Abdullah bertemu Agong malam ini

12 02 2008

Updates pada 8.43 malam

Abdullah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan esok. Beliau mengatakan bahawa masih terdapat banyak lagi mesyuarat kabinet sebelum pilihanraya umum dijalankan.

Teman yang memberi maklumat sebelum ini baru menelefon dan memberitahu bahawa perjumpaan PM dengan Agong pada malam ini adalah untuk mengusulkan tarikh pilihanraya yang akan datang.

Selain daripada itu beliau turut memberitahu bahawa hanya terdapat satu sahaja lagi mesyuarat kabinet sebelum parlimen dibubarkan. Pegawai-pegawai yang bekerja di kementerian dikatakan sekarang ini sedang sibuk menyiapkan kertas mesyuarat kabinet bagi kementerian masing-masing.

Nampaknya PM masih lagi mahu berteka-teki mengenai tarikh pilihanraya umum yang akan datang.

Posting asal 

Berita diterima dari teman yang bekerja dengan stesen TV tempatan yang mengatakan bahawa PM, Abdullah Badawi akan bertemu Yang Di Pertuan Agong malam ini. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai beberapa isu sebelum parlimen dibubarkan.

Abdullah dikatakan akan membubarkan parlimen pada esok hari. Sejauh mana kebenaran sumber ini masih belum dapat dipastikan.

Kepada pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung dalam pilihanraya umum yang akan datang, bersedialah.

Kita tunggu dan lihat sama ada berita ini benar atau tidak.





Radzi dan Azmi hilang populariti di Perlis

12 02 2008

Berikutan daripada konflik yang berlaku dalam Umno Perlis diantara Radzi dan Shahidan, Setiausaha Agung Umno dikatakan telah hilang popularitinya. Azmi Khalid, orang yang dicadangkan oleh Radzi untuk menggantikan Shahidan turut mengalami nasib yang sama.

Lihat berita dari Malaysiakini dibawah:

Radzi, Azmi bukan calon popular di Perlis

Muda Mohd Noor | Feb 12, 08 12:21pm

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli, Datuk Seri Azmi Khalid terpaksa ‘berentap’ dengan 23 lagi pemimpin Umno bahagian Padang Besar untuk mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya sekarang.Manakala Setiausaha Agung, Datuk Radzi Sheikh Ahmad pula menduduki tempat ketiga daripada empat nama yang dicalonkan oleh Umno bahagian untuk bertanding kerusi Parlimen Kangar.

Azmi adalah ahli Parlimen Padang Besar manakala Radzi merupakan penyandang kerusi Parlimen Kangar.

Seorang pemimpin Umno bahagian Kangar yang enggan namanya disiarkan berkata, keputusan pencalonan tersebut menunjukkan Radzi bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan AJK Umno Kangar.

“Perkara ini dapat dilihat apabila lebih 90 peratus daripada 119 cawangan Umno bahagian Kangar telah menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.“Malah, Umno cawangan Mohd Radzi iaitu Kampung Telok Jambu sendiri tidak menyokong beliau dalam konflik dengan Shahidan,” katanya

Umno bahagian Kangar mencalonkan empat nama untuk bertanding kerusi Parlimen Kangar, termasuk Radzi.

Dalam pengundian calon, Radzi berkongsi kedudukan ketiga bersama Ketua Wanita negeri, Azahani Ali.

Tempat ketiga

Undi terbanyak diperolehi oleh Ketua Umno bahagian Kangar, Ahmad Bakri Ali manakala Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Hashim Suboh, di tempat kedua.

Radzi turut dicalon untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong.

Beliau mendapat tempat ketiga dalam senarai calon untuk berkongsi kedudukan dengan Abdul Rahman Bahari dan Mohd Nor Bidin.

Undi terbanyak diperolehi oleh Ketua Pemuda Umno bahagian Kangar, Hamunir Hamzah, dan Hashim (kedua).

Pemilihan calon tersebut diadakan di dewan Majlis Tindakan Pelancongan negeri di Kangar baru-baru ini dan dihadiri oleh 26 daripada 30 AJK Umno bahagian Kangar.

Bagaimanapun, Radzi tidak hadir dalam pemilihan tersebut.

Beri keadilan

Umno Padang Besar pula mengemukakan mencalonkan 24 nama, termasuk Azmi, untuk kerusi Parlimen Padang Besar.Ketua Umno bahagian tersebut, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dan telahpun dihantar kepada Umno negeri dan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.

“Semua orang yang berminat dan mahu bertanding dalam Parlimen Padang Besar ada dalam senarai tersebut.

“Cara ini memberi keadilan kepada semua yang mahu bertanding, biar pucuk pimpinan parti yang memilih,” katanya. Beliau juga turut dicalonkan.

Zahidi yang juga Timbalan Ketua Perhubungan Umno Perlis ketika dihubungi hari ini berkata, 27 ahli jawatankuasa bahagian tersebut telah mengundi memilih calon-calon tersebut pada 31 Disember lalu.