Mahasiswa Versus Abdullah Badawi

2008 Februari 14
by aminiskandar

Parti Mahasiswa Negara (PMN) bertegas akan menghantar calon di Kepala Batas untuk melawan Abdullah Badawi. Nampaknya Abdullah bukan sahaja akan berhadapan dengan calon daripada parti pembangkang, malahan calon mahasiswa turut mahu berentap dengan PM yang sering tertidur itu.

Sila baca berita dari Malaysiakini dibawah:

Parti siswa bertegas mahu lawan PM

Fathi Aris Omar | Feb 14, 08 3:17pm

Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang baru memohon pendaftaran bulan lepas, bertegas ingin meletakkan calon di kawasan Parlimen Kepala Batas, kerusi yang selama ini disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut jurucakapnya Sekh Amir Ali, parti itu hanya bertanding satu kerusi dan tidak akan meletakkan calon di kawasan Jeli, kerusi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed seperti dilaporkan.

“Itu bacaan awal kita. Sekarang kita ingin bertanding menentang orang nombor satu,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

PMN telah mengirim surat kepada parti-parti pembangkang, termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), untuk membolehkan pertandingan satu lawan satu, tambahnya.

“Tunggu dan lihat. Yang penting, suatu kejutan,” katanya apabila ditanya mengenai calon parti itu.

Beliau juga menegaskan pelajar yang menyokong PMN akan turut berkempen walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menghalang penglibatan dalam politik.

“Kita tidak pernah beriman dengan AUKU,” katanya.

Ditanya tindakan disiplin oleh pihak universiti yang boleh dikenakan kepada pelajar yang berkempen, beliau berkata: “Tengoklah nanti macam mana.”

PMN mendakwa mendapat sokongan 2,000 pelajar.

13 Respons leave one →
  1. 2008 Februari 14

    Betul tu…undi anda akan menentukan nasib negara, bangsa dan agama kita untuk jangka masa akan datang. Undilah calon yang benar2 bertanggungjawab. Saya ada buat posting tentang Kewajipan Mengundi Mengikut Hukum Syarak

  2. 2008 Februari 14
    Noor Aza Othman permalink

    Izo, cukup anda, BN dan PAS mempergunakan Islam dan Tuhan untuk kepentingan politik! Be wise and rational; and time for the Malays to accept Malaysia belongs to all, regardless of religion and race! So I hope the Siswa and Siswi (are there any women here?) will truly intelligently believe such true social justice values! No need anymore to think Malay race and Islamic religion as superior to others! Ketuanan Melayu-Islam is racist and fascist as anything! Plus it keeps the Malays and Muslims stupid and lazy! By the way, I’m a Malay woman/feminist who will fight more aggressively for woman’s rights and equality especially in Malay-Islam civilization!

  3. 2008 Februari 14

    Syabas anak muda Malaysia. Bicarakan akan perlakuan The so called PM yang Kuat kerja. Dedahkan sikap PM yang sentantiasa membohong rakyat. Th.2004 kononnya lebih baik daripada Mahathir tangkap 1 Menteri 1 bukan menteri. Yang menteri sehingga hari ini tiada kes yang satu lagi bebas tiada bukti ( Terbukti. Benarlah kisah “looks like me sounds like me”??) Hakim ditentukan hukuman ditentukan. Jadi mana kewibawaan PM yang kuat kerja. Kerja apa?? Melancung keluar negara guna wang rakyat. Cuba dirikan dinasti. AUKU telah melahirkan graduan yang membisu. Graduan yang tidak boleh berfikir. Shukur Allahamdulilallah ada segelintar yang lahir luar daripada AUKU. Syabas anak muda teruskan bakti dalam menyingkirkan seorang tua yang LEBIH BAIK DUDUK DI MESJID JADI TOK BILAL JANGAN LEBIH ITU, NANTI KELIRU ORANG ISLAM DENGAN ISLAM HADARI NYA.

  4. 2008 Februari 14

    Untuk para blogger,
    Sempena Pilihanraya Umum ke-12 ini, anda boleh sediakan kemudahan menyemak senarai pengundi dari blog anda tanpa perlu melawat laman web SPR. :P

    Sila dapatkan kod Semakan Daftar Pemilih Widget untuk blog anda.

    Untuk contoh widget, sila lawat http://arifabdull.wordpress.com (Widget ini terletak di sebelah kiri, atas sekali).

    Terima kasih.

  5. 2008 Februari 14

    Pok amai amai
    Katak bawah tempurung
    Pakat ramai ramai
    Tolak Kerajaan PEMBOHONG..

  6. 2008 Februari 15
    mentel permalink

    Noor Aza Othman // Februari 14, 2008 at 9:49 am said :
    “So I hope the Siswa and Siswi (are there any women here?) will truly intelligently believe such true social justice values! No need anymore to think Malay race and Islamic religion as superior to others!….I’m a Malay woman/feminist…. ”

    Saya rasa Saudari wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah Semula diatas kenyataan saudari. Saya sangsi tujuan, niat serta identiti saudari serta samada saudari dibiayai atau “di-sponsor” oleh pihak2 tertentu.

