Perhimpunan raksaksa pada 9 Mac 2008 jika SPR menipu

2008 Mac 3
by aminiskandar

Dalam seronok berkempen untuk pilihanraya, jangan pula kita terlupa bahawa penipuan pilihanraya pasti ada. Jangan terkejut jika “mood” rakyat yang mahukan perubahan disambut dengan kekalahan demi kekalahan termasuk di kubu-kubu kuat atau kawasan-kawasan yang berpotensi menang.

Terbukti bahawa pengunaan dakwat kekal dan peti undi lutsinar adalah kosmetik semata-mata bagi memastikan rakyat terperdaya bahawa pilihanraya di Malaysia ini bebas dan adil. Penggunaan dakwat kekal adalah tidak wajib bagi pengundi dan sesiapa yang tidak mahu menggunakannya hanya perlu mengisi borang. Peti undi lutsinar pula menjadi tidak bererti apabila daftar pengundi tidak dibersihkan.

Daripada maklumat yang diterima, ramai anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi pos turut didaftarkan sebagai pengundi biasa. Selain daripada itu jumlah pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun berjumlah hampir 10,000 orang dalam daftar pemilih. Jika benar terdapat sebegitu ramai penduduk yang berumur lebih daripada 100 tahun di Malaysia, ia adalah satu rekod dunia.

Media cetak dan elektronik berat sebelah. Pendek kata padang tak sama rata. RTM yang dimilik oleh negara dijadikan mesin propaganda untuk parti Barisan Nasional.

Berikutan dengan perkembangan ini, tidak mustahil penipuan besar-besaran akan dilakukan oleh SPR untuk membantu BN menang besar dalam pilihanraya pada 8 Mac ini. Jika ini berlaku, jangan sedih dan jangan kecewa. Perhimpunan Raksaksa bagi membantah penipuan pilihanraya akan diadakan pada 9 Mac 2008, 8.30 pm di Pasar Seni (Central Market), Kuala Lumpur. Sila klik disini untuk maklumat berkaitan.

10 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 3
    penamaya permalink

    berhimpun la beramai-ramai. Raikan !

    http://penamaya.wordpress.com

  2. 2008 Mac 4

    aku sokong…sokong penuh…
    dah berdiri bulu roma aku nie…

  3. 2008 Mac 4

    This post is very hoting, and this blog is high ranked in
    the top blogs report
    . You can
    earn some money with a good blog
    like this.

  4. 2008 Mac 4
    puteri_islah permalink

    terkadang rasa penat, bosan, lemah dgn tindak tanduk dgn segala tipu helah ‘tentera ahzab’ BN, SPR, polis, JPN, tentera, media dll..

    tapi ingat lah.. kita ada Allah.. hanya Allah yang Maha Mendengar dan maha mengetahui segala apa yg terjadi.. hanya Dialah pembela kita..

    i penat dgn himpunan2 biasa, sekadar kumpul , jerit, hantar memo, press onefernce..bg nampak ramai.. nak mengadu/tunjuk protes pd sapa.. pada BN? Agong? media antarabangsa? tapi BN n konco2 depa ni dah tahap tuli , pekak badak.. gelak ja kat kita..

    apa kata..masa kalau nak berhimpun juga..selain himpunan utk protes, himpun skali utk solat hajat dan munajat bg yg beragama Islam. Ni lah senjata kita sbg org mukmin.. nampak serius skt..

    ambik kesempatan berhimpun ramai2.. dgn kehadiran ribuan manusia yang dianiaya dan dizalimi plus dipimpin dgn ulama’ yg tawadhuk,insyaAllah, moga2 munajat org2 teraniaya ni termakbul, kerana doa org teraniaya, insyaAllah mustajab dan tiada hijab dgn Allah…

    serius.. umno sejahat2 /sezalim mana pun dia.. dlm hati kecil dia akan terdetik rasa takut pada Rabbul Jalil. dia pun ada iman (sikit lah kot), pasal kekuasaan Allah, balasan yg ditimpa..

    sedangkan org hindraf pun leh kata “kami suka org PAS sbb kami tau org PAS ada Tuhan,. kami benci org UMNO sbb berlagak macam Tuhan.”

    Ingatlah shbt2 ku, ketika mana Rasulullah dan shabt2 dikepung ketika perang Ahzab, bakal berlawan dgn tentera ahzab yg berkali ganda besar bilangannya.. Rasulullah yang ternyata kekasih Allah pun tetap berdoa dan bermunajat memohon pertolongan dari Allah.. lagikan kita manusia tahap awam ni.. lagi la kena byk memohon pada Allah..

    sesungguhnya, diikutkan kudrat yg kecil dan lemah ni, berusaha, usaha juga….mmg rasa lemah dan takut.. tapi persandaran kami… hanya pada Allah

    ayuh.. himpunan protes serta munajat pada Allah minta Allah putuskan hukuman pada mereka yang zalim.. TAKBIR!!

    “Ya Allah,
    Sesungguhnya kami meletakkan leher musuh -musuh kami kepada Engkau
    Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
    Ya Allah,
    Leburkanlah kumpulan mereka
    Pecah belahkan dan kacau bilaukan pertubuhan mereka
    Goncangkan pendirian mereka
    Dan hantarkanlah anjing-anjing Engkau kepada mereka
    Wahai Tuhan yang gagah perkasa
    Wahai Tuhan yang Maha Kuat
    Wahai Tuhan yang ada bersifat murka
    Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
    Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
    Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
    Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
    Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
    Dan menangkan kami ke atas mereka.”

  5. 2008 Mac 4
    pakteh permalink

    hehe…berkali2 berdoa mintak kemenangan but PAS still kalah…apsal?
    sedangkan doa orang teraniaya tu diterima Allah. Doa orang beriman tu diterima..apatah lagi doa tok guru nik aziz dan hj hadi…dua ulama besar PAS….takkan doa dua ni pun xditerima???
    heran2….
    solat hajat bertahun2…kat padang…kat stadium…still camtu gak…
    fikir2kan…

  6. 2008 Mac 4

    Nabi Nuh pon bertahun mintak doa tapi pengikut baru 80 orang lebih…takkan doa Nabi tak diterima kot

    fikir fikirkan lah

    p/s ni confirm kata aku nak sama Nik Aziz dengan Hadi sama dengan Nabi..tak caya tgk la..

  7. 2008 Mac 8
    GIBRALTAR69 permalink

    Pak Teh! Mulut ko jaga baik-baik… Aku da nampak dengan jelas perpecahan dlam umno keparat skarang ni.Tunggu masanya…akan pecah juga..ko kaji qunut nazilah… tunggu pak teh.. aku amt yakin kejatuhan umno pimpinan firaun badawi….

  8. 2008 Mac 9
    rakyatmalaysia permalink

    Dah puas hati kalian sekarang? Ade yang menang besar dan ade yang kalah teruk…happy??

  9. 2008 Mac 18
    metafora permalink

    Apahal pulak korang babitkan askar menipu. Guna otak la sikit. Bila masa askar terlibat pilihanraya. Pi mengundi adalah. Suka hati kitaorang la nak pangkah siapa. Siapa bagi kita makan kita undilah. Tapi kalau bagi makanan haram kita taknak jangan undi. Ngok betul la korang ni. Ingat kalau jadi apa-apa kat negara ini ahli politik nak berjuang ke? Baru banjir je askar dan kena bantu belum perang. Ada korang datang tolong. Haram tak nampak batang idung.

Trackback & Pingback

  1. Skali diorang tipu, « Bising la ko!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS