Perang Terhebat Dalam Abad Ini

20 02 2008

Artikel ini ditulis oleh Malcom

Sebelum meneruskan penulisan ini biarlah saya menerangkan siapa diri saya. Saya bukan ahli PKR, bukan penjilat Cikgu Bad. Saya hanyalah seorang insan yang mahu melihat generasi muda pada hari ini benar – benar bebas dari unsur gangsterisma, negara tidak terus tergadai di tangan Singapura, semua kaum dapat hidup bersama tanpa ada satu unsur prejudis sesama kaum.

Semua perkara yang disebut merupakan perbuatan keji yang telah dibuat oleh sang menantu PM Khairy Jamaluddin. Tidak perlu saya memberi bukti apakah benar semua perkara yang disebut itu benar – benar telah dibuat oleh beliau. Apakah ECM Libra tidak mempunyai kaitan dengan puak Yahudi (walaupun telah dijual kerana Tun Dr.M telah dedahkannya). Apakah benar beliau tidak terlibat di dalam gangsterisma? Kerana semua perkara tersebut boleh diperolehi di ms.wikipedia.org atau antikhairy.blogspot.com khasnya mengenai gangsterisma.

Anak muda Malaysia harus bersama – sama turun di mana sahaja sang menantu ini bertanding. Ini bukan soal Cikgu Bad bertanding dengan KJ sahaja, tapi ini soal survival politik dan ekonomi negara kita. Kalau KJ dapat dikalahkan atau jikalau dia menang akan tetapi dengan majority yang sikit sudah tentu ini merupakan satu tamparan hebat buat Pak Lah kerana selama ini Pak Lah sentiasa mengagungkan kononnya sang menantu ini cerdik dan diterima rakyat.

Jika mahu kerajaan Dinasti Badawi ini tumbang, tumbangkan dahulu atau malukan dahulu pemain utama yang selama ini bangga kononnya beliaulah yang paling hebat.

Buat Khairy, ingat dahulu kamu pernah berkata “Pemuda Sedia Tempur, PKR terkubur”. Ya, PKR mungkin boleh terkubur, tapi ingat. Setiap caci maki hamun, berlagak samseng, mengarahkan budak – budak muda memukul petugas PAS yang berusia 40an hingga cedera parah akan senantiasa diingati oleh kami anak – anak muda yang benar – benar mahu Malaysia hebat untuk orang Melayu, Cina, India, Iban  dan lain – lain. Setiap kali kamu mahu perjuangan untuk keadilan semua kaum terkubur maka seribu kali kami akan bangkit.

Kamu panggil Anwar Ibrahim munafiq, ya silakan. Tapi bagi kami kamulah munafik yang paling besar pernah hidup dalam sejarah Malaysia. Mahu hapuskan gangsterisma tapi kamu sendiri bergelumang dengan tahi gangsterisma ini. Mahu kata kamu ini anti Yahudi ahhh kamu ini sebenarnya barua Yahudi. Jangan lupa akan skandal ECM Libra. Mujur Tun Dr. M dedahkan dan Husam Musa dedahkannya. Kalau tidak sampai mati pun kamu akan menjadi pejilat buntut Yahudi yang sebenar.

Khairy Jamaluddin, sila bertanding di mana sahaja kamu minat. Tapi cabaran telah dibuat agar kamu bertanding di Rembau. Ayuh datang ke sini. Bawalah puluhan ribu mat-mat rempit bersama.

TAPI AWAS YA KHAIRY! AWAS! KAMI ANAK MUDA BERBANGSA MALAYSIA AKAN BERSATU MELAWAN DENGAN KAMU SEMUA!!!


Tindakan

Informasi

11 gerakbalas-gerakbalas

21 02 2008
Bapa Mithali.