  7. 2008 Februari 15
    Melayu Hilang Biasiswa dan Segala-gala. permalink

    TERUSKAN! Lawan terus lawan! Selama ini ayam di kepuk mati kelaparan,itik di kolam mati kehausan; peliknya beruk di estet makan enak kekenyangan. HAK istetimewa orang Melayu dan bumiputera hanya retorika dan cakap-cakap kosong di atas kertas perlembagaan. Perlembagaan tidak salah. UMNO dan BN yang salah,…menggadaikan bahasa dan tulisan sendiri, mahasiswa Melayu yang menganggur, anak-anak Melayu yang manja tidak terbela akibat dasar penswastaan yang membuncitkan perut baba,ah seng dan samy. Justeru PMN (Parti Mahasiswa Negara)jika termakbul lawanlah Pak Lah..sebagai simbol protes rakyat jembel yang tertekan kenaikan harga malaun kapitalis, kakitangan kerajaan yang bonus seribu dua tidak diendahkan oleh si Mamak Menteri Kewangan kedua atas alasan kenaikan gaji yang sudah lebih 10 tahun tidak diambil kira…tetapi terlupa minyak melambung hingga hampir 50% kenaikan gila. Ayuh pakat ramai-ramai..ajar mereka, Putera UMNO,Pemuda UMNO yang sibuk asyik berniaga..hhmmmmm faham-faham aje ye….

  8. 2008 Februari 15
    FENDI permalink

    alahaiiii bebudak hingusan nihhh..ape lagik la yg diorg nak..mnyusahkan pembangkang betoi…
    klu korang rasa ramai sgt nk jadi ahli PMN tu sumanye pakat ngundi sama tempat ke? or ramai yg x leh ngundi lg? pikirle rasional sket…jgn di ikutkan nafsu..yang teruk nk nanggung bahananye parti pembangkang.diorg leh cuci tgn jek.aku rasa gah nyer time ngah blajo ni je.pas kuar dpt jawatan tinggi nyembah BN balik la tuh.cam roslan kasim baba tu…dengaq citer nama dh naik jadik calon BN…sama arr tuh

  9. 2008 Februari 16

    Harap ianya menjadi kenyataan. Mahasiswa terdiri dari golongan yang berilmu dan tahu yang mana batil dan yang mana yang hak. Oleh yang demikian Mahasiswa sepatutnya pemikiran yang tersendiri dan tidak dimomokkan oleh pengaruh pemikiran, ideologi, pegangan dan pemahaman orang lain.

    Kebahagian yang sejati bukan hanya ego dan perasaan sahaja yang dibeli atau diuja. Sebagai contoh kita lihat kepada jurujual barangan perhiasan Zhu….. Mereka ini sebenarnya menjual sifat teruja, ego dan perasaan kepada pengguna yang berminat. Nampak bergaya , elegan dan sofistikated tetapi tiada nilaian sebenar. Malah ianya mendatangkan masalah. Iyalah, dah bergelumang dengan perkara-perkara yang batil dan palsu tetapi mentaliti mengatakan ianya adalah sebenarnya atau tulin. Ramai orang diperbodohkan oleh penggunanya dengan omongan besar. Tetapi bila ada golongan yang berilmu (Mahasiswa) cuba memperbetulkan keadaan, maka mereka ini akan dinamakan golongan “anti-establishment”.

    Dari teori ini di harapkan Mahasiswa dapat memainkan peranan yang sebenarnya dengan usaha-usaha untuk menyedarkan masyarakat yang telah lebih 50 tahun terbeli dengan jualan teruja, ego dan perasaan ini agar lebih matang dalam menentukan hala tuju masa depan yang lebih baik. Perkara yang sebenarnya ” Hanya panduan dari Allah sahaja yang dapat mengeluarkan mereka-mereka yang hanyut tersesat dari kegelapan dan kezaliman sendiri kepada cahaya kebenaran yang menjaminkan kebahagian dunia akhirat yang hakiki.

    Semoga berjaya menjalankan tanggungjawab dan mendapat keredhaan allah.
    Takbir! Allahu akbar. 3X

  10. 2008 Februari 16

    PMN itu cuma gimik politik sahaja…. huahuahua

  11. 2008 Februari 19

    BN lawan BA, celah tu ada PMN ..

    Keputusannya mcm mana??

    70%BN 27%BA dan 3%PMN?

    atau

    40% BN 30%BA dan 30%PMN

    Siapa rugi?

    Nak ngalahkan Pak Lah ker atau sebaliknya??

    PMN ini dasarnya apa??

    Islam atau Sekular juga

    atau tak Islam dan Tak sekular = kafir .. tak mungkin kot??

  12. 2008 Februari 20

    After reading this article,I want to go out to see the movie with my boy firend.
    Goodbye and Good Luck.

  13. 2008 Februari 21
    FENDI permalink

    pikir punya pikir punya pikir baru la aku tau tujuan sebenar PMN ni beriya2 sgt nk brtanding 1 sama satu d 3 kawasan Parlimen (Kepala Batas – lwn Pak Lah, Jeli – lwn Mustapha Mohammad, Semberong – lwn Hisahamsiah Aww ) tu…sebenarnya dari apa yang aku leh baca diorg nih nak beri kemenangan percuma dekat 3 ekor org utan nih…so modus operandinya mintak kt pembangkang jgn adakana perlawanan 3 penjuru kt 3 kwsn parlimen nih.serahkan kat PMN.so bila time penamaan calon diaorg akan menarik diri n lastly pak lah, stopa n hiashamsiah aww nih akan mng free…

    wahhhhh bijak bijak kepala otak bebudak nih

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS