Mukhriz dipecat dari Umno?

2008 Mac 15
by aminiskandar

Berikutan dengan surat yang ditulis oleh Mukhriz Mahathir meminta Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan sebagai tanggungjawab diatas keputusan PRU 12, beliau telah diserang oleh Umno Pulau Pinang dan Selangor. Klik disini.

Azhar Ibrahim selaku Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang telah meminta Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein agar memecat Mukhriz daripada Exco Pemuda Umno.

Sejauh manakah Umno akan bertindak keatas Mukhriz? Apakah BN akan kehilangan seorang lagi Ahli Parlimen? Dimana suara Khairy Jamaluddin dalam isu ini?

41 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 15
    Haji Amiruddin Haji Abu permalink

    Mukhriz has to be accountable for what he said… If UMNO sacked him history will repeat when his father was sacked by then TAR.

    Does it matter?

    I don’t care…..

    He is trying to learn to go up the hard way…….

  2. 2008 Mac 15
    Irham permalink

    budaya umno yg maksum…pengkritik adalah penjenayah.

  3. 2008 Mac 15
    mat BN permalink

    Ni laa yg buat UMNO berkubur, bersuara kena turun, kaki-kaki mengampu dan bodek boss tukang cover bontot boss yg tak betul. Paling aku meluat kalau bodek PM dato razi perlis tu dgn nazri aziz fuhh kalau ckp guna kepala lutut. Kalau sayang UMNO benda mcm ni kena dihalalkan, baru UMNO selamat. Takde la org melayu pecah belah tubuh byk parti. Laa ni bukan zaman Tunku dan Tun razak semua ikut telunjuk. Org melayu makin bijak. Nazri paling lantang petahankan Pak Lah dari hentaman mahathir, Tu bodek terang terangan.. Jgn laa ckp dgn aku, kita kena pertahankan presiden kita dari kena hentam. Bodoh laa kalau nak pertahan org yg tak betul, tapi apa leh buat nazri ni pun lawyer memang keja negak benang basah jer. Satu lagi kesilapan yang besar kalau kuarkan mukhris dari UMNO. Kalau nak pulih UMNO Khairy tu yg harus di terajang keluar. Nak tau kita buat undi rahsia pada perhimpunan UMNO sapa yg sokong pak lah turun, Kalau setakat angkat tangan ermmm biasa laaa aku pun kena sokong(kamera keliling beb) cuba buat undi rahsia mau 80% org UMNO undi pak lah turun. Pasai aku dok sembang dgn ahli majlis tertinggi UMNO dua tiga org ni pun dok kata kat aku patutu Pak Lah Undur dahhh. Heeee tak malu betul laa kau ni Dolah. Aku Ni ORG UMNO TAU. AKU SENDIRI MELUAT GILA CARA KAU MEMIMPIN. SCOMI GROUP TU CUKUP2 laa pasang iklan kat stadium. Khairy buat team bola nak glamour abg ipar scomo group tabur duia sponsor MYTEAM, pak lah kata abis duit scomi papa bg projek lg bilioon billioon dolar.. ni laa kroni. Najib fuhh tgk jer rosma punya demand kalau deal projek PLKN punya projek semua kena deal melalui rosma. CIMB nazir tu adik TPM, CIMB lebik berkuasa dari BANK NEGARA.. Buat personal loan dah mcm along 3% sebulan.. sendiri buat rules, Gabenor kena benarkan mampuihhh laaa UMNO aku. Tu anwar lagi mangkuk ayun berjuntai.. Masa jd TPM Bapak dia Hj Ibrahim tu pegang bape byk company dah laa tu belagak gila org tua tu masa anak TPM, pergi siasat laa oiii. Belum apa2 dan lantik anak calon PKR, Bini lagi Dia Lagi Pas tu Menantu pulak tu, hancus bangsa kuuuuu.DAP perintah, mati laa melayu. Tak tgk ke singapore mcmana PAP abg DAP perintah, dia pijak melayu lumat lumat. UMNO mana ada pijak bangsa asing. PAS. alaaa yg leh pakai Tn Guru Nik Aziz jer, yang lain ermmm jadi menteri nanti lagi teruk rasuah dan kronisma kronisma… Rumusannya masuk UMNO ramai2 berjuang dlm parti sendiri, presiden dgn tim presiden buat hal kita gulingkan, biar 5 thn sekali tukar PM atau presiden UMNO, janji org melayu dlm satu rumpun. melayu ni pepatah banyak tapi semua tak guna, kalau guna tak laa melayu ni bodoh. Nak suruh jadikan Al-Quraan pendoman idup ermm lagi laa hancus manjang takde masa jeer. Dah laaa FIKIR LAA BILA AGAKNYA MALAIKAT MAUT AKAN MENJEMPUT KITA.

  4. 2008 Mac 16

    umno lah satu2nya parti yg ahli tak boleh pilih pemimpin. semua pakai proksi, sebab itu lah timbul budaya rasuah. bila sudah disogok dgn projek tolong tutup kes jenayah pula, dah terhutang budi, semua yg pemimpin buat ’saya tetap berdiri teguh di belakang yab’. bukan berdiri teguh, sebenarnya berdiri kaku. sebab itu umno menuju kepupusan.