Saya bukanlah PENYOKONG BN yang membabi buta.Saya bukanlah PENYOKONG PEMBANGKANG yang hentam keromo.Saya belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti ijazah pertama dan lanjutan tidak pun mendapat biasiswa tetapi hanya pinjaman yang telah habis saya lunasi.Saya anak Melayu jati.Tetapi saya menganggap HAK-HAK MELAYU ISTIMEWA Melayu dalam PERLEMBAGAAN hanyalah retorika dan omong kosong sahaja.Janganlah kawan-kawan saya yang bernama Harpal Singh, Lim Tam Siang, Linggam Vellu, Khairul Jamarul, dan banyak lagi berasa risau gundah -gulana. Semuanya mainan politik belaka.Yang penting, kita berusaha dengan keringat peluh sendiri…Berapa ramai pegawai-pegawai yang mendapat biasiswa dalam perkhidmatan tetapi lanjut pelajaran ke luar negara di peringkat master dan kedoktoran tetapi gagal atau tidak dapat ijazah hanya “study leave” rupa-rupanya menjadi “holiday leave”..ini cerita lama. Pernahkah kita fikir semuanya wang rakyat membazir? Mereka dapat AP pulang dengan pulang membawa mercs..(maaf tidak semua) tetapi itulah realiti..Namun pernahkah SEMUA WAKIL RAKYAT membangkitkan pembaziran ini? Anak-anak kita membesar belajar dengan kesusahan harga sara hidup melambung gila…dengan digokkan elemen meminjam PTPN..kemudian berbondong-bondong bergelar sisswazah menganggur.Dan ada kes siswi GRO, Graduan GRO dan macam-macam lagi yang melanda..Pernahkah kita mengkaji balik Dasar Penswastaan; apa matlamat asalnya.Sedihnya, kini dasar itu yang diilhamkan baik telah menjadi satu dasar yang membuncitkan segolongan manusia yang rakus dan tamak haloba. Dan banyak lagi..Justeru,hal-hal beginilah sepatutnya dibawa oleh para calon dan parti-parti politik yang bertanding.Bukan mengutuk sana mengutuk sini. Itu tingkah laku orang jahil dan tidak berilmu.Jadilah penyokong kepada Yang Benar dan membangkang kepadaYang Berbohong.Renunglah dan sebarkanlah perkara yang baik ini.

21 02 2008
Bapa Mithali.

Saya bukanlah PENYOKONG BN yang membabi buta.Saya bukanlah PENYOKONG PEMBANGKANG yang hentam keromo.Saya belajar dari sekolah rendah hingga ke universiti ijazah pertama dan lanjutan tidak pun mendapat biasiswa tetapi hanya pinjaman yang telah habis saya lunasi.Saya anak Melayu jati.Tetapi saya menganggap HAK-HAK MELAYU ISTIMEWA Melayu dalam PERLEMBAGAAN hanyalah retorika dan omong kosong sahaja.Janganlah kawan-kawan saya yang bernama Harpal Singh, Lim Tam Siang, Linggam Vellu, Khairul Jamarul, dan banyak lagi berasa risau gundah -gulana. Semuanya mainan politik belaka.Yang penting, kita berusaha dengan keringat peluh sendiri…Berapa ramai pegawai-pegawai yang mendapat biasiswa dalam perkhidmatan tetapi lanjut pelajaran ke luar negara di peringkat master dan kedoktoran tetapi gagal atau tidak dapat ijazah hanya “study leave” rupa-rupanya menjadi “holiday leave”..ini cerita lama. Pernahkah kita fikir semuanya wang rakyat membazir? Mereka dapat AP pulang dengan pulang membawa mercs..(maaf tidak semua) tetapi itulah realiti..Namun pernahkah SEMUA WAKIL RAKYAT membangkitkan pembaziran ini? Anak-anak kita membesar belajar dengan kesusahan harga sara hidup melambung gila…dengan disogokkan elemen meminjam PTPN..kemudian berbondong-bondong bergelar sisswazah menganggur.Dan ada kes siswi GRO, Graduan GRO dan macam-macam lagi yang melanda..Pernahkah kita mengkaji balik Dasar Penswastaan; apa matlamat asalnya.Sedihnya, kini dasar itu yang diilhamkan baik telah menjadi satu dasar yang membuncitkan segolongan manusia yang rakus dan tamak haloba. Dan banyak lagi..Justeru,hal-hal beginilah sepatutnya dibawa oleh para calon dan parti-parti politik yang bertanding.Bukan mengutuk sana mengutuk sini. Itu tingkah laku orang jahil dan tidak berilmu.Jadilah penyokong kepada Yang Benar dan membangkang kepadaYang Berbohong.Renunglah dan sebarkanlah perkara yang baik ini.

21 02 2008
Sagaladoola

PETIKAN PENTING:
budak muda memukul petugas PAS yang berusia 40an hingga cedera parah akan senantiasa diingati oleh kami anak – anak muda yang benar – benar mahu Malaysia hebat untuk orang Melayu, Cina, India, Iban dan lain – lain. Setiap kali kamu mahu perjuangan untuk keadilan semua kaum terkubur maka seribu kali kami akan bangkit.

