Usaha terkahir Zainuddin Maidin

2008 Februari 9
by aminiskandar

Sudah terdengar banyak khabar angin bahawa “kontrak” Zainuddin Maidin untuk bersama kerajaan BN kemungkinan besar tidak akan disambung lagi. Ini adalah kerana, Menteri Penerangan itu adalah diantara “orang-orang kuat Mahathir” yang akan dibersihkan dalam kabinet baru Abdullah Badawi bersama-sama dengan bekas Setiausaha Politik Dr. Mahathir, Aziz Shamsuddin jika BN menang dalam PRU ke 12 akan datang.

Namun Zam tidak mahu mengalah begitu mudah. Kementerian Penerangan yang diterajuinya digunakan seratus-peratus untuk menyerang pembangkang agar PM melihat yang beliau masih lagi berguna untuk BN.

Berita dibawah menunjukkan usaha-usaha Zam untuk menunjukkan kepada PM bahawa beliau masih lagi relevan.

Masyarakat India Diingat Jangan Terpengaruh Dengan Pembangkang

SUNGAI PETANI, 9 Feb (Bernama) — Masyarakat India di negara ini diingatkan supaya berhati-hati dengan pelbagai perkara tidak betul yang disogok oleh parti pembangkang bagi tujuan meraih sokongan mereka.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata kerajaan melalui MIC telah banyak melakukan perubahan kepada masyarakat India di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau juga meminta masyarakat India supaya mengenang jasa pemimpin MIC pada masa lalu dan sekarang yang diterajui Datuk Seri S.Samy Vellu.

Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun, katanya Samy Vellu selaku presiden MIC, tahu apa yang patut dilakukan dan beliau juga tidak mahu masyarakat India di negara ini terpinggir.

Zainuddin berkata demikian pada majlis sumbangan beg sekolah kepada 1,200 pelajar dari 23 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) di seluruh kawasan Parlimen Merbok di sini hari ini.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan masyarakat India bahawa mereka tidak perlu melatah dengan pelbagai dakwaan yang dibuat pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.

Pembangkang, katanya hanya mampu menyogok perkara yang tidak benar kepada masyarakat semata-mata mahu meraih simpati bagi mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata masyarakat India terutamanya jangan tersilap memberikan sokongan kerana selama ini pembangkang tidak berbuat apa-apa selain hanya pandai bercakap bohong dan melagakan masyarakat India dengan kerajaan serta parti MIC yang selama ini menjadi payung kepada masyarakat India di negara ini.

“Masyarakat India perlu memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan ini saja yang mampu membawa masyarakat India di negara ini bersama-sama arus perdana pembangunan dalam semua bidang, seiring dengan semua kaum yang ada di negara ini,” tegas beliau.

– BERNAMA

Menantu PM dikatakan sangat benci dengan Zam. Selain daripada Zam adalah orang kuat Mahathir, beliau juga dilihat sebagai diantara menteri yang kurang bijak. PRU ke 12 akan menjadi medan bagi Abdullah untuk membersihkan saki-baki penyokong Dr. Mahathir didalam kabinetnya.

Sudah pasti satu pertembungan besar akan berlaku dalam Umno. Siapakah yang akan menang dalam pertembungan ini? Beranikah Najib yang mewakili kepentingan Dr. Mahathir didalam kabinet Abdullah untuk bangun melawan bagi mempertahakan orang-orang bekas PM itu?

 

9 Respons leave one →
  1. 2008 Februari 10

    TerKAHIR? Hehe. Kasihan Pakcik Zam.