  5. 2008 Mac 16
    ahmaad ali permalink

    khir toyol today nak hantar bil kat exco selangor kalau tak turun cukai pintu…kepala bapak dia…najis rasuah yg dia buat buat bersihkan dulu..pkr sila cari kes2 toyol ni dah hantarkan ke jel…kami rakyat nak tengok toyol ni duduk dalam penjara sungai buloh…baru dia rasa makan tempe basi…

  6. 2008 Mac 16
    ahmaad ali permalink

    mat bn mangkuk ayun,

    kau memang gelap hati…ALlah dah gelap kan hati kau orang tak nampak kebenaran yg orang lain nampak…kalau surau masjid pun dah lupa…eloklah check diri sendiri…bukak Alquran baca makna…baca hadis2 lepas tu baru le cakap pasal islam..kalau tak …cakap macam orang tak berilmu…

    melayu..melayu, melayu…islam kau mana

  7. 2008 Mac 16

    Ini bukan citer baru…memang team dalam punya hal tak ada ingat rakyat negara punya…yang ada tak leh jadi pemimpin…tak layak la beb…tengok perang dalam umno nie
    http://bigdogdotcom.wordpress.com/

  8. 2008 Mac 16

    Salam sejahtera,

    Ringkas saja, sama ada Mukhriz melakukan tindakan tersebut lantaran kecemerlangan akal budinya sendiri mahu pun atas arahan bapanya. Namun, apa nyata Mukhriz hanya mengulangi kelakuan bapanya ke atas Tunku Abdul Rahman, muahhh.:)

  9. 2008 Mac 16
    asuhan permalink

    Hoi mat BN,
    Islam lah yang menyelamatkan melayu. tanpa Islam dah lamadah kita jadi hamba abdi di negeri sendiri.Lihat lah Kelantan Pas bejaya memertabatkan melayu kerana Islam.Kita akan jadi saperti Negara Filipina(rumpun melayu) hilang identiti dan bahasa dan budaya kerana mereka beragama nasrani. Nak harapkan Melayu lihatlah sendiri UMNO….fikir fikirkanlah.

  10. 2008 Mac 16
    Mentel83 permalink

    Saya Ahli UMNO sejak UMNO baru ditubuhkan, mengisytirarkan saya keluar dari parti UMNO. Ini kerana saya sudah tidak percayalagi kepada UMNO yang hanya melindungi puak2 pembesar sahaja. Tidak ada guna UMNO yang penyandang jawatan hanya memelihara kedudukan mereka.

    Saya juga dengan ini terpesona dengan perjuangan PAS. Saya juga telah secara terang-terangan kempen untuk PAS dalam PRI12 baru2 ini kerana wadah perjuangan nya amat ikhlas dan terarah.

    Bagi SU Agong UMNO, sila hubungi email saya untuk saya beri butiran leahlian saya untuk diambil tindakn untu memecat saya sebagai Ahli UMNO. Ini kerana saya lebih aggresif dari MUKRIZ yang tetap kempen untuk UMNO akan tetapi saya kempen untuk PAS untuk mengakar dan mencuci UMNO dari parasit AAB dan menantunya yang saya fikir gila kuasa dan proksi Singapura untuk menghancurkan Islam, Melayu dan Malaysia.

  11. 2008 Mac 16
    aab_1163 permalink

    Salam untuk semua pejuang Islam.
    Sebenarnya Mukhriz seorang yang tidak IKHLAS dalam perjuangan UMNO nya. Ini semua bapak dia yang rancang. Di zaman Tunku dulu bapaknya yang buat surat layang, sekarang anaknya pulak yang buat surat terbang. Kepada semua rakan-rakan yang tak sewaktu dengan UMNO, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.BIARKAN…BIARKAN…BIARKAN. Jaga PAKATAN BA kita elok-elok. Ini semua GIMIK depa….

  12. 2008 Mac 16

    tok guru nik aziz risau bila orang tak tegur dia.

    hmmm… ?

  13. 2008 Mac 16
    zulkipli permalink

    Umno ni sebenarnya parti bodek.Klu tak bodek jadi lah mcm Anwar, kena pecat dan penjara.Umno sepatutnya pikir kenapa org Melayu Meluat.Apa Pm cakap hanya brg naik dan rasuah saja punca pengundi lari tetapi kenapa tak sebut hal hal kehakiman spt kes altantuya,VK linggam dan lain lain.Kenapa tak sebut jenayah yang melibatkan org org VIP.Rakyat meluat kerana kes kes spt ini tidak di tandatangani dengan telus tetapi kalau kes melibatkan rakyat marhaen akan diadili dgn serius walaupun kadang kadang tak telus pun .Bagaimana rasuah melibatkan org org atasan.Kalau rakyat bersuara di pandang indah tak indah.Sepatutnya siasat dgn telus , ini tidak boleh buat senyap dan cuba timbul isu lain agar rakyat lupa.wahai pemimpin BN rakyat tidak bodoh dan dungu lagi….

  14. 2008 Mac 16
    anak ketereh permalink

    mampus lah diaorang…susah apa…pecat…masuk pembangkang….suruh berhenti..kaya dah…berhenti susah apa…ngundi balik…susah apa nak kira ?… bakpe..negara ni milik diaorag ke ?…LU FIKIR-FIKIRLAH SENDIRI MUKHRIZ… kami tak boleh advise mu…

  15. 2008 Mac 16
    Badukang permalink

    Mukhriz betul dalam tindakannya.. Setiap orang bebas bersuara.. kenapa kalau orang bersuara harus dihukum..??? salahkah kalau bersuara??? takkan nak jadi Pak turut saja..

  16. 2008 Mac 16
    madbi permalink

    lagi lagi mukhriz, lagi lagi kj, apalah sangat diorang tu kalau tuan tuan semua tak ambil pusing… pegi mamposla… kita buat kerja kita masing masing, jaga keluarga dan anak isteri bagi makan baik baik. apa untungnya kita kalau malaun 2 ekor tu tergolek??? kita gitu gak , kalau atk kerja sapa nak bagi nafkah pada keluarga???? so, kita teruskan kehidupan dimuka bumi yang Allah ciptakan untuk semua manusia ini dengan sebaik baiknya, ada ceramah atau kuliah /pengajian /majlis ilmu ,lapangkanlah masa menghadirinya buka minda bersihkan hati pohon lah hidayah dan kesejahteraan untuk semua ummat Islam di seluruh dunia terutama para Anbia’ , Syuhada , Solihin , para pejuang Islam seluruh dunia dan Mukminin seluruhnya semoga mendapat rahmat Allah di Yaumilkiamah…Amin

  17. 2008 Mac 16

    Dok la dalam UMNO..nanti kne jd kaki bodek sepanjang masa… tegur sket kne gam, kne buang, kne tembak, kne bunuh..hehe

    tapi…pakat nk dok jugak dlm UMNO tu.. nk makan duit rasuah kot?? ye la..seronok jd kroni..untung banyak :D

  18. 2008 Mac 16

    huhuhuhu…..
    best la membaca

  19. 2008 Mac 16
    pakcik superman permalink

    mengikut penilaian pakcik yang dah lama terbang dalam dunia ni… UMNO lebih hancus dari PAS… kuburkan je la UMNO tu… PAS kan ada untuk membela MELAYU & ISLAM

    atuk pakcik, bapak pakcik… semuanyaaaaa UMNO… sebab apa? sebab diorang dah ditipu dengan UMNO. konon UMNO perjuangkan MELAYU & ISLAM. ternyata, kat negeri pakcik ni, berapa banyak tanah orang Melayu dah kena jual ngan UMNO! cuba teliti baik2, setiap kali BN buat projek, mesti kena kat tanah orang Melayu… lepas projek siap… orang Melayu dah tak mampu lagi duduk kat situ

    kalau pasal setinggan Melayu… kejap jer kena sondol ngan JCB… kena bulldozer. cuba ngan setinggan Cina dan India… kecoh sikit… kejap lagi dapatlah status TOL dsb.

    UMNO adalah lambang kebodohan, ketamakan dan kejahiliahan orang Melayu!

    kalau ada yang kata UMNO telah memerdekakan Tanah Melayu… itu bodohlah… kau baca buku sejarah BN buat memang la cakap camtu!

    UMNO BODOH!

  20. 2008 Mac 16
    pakcik superman permalink

    pakcik memang ahli UMNO secara otomatik walaupun tak pernah bayar yuran tahunan. siap dapat kad keahlian lagi. kahkahkah.

    tapi PRU12 pakcik pangkah semua pembangkang. sebab apa? sebab pakcik dah pandai. dah tak bodoh dan jahiliah macam dulu. pakcik sekarang sokong PAS, sebab pakcik yakin kepada perjuangan untuk ISLAM akan menyelamatkan semuanya dari kehancuran. apabila orang Melayu / Islam mengamalkan ISLAM secara otomatik Melayu, Cina, India, Dayak , semuanyalah akan selamat dan adil. masuk UMNO, semuanya jadi rasuah, kroni, nepotisme dan banyak benda2 haram lain. slogan memperjuangkan Islam dan Melayu tu bohong jer… tipuan belaka… pemimpin UMNO sendiri tak pandai didik anak isteri… macammana nak pimpin negara? bodoh sangatlah kalau masih percaya dengan pemimpin2 UMNO tu. bodoh, bebal dan bangang!

  21. 2008 Mac 16
    mr jebon permalink

    Saya setuju ngan pakcik Superman. Walaupun saya tak boleh terbang, tapi saya pun pandai juga.

    Ingatlah, orang bijak pandai tak akan sesekali percaya kepada UMNO dan BN. Sebabnya ialah UMNO itu ialah lambang rasuah, kronisme, nepotisme, jahiliah, tamak haloba, penipu dan segala macam kejahatan yang lain. Sejarah telah membuktikannya!

