Perjuangan untuk demokrasi tulen dan pilihanraya adil berterusan…
Dalam kenyataan PM hari ini, beliau mengatakan bahawa keputusan pilihanraya 2008 membuktikan bahawa SPR tidak berat sebelah. Sila klik disini.
Awal pagi tadi ketika mengumumkan kemenangan BN menang tetapi gagal untuk kekalkan majoriti 2/3, Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman ditanya oleh wartawan, “bagaimana dengan keputusan pembangkang?”, dengan marah beliau menjawab, “Saya tidak tahu”.
Sebagai pengerusi SPR, beliau seharusnya bersikap “neutral” tetapi dari air muka dan tindak tanduknya, kelihatan beliau begitu tertekan dengan kekalahan BN di banyak kerusi dan kehilangan beberapa buah negeri (Selangor, Perak, Pulau Pinang, Perak dan Kedah).
Abdul Rashid kelihatan benar-benar kecewa. Mungkin ini disebabkan oleh pengundi-pengundi hantu dan manipulasi pilihanraya yang beliau lakukan gagal untuk melawan arus kebangkitan rakyat.
Beliau sudah gagal melaksanakan misinya. Tambahan lagi kontrak sebagai Pengerusi SPR selama setahun yang disambung oleh BN dengan meminda perlembagaan tahun lalu, ternyata tidak memberikan apa-apa makna kepada BN. BN telah tewas dengan teruk dalam sejarah Malaysia.
Pak Lah dan Menantu yang dikatakan mendapat bantuan undi pos yang besar jumlahnya, tidak akan terlepas begitu sahaja.
Perjuangan untuk menegakkan demokrasi tulen dan pilihanraya yang bebas dan adil akan berterusan.















wahai pembaca blog.. kamu rasa apa yang menyebabkan sokongan atau undian BN sangat merosot… bincangkan…
1. Terlampau obakonpiden
2. Si menantu kesayangan terlampau lancang sampai ramai naik benci
3. Asyik dorang jak di lantik jadi calon YB.. tak bagi can orang lain.. dari bapa pi anak, pi menantu lah..
4. Orang cina dan India buang tebiat. tak mau undi BN lagi
……………………….
……………………
……………………
bincangkan…….
emerita,
tak payah nak buang masa bincang…
BN – a thing of the past…
– irrelevant
– racist
– pirates
– liars
– everything rotten, you name it, they have it
sebab terlalu over confident menang padan muka terus terdiam sumer
sbb orang da kurang percaya pada pimpinan pak la…….sejak dia yang naik, macam2 berlaku..baru first time dia handle pilihanraya ni, BN da jatuh teruk…nampak sangat orang x suka…lagi satu banyak sangat blog2 yang wujud kutuk pasal BN nie……..so, sedikit sebanyak, ramai la yang terpengaruh…blog x tau betul ke tidak…….sekarang banyak perkara fitnah…susah nak percaya mana yang betul……..
Saya di bilik gerakan SPR malam itu. Saya ikut Tan Sri dari awal hingga akhir proses malam itu. Sebelum dan selepas segala sidang media. Tan Sri Rashid kelihatan marah/ kecewa tiada kena mengena dengan prestasi BN atau tertekan dengan apa2 dakwaan manipulasi. Beliau marah sebab BN cuba menghalangnya membuat pengumuman malam itu. Beliau marah dengan cubaan campurtangan BN dalam tugas beliau. Sebelum tu lagi beliau dah ‘live’ tapi buat malu dia saja bila BN nak kacau. Tapi dia tetap tabah dan teruskan tugas dia, walaupun jelas dia marah. Dan jangan putar belit fakta tentang sidang media itu. Beliau hanya mengumumkan BN menang majoriti mudah. Setiap kali sesuatu parti politik menang majoriti mudah, SPR mesti buat pengumuman tersebut. Masa tu belum habis keputusan dikumpulkan jadi belum tahu 2/3 majoriti dicapai atau tidak. Reaksi beliau terhadap soalan pemberita itu kerana beliau betul2 tidak tahu kedudukan pembangkang sebab data masih bertaburan. Jadi, beliau TIDAK mengumumkan tentang 2/3. Notis yang beliau baca itu hanya notis yang disediakan tanpa butiran2 keputusan sebab belum habis kira, tapi BN sudah menang majoriti mudah. Jadi, jangan cepat putar belitkan fakta. Yang baca pun jangan cepat percaya. Tapi kalau orang dah benci, camne kita nak buat? Ingat balik kepada Allah dan jangan cepat fitnah. Astaghfirullah….
This post is very hoting, and this blog is high ranked in
the top blogs report . You can
earn some money with a good blog like this.
Khabarnya Pak Lah sudah tumpas dalam kiraan undi pertama.
Undi pos datang dan Pak Lah terus angkat sumpah.
Betulkah, Black?
Lama sangat kat atas..bagi la org lain pulak wat kerajaan..buka die org je blh memerintah.
sajak khas buat KJ
kah kah kah kah,
kah kah kah kah,
kah kah kah kah,
kah kah kah kah,
sekian
p/s 18 ribu jadi 5 ribu lebih ja…ermmm hahahahahahaha tak bleh tahan….
1000 hantu tidak dapat melawan kebangkitan ribuan rakyat …..
Realitinya bahawa kebangkitan kuasa rakyat dan kuasa orang muda (young man). Kita harus sedar tentang qada dan kadar kerana sekelip mata sahaja Allah akan mengubah sesuatu (Kun Fayakun). Apa yang penting kini ialah kita mengharapkan kebangkitan serta kesedaran golongan pelajar atau mahasiswa yang saban hari kita lihat tidak bermaya atau terkunci fikiran dan mmulut mereka. Moga-moga kemenangan adik Izzah sebagai pendorong dan ikon kepada pelajar untuk terus berjuang. Kita orang melayu sudah kepupusan pemimpin yang berkarisma selain daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Seronot giler aku tengok Pak Lah dan Najib muncung aje… huhhuhuhu
BN perlukan perubahan. Zaman dah berubah. Mentaliti msyrkt dah x seperti dulu lagi.
http://penamaya.wordpress.com
ooo tertekan..macam mana pulak dengan nie
Awal pagi tadi ketika mengumumkan kemenangan BN menang tetapi gagal untuk kekalkan majoriti 2/3, Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman ditanya oleh wartawan, “bagaimana dengan keputusan pembangkang?”, dengan marah beliau menjawab, “Saya tidak tahu”.
please la jgn nak back up dia sgt..semua orang tahu cara dia ckp penuh dengan perasaan dendam..
SPR kan parti komponen BN dan RaSHIT adalah presidennya, mestilah dia pissed off sebab BN kecundang!!!
Aparaaa…??
Nampaknya banyak betul kejutan di negeri-negeri pantai Barat! Macam tak percaya bukan, tapi betul kata Sdr Hamid bin Awang, “Kita harus sedar tentang qada dan kadar kerana sekelip mata sahaja Allah akan mengubah sesuatu (Kun Fayakun).” Rakyat Malaysia jadilah rakyat yang celik demokrasi!