Batalkan penggunaan dakwat kekal,bukti pengundi hantu wujud

7 03 2008

Menerima sms daripada seorang teman yang melaporkan bahawa pada waktu ini, ramai anak-anak Kelantan sedang berkumpul di Stadium Bukit Jalil menunggu menaiki bas untuk pulang mengundi. Ramai yang berada disitu dan banyak bas kelihatan. Turut dilaporkan bahawa RM 200 diberikan kepada anak-anak Kelantan ini agar mengundi BN.

Dalam program pendidikan pengundi yang pernah dilakukan di Sabah, kami memberitahu rakyat jika mereka ditawarkan wang, mereka boleh ambil tetapi undi tetap mengikut pilihan mereka. Ini adalah kerana undi adalah rahsia. Rakyat diharap menjadi lebih bijak. Jangan gadaikan masa depan negara hanya kerana wang yang tidak seberapa.

Blog Republik Kata ada menyiarkan wawancara bersama saya mengenai isu-isu pilihanraya terkini.

Sila klik disini.Salah satu pandangan saya ialah, pembatalan penggunaan dakwat kekal telah mengesahkan lagi kewujudan pengundi hantu. Malahan kenyataan terbaru Pak Lah juga mengatakan bahawa beliau yakin akan menang besar termasuk dinegeri-negeri yang panas seperti Kelantan dan Pulau Pinang. Sila klik disini. Apakah kemenangan besar tersebut akibat bantuan daripada pengundi hantu?


Tindakan

Informasi

5 gerakbalas-gerakbalas

7 03 2008
berlian

sekiranya bercakap tentang pemberian duit.sememangnya perkara ini adalah diantara cara yang paling diminati oleh sesetengah pihak untuk menang dalam pilihanraya.seperti yang terjadi di Ijok -yang lepas.Caranya adalah dengan putera dan puteri (wakil dari Parti) akan menyediakan payung2 dan menunjukkan hemah yang baik kepada para pengundi yang datang mengundi dan mengiring mereka sehingga lah mereka sampai ke pintu ruang pilihanraya.dan selepas para pengundi selesai,mereka boleh ke khemah parti untuk claim duit yang di janjikan.
ini terbukti lagi apabila ada pengundi yang bertanyakan pada beberapa orang pemantau tentang bagaimana mereka mahu claim duit itu.ahahahaah!kantoi!

7 03 2008
Sedutmp3

Diorg ada kuasa nak wat apa pun..
tu pasal golek sana pembangkang kena..golek sini pun kena..

7 03 2008
penamaya

Propaganda media + pengundi hantu. Itulah rahsia kejayaan mereka !

http://penamaya.wordpress.com

7 03 2008
shoppingsurat
7 03 2008
mussadad

Emm..dah banyak pun hantu2 berkeliaran..n sesiapa yg amik duit 2 kira rasuah la 2…bila rasuah tempatnya di mana akhirat kelak…sendiri jawab k..

Tinggalkan komen