    Hanya orang Melayu yang bodoh, bangang, bengap dan bebal (UMNO 4B) jer yang masih sokong UMNO!

    Ingat UMNO, ingat 4B;

    Bodoh
    Bangang
    Bengap
    Bebal

    Sekian, terima kasih.

  22. 2008 Mac 16
    rubyies permalink

    pasal politik ni sebenornya semua kotor..takde yg perfect..sapa memerintah sama je…yang bodoh rakyat yang p mengundi dapat pa???mereka dan anak-anak mereka semakin kaya raya tapi kita semakin terhempit dengan masalah kenaikan,sana sini naik…gaji tak naik-naik gak…kakitangan kerajaan adalah naik tahun lepas untuk yang berkerja swasta lagi teruk!diaorang tak henti-henti dengan lobi melobi sapa menang!da menang nak lagi menang!tak rasa bersyukur…contoh anak ex pm kita..muka baru..da menang nak lagi tu jawatan pm macam bapa dia…eeeee sabar-saborlah dulu cik abang…jangan takut kalau rezeki tak ke mana…dapat punya jadi PM tu….tapi janganlah namapak sangat golojoh tu…sepatutnya sekarang adalah masa untuk melihat rakyat yang telah mengundi mereka-mereka ini yang sah dah dapat gaji berpuluh ribu sebulan….kami ni ikat perut kerana bahana mereka-mereka yang leka mencari kekayaan dan membesarkan empayar keluarga.

  23. 2008 Mac 16
    mat BN permalink

    Ahmaad ali.. jgn jd bangang buta hati..Nak cerita parti kena laa melayu kalau nak cerita bab ISLAM tu kena rujuk pada sultan-sultan kita, ITU kita punya ketua agama bukan UMNO atau Pak Lah.. Ni cerita semangat melayu.. kalau nak nak cerita soal semangat ISLAM berapa byk kau dah hulur bantuan utk sedara2 ISLAM kita yg kat Afrika yg sengsara.. Nak cerita pemerintah ISLAM.. pak-pak arab kita yang dok dlam negara ISLAM pun hidup cam org kafir jugak… kalau kau dah sampai sana laa. Masuk KOTA SUCI jer lilit kepala kuar jer ke jeddah ermmm kalibulmalami laaa.Jgn buta sejarah.. jgn hidup mcm lalang.. atuk nenek kita menghargai UMNO yang meMERDEKAkan MALAYSIA.. kita tak boleh benci UMNO. Aku sendiri tak buta hati.. sebab tu aku suruh org2 yg memimpin UMNO sekarang ini turun dgn cara hormatnya.. ni laa pepatah melayu marahkan nyamuk seekor habis kelambu di bakar… jadi baik kita lenyek pak lah nyamuk ni utk menyelamatkan UMNO..JGN hukum UMNO laa… Apa yg kau perjuangkan dlm PKR.. baik join DAP jer.. manusia semua mana ada yg betul.. Undi BN masuk neraka kernana BN ada MIC dan MCA. Ni yg PAS dok pakat dgn DAP yg terang2 tolak ISLAM apa citer.. Senang citer, ni semua pasal nak capai agenda peribadi jer.. Perjuang cam kita ni jer dok bertekak kat sini tak abis2.. Lg satu yg aku nak bagi tahu kau ahaamad ali.. nak kata PAS martabatkan melayu kat kelantan ermmm.. melayu kelantan yg berjaya semua dok meniaga kat KL, kat kelantan ermm lelaki masih jd kaki lepak kat warung hok betina gi kerja.. lg kalau kes cerai berai dan haruan makan anak kelantan jugak yg top.. jd nak salahkan sape tu? Kerjaan langit dah bertahun berpat kat terangganu masa PAS merintah.. Bila BN pegang terengganu terbongkar semua. Jd kemungkaran ni tak kira sapa pun perintah tetap sama jer.kalau DAP perintah lg hancus cam singapura laa leh romen kat khalayak ramai bulan pose leh makan.. k laaa. Byk jugak masjid di buat oleh kerajaan BN kat Malaysia ni, terutama kat KL ni. Tapi koranbg tlg laa kempen Pak Lah dgn NAjib turun sebelum UMNO parah..

  24. 2008 Mac 16
    rahsiainternetmalaysia permalink

    aku langsung tak abik tau pasal PAS, UMNO atau PKR… semua politik kotor nak mampos..

    tak perlu korang tegakkan benang yang basah.. baik korang buat kerja korang sendiri dari asyik bertelagah.. yang penting islam diutamakan dari melayu baru betul..

  25. 2008 Mac 16
    Nasron al-Jauhari permalink

    aku tak setuju ngan kau rubyies… “pasal politik ni sebenornya semua kotor..takde yg perfect..sapa memerintah sama je…yang bodoh rakyat yang p mengundi dapat pa???”

    sebelum ni ada sesiapa ke yang memerintah Malaysia selain BN? macamana kau cakap semua sama?

    kau kena take action, jangan asyik nak mengeluh tanpa berusaha!

    usaha kita sebagai rakyat biasa adalah dengan cara mengundi pada pilihanraya. pilih wakil yang berkaliber, bukan wakil yang sangap!

  26. 2008 Mac 16
    rubyies permalink

    jangan kata mengata parti lain..parti sendiri kena cermin dahulu…Umno oh Umno dalam Umno sendiri penuh dengan lobi melobi,tindas menindas,fitnah menfitnah,dengki mendengki,birokrasi…macam-macam lagi….Umno sendiri yang membawa melayu jatuh dan di pijak…Dap baru beberapa hari memerintah dah kata melayu di tindas di pijak apa-apa lah lagi sedangkan sebelum ni Umno BN memerintah lagi berat sebelah…IKM,ILP,MRSM, di Sabah kebanyakan kakitangan dari Semenanjung dan majoriti berbangsa melayu!di IKM kota kinbalu hanya seorang yang berbangsa kadazan dalam pentabiran….kononnya ini memberi peluang perkerjaan untuk rakyat sabah tetapi itu hanya perisa untuk penyedap rasa…seluruh malaysia kakitangan perkhidmatan yang kita lihat ada berapa ramai yang berbangsa cina india?di p.pinang baru je Dap memerintah belum nampak lagi keberkesanan kerja mereka…tapi Umno sudah melenting!melayu sudah cukup selesa,cukup segala-galanya mahu apa lagi…tahulah melayu sedarlah jangan terlalu lena dengan keistemewaan yang telah termaktub dalam negara kita Malaysia…melayu harus bangkit berdikari,jangan cepat melenting!beri peluang pada mereka yang berbangsa lain,itu satu perubahan angin sekiranya sudah terbukti mereka menindas orang melayu seperti negara jiran(kita tidak tahu bukan kita yang merasa)tempoh 4 tahun atau 5tahun itu cukup singkat jika terbukti sampai masa tersebut kita undi lain pula!macam BN kata muka baru untuk perubahan baru…BN kata macam-macam kenapa parti pembangkang kita nak pandang rendah…jangan hina,khianat,iri hati,benci itu satu dosa besar bagi orang melayu khusus mereka yang beragama islam sedangkan agama lain pun ada mengatakan itu adalah sesuatu kelakuan yang tidak patut kita lakukan.apa pun parti yang memerintah ianya sudah terjadi maka kita terima dengan hati terbuka insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar dan lebih baik dari sebelumnya…janganlah kita mendoakan sesuatu yang buruk.jika terjadi di sebaliknya kita doakan agar ianya tidak berpanjangan.kita hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kesilapan,sesiapa saja melakukannya tidak kira pangkat usia atau bangsa maka janganlah tidak wasangka terhadap sesiapapun setelah kita mengenal hati budi mereka.Kepada BN janganlah terlalu mengutuk,memandang rendah,dengki dengan
    parti pembangkang kerana BN didalam kamu penuh dengan dusta,khianat,dengki,fitnah,rasuah.bersihkan diri sendiri sebelum membersihkan orang lain.pada parti pembangkang jangan riak dan takbur,buktikan kamu lebih baik dari yang lain dan pastikan diri sendiri telah bersih sebelum orang lain bersihkan!

  27. 2008 Mac 17

    congratulation! YOU in
    top blogs

  28. 2008 Mac 17
    Jampok2008 permalink

    mengapa kita semua harus berbalah sesama sendiri mengenai parti, menghina dan mencerca parti atau individu yg kita tak suka…..
    Apa yang telah berlaku sesungguhnya adalah kuasa ALLAH SWT. Kita sebagai hambanya sepatutnya mengambil iktibar dan menjadikan pengajaran…. Mana yang tak betul kita betulkan, yang rosak kita perbaiki. Sepatutnya kita bermuzakarah mencari jalan penyelsaian bukannya bertekak menyalahkan sesama sendiri. Al-Quran dan Hadis sebagai panduan kita bukannya perasaan marah dan dendam kesumat yang akan membawa kita kearah kehancuran.
    Semua yang telibat ada pengajarannya,
    UMNO / BN, PAS/PKR/DAP dan juga pengundi2 Melayu Islam.
    Orang2 Melayu berpecah belah kerana kuasa dan harta, orang2 bukan Melayu bersatu hati dibawah satu parti, orang2 Melayu Islam dipersendakan.
    Janganlah disebabkan berlainan fahaman politik kehidupan kita hancur…..
    Hanya satu sahaja yg berkuasa… Allah SWT… mintalah pertolongan dan panduan dariNya

  29. 2008 Mac 17
    GenLord permalink

    Isu dalam UMNO ni memang isu dalam yang dah jadi ‘kudis’..mereka sesama sendiri pun tak sehaluan,..nak suruh rakyat ikut sama. Apa ke jadahnya…!!! Rakyat mahukan PERUBAHAN,..dan rakyat dah tunjuk kan KUASA pensil UNDI di PRU12 ini,..masih lagi ada orang UMNO yang tak faham,…
    Kita sepatutnya sebut MElayu Islam,..bukan sekadar Melayu,..nanti jadi Layu…
    Sebagai Melayu Islam, kita kena martabatkan Bangsa Melayu itu,..bukan martabatkan ‘kocek’ sendiri,…itulah yang berlaku sekarang,..semua ada agenda sendiri,…rakyat menderita,..mereka semua kaya-raya…
    Maka dengan itu, adalah diharapkan PERUBAHAN akan berlaku,.zaman telah berubah,..rakyat dah jemu,..dah naik muak dengan macam ‘kenaikan’..kejap-kejap Tol naik,..petrol naik,..harga barang naik,..Hujan aje yang turun,..lain semuanya naik,….Apa nak jadi,.Kata Kerajaan nak tolong rakyat,..tapi tolong bagi susah ada le….Fikir2kan la….

  30. 2008 Mac 17

    Tertarik juga nak komen sebenarnye … cerita pasal politik ni mmg lah panjang … tapi yg benar2 menjadi titik permulaan (ni yg aku rasalah) adalah isu pemecatan Anwar Ibrahim. Ia bermula pada Pemilihan UMNO 1993 masa tu Anwar Naib Presiden UMNO dan pada pemilihan UMNO tu Anwar menentang Ghaffar Baba (Arwah) dan selepas Anwar jadi Timbalan Presiden + TPM (secara Automatik) maka jawatan itu (Timbalan Presiden) di isytiharkan tidak boleh di tentang sama jawatan Presiden. Kemudian Anwar menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan dan TPM ketika itu menarik balik bantuan kerajaan pusat keatas Kelantan (PAS sehingga menganjurkan solat HAJAT di stadium negeri minta ALLAH menglakhnat Anwar), Sebelum Anwar di pecat dengan isu moral oleh UMNO telah kedengaran isu tersebut di kem PAS lagi (1996-1997 aku pernah baca temubual MAT SABU dengan wartawan Majalah milik PAS yang telah diharamkan selepas itu nama majalah tu aku dah lupa aku baca sebab housemate aku orang kelantan dulu). Ketika isu itu hangat di Kem PAS termasuklah buku 50 DALIL KENAPA ANWAR TAK BOLEH JADI PM, Anwar menggunakan kuasa nye sebagai orang no 2 menggunakan Polis mengugut UMMI HAFILDA (kalau tak silap lah dan pengarang buku tersebut Khalid Jafri). Dan nak di jadikan cerita (mungkin doa2 rakyat kelantan yang terinyaya ketika anwar tarik balik bantuan dulu) krisis ekonomi Asia melanda. Byk tindakan Anwar membelakangkan negara. Anwar menerima pakai IMF punya pendekatan iaitu dengan menaikan kadar faedah yang mencecah sehingga 10% (sapa yang beli kereta pada tahun 1998 tu tau lah berapa interest dia). Dan ketika itu Anwar di lantik menjadi Pengerusi Pembangunan IMF. Mahadir tidak suka dengan pendekatan Anwar kerana boleh mengundang padah kepada negara, ekonomi negara boleh jahanam jika tidak disekat. Sebelum Anwar menjadi Menteri Kewangan & TPM nilai ringgit kita RM2.20 – USD 1.00 tapi ketika Anwar menjadi TPM & Menteri Kewangan nilai ringgit kita ketika itu RM3.90 – USD1.00 sebelum Mahadir dan Daim menambat pada RM3.80-USD3.80 untuk mengelak nilai ringgit menjadi tidak bernilai. (nota* Anwar hanya berkelulusan Kesusastraan Melayu Universiti Malaya) …. disini bermulanya kisah UMNO, PAS dan Keadilan. Selagi ia adalah POLITIK pasti ada tangan kotor yang akan mengotorkannya. *** semua fakta di atas di ambil dari bahan bacaan yang aku dapat dari aku tahun 3 di sebuah universiti tempatan ***

    Selepas itu timbullah Keadilan. PAS yang dikenali dengan perjuangan ISLAMnya tiba2 berpakat dengan DAP (tapi tidak lama). Sapa yang baca pasal DAP dan PAP akan tau apa agenda DAP. Ingat Melayu Singapura dah tak ada tanah! yang ada cuma tinggal tanah KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD dari WOODLANDS sampai ke TANJUNG PAGAR itu lah tanah milik melayu di Singapura. – + KEPADA PAK LAH SILA LAH BERUNDURLAH AKAN KERAJAAN NAK DI JADIKAN MILIK KELUARGA PAK LAH KE? pada parti yang menang ingatlah kuasa ditangan KAMI yang bernama RAKYAT sekali kami pangkah boleh merubah iklim politik MALAYSIA. PADA KIT SIANG INGAT! JGN BIADAB DGN MELAYU! INGAT MELAYU DENGAN RELA HATI BERI TARAF KEWARGANEGARAAN JGN PULAK HAK ISTIMEWA MELAYU NAK DIPERTIKAIKAN! KAMI BOLEH PERTIKAIKAN JUGA MANA CINA DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA NI?????? KALAU BERPERANG CINA NAK TURUN KE DENGAN BANGSA MELAYU????

  31. 2008 Mac 17

    ** ralat RM 3.80 – USD 1.00 bukan RM3.80 – USD3.80

  32. 2008 Mac 18
    Calon Rembau 2013 permalink

    Jangan kutuk-mengutuk, caci-mencaci, fitnah-menfitnah dan mengaibkan orang. Semuanya bukan amalan umat islam. Tak kiralah org PAS, UMNO, PKR dan DAP.

  33. 2008 Mac 18
    azmi bin hamzah permalink

    antara sebab2 kekalahan umno/bn baru2 ni adalah kerana sifat bodek,penakut,cah keting kerana bimbang hilang jawatan di dalam parti. sampai bila orang melayu nak maju. pantang melayu derhaka kepada ketua tetapi apa salahnya jika datuk mukhriz memberi pandangan ikhlas demi kebaikan semua. kepada mereka yang berkaitan hentikanlah tabiat buruk “ok bos” demi kepentingan melayu. kita sepatutnya bangga kerana mempunyai seorang lagi anak melayu yang mewarisi perjuangan ayahandanya.kita perlu buang sindrom “syok sendiri” jika nak lihat bangsa kita bertambah maju.sama2 kita berdoa semoga agama dan bangsa kita sentiasa berada di tempat yang mulia baik di dalam dan diluar negara.marilah kita sama2 membina kekuatan melayu tanpa menyusahkan sesiapa. insyaallah……… rakyat kelantan kelahiran penang

  34. 2008 Mac 19
    khusa permalink

    aku rasa orang kuat dalam UMNO kena lawan Pak Lah , Pak Lah kena tukar..aku cadangkan KU LI and Mukriz lawan Pak LaH dALAM PEMILAHAN UMNO nanti..KULI the geniuos man..KULI should come back.

  35. 2008 Mac 19
    rubyies permalink

    kepada nasron al janhari,yelah BN memerintah tu lah pasal dah berapa lama!bila ada pertukaran parti memerintah da ada yg melenting!tukar le menteri-menteri yang da lama tu…ahhh macam datuk rafidah aziz tu rupenye da dlm rekod dunia menteri paling lama pegang jawatan.yelah.p undi pun yg lantik menteri tu bukannya rakyat!pm gak lantik….sama je tak caya tunggu dan lihat apa kata org2 perlis,kedah,p.pinang,klatan,trengganu ….bukan masalah parti…parti tu tak bersalah…orang2 yg ada dlm parti tu yang kena warning sikit,sudah kena undi kena buat keja!sapa kata tahu mengeluh je!mungkin saudara dalam golongan atasan seperti menteri2 tu…harga barang naik takda hal pun,poket tak ruak!sa orang susah gaji RM800 kerja 12 jam sehari,6 hari berkerja,sewa bilik rm200 sebulan,tambang bas p keja rm104 sebulan,anda banyangkan rm496 untuk sebulan untuk barangan asas dan makanminum cukup!orang-orang seperti kami ada ke yang nak bantu,tidak layak!kerana berpendapatan bulanan tapi cukup ke tidak, tahu ke menteri2 kita!malah 1 hari off pergi lagi buat kerja part time…en nasron itu ke yang di katakan asyik mengeluh tidak berusaha!golongan seperti kami amat terasa terseksa kerana gemelut politk dan menteri2 yang tidak berusaha untuk tidak menaikkan harga barang!bermacam alasan mereka tetapi kami bila bersuara en nasron kata mengeluh dan tak berusaha!BN anda lihat Maalaysia telah berubah maju tapi adakah anda pasti dan yakin 100% maju berubah dan tidak ada yang tercicir?oleh itu janganlah kita asyik bercerita dan asyik bela membela ahli politik parti politik…tapi renung-renunglah keadaan diri sendiri dan keluarga untuk masa-masa mendatang kerana ahli politik parti politik tidak akan duduk bersama setiap masa bersama anda!

  36. 2008 Mac 20

    rubyies… kau dah salah faham apa orang cakap kat sini… salah faham apa yg nasron al-jawari tu tulis. kau ni jenis yang tak fikir panjang la agaknya.

    usaha yang dimaksudkan untuk memperbaiki keadaan bagi seorang rakyat kecil ialah dengan menggunakan hak kita sebagai pengundi pada waktu pilihanraya. sebagai contoh, kau jangan pangkah BN… kau pangkahlah BA. ini sebagai satu usaha bagi menyekat pemimpin2 korup tu terus berkuasa. alhamdulillah cara ini telah terbukti. 5 negeri dah diambil alih oleh BA!

    nasron tak ada cerita pun pasal overtime, kerja dll. kekeke.

    PRU12 dah pun tamat, kau mengundi tak hari tu? tak ngundi? tak daftar pun? orang macam kau ni tau membebel jer. usaha malas! lepas tu selalu tak faham atau salah faham!

  37. 2008 Mac 20
    rubyies permalink

    tahu tak susah payah orang p mengundi.berjalan kaki 15 minit naik perahu 40 minit jalan kaki lagi 10 minit.itu belum kira saya naik kapal dr kl!!!kenapa saya kat KL kerana tempat saya tidak ada tempat cari rezeki.saya tidak ada tanah nak bercucuk tanam!!!panas hujan kami harungi ke tempat mengundi balik dengan perut lapar…

  38. 2008 Mac 21
    mat BN permalink

    apa laa nak dikecohkan… nak cerita jadikan malaysia negara Islam? memang dah negara islam pun.. Satu dunia pun tahu Malaysia negara Islam..Nak dok kata UMNO gagal memarbatkan Islam.. ermmm rasanya tak kut,. Tgk masjid-masjid naik cam cendawan tumbuh.. cuma jemaah jer 1 atau 2 saf (melainkan hari Jumaat). nak kata tanggungjwb UMNO bwk org ramai2 masuk masjid.. ermmm itu kena la fikir sendiri. Kelantan yang PAS memerintah hampir 20tahun pun gagal menyeru umat Islam memenuhi masjid(melainkan ada ceramah parti .Penuhlah!) Jadi dimana silapnya.. Sebenarnya bab Iman ni bermula dari didikan kedua Ibubapa dan guru agama(kalau ibubapa perihatin la menghantar berguru).. Jadi soal melahirkan manusia2 yang beriman bermula dari rumah.. jadi bagi bapa/ayah/daddy/baba dan mcm2 lg kitalah pemimpin bagi menenteukan corak genarasi akan datang..sebelum kita berbalah sesama sendiri kita renungkan diri kita.. bagi yg telah menjadi ketua keluarga ada ke kita berjaya dlm membentuk keimanan isteri dan anak-anak kita. Ketua Agama bagi setiap negeri bukan UMNO.. atau Pak Lah (carilah sendiri)..Bagi Individu PAS yg menjadi ketua di negeri Perak tolong laksanakan penutupan semua kedai judi, pusat maksiat, pusat pelacuran dll. Itu pun yg di laung-laungkan oleh Parti PAS selama ini.. kalau tak boleh, sila berundur dari menerima dosa. Pak Lah tetap silap dlm memimpin UMNO.. Tolong selamatkan UMNO. DAP parti perkauman.. tgk jer PAP di Singapura.. UMNO sajer yang menyelamatkan Melayu dan Islam di MALAYSIA..PKR parti memecah belahkan orang melayu dan memperjuangkan hak individu(ANWAR IBRAHIM) yang mana semasa dia didalam UMNO sendiri pun main politik kotor, kroni dan rasuah terang2an.. Ahli PKR kat Selangor semua dah mula kumpul nama utk mohon tanah lot.. maklumlah dah 10tahun memperjuangkan PKR..mesti mahu hasilnya.. Kalau MB Khalid gagal kurnia tanah kat semua ahli,, tgk pula pengeluaran beramai2 ahli PKR sertai UMNO.. nilah pejuang2 parti sekarang.. Kita sama2 perbaiki kelemahan UMNO utk terus berkuasa di NEGERI TANAH MELAYU.. W`SALAM.

  39. 2008 Mac 21

    Istihar negara islam dan bina masjid banyak2 tu…dah kira memartabatkan islam ke?? ape yg sy tahu, kalo nk ikut Islam betul2 kne ikut ALQURAN dan SUNNAH..buat ape yg disuruh, cegah ape yg dilarang oleh Allah…Bila dah dpt kuasa, kne la implement Amar ma’ruf nahi mungkar..mcm pas buat kt kelntn(Alhamdulillah)..nk tgk lepas ni buat kat kedah plak..tp, betul2 la kena sabar..negeri kotor yg ditinggalkan kne bersihkan dulu..cuci ape2 yg patut..sbb ISLAM xbleh ditegakkan jika jahiliyyah berleluasa :) Martabatkan parti ISLAM, xnak parti perkauman! BElajar dr Sirah Nabi, madinah, ISLAM itu penyesaian kepada sume masalah :D sy tolak perkauman

  40. 2008 Mac 22
    Fahizal permalink

    Apa nak gaduh gaduh pasal parti, UMNO tukan nama sebuah parti je. Parti tak salah apa2 pun, yang bersalah orang2 yang dalam parti tu, sesapa yang menyokong tu memang patut pun dipanggil bodoh bahalol pasal menyokong pemimpin keparat.

    Walau apa parti sekalipun baik PAS, PKR, DAP dan lain, kalau pemimpinnya sekeparat macam pemimpin UMNO, memang patut kena tendang dan penerajang pun.

    Yang penting kita melayu ISLAM mesti bersatu, itu yang dituntut.

    UMNO tak semestinya Melayu, dan melayu tak semestinya Islam. Lu fikirlah sendiri….

    Yang penting aku sokong ISLAM bekal ke AKHIRAT.

Trackback & Pingback

  1. APA NE ? « HALIM HASSAN (DBD4690)KG,BELUKAR.PULAI CHONDONG

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS