Abdullah bertemu Agong malam ini
Updates pada 8.43 malam
Abdullah menafikan bahawa parlimen akan dibubarkan esok. Beliau mengatakan bahawa masih terdapat banyak lagi mesyuarat kabinet sebelum pilihanraya umum dijalankan.
Teman yang memberi maklumat sebelum ini baru menelefon dan memberitahu bahawa perjumpaan PM dengan Agong pada malam ini adalah untuk mengusulkan tarikh pilihanraya yang akan datang.
Selain daripada itu beliau turut memberitahu bahawa hanya terdapat satu sahaja lagi mesyuarat kabinet sebelum parlimen dibubarkan. Pegawai-pegawai yang bekerja di kementerian dikatakan sekarang ini sedang sibuk menyiapkan kertas mesyuarat kabinet bagi kementerian masing-masing.
Nampaknya PM masih lagi mahu berteka-teki mengenai tarikh pilihanraya umum yang akan datang.
Posting asalÂ
Berita diterima dari teman yang bekerja dengan stesen TV tempatan yang mengatakan bahawa PM, Abdullah Badawi akan bertemu Yang Di Pertuan Agong malam ini. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai beberapa isu sebelum parlimen dibubarkan.
Abdullah dikatakan akan membubarkan parlimen pada esok hari. Sejauh mana kebenaran sumber ini masih belum dapat dipastikan.
Kepada pihak-pihak yang akan terlibat secara langsung dalam pilihanraya umum yang akan datang, bersedialah.
Kita tunggu dan lihat sama ada berita ini benar atau tidak.















nak takut apa pd palah hampakan kuat…..
kuat sembang je kot
Memang betui kuat ….. kuat sembang pun ada …. kuat menipu ada ….. kaut apa lagi xtau la ….. ya la pak lelah pembekal ubat kuat dari kroni dia ……
think before you throw