LAPAN ( 8 ) SEBAB KENAPA NILWAN KABANG MESTI DITOLAK DARI DIPILIH WAKIL RAKYAT N. 51 KUNAK
1. Mengikut keputusan Presiden dan Timbalan Presiden Barisan Nasional Malaysia yang diumumkan baru-baru ini melalui media masa bahawa pemilihan seseorang calon BN sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan diploma. Pihak Jawatankuasa Majlis Tertinggi UMNO bagi pemilihan calon-calon BN telah mempastikan kesemua calon-calon BN termasuklah Sabah terdiri dari berijazah atau diploma dan telah ditapis melalui KDN, BPR, Perisikan dan lain-lain agensi penting. Tetapi, apa yang berlaku kepada pemilihan calon-calon BN bagi Negeri Sabah ialah keputusan pucuk pimpinan yang dibuat Pak Lah telah di ubah oleh Pak Musa selaku Pengerusi BN Negeri Sabah dengan mengambil keputusan sendiri bahawa mana-mana calon-calon bukan orang-orangnya telah dia singkirkan dan memasukkan senarai calon-calon kroni-kroni nya seperti Arifin Hj. Arif (menantunya), Samsudin, Zakaria, Hj. Harman Mohamad (diploma pun tak ada), Hj. Ramlee Marhaban (ahli korporat dan harapan kewangan Pak Musa), Muis Picho (abangnya Tahir Picho seorang jutawan Pemeliharaan Ayam, di Tawau kawan rapat Pak Musa Aman) dan ada juga wakil rakyat dahulu masih dikekalkan oleh kerana orang-orangnya dan orang-orang tidak berkelayakan seperti Nilwan Kabang juga tidak dilupakan Pak Musa. Calon-calon yang digugurkan yang berpotensi termasuklah Datuk Salleh Tun Said Keruak, Datuk Pandikar Amin, Datuk Basali Ab. Hamid dan ramai lagi. Pak Musa anggap perkara ini tidak menjadi masalah kepada kepimpinannya….Tunggu dan kita lihat apa yang berlaku selepas pilihanraya nanti!……
2. Masyarakat Kunak maklum dan mengetahui bahawa, calon BN Nilwan Kabang yang dipilih oleh Pak Musa ini seorang yang mempunyai rekod latar-belakang yang tidak baik. Keluarganya adalah terlibat dalam aktiviti perjudian “Sabung Ayam,” isterinya yang pertama pula (bukan isteri yang ada sekarang) seorang penagih dadah jenis “syabu” dan adik lelakinya Latip pula seorang terlibat dalam pengedaran dan penagihan “syabu.” Jika kita memilih calon BN macam Nilwan Kabang, bolehkah kita banggakan bahawa keluarga Nilwan terdiri dari keluarga baik-baik?…. Bagaimanakah nanti kepimpinan Nilwan bilamana dipilih jadi Wakil Rakyat Kunak untuk memimpin rakyat Kunak, sedangkan keluarganya sendiri memberi contoh yang buruk dan Nilwan tidak boleh pimpin. Lebih baik kita tolak dan jangan undi!
3. Malang sekali sudah nasib adik iparnya seorang Pegawai Pendaftaran Kunak, Marasan Abtahi telah menerima nasib kurang baik dimana menjadi “Kurang Siuman” ekoran oleh perbuatan Nilwan Kabang. Semasa menjadi Pegawai Pendaftaran di Kunak, Nilwan Kabang mempengaruhi adik iparnya yang disebutkan supaya membantu Nilwan untuk mengurus dan memproses kad pengenalan orang-orang Nilwan dan yang lebih malang adik iparnya diperalatkan dengan membuat pungutan bayaran sebagai proses kad pengenalan diantara RM1,000 hingga RM3,000 tiap seorang kutipan oleh Nilwan tanpa dibahagi kepada adik iparnya. Akibat dari perbuatan untuk mendorong adik iparnya melakukan kerja yang tanpa habuan dan masa yang sama adik iparnya menerima tuduhan-tuduhan melakukan rasuah, maka adik iparnya telah menjadi kurang siuman atau gila oleh kerana tekanan jiwa dan tohmahan masyarakat sehingga mengakibatkan diberhentikan kerja kerana didapati tidak sihat dan kurang siuman. Bagaimanakah perasaan dan tanggungan kesangsaraan hidup seorang adik ipar akibat perbuatan abang ipar, iaitu Nilwan? Bolehkah kita terima seperti Nilwan ini dipilih jadi Wakil Rakyat?
4. Semasa era pemerintahan Parti BERJAYA, Nilwan Kabang mengikuti Datu Abd. Hamid Tun Mustapha, Calon DUN N. 46 Kunak yang telah memenangi pilihanraya menentang Salim Bacho. Pada ketika itu, Datu Abd. Hamid melantik dia sebagai wakil YB di Kunak. Tidak banyak perubahan yang dilakukan Nilwan untuk daerah dan masyarakat Kunak pada ketika itu oleh sebab tidak pandai mentadbir sedangkan Datu Abd. Hamid melantik Nilwan sebagai wakil YB. Bolehkah Nilwan memimpin daerah dan masyarakat Kunak sedangkan kepimpinannya sudah dicuba dan dirasakan…. Fikirkan lah!
5. Pada Pilihanraya Ke 9 semasa kemasukan Parti UMNO ke Sabah pada tahun 1994 yang lalu, Nilwan telah menentang BN oleh kerana tidak dipilih jadi Calon BN ketika itu dan Unding Lana pula yang dipilih pucuk pimpinan jadi Calon BN yang akhirnya ditentang Nilwan. Nilwan telah tewas dan dia adalah seorang penentang BN dan UMNO. Inikah seorang calon BN hari ini dipilih sedangkan Nilwan seorang penentang dan durhaka kepada kepimpinan BN dan UMNO? Memang BN dan UMNO tahu dan kesan lebih awal bahawa Nilwan memang tidak layak jadi pemimpin dan calon BN!…Kenapa pula Nilwan dipilih pada hari ini?…Mesti ada sebab…. Kerana kuncu-kuncu Pak Musa Aman, keputusan Pengerusi BN Negeri yang membelakangkan arahan pihak pucuk pimpinan Pak Lah yang lebih awal ada senarai calon yang telah ditapis!… Pak Musa, ketua Nilwan pun telah mendurhaka kepada Pak Lah.
6. Kita lihat hari ini, dua buah kereta mewah…masing-masing bernombor SAA 9119E Mercedes Benz dan ST 3477L kereta eksekutif termahal dimiliki Nilwan….dari mana datangnya kenderaan semua ini…. Untuk makluman, seorang Cina Taukey kaya dibuang negeri dari Sarawak yang sanggup melabur kepada kemenangan Nilwan nanti telah membuat deposit dengan membeli kedua-dua buah kereta mewah termahal berkenaan untuk Nilwan dan keluarga. Nilwan adalah seorang miskin, penipu, pembohong dan khianat!
7. Kita masyarakat Kunak perlu tahu bahawa adik perempuannya Jainah Kabang seorang AJK Wanita UMNO bersifat buruk dan bongkak. Kenapa tidak, semasa era pemerintahan Jasa Rauddah ahli-ahli UMNO terutama wanita sering dimarah-marah dan menengking tak tentu pasal, mengata tanpa sopan santun sehingga menyebabkan berkurangnya ahli-ahli UMNO keluar parti. Tidak hairanlah pada hari ini, abangnya Nilwan dicalonkan Jainah tambah megah dan temberang…. Ada ahli dan ketua cawangan menerima kata-kata Jainah dengan perkataan…”Wah…baru kenal rumah Nilwan sekarang ya. Dulu tidak?” Bagaimanakah perasaan ahli-ahli dan ketua cawangan UMNO ditempelak dan dicakap sedemikian… Mereka tetap menerima BN dan UMNO dihati mereka kerana mereka sayangkan parti dan pemimpin seperti Pak Lah dan Najib… tetapi,kita harus ingat bahawa masa hari pengundian belum tentu rakyat mengundi Nilwan kerana hati dan maruah sudah jatuh oleh cakap-cakap Jainah Kabang?…. Fikirkanlah!
8. Akhir sekali, kita perlu tahu dan ingat tentang peristiwa tahun 2004, dimana Jasa Rauddah telah dipilih sekali lagi bagi panggal kedua menjadi calon BN. Pada ketika itu, Arif Salim Bacho kecewa dan masuk calon bebas menentang Jasa. Jasa berhasrat untuk bekerjasama dengan Arif supaya masuk UMNO balik dan jangan lawan. Tetapi, Jasa telah dipengaruhi Nilwan Kabang supaya ketepikan hasrat untuk mengambil Arif masuk UMNO balik. Akhirnya Arif lawan Jasa… Jasa ketika itu menang tipis kerana pertandingan tiga penjuru, iaitu Citra Keadilan, Arif Bebas dan Jasa BN. Disebalik niat buruk yang dirancang awal Nilwan untuk menjatuhkan Arif selama 4 tahun untuk berada diluar UMNO, kini tiba masanya Nilwan berbaik-baik dengan Arif dengan menyatakan bahawa Arif adalah saudara ipar dan isteri Arif adalah adik sepupu. Perbuatan Nilwan tikam Arif ini tidak disedari Arif kerana Nilwan berlakun dibelakang Arif dan Arif mensyaki bahawa Jasa yang membuat angkara, wal hal bukan Jasa tetapi yang sebenarnya Nilwan. Sebenarnya Nilwan takut kepada Arif jika sekiranya Arif calon bebas dengan tiga penjuru….Keadilan PKR Hj. Beddu, BN Nilwan dan Arif Bebas (jika bekas jadi calon bebas kali ini)… Nilwan merasa lega dan konfiden kerana satu lawan satu. Arif senyum kerana Nilwan mahu menerima Arif sebagai saudara. Mainan Nilwan yang licik ini dilihat pada hari ini begitu teratur. Rakyat Kunak banyak yang tidak tahu peristiwa dan rancangan awal Nilwan ini lebih-lebih lagi bukan saudara Nilwan. Nilwan seorang yang bijak dalam perjudian dan sanggup menjatuhkan kawan dan lawan termasuklah saudara dan kawan kawan…ramai yang kita tidak tahu selok belok penghidupan Nilwan yang berlaku tanpa kita dapat teropong dan ketahui. Manusia seperti Nilwan ini Cuma mengambil kesempatan menikam orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri sepertimana yang kita ketahui dan berlaku. Bolehkah kita menerima Nilwan sebagai wakil rakyat kita di Kunak….Banyak perkara yang tidak boleh kita pertimbangkan tentang hal danperilaku Nilwan telah tonjolkan!… Fikirkanlah demi untuk masa depan kita penduduk Kunak.
OLEH ITU, marilah kita fikirkan bersama dengan fikiran waras bahawa kita tidak mahu masyarakat kita di Daerah Kunak yang bebilang kaum ini tersalah pilih undi. Kalau hanya calon BN yang kita pilih pada hari ini kita memberi sokongan dan bersorak serta bergembira….belum tentu cita-cita kita masyarakat Kunak akan tercapai sebab kita tahu pemimpin seperti ini hanya memperkayakan diri serupa dengan ketuanya Pak Musa dimana sanggup mengaut kesemua projek-projek dan tidak menitik beratkan kepentingan rakyat dan Daerah. Lebih bagus jangan undi Nilwan!
Tuan-tuan, saudara-saudara sekalian, kita tidak mahu anak-anak dan cucu-cucu kita menjadi mangsa kerana kita tersalah pilih atau salah undi calon pada pilihanraya kali ini. Salah memilih calon yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan penderitaan rakyat termasuklah anak dan cucu kita yang perlu menerima kepesatan pembangunan dan pembelaan pemimpin dan parti.
MARILAH kita sama-sama membuat keputusan untuk tidak mengundi…ataupun undilah ‘keADILan’ kerana Pak Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dahulu yang mempunyai wawasan membela rakyat Malaysia….Belum Coba Belum Tau. Wassalam.

50 comments
Comments feed for this article
Februari 27, 2008 pada 11:27 am
NikShikin
Bila lah nak habis kes-kes macam ni. Hm..
Februari 28, 2008 pada 4:52 am
syed syahrul
Keep up the coverage!
Some general information. New online magazine http://sirehdancengkeh.com have an interesting interview with Marina Mahathir. We welcome any kind of comments and contributions.
Thank you.
Februari 28, 2008 pada 3:08 pm
mirza79
apa-apa pun undilah dengan bijak…pemimpin perlu prihatin dan tunjukkan moral yang baik…mesti peka keadaan sekeliling…yang penting ada pembangunan dan rakyat menikmati manfaatnya…soalnya jangan terlampau mementingkan jawatan…yang penting amanat rakyat harus ditunaikan….
Mac 3, 2008 pada 3:26 am
Ketua Menteri Kampung Asli
Bah….matilah kita. DATUK MUSA AMAN di Sabah, PAK LAH dan PAK NAJIB, sila pantau laporan ini SEGERA!!!! Jangn asyik sibuk di Kelantan. Di Kelantan itu Serambi Mekah….PAS pun baik juga..cuma wangkerajaan pusat kawal mana mungkin mahu membangunkan Kelantan bah……
Mac 5, 2008 pada 3:36 pm
Sokong Nilwan
Saya kurang setuju dengan cerita ini, yang saya setuju ayat terakhir, Belum Coba Belum Tau (tahu)..kenapa harus pilih PKR kalau sekadar nak coba dan nak tahu? Kalau benar sayang kan BN, undi BN dan coba Nilwan Kabang yang sudah dicalonkan atas tiket BN. BN tidak akan diam kalau wakil rakyatnya tidak berkhidmat untuk rakyat. Fikirkanlah…Lagipun saya rasa ini adalah cerita orang yang kecewa kerana hajat tak kesampaian.
Mac 5, 2008 pada 4:14 pm
Sokong Nilwan
Setahu saya, Jainah Kabang adalah seorang yang tegas, namun untuk mengatakan bahawa beliau melemparkan kata-kata yang kesat terhadap orang yang mengunjungi rumahnya, adalah fitnah semata-mata. Tak percaya sila datang kerumahnya sekarang. Janganlah kerana terlalu kecewa ‘hajat tak kesampaian’ menyebabkan sanggup menempah dosa percuma dengan memfitnah Nilwan serta membabitkan keluarganya pula. Tak perlu bicara soal kesetian dan mempersoalkan BN dan keputusan pucuk pimpinannya, kalau anda sendiri manabur fitnah dan cuba memporak perandakan BN. Kerana sudah 50 tahun BN memerintah, hasilnya sudah kita nikmati termasuk anda. Kalau tidak …anda tidak disini seperti hari ini. Fikirlah…dan timbang-timbangkanlah. Jangan hanya memandang sebelah mata…kecuali anda mementingkan diri sendiri.
Mac 7, 2008 pada 3:05 pm
SELURUH MASYARAKAT KUNAK
1) Bakal Yb. Nilwan walaupun berpendidikan setakat MCE namun beliau adlah seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik dan amatlah dikenali didaerah Kunak.
2) Soal adiknya ataupun bekas isterinya adalah entiti yang berbeza,bukan adiknya ataupun bekas isterinya yang dipilih menjadi calun dan adiknya sekarang sudah insaf dan sedar serta tidak melakukan perkara yang telah dinyatakan,kalau sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan….
3) Siapa ada bukti bahawa Nilwan pernah menyuruh iparnya membuat IC, kalau ada sudah lama masuk ISA ini dalah fitnah semata-mata sahaja.
4) Semasa nilwan menjadi Wakil Datuk Hamid hanya beberapa bulan sahaja dan selepas itu Datuk Hamid berserta Nilwan masuk dalam Parti USNO yang ketika itu Parti Pembangkang Dinegeri Sabah Jadi tidak banyak yang dapat dilakukannya bukan?
5) Setahu saya bukan Nilwan yang tidak mahu Arif diterima masuk semula kedalam parti UMNO tetapi siJasa yang tidak membenarkannya kerana SiJasa adalah pemangku ketua Bahagian.Isteri Arif adalah anak saudara kepada Nilwan, Arif adalah menantu kepada Nilwan dan Arif secara sukarela dan ikhlas membantu Nilwan yang juga sebagai mertuanya…….
6) Jangan percaya tipu muslihat parti PKR yang memaparkan cerita berunsur fitnah dan cuba mengkaburi pengundi diKunak,
UNDILAH CALUN BN
NILWAN ORANG KITA !
CALUN ORANG KUNAK !
SiJasa orang Semporna halau balik ke Semporna
bersama kaum kerabatnya diTanjung Kapor ,
Ingat kami orang-orang Kunak tidak mahu orang luar yang mewakili kami cukuplah siJasa
adalah orang yang terakhir sekali yang banyak temberang bersama kuncu-kuncunya si PKR Halid siEksan si John dan lain-lain .
Mac 8, 2008 pada 2:59 pm
datu semenanjung
aku pernah tinggal di kunak bah. aku pernah entah macam mana telah berkumpul dengan ahli2 politik tempatan di situ. aku dengar perbualan mereka. terus terang aku bilang mereka itu SUCKER! tidak berjuang untuk rakyat, hanya kepentingan sendiri aja bah. lakonan itu semua.
di kunak (waktu itu) kalau kau dulu ic biru (plastik lembut), tapi waktu bikin ic baru (plastik laminate) kau tiada memberi wang, ic kau bisa tukar jadi merah bah!
orang gila / kurang siuman masih dapat gaji/elaun lagikah bah?
Mac 9, 2008 pada 7:21 am
dolar yakim
SUDAHLAH KAMU.. SEMUA YANG BERLAKU SAMPAI NILWAN DI PILIH PASAL DIA PINTAR DAN TIDAK BODOH… PANDAI BERPOLITIK WALAUPUN NO SKOOL. ADA SKOOL PUN KALAU TAK PANDAI BERPOLITIK MACAM NILWAN TAK GUNA… AKU SOKONG NILWAN KABANG.. HERO AKU.. HIDUP NILWAN,…. MEMANG LAH KALAU SESIAPA YANG TIDAK TERPILIH MACAM-MACAM KEBURUKAN DI KOREK.. DAN DI ANDAIKAN.. WALHAL KESILAPAN DAN KEBURUKAN SENDIRI DI SEMBUNYI DAN DI KATA BAIK.. APA LAH KAMU NI.. HARI NI NILWAN DAH MENANG.. PUTIH MATA KAMU KAN.. ENTAH-ENTAH ESOK HARI KAMU PULA ORANG PERTAMA MENGAKU SAHABAT BAIK NILWAN ATAU SAUDARA SEPUPU LAH, IPAR LAH DAN MACAM-MACAM LAGI… BIASALAH ORANG KUNAK.. MACAM ITU KAN… TERMASUK AKU… HE HE HE TAPI APA PUN AKU SOKONG NILWAN…
Mac 9, 2008 pada 2:46 pm
Lu FIkirlah Sendiri!!!
aku hairan, mengapa majoriti si nilwan kabang tinggi sedangkan ramai orang di kunak tidak suka dia disebabkan latar belakangnya yang BURUK. Saya rasa ada pengundi hantu atau semua ini kerja SPR+BN. Nampaknya Kunak tak akan maju. Yang maju hanyalah keluarga si Nilwan Kabang itu sahaja. Tengoklah belum jadi YB, keluarganya dah tunjuk TEMBERANG. Jadi apa motif sebenarnya dia mahu menjadi YB. Adakah untuk rakyat atau untuk keluarga dan kepentingan peribadi. Bagi aku, tetap tak suka kerajaan BN selagi mereka tidak sedar yang masyarakat Malaysia sekarang sudah tahu berfikir seiapa yang patut diundi, adakah calonnya atau partinya. Lu fikirlah sendiri!
Mac 9, 2008 pada 5:05 pm
emerita
Hei bro… yang pakai nama Lufikirlah sendiri… Kalau kamu orang Kunak.. dan betul-betul anak jati Kunak.. sepatutnya kamu bersyukur sebab yang jadi YB kali ini adalah orang Kunak. Bukan macam dulu asyik orang luar jak.. aKU SANGAT BANGAT BERBANGGA DENGAN SAUDARA NILWAN KABANG NI. Tak lama dia akan jadi DATUK mcm DATUK JASA RAUDA. Bangga nya aku bila anak jati Kunak ini jadi Datuk. Aaku akan buat kenduri dan jemput kamu jugak lah… HIDUP NILWAN KABANG… BIAR TAMBIRANG ASAL MENANG… HE HE HE.. KALAU NILWAN JADI KAYA PASTI DIA TIDAK LUPA KAMI ANAK KUNAK SEJATI… KAMI TETAP SOKONG NILWAN SAMPAI AKHIR HAYAT KAMI….
Mac 10, 2008 pada 6:25 am
SELURUH PENDUDUK KUNAK
KAMI RAKYAT KUNAK BERSYUKUR KERANA YB. NILWAN TELAH MENANG DENGAN MAJORITI 5000 LEBIH DAN APA LAGI YANG HENDAK DIBUKTIKAN DAN SETAHU SAYA TIADA PENGUNDI HANTU ATAUPUN BANTUAN DARI SPR,POLIS DAN SBGNYA.
SAYA TELAH NYATAKAN RAKYAT MAHUKAN CALUN WARGA TEMPATAN KUNAK DAN SEKARANG SUDAH TERBUKTI BUKAN?……
kALAU ADA YANG TAK SUKA ATAU TAK PUAS HATI BOLEHLAH PERGI 5 BUAH NEGERI PEMBANGKANG DAN DUDUK SANA DAN INI BUKAN TEMPAT YANG SESUAI ,KERANA DISABAH DIPERINTAH OLEH KERAJAAN BN,FATAM TAK?
SEMOGA PERLANTIKAN UNIT-UNIT DIDAERAH KUNAK DIBERIKAN KEPADA ORANG YANG BENAR BENAR BERKELAYAKAN DAN MAMPU BEKERJA DENGAN JUJUR DAN IKHLAS DEMI MEMBANTU YB DAN RAKYAT KUNAK,JANGAN SEPERTI ERA MANTAN JASA ,IKUT SELERA DIA SAHAJA WALAUPUN ORANG BODOH DAN MENGAMPU DILANTIK JUGA OLEHNYA.
kITA TUNGGU DAN LIHAT BAGAIMANA PENTADBIRAN YB.NILWAN DIKUNAK, DALAM TEMPOH PERKHIDMATANNYA KALAU BAIK DIPILIH SEMULA KALAU DISEBALIKNYA DIGANTIKAN DENGAN ORANG LAIN,SELALULAH TURUN PADANG BERJUMPA RAKYAT DAN DENGAR APA MASAALAH MEREKA,JANGAN HANYA TURUN PADANG TAPI PADANG GOLF PULA!!!!!!!
ITULAH ADAT RESAM POLITIK HARI INI BERKAWAN ESOK ESOK BERLAWAN DAN JUGA SEBALIKNYA……
Mac 10, 2008 pada 12:33 pm
Pemerhati Politik Kunak
Saya adalah salah seorang pengundi di N51 Kunak merasa amat kesal membaca artikel pertama yang telah dikirim. Dari cara penulisan ternyata pengirim adalah seorang yang kecewa dan mungkin tidak tersenarai menjadi calon BN di Kunak. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Cuma saya ingin menyedarkan masyarakat Kunak yang terlupa tentang pentingnya perpaduan.
Apakah sebenarnya pengirim inginkan disebalik luahan hatinya? Ingin menjatuhkan calon atau pun ingin memecahbelahkan masyarakat Kunak? Atau ingin meluahkan perasaan kecewa dan sakit hatinya kerana tidak terpilih sekian berapa penggal melobi. Nampaknya Kunak takkan maju sekiranya cerita sebegini yang berunsurkan fitnah dan iri hati masih lagi tersiar di internet. Saya merasakan pengirim ini adalah salah seorang daripada 37 orang yang melobi untuk menjadi calon di Kunak. Saya pasti sekiranya pengirim ini yang terpilih menjadi calon artikel ini tidak akan tersiar. Apa salahnya jika kita sebagai masyarakat Kunak memberikan sokongan yang bersih tanpa bermuka dengan calon yang terpilih, tak ada faedah kita mengirim artikal sebegini yang kita dapat adalah MALU dari orang luar yang akan membaca atikal sebegini. Nampak sangatlah masyarakat kunak berpecah belah kecewa bila tak terpilih.(kasikna delo).
Di mankah kesedaran kita sebagai masyarkat Kunak yang kononnya berjiwa patriotik yang ingin memajukan Kunak tetapi sebenarnya bukan memajukan masyarakatnya sebaliknya memajukan diri sendiri. 37 calon yang melobi DUN 51 Kunak adalah terdiri daripada orang yang gila kuasa dan wang ringgit (termasuk nilwan kabang dan penulis artikel). Seandainya calon sebegini yang meminpin Kunak kita tidak akan samapi ke mana. Masyarakat Kunak berkata kami tidak mahu dijajah oleh orang luar sedangkan sedar tak sedar mereka telah dijajah oleh perasaan tamak haloba dan iri hati meraka sendiri. Jadi siapa yang menjajah siapa?(pemimpin sebeginikah yang kita inginkan?)
Saya kurang bersetuju degan apa yang cuba di sampaikan oleh pengirim artikel sokong nilwan kabang. Sepertimana yang saya kata kan tadi saya tidak menyebelahi mana-mana pihak Cuma ingin menyedarkan pihak yang tak sedarkan diri. Saya bertanya di dalam hati, adakah saya, pengirim artikel, sokong nilwan kabang dan seluruh masyarakat kunak yang bermastautin di dearah ini adalah benar-benar berasal dari Kunak? JAWAPANNYA TIDAK. Saya orang Bugis, berasal dari Indon, sokong nilwan kabang org sebutuk yang berasal dari Filipina, dan kaum Kadazan berasal daripada pantai barat yang telah di bawa masuk oleh Pairin pada zaman PBS dulu. Jadi adakah nenek moyang kita berasal dari kunak? Kita semua adalah org luar yang bermastautin di sini. Kita tidak perlu menghalau sesiapa sebab kita pun bukan berasal dari kunak. Contohnya Nilwan Kabang yang juga bukan berasal dari Kunak (tepuk dada Tanyalah hati)
janganlah pasal perkauman yang dipertikaikan di antara kita semua. Kita harus sedar bahawa rakyat di kunak ini berbilang kaum dan bangsa. Ta ktahu lah seandainya nanti kalau bangsa bugis pula yang menjadi Calon di Kunak. Artikel macam mana lagi yang akan tersiar. Takkan nak suruh kami balik indon kot….? Isu pekauman adalah sensitif wahai saudaraku….jangan kerana suku kaum kita di sini berpecah. Kita harus bersyukur kerana diberi peluang utk menjadi warganegara Malaysia setelah sekian lamanya nenek moyang kita berhijrah ke pekan ladang ini. Perlukah kita menghalau pemimpin yang pernah berbudi pada kita. Mungkin ada yang tak tahu atau pura2 tak tahu, atau pura2 tak nampak atau pura buta dan bisu yang mantan yb kita c jasa tu telah membangun pekan kunak ni setanding dengan pekan semporna. Contohnya hospital yang kita ada sekarang ini, dewan seri kunak yang kini tempat kita bermain futsal dan jalan raya dari kunak ke semporna yang memudahkan kita berjalan-jalan makan angin ke floating. Jalan berturap ke kampung- kampung, simpang kunak yang dulunya sepi kini umpama satu pekan yang baru bemula ibarat cendwan yang tumbuh selepas hujan. Astaka padang kunak yang dahulunya kayu buruk saja kini bertukar baru. Semua ini adalah usaha mantan yb kita c jasa itu. Jadi patutkah kita menghalau nya sedangkan dia pernah berjasa pada pekan kunak nie? (barang kalik c sokong nilwan ini belum di bagi projek oleh c jasa nieeee)
Apa yang perlukan kita lakukan sekarang ialah bersatu padu untuk memajukan dearah kita, bukannya nak kaut kekayaan atas Calon tiket BN. Marilah bangsaku sedarlah dari tamak halobamu. Kita harus sedar bahawa bukannya mudah menjadi wakil rakyat seandainya kita tidak berjiwa rakyat. Kalau hanya menaburkan janji semasa pilian raya tak perluhlah wahai bakal YB ku, kerana itu hanya merosakan diri dan bangsa sendiri (bukan saja bangsa tapi PARTI BN pun HANCUR). Tamat pilihanraya kepentingan rakyat di ketepikan. Peruntukan dari kerajaan negeri habis di tangan. Projek habis dikaut oleh keluarga sendiri, janji entah ke mana, nasib rakyat tidak terbela. 5 tahun akan datang tabur janji baru lagi. Beginilah nasib dearah kunak seandainya pemimpin yang dipilih tidak berkelayakkan.
Apa kata 5 tahun akan datang kita sebagai pengundi di kunak yang memilih siapa yang layak menjadi Calon BN yang bakal bertanding di DUN 51 kunak. Caranya senang saja MARILAH AJK KAMPUNG, MARILAH KETUA CAWANGAN,MARILAH AHLI-ALIH BN kita bersatu hati memilih calon yang berjiwa rakyat, bersih dari sebarang kes, berpendidikan tinggi, sanggup mendengar luahan hati rakyat dan berusaha untuk memajukan rakyat bukannya menghancurkan rakyat. LANTIKLAH PILIH SALAH SEORANG RAKYAT KUNAK INI YANG AKAN KITA JADIKAN CALON YANG KITA BOLEH PERCAYAI UNTUK MEMJUKAN MASYARAKAT KITA TANPA MENGIRA, KAUMNYA, BANGSANYA, ATAU KETURUNANYA. NASCAYA MASYRAKAT DAN PEKAN KUNAK TIDAK AKAN SEPI DARIPADA PEMBANGUNAN.
Mungkin tiada salahnya kalau pengirim artikel luahan pengundi kunak yang bangkit ke depan menawarkan diri kepada masyarakat kunak untuk di pilih menjadi calon yang akan datang (penggal ini tak ada nasib ya bos, cuba lagi tahun depan,.kalau tak dapat nampaknya kirim lah artikel lagi yang menburukkan calon,. APALAH LU..). Mungkin dia layak dan sudah bersedia menjadi YB di kunak ini.tak payahlah main perang internit tak macho tu bang, itu namanya PENAKUT. Memburukkan bangsa sendiri adalah di benci oleh AGAMA. Orang yang terpelajar dan berilmu saja yang tahu menilai baik buruk perbuatan kita. rumah kata pergi kubur kata mari sebelum nafas kita terhenti bermaaflah dengan orang yang kita benci kerana dosa kita yang tak diampunkan ALLAH adalah dosa kita sesama manusia. opessss… terlupa pula saya yang manusia sekarang nie kebanyakannya tidak menghiraukan dosa dan pahala yang penting WANG DAN NAMA SELAGI HIDUP DI DUNIA.
BERANI ITU BENAR
PUTERI UMNO
Mac 10, 2008 pada 1:53 pm
Orang Kunak
Tak ada sesiapa menyebut pasal bangsa bugis di sinilah, jangan lah nak promosi bangsa bugis pula!!!.Kita semua masyarakat Kunak tak kira Bajau,Bugis,Suluk,Cina,Kadazan dan lain-lain.
Siapa cakap YB Nilwan gila kuasa dan wang ringgit,ada buktikah, tak takut kena saman malukah?..
Kami tidak menafikan mantan siJasa membanginkan Kunak tapi duitnya kah itu dan perancangan projek tersebut kebanyakannya adalah projek biaya Kerajaan Persekutuan.
Apakah rakyat ini bodoh mantan YB yang banyak skandal rasuah dan juga cronisme dan skandal sex itulah dia tidak dipilih jadi calun, kalau tak percaya rujuk pihak penyiasat calun dari BN.
