Kabinet Khairy Jamaluddin: Dua orang tolak jawatan Timbalan Menteri!

2008 Mac 18
by aminiskandar

Sebenarnya, Khairy Jamaluddin mahu menjadi Menteri Penuh. Kenyataan yang beliau tiada niat untuk menjadi menteri selagi Pak Lah masih berkuasa adalah penipuan semata-mata. Beliau mahu laluan yang cepat dan selamat selagi Pak Lah berkuasa.

KJ sepatutnya mahu menjadi Menteri Belia dan Sukan. Akan tetapi apabila Pak Lah mengumumkan perkara ini didalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang lalu, beliau mendapat bantahan yang hebat. Menurut sumber dalaman Umno, Muhyiddin Yassin dan Rafidah Aziz adalah penentang yang paling lantang membantah perlantikkan Khairy ke dalam kabinet.

Rafidah Aziz yang paling marah sehinggakan menghentak meja, tegas dengan pendiriannya bahawa Khairy Jamaluddin perosak Umno. Akhirnya Rafidah dikorbankan daripada dilantik kembali menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Muhyiddin tidak dapat dikorbankan kerana Pak Lah bergantung kepada Naib Presiden Umno itu untuk terus kuat dalam Umno. Pak Lah yang pasti akan dilawan oleh Rafidah dan Wanita Umno tidak mampu untuk berlawan dengan banyak pihak. Sebab itulah Pak Lah harus memilih salah satu dan Muhyiddin dipilih kerana “ranking”nya yang paling kanan berbanding Rafidah.

Jika anda lihat senarai kebinet baru, anda boleh melihat kemaraan orang-orang Khairy. Wan Farid yang tidak bertanding didalam pilihanraya dilantik menjadi Senator sekaligus memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. (Apakah insiden Batu Burok akan berulang?)

Sepupu menantu PM Shaziman Mansor telah diangkat menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. (Kata orang kementerian ini diantara lubuk duit)

Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang rapat dengan Khairy juga telah dilantik menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah walaupun tidak bertanding dalam pilihanraya. (Ini usaha untuk merampas kembali Selangor pada pilihanraya umum akan datang)

Walaupun tidak menjadi Menteri Kabinet, Khairy masih lagi menguasai kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, dengan menguasai bapa mertuanya sahaja, beliau telah menguasai negara. Semua jawatan penting seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain tetap dikuasainya.

ec087bf835e2d904289a01a326a3bc91.gif

Orang-orang Najib telah disekat. Jamaluddin Jarjis diantara senarai yang terkeluar. Jika masih terus “play safe”, Najib pasti akan digulaikan dalam pemilihan agung Umno akan datang.

“Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: “Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.

“Anda yang bertanya mengenainya… orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara.” (Abdullah Badawi, Malaysiakini).

Maklumat terbaru diterima, Dua Timbalan Menteri yang baru dilantik tadi enggan menerima jawatan. Klik disini dan disini.

Pernolakkan jawatan ini berkemungkinana kerana dua ahli parlimen tersebut tidak sanggup untuk bersekongkol dengan “Kabinet Khairy”.

13 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 19
    peace in hope permalink

    Selagi si Gangster Rembau tu dibenarkan ‘berkata-kata’, selagi tulah dia akan membebel. There’s no doubt that he will be influencing his papa-I-L and the rakyat can see it for themselves this time. Tunggu je lah 4 tahun je lagi.

  2. 2008 Mac 19

    Mintak izin untuk ambil keratan Barisan Kebinet 2008… terima kasih.

  3. 2008 Mac 19
    Pak Long Gunung Medan permalink

    Kenapa Menteri HEDN letak jawatan S/U UMNO dan BN. 1. Agaknya sebelum kena henjut dek perwakilan pada mesyuarat agong akan datang baik cabut awal. 2. Projek kucar-kacir Perlis dah berjaya. 3. Agak-agaknya apa ye……..

  4. 2008 Mac 19

    teringin gak tgk aksi KJ bakal di hentam oleh pemimpin dr BA dlm parlimen huhuhu….

  5. 2008 Mac 19
    careliph permalink

    Apa kaitan KJ, Anuar dan Pak Lah?

  6. 2008 Mac 19

    apapun blognya, tempat kumpulnya di http://www.id-blogger.com :)

  7. 2008 Mac 20

    Where we tonight shall camp?….The top blogs of the day. the newest report , see and reply me some comments. Thanks.

  8. 2008 Mac 20

    Tak sabar nak tengok KJ berdebat di parlimen.Berani ke?Jangan ponteng dah lah.Mcm tak pasti je KJ berani berdebat di parlimen sbb Che Gu Bard ajak berdebat di Rembau dulu pun dia dah senak perut sampai cirit-birit tak boleh keluar tandas.

  9. 2008 Mac 21
    pendakwah bebas permalink

    hebat cerita dlm blog ni……mmg dasar merosakkan bangsa…aku suka….aku tak de hal ngan tukang cerita@owner blog ni sbb diaorg ni memang kaki tipu..tp yg gampang kat tukang komen yg komen mcm sial.tak reti komen g belajar dlu….anyway aku bg la stu blog utk korang training http://www.raksasabn.blogspot.com

  10. 2008 Mac 24
    metafora permalink

    Dah agak dah. Kalau tak Ion women kita tu masih lagi jadi menteri. Sebab semut nak bunuh gajah sembur racun serangga jadi macam tulah. Gajah tak mati semut yang mati. KJ tu kalau lintas depan aku memang tagan aku naik sendiri kemuka dia. Cakap terlalu bongkak dan takbur. Aku ni tak suka nak marah kat orang tapi kali ni aku tak boleh terima orang macam ini. Kalau orang macam ini memimpin negara silap-silap boleh berperang dengan negara jiran dibuatnya. Kepada pendakwah bebas elok hang jadi beruk dihutan kalau tak tau nak hidup berkomunikasi

  11. 2008 Mac 31
    careliph permalink

    Jika orang Melayu mahu bercita-cita besar mencipta empayar. Nasionalis bukanlah peribadinya… Demokrasi bukan jalannya…

    Sehebat manapun ketaksuban kepada bangsa hanya membawa kemunduran jiwa dan kecetekan minda. Bangsa Jepun yang terkenal dengan disiplinnya tidak mampun mengubah Dunia. Bangsa Cina dengan majoriti manusia tidak mampu mengubah dunia.. Malah Amerika sebesar negara tidak mampu menakluki Dunia.

    Yang terkesan hingga kini cuma 1… Al-Islam.

  12. 2008 Mac 31

    Kita lihat siapa lebih hebat, Si Khairy kah atau `Makkal Sakti`?
    Saksikan sendiri lautan manusia yg membanjiri Stadium Tertutup Shah Alam. @ http://whitenaval.wordpress.com
    Adakah lautan manusia di Selangor ini akan berdiam diri sekiranya Khairy menjadi Menteri?
    Takbir!!!

Trackback & Pingback

  1. Top Posts « WordPress.com

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS