan itu adalah diantara “orang-orang kuat Mahathir” yang akan dibersihkan dalam kabinet baru Abdullah Badawi bersama-sama dengan bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Aziz Shamsuddin jika BN menang dalam PRU ke 12 akan datang.

Namun Zam tidak mahu mengalah begitu mudah. Kementerian Penerangan yang diterajuinya digunakan seratus-peratus untuk menyerang pembangkang agar PM melihat yang beliau masih lagi berguna untuk BN.

Berita dibawah menunjukkan usaha-usaha Zam untuk menunjukkan kepada PM bahawa beliau masih lagi relevan.

Masyarakat India Diingat Jangan Terpengaruh Dengan Pembangkang

SUNGAI PETANI, 9 Feb (Bernama) — Masyarakat India di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dengan pelbagai perkara tidak betul yang disogok oleh parti pembangkang bagi tujuan meraih sokongan mereka.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata kerajaan melalui MIC telah banyak melakukan perubahan kepada masyarakat India di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau juga meminta masyarakat India supaya mengenang jasa pemimpin MIC pada masa lalu dan sekarang yang diterajui Datuk Seri S.Samy Vellu.

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun, katanya Samy Vellu selaku presiden MIC, tahu apa yang patut dilakukan dan beliau juga tidak mahu masyarakat India di negara ini terpinggir.

Zainuddin berkata demikian pada majlis sumbangan beg sekolah kepada 1,200 pelajar dari 23 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) di seluruh kawasan Parlimen Merbok di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan masyarakat India bahawa mereka tidak perlu melatah dengan pelbagai dakwaan yang dibuat pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

Pembangkang, katanya hanya mampu menyogok perkara yang tidak benar kepada masyarakat semata-mata mahu meraih simpati bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata masyarakat India terutamanya jangan tersilap memberikan sokongan kerana selama ini pembangkang tidak berbuat apa-apa selain hanya pandai bercakap bohong dan melagakan masyarakat India dengan kerajaan serta parti MIC yang selama ini menjadi payung kepada masyarakat India di negara ini.

“Masyarakat India perlu memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan ini saja yang mampu membawa masyarakat India di negara ini bersama-sama arus perdana pembangunan dalam semua bidang, seiring dengan semua kaum yang ada di negara ini,” tegas beliau.

– BERNAMA

Menantu PM dikatakan sangat benci dengan Zam. Selain daripada Zam adalah orang kuat Mahathir, beliau juga dilihat sebagai diantara menteri yang kurang bijak. PRU ke 12 akan menjadi medan bagi Abdullah untuk membersihkan saki-baki penyokong Dr. Mahathir didalam kabinetnya.

Sudah pasti satu pertembungan besar akan berlaku dalam Umno. Siapakah yang akan menang dalam pertembungan ini? Beranikah Najib yang mewakili kepentingan Dr. Mahathir didalam kabinet Abdullah untuk bangun melawan bagi mempertahakan orang-orang bekas PM itu?

 

Ramai pembaca dan kawan-kawan bertanya mengapa tak ‘update’ blog. Memang sejak akhir-akhir ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan.  Sebab itulah tak banyak masa untuk mengemaskini dan mengulas isu-isu semasa.

Demam pilihanraya semakin membara. Setiap hari kita boleh lihat bagaimana media-media arus perdana menunjukkan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno dan BN memberi bantuan kepada rakyat. Tahun Baru Cina diperalatkan oleh pemimpin BN untuk memberi “Angpow” kepada rakyat.

“Negara Kebajikan”yang ditawarkan oleh PAS kepada rakyat jika dipilih dalam PRU ke 12 nampaknya menakutkan BN. Dasar-dasar BN yang tidak pro kepada rakyat telah terbukti banyak menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.

Mereka tahu, manifesto “Negara Kebajikan” pasti akan menjadi popular dikalangan rakyat dan mungkin akan menyebabkan undi mereka berkurangan dalam pilihanraya akan datang.

Takutnya BN terhadap manifesto “Negara Kebajikan” sehinggakan TPM mengatakan bahawa Malaysia akan bangkrap jika menjadi Negara Kebajikan. Saya akan ulas mengenai isu ini dalam posting yang akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Gong Xi Fa Cai!!!

Pemilik Blog

Komen

Setiap komen akan melalui proses "Moderation" terlebih dahulu. Komen-komen yang bersesuaian akan disiarkan. Sebarang komen-komen yang menggunakan Anonymous, perkataan lucah dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan dilayan. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila email kepada: amin.iskandar@gmail.com

Calendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 830,671 hits