Mantan YB ini juga melantik adik,anak saudara memegang jawatan penting di UNIT pentadbiran dan kerajaan termasuk Majlis Daerah.
Apatah lagi masaalah TOL di KG. Pangkalan yang asasnya menindas ramai pihak dan menjejaskan pendapatan golongan miskin dan memenuhkan poket SiJasa dan si John dan Si halid, ingat rakyat bodohkah,butakah,pekakkah,zaman sekarang sudah berubah,sesiapa saja boleh mengeluarkan pendapat tentang kepincangan seorang pemimpin dan apakah siJasa ini malaikat tak pandai silap dan sememangnya bodoh sekolah setakat tingkatan berapa saja cakap orang putihpun pandai lagi anak saya baru darjah 6, samalah dengan siHalid itu,berlagak saja macam orang pandai ha ha ha…
Rumah siJasa berharga hampir 1juta, kereta 1/2 juta, gaji berapa saja,siapa yang bagi kalau bukan taukeh cina ,si Pang Ko Loi,kedai Man Ho,kedai ADC dan lain-lain kerana tidak mengambil tindakan etr hadap pencerobohan tanah yang sepatutnya diberikan kepada ahli UMNO melalui cawangan …
Kalau nak saya tulis,banyak lagi tetapi cukuplah setakat ini,pilihlah pemimpin yang berkarisma yang boleh menjadi role model kepada generasi baru….
Mac 10, 2008 pada 2:18 pm
AHLI UMNO
Siapa kata YB NIlwan bangsa Bajau sibutuh hanya mementingkan kaumnya sahaja, cuba anda lihat sokongan majoriti undi yang diterima kalau undi satu kaum saja tidaklah begitu banyak sekali, sehinggakan si Beddu calun Pkr hampir hilang wang deposit.
Kita lihat mantan YB. Datuk Sri Panglima Salim, Datuk Wiliam Chu,Ketua persatuan Bugis Kunak en.Ridwan, Ketua persatuan Bagang en.Tara dan Haji Adam,Suyuki dan ramai pemimpin bukan bangsa bajau datang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada seorang calun yang berketuruan Bajau dan apalagi yang tidak cukup. Pemimpin berbangsa Bugis inipun tidak menyokong si Beddu calun Pkr walaupun dia berbangsa Bugis…tepuk dada tanya selera, kenapa, sebab keluarganyapun banyak bermasaalah,selepas ini balik ke semenanjung sebab dia bekerja disana nanti mahu pilihanraya barulah muncul, pemimpin apa ini, buat kacau daun saja….
Mac 10, 2008 pada 3:21 pm
Pemerhati Politik Kunak
Hehe baru ja aku add comment tadi suda ada org kuat c nilwan reply comment. Ketaralah bah c pakcik ni dan kuncu-kuncunya asyik jaga blog ni ja. Tiada kerja lain kah pakcik. Yang hairannya dia hanya respond comment saya, tapi tidak berani respond artikel awal 8 sebab kenapa nilwan kabang mesti ditolak. Jangan hanya ambil sedikit point daripada yg saya sampaikan, tetapi baca betul2 maksud yang tersiratdan tersurat. Baru lah kita boleh membangunkan Kunak, bukannya asyik menjaga tepi kain orang sedangkan kain sendiri tercarik. Wahai pakcik, lagi baik pakcik buat kerja yang berfaedah, daripada menjaga blog ni ja.. jagalah anak pakcik yang tahun 6 tu.. okeylah pakcik saya out dulu. Buang masa ja saya comment tadi bukannya diambil sebagai iktibar malahan makin mengeruhkan keadaan. OPSS… KERETA TOYOTA ASPALD TU SIAPA YANG SPONSOR???
BERANI ITU BENAR
PUTERI UMNO
Mac 11, 2008 pada 1:10 am
pengkhianat
siapa yang makan lada dia rasa pedas, siapa yang mula-mula tulis blog ini tentang 8 perkara Nilwan ditolak sebagai calun ,yang hanya 10% saja yang benar dan yang lainnya fitnah dan propoganda orang-orang PKR dan orang UMNO yang bersekongkol dengannya macam syaitan dengan iblis.kereta Toyota ALPHARDlah bodoh tak pandai ejakah masih budak mentah lah ini,hanya dipinjamkan sebagai kegunaan semasa pilihanraya ini , faham sudah?Bukan macam mantan YB. sponsor yang
dimiliki terus seperti rumahnya itu,TSH yang paling sponsor sebab dia luluskan pembinaan kilang minyak di Kunak Jaya walaupun tidak mendapat kelulusan dari JAS,boleh kira kilang haramlah itu……
Mac 11, 2008 pada 1:59 am
ORANG NILWAN
KALAU LU PUNYA PARTI PKR SUDAH KALAH,SUDAHLAH KALAH TERUK PULA ITU DIKUNAK,HAMPIR HAMPIR HILANG WANG DEPOSIT,LU PUNYA PROPOGANDA DENGAN ARTIKEL 8 ITU TIDAK MENJADI DAN SUDAH LAPUK DAN 90% FITNAH SEMATA-MATA,KALAU IANYA BETUL KENAPA UNDI PARTI PKR SEDIKIT SAHAJA? ORANG BUGIS SENDIRIPUN RAMAI YANG TAK UNDI PKR DAN DISEBALIKNYA PULA,SEJARAH BERPOLITIK BUKANNYA SECARA PERKAUMAN, PARTI PKR ADALAH PARTI MULTI RACIAL,TAPI KEMPENNYA LEBIH KEPADA PERKAUMAN HANYA KERANA CALUNNYA ORANG BUGIS,KENAPA PARTI PKR ORANG BUGIS PUNYAKAH,ITULAH LU SILAP SUDAH,RAKYAT TIDAK SUKA CARA PEMIMPIN PKR KUNAK YANG SUKA PERKAUMAN DAN RAKYAT SUKA SEORANG PEMIMPIN YANG NEUTRAL YANG BOLEH BEKARJASAMA DENGAN SEMUA KAUM,DARJAT TAK KAWAN ATAUPUN LAWAN…
BELAJARLAH DARI KESILAPAN DENGAN CARA BERKEMPEN SEJAK ZAMAN DR BADRUL LAGI,INIKAH CARA BERPOLITIK,ITULAH TIDAK PANDAI MENANG DAN SETIAP UNDI ITU ADALAH PENTING BUKAN, BUKAN UNDI BUGIS SAJA……
KAMI RAKYAT KUNAK SANGATLAH BERTERIMA KASIH KEPADA ARTIKEL 8 SEBAB KENAPA NILWAN……,KERANA ARTIKEL INI CUBA MENJATUHKAN MARUAH CALUN DAN MENGHINA CALUN ORANG KUNAK DAN INI MENYEBABKAN RAMAI YANG LEBIH BERSIMPATI KEPADANYA DAN BERDIRI TEGUH DIBELAKANG DAN DIDEPAN YB NILWAN
ARTIKEL 8 SEBAB INI JUGA MENYEBABKAN YB NILWAN MENJADI LEBIH DIKENALI DAN DIHORMATI.
ARTIKEL 8 INI JUGA MENYEBABKAN ORANG-ORANG BAJAU BERSATU TAK KIRA SIBUTUHKAH ,SIMUNUL KAH DLLNYA.
ARTIKEL 8 SEBAB INI JUGA MENDAPAT SIMPATI DARI KAUM-KAUM LAIN DAN TERMASUK JUGA PEMIMPIN KUNAK YANG BERPENGARUH DAN DI SEGANI SEPERTI DATUK SRI PANGLIMA SALIM,DATUK WILIAM CHU,KETUA PERSATUAN BUGIS,KETUA PERSATUAN BAGANG DAN YANG LAIN-LAINNYA
ARTIKAEL 8 SEBAB INI JUGA AN AKHIRNYA ORANG-ORANG KUNAK BERSATU TANPA MENGIRA KAUM, ASALKAN ORANG KUNAK JADI YB SETELAH
BEGITU LAMA DIPIMPIN OLEH ORANG DARI SEMPORNA DAN INI JUAGA SATU PENGAJARAN KALAU KITA ORANG KUNAK TIDAK BERSATU TANPA MENGIRA KAUM, SATU HARI NANTI KITA AKAN DIPIMPIN OLEH ORANG LUAR SEMULA, SEBAB SEKARANGPUN RAMAI CALUN CALUN DARI LUAR INI CUBA MEREBUT PELUANG DAN MELOBI SEBABNYA KALAU DITEMPAT SENDIRI TIDAK LAKU DAN TIDAK POPULAR BUKAN……
Mac 11, 2008 pada 7:06 am
ORANG KUNAK
KEPADA PEMERHATI POLITIK KUNAK,LU TAK FAHAM SEJARAH POLITIK DIKUNAK ?KENAPA LU KATA ORANG BUGIS TIDAK PERNAH JADI YB. DI KUNAK,BARANGKALI LU BUGIS PENDATANG KOT? DATUK SRI PANGLIMA SALIM BIN BACHU MANTAN YB. ZAMAN USNO DULU BUKAN ORANG BUGISKAH? BUGIS BORNE PULA ITU, TETAPI TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN ADA BERSIFAT PERKAUMAN,DATUK ITU BOLEH BERBAHASA BUGIS,BAJAU DAN SULUK.BERISTERIKAN BANGSA LAIN,BERMENANTUKAN BANGSA LAIN,MENGAMBIL PEKERJA DARI BANGSA LAIN DAN BERSIFAT NEUTRAL SEHINGGA KEHARI INI SEBABNYA ADALAH WALAUPUN BERBANGSA BUGIS TETAPI BERGAUL DGN SEMUA BANGSA DAN ITULAH SEBAB MENJADI YB. SELAMA BEBERAPA PENGGAL WALAUPUN PARTI USNO ADALAH PEMBANGKANG DI NEGERI SABAH.
SAYA TIDAK MINTA MAKAN DGN. LU,SAYA MAHU CAKAP APA SAYA PUNYA SUKA ASALKAN BERLANDASKAN KEBENARAN,
KALAU BUGIS ASLI SABAH,SETAHU SAYA SUDAH TIDAK ADA BERSIFAT PERKAUMAN DAN KEBANYAKANNYA TELAH BERKAHWIN CAMPUR,LAINLAH KALAU BUGIS JENIS WARGANEGARA ATAUPUN IC. PROJEK MASIH LAGI MELEKAT DENGAN PEMIKIRAN SEMPIT IAITU SOAL PERKAUMAN,KALAU BUGIS MAHU MAJU,PEMIKIRAN KENA BERUBAH,KALAU SUDAH MENJADI RAKYAT MALAYSIA,KENA IKUT CARA HIDUP RAKYAT MALAYSIA BERBILANG KAUM BERSAMA MEMAJUKAN UGAMA,BANGSA DAN NEGARA
BANYAKKAN BELAJAR SIVIK,KENEGARAAN JANGANLAH PEMIKIRAN DARI SEBERANG DI BAWA KEMARI,TINGGALKAN DINEGERI ASAL,IKUT MACAM SAYA WALAUPUN ADA KACUKAN DARAH BUGIS TETAPI SAYA TIDAK BERCAKAP SOAL PERKAUMAN,SAYA LAHIR DISABAH,IBUBAPA SAYA JUGA LAHIR DISABAH JADI APA LAGI,KITA ORANG SABAH, RAKYAT MALAYSIA BUKAN…….
Mac 13, 2008 pada 7:13 am
Nelson Kubang
Wah this forum going hot huh. Actly, I’m not stands any side. I’m just contra more to nilwan especially penyokong-penyokongnya di blog ini, f#ck-off them. They’re act like cacing kepanasan makan belacan hahaha.
Pengkhianat mentioned permerhati politik kunak bodoh sebab salah eja Toyota Alphard, but he not realized dia lagi bodoh sebab eja “calon” pun jadi “calun”.. itu lah namanya idiot bodoh sombong. Sudahlah bodoh, sombong dengan kebodohannya, ada anak 12 tahun but still fool. Nampak sangat kelulusan darjah 6 saja. Damn its busy in politics, own f#cking stupid tidak sedar. That’s why org2 kaum tut.. tut.. tuuut.. di Kunak tidak maju. Paling ramai budak bijak pandai dan masuk universiti org Bugis. Tengok lah semua sekolah di kunak siapa paling bijak klu bukan kaum ehem ehemm.. dan siapa paling ramai bangang dan samseng.. kaki minum kaki perempuan… Shit!!
Org2 nilwan ni pun satu panas baran tapi bangang macam kerbau. What the f#cking guys not matured and not professional dalam mengulas blog ini. Main hantam saja dan ikut perasaan. Jangan sebab sikap kamu yang suda tua tapi bahalol bin tolol tu, nama YB Kunak kita ni jadi buruk.
Saya suda baca artikel dan komen, tapi tiada isu perkauman yang ditimbulkan melainkan kuncu-kuncu nilwan yang bloody fool tahap tapir lagi bangang yang timbulkan. Mereka menjadi batu api yang paling sial di zaman ini, f#ck-off lah Nilwans supporter. Common guys, wake up from your stupid narrow mind hahaha.
Mac 13, 2008 pada 11:20 am
ibanezwawa(penyokong orang kunak)
Assalamualaikum…..
Apa khabar org kunak…??? anda seronok ka uncle Nilwan menang..??? Klu tanya saya, memang saya seronok uncle nilwan menang sebab dia orang kunak saya pun orang kunak. Ada kaitan tut… lagi tp jauh l, tapi takut mengaku tau la saya org biasa ja.Tapi yang tidak seronoknya orang yang orang2 yang berada disekelilingnya ( i mean yang terlalu rapat dengannya. Dalam 10 orang cuma 1 orang ja yang releven kut… boleh pakai la membantu untuk kebajikan, pembelaan dan pembangunan daerah kunak. Bukan apalah dari pemerhatian saya, orang yang rapat dengan YB kita ni tiada strategi pun mo bangunkan kunak dan membela nasib penduduk kunak. Tapi mempunyai strategi yang baik untuk mengampu, melobi dan kata yang seaktu dengannya lah demi kepentingan peribadi. Kalau kuasa yang bakal diberikan jatuh ke tangan orang yang salah jadi la kes seperti c halid ngan kuncu2nya yang mementingkan diri sendiri. Lepas tu Datuk Jasa juga jadi mangsa. So perkara ni akan berlaku lagi kepada uncle nilwan. Perkara yang sama juga akan berlaku kepada penduduk kunak yang mundur seperti dulu. Betul tak? Apa yang saya harapkan YB kita yang baru ni iaitu uncle nilwan dapat memperuntukkan kuasa kepada orang yang betul.Sekalipun kita punya YB ni bukan lah orang yang mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi perlu peka memilih dan menilai orang yang mempunyai naluri yang kuat untuk membangunkan kunak dan membela nasib orang kunak, barulah org kunak mempunyai jati diri yang kuat dan mempunyai identiti yang disegani di mana2 sekalipun. Senario yang berlaku sekarang ini, kita boleh lihat yang mana terdapat seolah-olah orang dari pantai timur ini adalah masyarakat kelas kedua disebabkan oleh persamaan bahasa dan budaya dengan pendatang tanpa izin dari filipina dan indonesia yang berada di kawasan pantai barat terutamanya KK lah. So siapa lagi yang mampu mengangkat martabat orang pantai timur??? kalau bukan orang kita sendiri…!!!! salah satu kelompok adalah orang kunak kan. Orang yang perlu membuat demikian adalah pemimpin kita sekarang ini kan iaitu YB Nilwan bersama-sama2 dengan pemimpin kita dari pantai timur yang lain. betul tak??? Apa yang perlu pemimpin kita buat sekarang ini??? Susun semula masyarakat kunak dalam suasana perpaduan dan kerjasama yang kukuh antara kaum. Bantulah masyarakat kunak meningkatkan ekonomi dan taraf hidup. Pelihara lah kebajikan orang kunak secara meyeluruh tanpa ada yang tersisih. Anda tidak rasa hairankah mengapa harga ikan di kunak bole mahal? Sebagai contoh harga ikan basung rm6sekilo sama dengan harga ikan di kk. Sedangkan kita adalah satu kawasan pembekal ikan yang terbanyak. Cuba fikirkan..???
Mac 14, 2008 pada 3:00 pm
Orang Kunak
tiada sesiapa blames bugis only bugis pkr,MANY YOURS IC FR. BN…Berjaya Usno & Umno….tapi u semua macam kacang lupakan kulit,tidak kenang budilah….
Mac 14, 2008 pada 3:08 pm
Orang Kunak
Ramai anak bugis PKR yg masuk U pun sebab kerajaan Bn yang memberi IC projek kepada orang tua kamu tapi masih lagi mahu menentang kerajaan yang memberi kesenangan kepada kamu, kalau bukan kerana kerajaan Bn masih lagi.i.i pegang passport ataupun manjadi PTI.Kita tengok bangsa Bajau atau suluk yang IC projek tetap menyokong kerajaan Bn walau apapun terjadi..
Mac 14, 2008 pada 4:06 pm
ANTI politik
semua yang artikel dan ulasan tiada maknanya lagi, tutup sahaja semua komen disini,phanraya sudah tamat yang menang sudah menang dan yang kalah sudah kalah , undi sudah habis kira jadi sudah habislah.smua ahli politik cakap sebelum menang,semuanya untuk rakyat tapi kalau sudah menang dan berkuasa semua sapu habis baik BN,PKR,DAP mahupun PAS,cuba kita tengok saja di Penang,Perak,Selangor semuanya mahu berebut jawatan,beginilah politik di Malaysia,semua pemimpin dan penyokongnya bersikap pentingkan diri sendiri dari penulis artikel ini sampailah kepada tukang-tukang komen disini,saya tahu jangan bohonglah nanti berdosa…
Mac 14, 2008 pada 4:56 pm
Kamal
Apa yang telah dikatakan oleh “Sokong Nilwan” tu silap, saya telah mendengar sendiri apa yang telah dikatakan mereka ke atas keluarga mantan YB Jasa yang bertandang ke rumah Nilwan yang datang dengan niat suci untuk membantu semasa berkempen, tapi apa yang mereka dapat adalah hinaan padahal sewaktu mantan Yb masih berkuasa… mereka dilayan bagai raja! apa saja yang mereka inginkan terus saja ditunaikan oleh mantan YB. Ini adalah kesilapan mantan YB kerana terlalu percayakan si Nilwan (duri dalam daging), apa dah jadi sekarang… Si “Seluruh Masyarakat Kunak” pun satu hal plak, awak ingat senang2 kah nak halau orang. Awak tu betulkah orang kunak? jangan2 awak tu orang pendatang gak. Kalau bukan orang luar yang datang membantu bangunkan Daerah Kunak… Daerah ini akan masih macam dulu iaitu waktu zaman kayu balak. Korang ni macam kacang lupakan kulit, bila dah maju sikit… mula lah nak halau orang bagai labah2 berbisa yang makan maknya sendiri bila dah menetas. Hasil siasatan saya, ramai yang tidak datang mengundi kerana berbelah bagi kerana dihati mereka hanya ada BN tapi calon yang dipilih tidak meyakinkan kerana latar belakang keluarga calon. Cuba kalau ada calon bebas yang berasal dari kalangan orang kunak dan berlatar belakang dari keluarga yang baik2, pasti Nilwan Kabang tidak akan menang. Ini dah pasti cuma mereka saja tak nak ikut sebab tak ada duit atau sponsor yang membolehkan mereka untuk bertanding. Saya sokong 100% apa yang dikatakan oleh “Datu Semenanjung” itu adalah benar, malang akan menimpah masyarakat Kunak. Korang lihat lah nanti, biar korang rasa sendiri… bila dah terhantuk baru nak sedar, buat apa lagi… nasi dah jadi bubur. Ni plak pasal PKR, peguam dan calonnya adalah bodoh sangat. Nape lah dah lepas 3 hari baru nak hebohkan pasal IC si Nilwan yang tidak betul tu, nape tak waktu penamaan calon tempoh hari. Kan pada waktu itu ada masa sejam untuk kemukakan bantahan, kalau pada waktu itu korang buat bantahan… dah pasti korang menang tanpa bertanding! Nape lah korang tak tau masa tu, ni dah tentu baru nak berjinak2 tentang politik. Kalau kail panjang sejengkal.. jangan lautan nak diduga. Dalam politik harus tau cara nak mengalahkan lawan seperti permainan catur dan bukan seperti korang lakukan iaitu nak hebohkan satu negara pasal si Nilwan guna IC palsu. Korang mesti banyak belajar lagi, asasnya adalah permainan catur. Korang belajar bagaimana bermain catur sehingga mahir, lepas itu korang ikut bertanding… pasti korang menang!