KOMEN:
Syabas … Semua orang mesti bersatu untuk selamatkan Malaysia.

Sekian,
Sagaladoola

21 02 2008
dexs1012

sokong sepenuhnya ..

21 02 2008
mentel

cakap jer tak guna. tak usah berkobar2 semangat tapi nak balik mengundi pun tak da duit. apo kona eh jang? ekau bukan orang rombau..

21 02 2008
Gap

Takbir! Takbir! Takbir!

22 02 2008
DIDI KOTA BELUD

KALAU KIJAM NI NAIK….KITA PATAHKAN DAHAN TEMPAT MONYET NI BERGAYUT DULU……KALAU DEGIL JUGA MONYETNI TAK NAK TURUN.KITA CHAINSOR POKOK TU….KALAU MASIH JUGA TAK NAK TINGGALKAN TEMPAT TU,MAKA JALAN AKHIR…KITA SIMBAH MONYET KIJAM NI DENGAN PATI BELACAN…..TENGOK MACAMANA DIA PUNYA CHAMPION LEPAS TU……PATI BELACAN ITU LAH KITA….ORANG MALAYSIA.

22 02 2008
YB(Yang Benar)bukan YB(Yang Berbohong)

lni cerita kisahku di PARLIMEN KUALA LANGAT sELANGOR.Awal 1990-an aku dan beberapa teman telah terpilih menjadi THINK TANK (pemikir,perancang&pelaksana) bagi menggerakkan jentera pilihan raya BN Parlimen Kuala Langat.0leh kerana calon parlimen da latar lslamik (Mantan Pengarah JAIS,Selangor) akupun bersetuju. Aku pun berkampung; kenal segala masin,manis,maung dan berbaga-bagai lagi. Aku bersemenda sekejap di Banting.Aku juga berkampung dan bermalam di rumah bakal YB; dan turut memberi memberi semangat,idea dan motivasi. Maklumlah mantan pegawai kerajaan manalah banyak fulus..semua mengharapkan ehsan daripada “dermawan segera”Dipendekkan kisah, BN Kuala Langat, calon parlimennya(UMNO) memenangi kerusi; termasuk DUN Sijangkang/UMNO (kini sudah jadi “hero”) dan DUN Panglima Garang(MCA) dan DUN Morib/UMNO (yang ramah mesra). Sebaik menang, aku tidak sedikit pun ada satu kepentingan.Cuma niat ikhlas mahu membantu berlandaskan kepakaranku. Yang sedih, apabila beberapa bulan memenangi…aku menelefon Ahli Parlimen (AP) tetapi isterinya mengangkat…dan amat sedih, dia tidak mengenali aku atau berpura-pura tidak mengenali aku.Suaranya agak berlainan dan berbeza sebagaimana pada mulanya aku mengenalinya yang sanggup membancuh kopi pada malam hari selepas pulang berkempen.Masa terus berlalu dan berlalu. Si polan YB ini akhirnya menjadi menteri seperti yang aku ramalkan dahulu. TETAPI kerana mungkin “masalah peribadi” maka YB ini mungkin menghadapi pelbagai konflik demi konflik. KINI, kesudahannya AP yang pernah menjadi menteri di sebuah kementerian yang agak glamour akhirnya DIGUGURKAN namanya daripada PRU ke-12. Siapakah menteri itu? Pembaca jawab sendiri! lnilah kisah yang aku harap semua kita yang tidak sempurna ini menjadi renungan ikhtibar dan teladan. Langit tidak sentiasa cerah.

22 02 2008
anakkawi

Orang itu mmg terlalu angkuh…

22 02 2008
putera selangor.

Hahahaha…orang yang anda sebut ialah Datuk Shafiee Salleh!!!!!!

23 02 2008
PAS BANGI

isu Bilik Gerakan BN didirikan di atas tanah padang permainan kanak-kanak di Seksyen 2 Bandar Bukit Mahkota,Bangi,Kajang menjadi ISU PANAS. Kerana ini melanggar undang-undang PBT akta 1979(171). Gunakan isu ini wahai PAS BANGI demi menunjukkan kebenaran dan pembelaan penduduk kawasan ini yang terbengkalai dan terbiar…….

Tinggalkan komen