Surat Mukhriz kepada Abdullah


Surat yang dihantar oleh anak kepada Dr. Mahathir, Mukhriz Mahathir kepada Abdullah Ahmad Badawi. Didalam surat ini dengan jelas Ahli Parlimen Jerlun itu meminta Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional untuk meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab keatas kegagalan BN untuk mempertahankan majoriti 2/3 di parlimen dan hilang penguasaan keatas beberapa buah negeri. Sila klik disini untuk membaca surat Mukhriz dengan lebih jelas.
Di Pulau Pinang, Umno telah mengadakan “perhimpunan haram” untuk memberi amaran kepada Ketua Menteri yang baru agar jangan mencabar mereka dalam isu DEB. Sila klik disini.
Apa kata Musa Hassan? Ternyata Umno Pulau Pinang telah melanggar arahan ketua polis negara agar parti-parti politik agar tidak mengadakan perhimpunan yang boleh membakar sentimen perkauman selepas keputusan pilihanraya umum ke 12 diumumkan.

Sementara itu semenjak malam semalam, beberapa “banner” untuk mendesak Abdullah Badawi supaya meletakkan jawatan dilihat dibeberapa tempat seperti Pandan Indah, Ampang, Kampung Baru, Jalan Jelatek, Cheras dan Taman Melawati.
Difahamkan bahawa banner-banner ini berada di 15 kawasan yang akhirnya diturunkan. Sila klik disini untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakam.
Jelas pertembungan di dalam Umno telah bermula. Orang-orang Pak Lah telah keluar berdemonstrasi kononnya hendak menjuarai isu Melayu. Ini bertujuan agar Pak Lah dilihat masih relevan.
Sementara dipihak yang satu lagi, gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah telah bermula. Alasan Pak Lah gagal untuk mempertahankan mandat BN digunakan. Sebentar tadi jika anda membuka TV, siaran secara langsung bersama Pak Lah. Apakah ini menunjukkan beliau sudah benar-benar terdesak?
Najib Tun Razak yang dihantui dengan kes Altantuya pula masih belum kedengaran sebarang kenyataan daripadanya. Apakah beliau sedang tunggu dan lihat?
Sejarah telah membuktikan bahawa jika Umno dilanda krisis, pihak lain yang akan menjadi mangsa.
Lihatlah apa yang berlaku pada tahun 1987. Umno dilanda krisis, sentimen perkauman diapi-apikan dan “operasi lalang” pun berlaku. Beratus-ratus aktivis yang tidak ada kena mengena dengan krisis ditahan ISA.
Situasi semasa menyaksikan ada sesuatu yang “besar” sedang dirancang. Pertembungan hebat diantara dua kem di dalam Umno. Siapakah yang akan menang?















nape demontarasi bukan budaya kita kata UMNO…fru x tangkap , tembak gas, air asid…Ini budaya kerja Musang Bejanggut….pilihanraya ke 13 tumbangkan terus BN.
Mungkin Khairy.
makin dasat impak tsunami ni.
fasa pemulihan x dpt nak mula2 lagi ni.
http://penamaya.wordpress.com
Aku ni peminat KJ…. Korang perasan tak sejak abis PRU12 ni muka dia tak timbul2 kat TV/SuratKhabar….. takut ke? ke Pak Lah suruh duk diam2?
Kalau macam ni aku tak minat lagi la… aku nak minat kat Obama pulak la…
its umno internal fight of power, it’s their won party problem ….. lepas tengok banner ini umno ini betul betul parti perkauman – hungry power, racist, insulting!!! ISA tak tangkap kah? umno mana sesuai untuk semua kaum? using malay and islam tergadailah (invisibly to other race) as an excuse. patutlah semua orang muntah kat BN.
biarkan LAH dan partinya bercakaran, kita buat kerja kita dan rancangkan apa yang perlu kita beri khidmat kepada pengundi yang telah memberi mandat kepada kita disamping membuat pemantauan di mana mana perlu sebab orang yang kalah tu banyak helahnya untuk menjatuhkan kita. jadi hati hati lah…
malas nak komen,itu isu antara mereka dalam bahtera yang sama,so yang tak bekenaan tak payah masuk campur lah…..
Keke. Kita sama2 Islam. Bahtera sama la tuh. HUH!
Kita tunggu dah lihat betapa hebatnya pergolakan dalam umno.Sepatutnya UMNO patut di talkinkan pada PRU12 dulu tapi parti parti bangsa Iban,Kadazan dan lain di sabah Serawak menyelamatkan Umno.Kan orang Umno suka ambil Sub -con buart projek, jadi sekarang mereka sub-parti untuk memerintah.
Nampaknya UMNO sendiri berpecah belah.. Lihatlah nanti bukan Mukhriz sahaja yang berani malah komponen2 BN tang lain pun tak setuju Pak Lah jadi PM… Pak Lah tak nyah pening2 letak jawatan.. Tapi kalau Najib pegang bahaya juga tue!
Nampaknya, semakin berani ahli-ahli UMNO menyatakan pandangan mereka, ini yang kita mahu. Mungkin anak Tun ni tulis surat ini atas arahan Tun sendiri (Berkemungkinan) ini kerana mengikut perjanjian Pak Lelah hanya satu penggal ja selepas itu diberi kepada Pak Jib balik tetapi mungkin atas desakan dari KJ maka Pak Lelah terus nak jadi PM. Tetapi apa tindakan PEMUDA kepada anak TUN ni, adakah akan buang anak TUN dari UMNO atau hanya gantung keahlian sahaja, kalau buang bukanlah keputusan yang bijak, anak TUN pun ada pengaruh yang besar di dalam UMNO jugak, pewaris TUN juga. Kita SAKsikanlah nanti ….
yahoo…bile ko nak mampus meno..kalu ko mampus laih baik!
yah beda bedu….cecepat lah gol!!!!!
Inilah masalahnya sekiranya rakyat mula bersuara meminta keadilan, ini lah akibatnya, apa salahnya jika seseorang itu bersuara, kita semua ada hak masing-masing. Saya sokong Mukhriz. Apa tindakan kerajaan terhadap Mukhriz, dipenjarakan? Mcm kes Hindraf, 5 org peguam yang bersuara meminta keadilan. I don’t knw what is going on in our nation. Malaysia negara merdeka, pelbagai kaum, tlg menolong kini sebaliknya berlaku…!!!
Surat can never forget those unlucky days when in 1994 plague made international headline for wrong reason. And in 1992 riot broke out in the city when hundreds of peoples of the Surat City lost their kiths and kins. And thousands lost their home. Several lost crores of business. In 2001 earthquake shook hole nation with its disastrous jolt. Thousand of peoples lost their lives. Though Surat was not epicenter earthquake but still damage was done here too. No Surati’s can forget 2006 when disastrous flood submerged the city. Several lost their lives while property lost still cannot be estimated.
But full marks to spirit of Surati’s in spite of several hardships it has emerged triumphant and today’s Surat is World’s fastest growing city.
http://www.shoppingsurat.com