Mac 15, 2008 pada 3:53 am
anti politik
A…lah yang mengundi rosak itu sebab tak dapat duit,tak kisah itu semua ,kemenangan nilwan bukannnya sedikit mojoritinya lebih 80% inilah fakta ,yang 20% itu macam suara nyamuk saja itu,bising sana sini lepas kena spray dah habislah.dalam politik macam macam boleh terjadi tengok mahadir - pak lah,anwar - mahadir,lim kit siang -hadi, apatah lagi setakat peminpin daerah macam nilwan -jasa biasalah dalam politik siapa pandai dia akan menang.orang biasa macam saya tidak peduli itu semua yang kami tahu setiap kali pilihraya dapat duit undi, saya sendiri RM200,180 dari Bn,20 dari Pkr,kawan saya lagi pandai dia dapat 400.Sesiapa pun yang menang sama saja,setiap hari saya perlu berusaha untuk mencari nafkah, bagi saya ada duit adalah undi kalau tak ada duit tak payah undi kalau undipun undi rosak ha..haa..ha.pesanan sesiapa yang mahu jadi Yb kunak pada masa akan datang,kalau ornagnya banyak duit bagi kita orang, 200 satu undi apa macam bolehkah, bolehlah , barang -barang banyak mahallah sekarang,semua sudah sudah naiklah tapi kalau tak ada duit bermodal air liur saja jangan haraplah boleh menang buang masa sajalah, biar sesiapa pun yang bertanding dikunak ada duit ada undilah tak ada duit bungkuslah…..
Mac 15, 2008 pada 4:07 am
anti politik
Yang untung dikunak hanya orang politik sajalah,penceroboh tanah kerajaan,pencuri kayu bantalan,pengedar dadah sama rokok,tauke judi kuda sama judi wahhui sama itu ekor haram, siapa yang untung siapa yang rugi,anak cucu siapa yang rugi.. kitalah..segala gejala sosial berlaku kerana kesilapan peminpin yang penuh degan berbagai gejala buruk dan macam -macam skandal,pihak berwajip yang pecah amanah,cuba kita lihat siapa yang banyak kebun disabah selain dari agensi kerajaan negeri, orang luar punya,orang kunak punya berapa sahaja itupun yang banyak kebun ceroboh punyalah,kita hanya dapat makan gaji saja dengan diaorang,sampai bilapun tidak boleh majulah betulkah???????
Mac 15, 2008 pada 4:30 am
betul.....
Yb sempora tak boleh pakai diKunaklah yang dulu itupun banyak hallah siunding itu lagi teruklah apalagi sijasa….balik..balik skandal perempuan…..
sijasa punya undi dulu bukan banyak tolak undi arif,sahing dan citra cuma tinggal 50 lebih sajalah.
nilwan memang pandailah bila dia kaji balik keputusan undi sijasa yang lalu bukannya ada pengaruh itulah dia tidak mahu jadi klon sijasa dan orang-orang sijasa pun ramai yang sabotaj dan awal-awal lagi sijasa minta sinilwan orang-orangnya dikekalkan walaupun ramai yang tidak setuju….
Mac 15, 2008 pada 4:39 am
La Bahri
Keputusan PRU 2008 sudah diumumkan dan YB Nilwan Kabang sudah diishtiharkan memenangi DUN 51-Kunak. Apa kata kita lupakan soal perbezaan politik (bukan saja politik kepartian tetapi juga politik kronisme dan perkauman) dan memberi tumpuan dalam memberikan idea yang bernas bagi pembangunan Kunak secara menyeluruh. Kembalilah kepada asas kehidupan, jangan sampai kita lupa kenapa kita dijadikan khalifah di muka bumi ini. Ingat kita semua berugama Islam, kemerosotan Islam secara global terjadi kerana perpecahan dan cetusan ideologi sempit yang bercambah dari sikap perkauman.
Kalau mahu jadi pengkritikpun berilah kritikan yang membina. Menghentam orang lain secara keterlaluan hanya kerana kesilapan ejaan umpamanya tidak menyumbang kepada pembangunan daerah Kunak.
Jangan sampai pemimpin peringkat atasan bersalam dan berpelukan walaupun berbeza politik sedangkan kita di peringkat akar umbi bercakaran tidak tentu pasal.
Banyak perkara positif lain yang perlu difikirkan demi untuk pembangunan ummah secara menyeluruh misalnya soal pendidikan, kebajikan dan pembangunan prasarana.
Kesedaran dan kefahaman agama Islam juga perlu ditingkatkan di kalangan masyarakat agar gejala-gejala sosial dan penyakit masyarakat tidak terus menular bagai api dalam sekam. Perkara ini hanya dapat diterapkan jika kita sudah bersedia melupakan soal perkauman. Cuba lihat di sekeliling kita, jika anda seorang Bajau, Bugis atau apa bangsa sekalipun, adakah anda tidak pernah langsung mendapat bantuan, pertolongan atau kerjasama dari bangsa lain, apakah tidak ada langsung hubungan kekeluargaan anda dengan bangsa lain itu. Sekurang-kurangnya anda mungkin mempunyai sepupu, ipar-duai, atau paling tidak rakan taulan yang berkahwin bangsa lain, jadi ada apa dengan perbezaan bangsa/kaum?
Menyentuh soal mantan YB Datuk Hj Jasa Raudah, mari kita melihat unsur-unsur positif yang beliau telah sumbangkan. Jika beliau mempunyai kesilapan semasa menjadi wakil rakyat, saya rasa kesilapan itu tidak akan berulang lagi kerana beliau sudah tidak lagi mewakili rakyat DUN 51-Kunak. Kini tumpuan wajar diberikan dalam membantu YB Nilwan memacu perubahan terhadap pembangunan daerah Kunak.
Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah dalam mengubah paradigma masyarakat Kunak dan Sabah yang rata-rata (walaupun tidak kesemuanya) telah dalam diam menjadikan wakil rakyat mereka korupsi. Apa tidaknya sikap suka meminta sesuatu yang berbentuk material untuk kepentingan peribadi daripada calon/wakil rakyat dengan sendirinya menyebabkan calon/wakil rakyat terpaksa mencari sumber untuk memenuhi kehendak mereka. Misalnya, ramai yang meminta wang daripada calon/wakil rakyat samaada semasa musim pilihanraya mahupun selepas pilihanraya. Kalau wang yang diminta itu benar-benar diperlukan kerana terdesak tidak apalah juga, ini wang diperlukan untuk menambah isi saku. Malah lebih memalukan lagi ada yang mengancam tidak mahu turun mengundi jika tidak diberikan wang saku. Nyata sekali mereka ini tidak memahami bahawa tugas mengundi itu adalah satu hak dan tanggungjawab mereka dalam menentukan masa depan negara. Hak dan keistimewaan sebagai pengundi digadai dengan wang ringgit. HENTIKANLAH.
Jangan tanya apakah sumbangan negara terhadap anda tapi tanyalah apakah sumbangan anda terhadap negara. FIKIRKANLAH
Mac 15, 2008 pada 10:14 am
betul.....
u dah silap, duit undi itu bukan duit nilwan itu adalah duit parti,itu adalah duit saguhati dari parti dan setiap kali pilihanraya parti sudah sediakan ini duit untuk pergi belanja mengundidan u bayangkan dalam 4/5 tahun hanya setakat itu saja kami dapatn tidak memadai bukan? nak kata projek pembangunan di kg. kami pun tiada kalau projek pun ketua cawangan saja yang dapat,sampai ada barang projek pun dijual, jadi apa yang kami dapat sekaping atap,sekeping plywood tak ada, nak minta engine sangkut, dijual pula oleh ketua-ketua bagangan ini, kalau macam ini mana boleh jadi,kalau tak mengundi tak menyumbang kepada negara,tapi kalau dapat untung makan sendiri,akhirnya kami juga menjadi mangsa,orang politik saja yang untung,barang-barang semua sudah naik,minyak naik,semua sudah naik,kehidupan kami pula bertambah turun,bertambah susah,itulah kami undi kalau ada duit dan siapa banyak duit dialah yang diundi,Bn bagi 50,Pkr airliur saja,cuba pikirlah apasal Pkr kalah dikunak,parti miskin tiada duit,Bn pula masih kedekut hanya 50 sahaja macam 15 tahun yang lalu punya offer masih lagi 50.dulu lain sekarang lainlah dulu 1 anak sekarang 5 anak sudah 50 mana cukup,semua barang sudah naiklah duit undi saja tidak naik..ini macam mana boleh jadi,satu hari kalau ada orang kaya kasih banyak duit tanding ini kunak,tidak parti apapun,tiada parti pun,bebaskah kami undi dia kalau itu duit undi tinggi-tinggilah,ada duit ada undilah,tiada duit boleh bungkuslah ha..haaa…ha
Mac 15, 2008 pada 11:30 am
ah cai
Ini olang politik,cakap lain bikin lain oh, kalau dekat pilihanraya itu orang politik dari kerajaan atau itu pembangkang baru latang cari kita,ini macam itu macam,janji ini kasih itu kasih titapi apapun tarak itu kasih 100 saja oh bagi 3 orang,itu Pkr lagi teruk oh datang tidak ada kasih apa-apa,hai ya kalau ini macam lu orang politik saja jadi kaya oh dulu ah tiada kereta sikarang pakai kereta macam macam beli ninja king pun ada oh itu haraga manyak mahal oh tapi itu olang keraja apaoh ini macam orang politik manyak duit oh,kami ini olang miskin pakai kancil pelebet oh,kadang kadang jalan kaki loh.ini politik tara guna punya kami olang miskin ah mangkin miskin oh,itu paminpin makin hari mangkin kayaoh ai ya…ini macam manyak susah…nanti lain elekson mahu siapa oh,pilih abdulahkah,roketkah atau itu mata sebelah atau itu bulan, ini simua tara guna punya dia manyak janji bohong punya,itu kunak punya pamimpin dari dulu sampai sikarang manyak janji saja,tapi itu datuk shafie,itu baru ok punya olang itu tahun baru cina saya pegi sana,itu olang manyak bagus oh,itu simpuna manyak maju oh mukan macam ini kunak sudah tinggal oh..
Mac 15, 2008 pada 4:25 pm
La Bahri
Hallo Pak Dollar, susah juga bercakap dengan bebudak Kunak ni ya. Diorang tidak nampakkah projek pembangunan yang telah dilaksanakan di Kunak yang memberi faedah kepada semua orang. Hospital Kunak misalnya, semua orang dapat manfaatnya tidak kira penyokong atau penentang BN, ketua cawangan atau bukan semua akan diberi rawatan yang sewajarnya jika memerlukan.
bergantung kepada kerajinan dan kesungguhan seseorang. Kalau mahu mengharapkan duit musim pilihanraya saja memang melaratlah kawan…. boleh sampai bungkus (pinjam istilah si ‘betul’ sekali lagi) keh… keh…. keh…. jangan marah aaa… nanti kena bungkus tak dapat duit pilihanraya lagi.
Begitu juga Balai Bomba, kalau rumah terbakar tidak kira rumah siapa mereka akan datang. Termasuklah kalau rumah si ‘betul’ terbakar.
Saya melihat ramai masyarakat Kunak yang taraf kehidupannya telah meningkat dan bertambah baik, ironinya tidak semua mereka yang maju itu orang politik jauh sekali daripada mengharapkan wang ’saguhati’ semasa pilihanraya. Jadi soal kehidupan bertambah naik atau bertambah turun (meminjam istilah si ‘betul’
Nota: Bebudak di tempat aku suka sangat kalau dapat duit raya….. bebudak lah katakan.
Mac 16, 2008 pada 10:59 am
ah cai
ah ya ,itu cakap politik sajalah,kenapa 6 negeri sudah kalah,sudah kena bungkus,kalau ini macam kenapa itu selangor,pulau pinang banyak maju tapi lingkup juga,kalau itu pemimpin kerajaan tidak betul,tidak amanah,itulah macam macam boleh jadi, itu minyak kereta sudah 5x naik,jadi barang pun naik,siapa yang susah kalau bukan orang miskin,itu hospital kunak,itu balai bomba itu kemudahan rakyat,bukan duit politik,setiap negara wajib memberi kemudahan kepada rakyat,pendidikan dan sbgnyalah,begitu juga di Indon,China,Thailand dan sbgnya,itu tanggungjawap kerajaan tak kira apa parti kalau jadi memerintahlah.itu duit undipun hak rakyat,itu duit dari rakyat juga,kalau tak percaya sewaktu malam pilihanraya semua ketua
ketua cawangan tunggu sampai pukul 3 pagi itu duit undi,pagi pagi dikedai kedai bukan sibuk pasal pilihanraya sibuk tanya berapa dapat duit,ada dapatkah tidak,sebab apa orang miskin 1 ringgitpun berharga boleh makan putuh,lainlah macam awak,orang kaya…lah bahri banyak duit,kami ini memang orang susah kalau lu banyak duit sedekah sajalah kasih kami,jangan pandai cakap sajalah tak mahu duit,semua orangpun mahu duit,apalagi ini pemimpin macam macam projek ada,perempuan pun ada, ic projek pun ada,semua dia sapu habis oh,sekarang ramai itu orang philipine pergi daftar itu ic projek,hari-hari itu bas penuh dengan penumpang philipine pergi daftar ic projek,pasal ini takut nanti elekson ah,ini kasi tolong sama dialah,kalau tidak percaya tanya itu ketua orang philipinelah….
Mac 16, 2008 pada 11:23 am
betul
cuba kamu lihat siapa yang maju dikunak kalau bukan orang politik,orang cina yang kaya dikunak,ramai bukan cina kunak,bukan bugis kunak,bukan bajau ataupun suluk kunak,ramai orang lain kampunglah,ciana semenanjungpun ada,orang kerja kerajaan,guru guru termasuk dari semenanjung dan lain lain termasuk perniagaan tidak legal.
kami undi kalau adaduit ,kalau tak ada duit boleh bungkuslah,itulah pendirian kami sampai pilihanraya akan datang.
cakap apapun kami tidak peduli,ini kami punya sukalah
ini tulisan saya di blog ini,ini bog pun sudah basi,sudah habis pilihanraya,tidak ada sudah orang mahu baca,jadi tiada guna lagi mahu menulis disini,lebih baik menulis isu isu lain negara di harakah daily,uncle Lim kit Siang,tranugkitekah dan lain-lain,dia punya berita lagi up to datelah.Ini blog macam ketinggalan zaman,paparannyapun tidak cantik,banyak yang nampak kosong……
bye byelah..kalau ada salah minta maaf ya nanti lain pilihanraya kita jumpa lagi dengan isu baru pulaklah,tapi jangan lupa itu duit undi,kasih tinggi tinggilah,barang barang tambah mahal lagilah…
Mac 16, 2008 pada 4:56 pm
La Bahri
Ayyoo.. ah cai, wa tadak cakap wa tak mau luit, tapi wa kata kerajinan dan kesungguhanlah yang lebih penting untuk memperolehi duit bukan semata-mata tunggu luit pilihanraya yang datang 4, 5 tahun sekali. Lagi satu aa.. lu tadak faham ka itu kerajaan terbentuk oleh politik jadi wa tak tau lah apa macam lu cakap itu kemudahan hospital dan balai bomba bukan duit politik. Sistem demokrasi dan kerajaan itu sendiri adalah institusi politik.
Wa bukan orang kaya, tapi undi wa bukan bergantung pada duit pilihanraya. Lagipun wa punya duit lebih wa sudah sedekahkan kepada baitulmal melalui zakat fitrah dan zakat pendapatan, wa tak taulah kalau lu faham apa itu zakat. Itu duit pilihanraya sudah bikin lu kaya ka ah cai?
Itu enam negeri BN kalahpun kerana proses politik yang berteraskan demokrasi. Wa tak cakap pasal undi parti mana, wa cakap pasal mentaliti orang kita yang bergantung kepada duit pilihanraya dalam memilih pemimpin. Itu tadak baik. Wa pun setuju ada orang sanggup tunggu sampai jam 3 pagi untuk duit pilihanraya, itu lah yang saya kata tidak berapa betul. Itu tak apalah lagi, tapi yang betul-betul tak betul ialah yang tak mau pergi mengundi kalau tidak dapat duit pilihanraya atau lebih teruk lagi membuat pilihan untuk mengundi calon mengikut duit yang diberi.
Si ‘betul’ pula, lu cakap putar belit lah kawan, lu cakap ini blog sudah tak ada orang baca, sudah basi: Apa pasal lu boleh respon ini comment kalau lu tak ada baca ini blog, lu bukan orang ka?
Saya tengok ramai orang yang kaya di Kunak ialah orang yang berniaga dan berkebun kelapa sawit dan sebagainya, mereka bukan orang politik walaupun tidak dinafikan ada juga orang politik yang kaya. Tapi bukan yang mengharapkan duit pilihanraya saja.
Guru-guru pula sudah ramai orang tempatan, ada ijazah lagi, tak caya cuba tengok di SMK Kunak Jaya, SMK Kunak dan sebagainya. Ada antara mereka yang sambung belajar ketika dalam perkhidmatan dan berjaya meningkatkan kelulusan akademik mereka. Inilah yang saya katakan rajin dan ada kesungguhan. Bukan rajin tunggu duit pilihanraya!
Kalau lu ada salah, minta maaf dan minta ampunlah sama Tuhan lah wahai si ‘betul’. Kalau pada saya, saya rasa lu tiada salah. Malah saya suka berdiskusi seperti ini, boleh bertukar-tukar pendapat untuk menambah pengetahuan. Yang penting profesional bukan emosional.
Seperkara lagi, ini nasihat ikhlas saya, lu jangan jawab apa-apa sebab kalau lu jawab lagi, lu punya senjata makan diri sebab maknanya lu baca lagi ini blog yang lu kata sudah basi. Tapi aai..yyaa… kalau lu tak jawab maknanya orang lain yang baca ini blog fikir lu sudah surrender. Terperangkap beb…jangan marah eee……. banyak kah dapat duit pilihanraya?
Nota: anak saudara aku selalu tunggu musim raya sebab nak duit raya, tapi sekurang-kurangnya harapan dia tertunai 2 kali setahun; Aidhil Fitri dan Aidil Adha. Bukan 4, 5 tahun sekali. Lagipun bebudak tu ikhlas sebab dia akan salam tuan rumah sama ada dapat duit raya atau tidak.
Mac 17, 2008 pada 1:43 am
ah cai
gua tulis supaya itu YB Nilwan dapat baca,pergi lawat itu orang kampung,itu orang miskin,lu Bahri bukan lu ini jadi Yb,lu tulis apapun tiada guna,lu bukan ada kuasa tapi blog ini saya rasa YB. Nilwanpun tidak baca,jadi bikin buang masa saja mahu tulis sini,hanya kita 2 orang saja tulis dan baca,apa guna ini.ai ya sudahlah lu menangpun apa lu dapat kalau lu jadi Yb tidak apalah,lu dapatlah tahu ini masalah rakyat kita,saya tulis inipun melalui pengalaman bergaul sama rakyat kunak tak kira orang miskin,orang kaya,orang niaga,cinakah,bugiskah,bajaukah,sulukkah,orang
ic betulkah,orang ic projaekkah sebabnya saya bukannya orang politik.saya bukan orang bugis.bajau,suluk,saya orang KDCA,lu macam saya juga tiada apa apa,lainlah kalau lu berucap didepan orang ramai diluar sana,didalam semua berani cakap itu ini sebab identiti rahsia punya,bukan betul punya,lempar batu sembunyi tangan,kalau penulis artikel berani betul,kenapa tidak berani kempen sewaktu pilihanraya diepan orang ramai,saya yang mendedahkannya,jadi macam herolah,apa guna tulis didalam ini blog saja berapa orang saja mahu baca,tiada gambar,tiada suara,tiada apa apa,hanya tulisan saja banyak menimbulkan teka-teki,nak kasih tengok tv youtube disinipun tidak boleh,ini blog banyak kuranglah,lain kali kasih bagus ini blog,masing masing tulispun boleh bukti sebab ada tv…gua tulispun kasih untung ini blog punya orang kalau dia punya naiklah,tolong sama dia,tapi itu orang lain hanya diam diam sajalah,kalau semua orang tulis perkara betul siapa mahu balas,baca sajalah,mesti mahu tulis kalentong sikit,temberang sikit,marah sikit baru ini blog laku,ini blogpun tidak sampai 6 hit,balik balik saya yang sengaja mahu tulis,tidak hot ini blog,tengok itu uncle LIm punya blog sampai 500 lebih hit orang komen,ini apa macam tahi ayam saja,tiada sambutan,YB NIlwan juga menang besar,ini artikel macam itu hangat-hangat tahi ayam saja,sekejap saja sudah habis panas,sekarangpun sejuk macam ais batu sudah bye
Mac 17, 2008 pada 2:23 am
Sokong Nilwan
Sdr Pemerhati Politik, sebelum ini saya tidak pernah pun menyebut soal mantan YB Jasa. Jadi sila pastikan betul-betul siapa yang ‘halau orang’ tu. Saya hanya menyatakan bahawa selama 50 tahun kita sudah menikmati hasil yang dibawa oleh BN. Saya tidak mengharapkan projek, tapi kalau di tawarkan apa salahnya. Cukuplah keamanan dan kesejahteraan yang dinikmati. Rezeki yang saya dapat hasil titik peluh saya sudah memadai. Duit undi pun saya tak harapkan, takkan dengan RM50 pun mau bising. Kepada sdr betul, berapa lama dan berapa banyak benda yang boleh dapat dengan RM50 itu? Carilah kerja, kalau tak dapat jangan putus asa. Ramai orang yang boleh memperolehi pendapatan sehingga 4 angka hanya dengan menanam ubi keledek di tepi jalan. Tak perlu tunggu PRU untuk dapat duit. Pii rah…Carilah rezeki yang berterusan… bukan bermusim. Tak dapat di Kunak, seluruh Malaysia boleh cari. Asalkan jangan jadi peminta sedekah atau mencuri. Wassalam.
