Penyokong Hindraf kepung kereta Samy Vellu di Pulau Pinang

2008 Februari 17
by aminiskandar

Gambar dari The Star.

Semakin rancak politik Malaysia. Lebih-lebih lagi pilihanraya semakin hampir. Semalam di Kuala Lumpur, Hindu Rights Action Force (Hindraf) menganjurkan satu perhimpunan aman. Perhimpunan bertujuan untuk menyerahkan bunga ros kepada Perdana Menteri dan menuntut pembebasan 5 pemimpin Hindraf yang ditahan ISA.

Walaubagaimanapun, perhimpunan aman tersebut telah diganasi oleh polis. Gas pemedih mata dilepaskan. 160 orang termasuk wanita dan 20 orang kanak-kanak ditahan. Kesemuanya dibebaskan kecuali 9 orang sahaja yang direman. 9 orang ini berkemungkinan besar akan didakwa esok. Insiden ini telah menimbulkan kemarahan penyokong Hindraf.

Di Pulau Pinang, 60 orang yang dipercayai penyokong Hindraf bertindak menghalang kenderaan yang dinaiki Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu keluar dari perkarangan sebuah sekolah di Perai selepas beliau selesai menghadiri satu majlis di situ malam ini.

Kumpulan ini dikatakan mahu menemui Samy Vellu bagi meminta bantuannya untuk membebaskan penyokong Hindraf yang ditahan di Kuala Lumpur. Dengan bantuan polis, kereta Samy Vellu meninggalkan tempat tersebut selepas 15 minit. Klik disini untuk berita dari Bernama.

Kejadian tersebut merupakan satu isyarat besar untuk Samy Vellu. Jika mahu terus bertanding, bersedialah untuk menerima risiko kalah besar dan dimalukan!!!

9 Respons leave one →
  1. 2008 Februari 17

    Malangnya untuk masyarakat kaum India, Samy akan terus diselamatkan oleh Melayu/UMNO!

  2. 2008 Februari 18
    kla67 permalink

    lain kali kalau polis suruh beredar, cepatlah beredar.

    ISA: org lain pun ramai gak kena ISA, tunggulah, nanti bebaslah tu. Apa nak suruh org bebaskan pulak. Patut dah lama kena ISA 5 org tu…

  3. 2008 Februari 18
    Suara Anak Muda Kedah permalink

    Nampaknya kaum India sudah marah sama MIC jadi paham2 aja la undi depa pi pembangkang la…..kaum cina sudah marah sama kerajaan sebab susah mau berniaga sekarang jadi paham2 aja la undi depa pi pembangkang la ……… kaum melayu …… lagi marah…ekonomi depa semakin berkurangan …… semuanya naik …….. undilah PAS dan PKR …..berilah peluang …

  4. 2008 Februari 18

    malang juga melayu kerana ramai pemimpin bn itu kayu. kui3.

  5. 2008 Februari 18

    lebih malang apabila melayu PKR dan melayu PAS akan membantu India extrimis dan cina chauvanis untuk menghapuskan melayu ameno !!!!

  6. 2008 Februari 18
    Gurdip Singh permalink

    Kenapa orang Hindu alias Tamil alias paria (sori ini ada dalam kitab hindu..kasta) mesti marah-marah…Sepatutnya jikalau kami mahu demontrasi..silalah lakukan di depan BANGUNAN IBU PEJABAT MIC…Desak Samy Vellu LETAK JAWATAN….!!!! Pooodehhh jangan susahkan orang lainlah. Melayu, Punjabi, Cina, Bumputera lban Dusun Orang Asli, mahu hidup aman, cari makan dalam negara Malaysia yang makmur aman.lni tanah air kitalah deehh..pooraahhh…

  7. 2008 Februari 18
    rm1juta permalink

    Jangan nanti menang sorak kampung tergadai….Mana maruah bangsa kita???

  8. 2008 Februari 21
    Panglima Kerdil permalink

    Kepung, jangan tak kepung!

  9. 2008 Februari 22
    DIDI KOTA BELUD permalink

    BUAT APA KEPUNG KERETA SAMY VELLU TU……TERBALIKKAN JE…BIAR SAMY CLAIM INSURAN….SEMUA KENA INGAT…DUIT SAMY,,,…BERERTI DUIT KITA JUGA….

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS