Selamat Tahun Baru Cina
Ramai pembaca dan kawan-kawan bertanya mengapa tak ‘update’ blog. Memang sejak akhir-akhir ini terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Sebab itulah tak banyak masa untuk mengemaskini dan mengulas isu-isu semasa.
Demam pilihanraya semakin membara. Setiap hari kita boleh lihat bagaimana media-media arus perdana menunjukkan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno dan BN memberi bantuan kepada rakyat. Tahun Baru Cina diperalatkan oleh pemimpin BN untuk memberi “Angpow” kepada rakyat.
“Negara Kebajikan”yang ditawarkan oleh PAS kepada rakyat jika dipilih dalam PRU ke 12 nampaknya menakutkan BN. Dasar-dasar BN yang tidak pro kepada rakyat telah terbukti banyak menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
Mereka tahu, manifesto “Negara Kebajikan” pasti akan menjadi popular dikalangan rakyat dan mungkin akan menyebabkan undi mereka berkurangan dalam pilihanraya akan datang.
Takutnya BN terhadap manifesto “Negara Kebajikan” sehinggakan TPM mengatakan bahawa Malaysia akan bangkrap jika menjadi Negara Kebajikan. Saya akan ulas mengenai isu ini dalam posting yang akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Gong Xi Fa Cai!!!















thank you