Mac 17, 2008 pada 8:23 am
newmediabaru
Inilah sikap SEBILANGAN orang Melayu, kalau tak dapat yang dihajati, sanggup buat apa saja demi mencapai maksud dihati, termasuk memfitnah dan melemparkan berbagai tohmahan. Tak perlu cerita tentang keburukan orang lain, apalagi kalau itu keburukan yang sudah lepas-lepas. Cari dan fikir yang positif bagaimana untuk mendapatkan kemajuan. Adakah dengan mengharapkan pemberian calon atau parti tertentu, kita boleh maju? Rasanya TIDAK juga, kalau kita sendiri tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri. Kalau hanya asyik ke kedai kopi mengintai ‘pemimpin atau ahli politik atau yang sebagai’, lepas tu join borak sampai berjam-jam lamanya, menfitnah atau mengumpat serta mencari kesalahan orang lain, rasanya sampai dunia kiamatpun tidak ada kemajuan. Yang maju ialah perut sebab asyik duduk, tak keluar peluh.
Yang asyik fikir soal habuan pula, sanggup melepaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tak dapat ringgit, tak mau undi. Malulah sikit! Apa, tak makan kah kalau tak dapat duit undi? Dah dapat tu syukurlah, kalau tak dapat, bersabarlah. Cari rezeki yang lain. Kalau semua orang ‘BUKAN KAYA’ berfikiran seperti si ‘betul’ (tapi tak berapa nak betul) dan si ah cai (yang asyik mencacai) ni, alamat PRU13 akan datang peratus yang turun mengundi jatuh sehingga kurang 10%, sebab tidak semua rakyat Malaysia kaya.
Dari apa yang dapat diperhatikan di sini, ternyata masih ramai yang hanya mementingkan diri sendiri, tidak melihat secara umum. Takkan lah apabila Kunak sudah seperti Tawau atau KK, baru kamu kata ada pembangunan atau kemajuan. KK, untuk mencapai taraf Bandaraya pun, mengambil masa berpuluh-puluh tahun. Itupun sebab statusnya sebagai ibu negeri, jadi perkembangannya lebih pesat. Lagi satu penduduk pun ramai. Fikirlah.
Dari hanya despensari kepada Hospital, bangunan papan kepada konkrit, dari jalan batu kerikil kepada jalan berturap dan sebagainya. Apakah itu bukan kemajuan? Takkan nak bina jejambat atau simpang bertingkat di Kunak ini, atau nak bina bangunan pencakar langit. Dari sebuah sekolah menengah kepada 3 buah, belum masuk sebuah sekolah menengah agama, sekolah rendah pun sudah banyak yang baru. Untuk siapa, kalau bukan untuk diri dan generasi di Kunak. Bukankah itu kemajuan? Jadi kalau untuk mengatakan bahawa BN tidak bawa kemajuan kepada Kunak, itu salah. Tapi kalau kata tak cukup, itu betul. Kerana kita masih perlukan pembangunan dan kemajuan dalam semua aspek di Daerah Kunak ini.
Yang sebenarnya, banyak ketidak puasan ini adalah sebab peribadi. Untuk diri sendiri tu, usahalah sendiri, jangan mengharapkan orang lain datang suap. Seorang YB tidak akan mampu untuk menampung sara hidup untuk semua orang Kunak. Sudahlah…baru duit undi tak dapat, dah kecoh macam nak rak seluruh pekan Kunak, tak sedar yang internet dia guna tu pun hasil dari kemajuan. Dulu-dulu mana ada.
Jadi, hentikanlah rasa iri hati tak tentu pasal tu. Kalau selalu emosi, tekanan darah boleh naik. Tapi okey jugalah, dah ada hospital dan unit kecemasan di Kunak, senang sikit dah dekat. Kalau macam dulu juga sebelum adanya ‘kemajuan’, boleh ‘kojol’ di perjalanan menuju ke Hospital Tawau.
Mac 17, 2008 pada 5:40 pm
La Bahri
Aiyya…. Ah Cai, sudah marah ka? Wa manyak takut lo sampai mau pecah pelut ketawa. Memanglah wa tidak jadi Yang Berhormat, tapi masih ada title YB juga = “Yang Bergumbira” , gumbira kerana Kunak telah membangun dan bakal terus membangun. Tidak lama lagi itu UMS punya branch pun mau bikin di Kunak. Satu lagi projek BN….. opss silap projek kerajaan (nanti itu ah cai marah lagi, kata itu bukan projek politik).
Wa pun tak tau apa pasal lu tulis dalam ini blog, mungkin lu pun tatak belani punya olang tatak mau kasi tulis real punya nama. Lu cakap ini blog tatak guna, tatak olang mau baca, mana lu tau tatak olang baca. Lu tengok lepas lu tulis pun sudah ada dua response, dia dua-dua olangpun setuju dengan apa yang wa cakap. Cuba tengok apa itu “Sokong Nilwan” dan si “Newmediabaru” tulis. Sikalang itu dua-dua pun satu pendapat sama saya. Thank you aa.. lu dua olang wa lespek la. Lu musti ada sikolah punya olang. Musti ada baca punya olang. Cakap mutut punya bukan tembilang ada maruah lagi. Lu dua olang musti lajin bekerja dan tidak tunggu luit pilihanraya saja. Tadak apa….. biar itu pulut maju ke depan asal lu tidak makan rasuah.
Tapi aa.. memang susah mau cakap sama olang tatak baca punya, adakah dia kata ini blog cuma ada 6 hit, dia punya komenpun sudah masuk komen ke-36. Kalau tengok hit keseluruhan sudah latus libu oo.. Wa bukan mau sokong ini blog, cuma wa sedar, komen ah cai membabi buta tak mau selidik dan tengok mutut-mutut berapa olang sudah hit ini blog. Itu menunjukkan dia tadak baca punya olang, cakap pakai lepas saja bukan ikut fakta.
Wa rasa aa.. itu ah cai tak tau saya siapa, tapi itu YB Nilwan pun tau saya siapa, itu KDCA punya olang pun kawan saya, dia olang pun tau saya siapa, itu Datuk William Chiuh, Valentine Sebastian dan manyak lagi tahu saya siapa. Saya ada berani cakap di luar, di depan olang ramai ka atau tidak, summua pun dia orang tau. Cuma ah cai saja tak tau, lu duduk rumah saja kalau keluarpun pergi cari duit pilihanraya, macam mana mau tau perkembangan.
Nota: Al Kisahnya, saya tinggal dalam kejiranan yang terdiri dari pelbagai kaum; Melayu, India dan Cina. Jiran depan rumah saya ada anak berumur 4 tahun belajar di Tadika. Setiap pagi sebelum ke Tadika pasti si anak tadi akan buat hal mengamuk tidak mahu ke sekolah melainkan diberi duit oleh ibubapanya. Suatu pagi hal yang sama berulang, oleh kerana sudah kenal rapat antara satu sama lain, jiran berbangsa cina datang dan memujuk si anak kecil tadi supaya pergi ke tadika sambil memberi wang sebanyak RM1.5o, anak kecil itu menyambut wang tersebut dan berkata kepada ibunya, “okey saya akan pergi ke sekolah tapi sekolah tadika c……”. Belum habis bercakap si jiran berbangsa India pula datang juga memujuk si anak kecil supaya pergi ke sekolah sambil menghulurkan wang sebanyak RM2.00, si anak menyambar duit tersebut dan berkata kepada ibunya, “Jom, saya akan pergi ke sekolan tadika c……India”. Oleh kerana kejadian berlaku pada musim pilihanraya, sambil menggeleng kepala dan tersenyum malu si ibu berkata, “Harap-harap engkau ni kalau sudah besar nanti, undi engkau tidak akan dipengaruhi oleh wang yang diberi”. Serentak jiran berbangsa India, Cina dan saya sendiri menjawab, “Tidak apalah kak, dia budak lagi dia tak faham lagi soal maruah, tapi kalau orang dewasa yang sudah jadi pengundi berdaftar berperangai begitu, tak tau nak cakap lah”. Sambil semua orang tergelak, tapi si anak buat tak tau dan tak ambil kisah……. la… bebudak nak buat macam mana. Adios Amigoes.
Mac 19, 2008 pada 3:57 am
pencinta kedamaian dan kemakmuran kunak...
kita sama-sama orang kunak.tidak kira bangsa bajau ka, bugis ka, cina ka atau apa-apa ja.yang penting kita PENDUDUK KUNAK..Janganla kita hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja. sebelum kita mencari kesalahan orang lain, kita perlu lihat dulu diri kita sendiri. baikkah kita?tidak semua orang sempurna dalam dunia ni.semua orang ada sejarah hidup masing-masing. apa yang penting sekarang tidak kira siapa pemimpin kita dan apa bangsa pemimpin kita.yang penting pemimpin kita dapat memimpin semua orang-orang kunak dan membawa pembaharuan kepada kunak supaya kunak menjadi daerah yang maju.tidak seperti sekarang yang serba serbi kurang.. sebagai rakyat kita perlu sokong dan beri peluang kepada pemimpin yang telah dilantik untuk menunjukkan kepimpinannya.kita bagi dia masa dalam tempoh 5 tahun ini. kalau dia tidak membawa apa-apa pembaharuan barulah kita mencari pemimpin lain yang layak dan boleh membawa kemajuan kepada daerah kita. satu hal lagi saya bersetuju sangat-sangat dengan pandangan bahawa biarlah orang kunak sendiri yang memimpin daerah kita. kita tujukkan pada orang luar bahawa orang kunak juga mampu untuk mentadbir dan memimpin serta membawa kemajuan kepada daerah kita yang kita cintai..kepada pemimpin kita yang telah dipilih saya dan semua warga kunak berharap YB Nilwan dapat memimpin rakyat Kunak tanpa mengira bangsa dan agama serta status hidup masyarakat.jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan bijak, amanah dan jujur..kami mengharapkan dalam tempoh lima tahun ini, kunak dapat berubah wajah dan lakukan sesuatu untuk menyatupadukan semua penduduk yang berbilang bangsa.saya cukup sedih bila melihat orang kunak seperti berpuak-puak dengan bangsa masing-masing.sepatutnya semua ini tidak berlaku.salahkah untuk kita bersatu tanpa mengira kaum untuk memajukan kunak daerah yang kita cintai?demi untuk kepentingan semua pihak sama-samalah kita berfikir mana yang baik dan buruk.. kita mahukan kemajuan bukan kepincangan.!!!akhir sekali saya meminta maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang terasa..pencinta kedamaian dan kemakmuran kunak…
Mac 20, 2008 pada 3:42 pm
pengawas