  2. 2008 Februari 10
    Munsyi Dewan Kembara permalink

    Pilihan raya umum hampir menjelang. Pengalaman sebagai ‘think tank’ BN/UMNO(PEKEMBAR)10-15 tahun lalu amat memberi makna dan menjadi rahsia peribadi dalam kehidupan saya.Apapun dalam usaha kita menjaja dan meraih pengundi, sukalah diingatkan kepada para calon AP/ADUN BN/UMNO (termasuk para menteri UMNO)janganlah terlupa seperti Pak Kaduk, ayam menang kampung tergadai.Orang UMNO sibuk dengan duka nestapa mengenang nasib pendidikan dan kebudayaan bukan berteraskan kebangsaan/nasional seperti nasib bahasa Tamil, bahasa Mandarin, SJK dan macam-macamlah dan mengulang tayang di mana-mana.Tetapi terlupa pula nasib yang menimpa pendidikan anak-anak Melayu dan bumiputera .Banyak kedaifan kekurangan sekolah kebangsaan (dahulu Sekolah Umum Melayu) dan keluarga Melayu (seperti paparan rancangan BERSAMAMU TV3). Bagaimanana nasib Bahasa Melayu (apakah terhapus di bumi sendiri suatu masa nanti seperti di Patani,Thailand?),kebudayaan Melayu/kebudayaan kebangsaan, bahasa Melayu tulisan Jawi, dan generasi remaja Melayu terkini (yang mula tunggang-langgang menggunakan bahasa ibunda sendiri; baik dalam penulisan mahupun lisan) dan pelbagai isu kritikal bangsa Melayu terkini. Apakah UMNO sibuk memikirkan yang minoriti dengan menganggap berada dalam selesa di kelompok majoriti…ingatlah Rumpun Melayu Asli Melayu terdiri daripada Melayu Kelantan,Melayu Johor, Melayu Kedah dan seterusnya sukuan pula terdiri daripada sukuan Jawa, sukuan Banjar,sukuan Bugis,Madailing dan sebagainya serta etnik Melayu Orang Asli seperti lban,Dusun, Senoi, Negrito, Jakun dan banyak lagi.Nah, inilah mereka Rumpun Melayu yang pemimpin UMNO kena ingat,kena bela, kena teruskan biasiswa, motivasi, dan pembelaan. Kita tidak mahu Hak lstimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan hanya atas kertas dan retorika sahaja. SEKURANG-KURANGNYA di puncak tertinggi menara PWTC lbu Pejabat UMNO di KL itu tertulislah penuh PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU dalam tulisan rumi dan tulisan jawi. Lihatlah bangunan MIC dan MCA…. Apakah tidak terfikirkah wahai para pemimpin UMNO???Janganlah bersikap hipokrit dan beretorika pada PRU ke-12 ini…Melayu dan Bumiputera kini bukan bodoh lagi!!!!!!!!!!!!Berubahlah agar kami terus memangkah dacingmu..Percayalah.

  3. 2008 Februari 11

    Pangkah je parti cap selipar aku. Konpem korang idup senang. Ekeke.

  4. 2008 Februari 11

    Ko bertanding kat mana pembebel? Aku dah tak sabor nak pangkah!

  5. 2008 Februari 11

    ngr sndiri 2. ha2. nkth.

  6. 2008 Februari 11
    Nasron al-Jauhari permalink

    Pangkah pakai kapur boleh tak? (Nak tiru 40 penyamun – Ali Baba Bujang Lapok)

  7. 2008 Februari 11
    Amin Black Maria. permalink

    Tahniah tulisan Munsyi Dewan Kembara yang paling bernas dan bermutu sejak awal blog ini saya baca. Sebenarnya begitulah adat Melayu bertikam keris dengan pencak muslihat akhirnya mencapai matlamat. Sebenarnya dengan gaya bahasa yang penuh simbolok, beliau menyindir dengan sinis, siapa makan cili api dialah yang merasa bahangnya. Tahniah, ada kelas tersendiri.

  8. 2008 Februari 11
    dasuki_tmc permalink

    kita pakat-pakat pangkah tak kira orang mana-mana orang yang tidak menyusahkan hidup orang, bukan macam sesetengah orang-orang umno/bn yang tak tahu menilai baik/buruk seseorang/parti. tak guna akal, sia-sia hidup jadi orang.

  9. 2009 Ogos 4

    main pangkah je

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS