Umno menderhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu
Kemaskini: Ahmad Said dipecat dari Umno. (Malaysiakini)
Majlis Angkat Sumpah MB Terengganu ditangguh lagi. (Malaysiakini)
Sebelum ini apabila Lim Kit Siang menyuruh Adun-adun DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak, Umno melenting. Mereka marah dan mengatakan Kit Siang cuba mencabar status quo orang Melayu. Demonstrasi dilakukan dibeberapa buah negeri seperti di Penang dan Selangor.
Lihat apa terjadi sekarang? Apabila Sultan Terengganu tidak mahu melantik Idris Jusoh sebagai MB, semua Adun-adun Umno mahu memboikot majlis angkat sumpah Ahmad Said sebagai MB Terengganu. Sila lihat berita dari Malaysiakini disini.
Umno juga akan mengambil tindakan disiplin dan menanggung akibat jika mengangkat sumpah sebagai MB. Klik disini. Jadi retorik yang mengatakan Umno mahu mempertahankan institusi Raja dan orang-orang Melayu adalah penipuan semata-mata.
Umno sekarang menentang Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong Malaysia.
Abdullah mahukan Idris Jusoh menjadi MB Terengganu agar Patrik Lim a.k.a Patrick Badawi boleh terus merompak harta dan kekayaan negeri Terengganu. Bila Patrick Lim kaya, maka dana untuk Pak Lah dan menantu juga akan terus stabil.
Tak percaya lagi Umno menipu Melayu?















ini adalah salah satu antara keistimewaan org melayu/umno…
“hanya org melayu/umno saja yg boleh menderhaka kat sultan”
haha!! bye bye regim hadari
Semasa prapilihan raya..aku sibuk juga memberi respons dalam blog ini.Syukur,idea-idea aku membuahkan hasil….begitulah namun Allah jua pemberi rezeki segala…sebaik tamat pilihan raya aku ditawarkan sebagai penyelidik pakar dari luar negara dengan gaji yang lumayan….begitulah bak pepatah ular menyusur akar takkan hilang bisanya..bayangkanlah aku anak Melayu yang telah memberi sumbangan kepada negara dan bangsa tercinta ini kerana aku bertuankan ketua pejabat seorang yang berketurunan lndia yang sombong angkuh aku diberi markah 75%.Ketua atasan aku keturunan Melayu seagama denganku tidak boleh berbuat apa.Begitulah baiknya bangsaku yang tidak prejudis.Sebagai penjawat awam,aku terbantut untuk melepasi kenaikan pangkat.Bagi merubah nasib, aku melepaskan jawatan.Dan bersabung nyawa hampir dua tahun.Kini berkat sabar,ikhlas dan doa insan teraniaya maka aku dapat ganjaran daripada Allah SWT. Justeru, teruskan perjuangan baik sdr Anwar lbrahim dan sesiapa yang pernah teraniaya. UMNO sebenarnya dianggotai oleh ramai kini yang lupa diri dan lupa sejarah.
pada saya lebih baik tak ada umno. adapun banyak menyusahkan rakyat. kalau setakat ahli umno yang susah dan menderita, apa aku peduli, lantak kau orang nak buat yang kau orang suka.
aku berpegang pada jaminan Allah, buat baik dan melarang buat jahat/maksiat.
ahli dan pemimpin umno ada buat yang Allah suruh….? atau larang apa yang Allah larang…..?
omno menderhaka?
Penderhaka kepada Raja dan Sultan sewajarnya dihukum dengan hukuman yang berat. Buat permulaan sebagai pengajaran, mana-mana ahli UMNO yang celupar dan menderhaka kepada Raja dan Sultan ditarik balik gelaran Datuk.
iDRIS jUSOH + umEnO = BIADAP!!!
inilah yg sepatutnya digelar kpd mereka yg xtahu status diri.. menentg dan mengkritik sultan terengganu adlh sgt biadap dan sepatutnya dibuang negeri je org2 mcm ni.. diorg ingt diorg tu lebih berkuasa dr sultan ke? Patutlah si deris tu xditerima sultan..xreti hormat org rupanyee..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
1. Kepercayaan kepada Tuhan, 2. Kesetiaan kepada RAJA dan Negara..3. Keluhuran Perlembagaan 4. Keaulatan Undang-undang 5. Kesopanan dan Kesusilaan….
Kalau 5 prinsip tu dipatuhi, tak der masalah…
Sekarang ni, macam apa yang UMNO buat berbalik kepada mereka. Balasan Allah, dunia jika semakin hujung, balasan tunai di dunia kerana Allah mahu meringankan balasan dosa kita di akhirat.
aku tetarik dgn kes ini
ada kedegaran 11 adun bn menyokong mb baru ni
jika 11 adun ini pun disingkirkan dari umno maka mereka adalah bebas
dan jika mereka bergabung dgn adun pas maka mereka telah memperolehi majorit 2/3 di dun negeri
mereka layak menubuhkan kerajaan campuran dengan di ketuai pas
ini keran 11 adalah bebas tidak punya parti dan pas sebagai parti terbesar memegang majoriti akan mentadbir terenganu bersama2 ahli2 bebas ini tadi
maka akan berkubur lah 1 lagi negeri di semenanjung
dan habislah sudah sumber pendapatan kerajaan pusat melalui sumber hasil ekonomi setiap negeri
maka perlis akan semakin terpinggir di ceruk
kerana rakyat perlis mmg kuat dgn umno dan tk suka dgn br sebahagiannya
harus diingat adun2 yg 12 org di terenganu ini jika benar disingkir bukan kerana kehendak mereka tetapi atas kehendak umno pusat
mereka tidak melompat parti tapi dibuang dengan hina dari parti
maka eloklah mereka membalas kembali sikap kacang lupakan kulit umno pusat itu
ayuh bangkit adun terenganu tentang idris jusoh dan jangan bersengkokol durhaka kepada tuanku sultan
BARU SEKALI INI KAH AMNO MENDERHAKA????? MEMANG MELAYU AMNO BANGSA BIADAP, KALAU DAP BUAT DIA MELENTING… KALAU DIA BUAT TAK APA…..KAN SIAL PUNYA MELAYU….TAPI TAK APA KAMI MELAYU SELAIN AMNO TETAP MENJUNJUNG DULI TUANKU SELAGI DULI TUANKU TIDAK MENINDAS RAKYAT… DAULAT TUANKU!!!!
penentang2 ni tak tau ke Sultan Trengganu juga merupakan Yang Di Pertuan Agong. Ini kekuatan Agong:
Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD)
Rejimen Askar Melayu DiRaja adalah rejimen tertua dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Rejimen Askar Melayu DiRaja merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Rejimen Askar Melayu DiRaja kini mempunyai kekuatan 25 batalion.
Kalau di Thailand. Nasib Pak Lah dan UMNO akan jadi macam Thaksin sebab derhka dgn Raja.
At least rakyat Thailand bukan Islam. Tapi taat kpd Raja. Malu sungguh bangsa Melayu ni
Nampaknya politik kita semakin berwana-warni. Tertarik saya untuk sama-sama berkongsi cerita berkaitan perlantikan Menteri Besar Perlis. Difahamkan sudah ada wujud percaturan sebelum pilihanraya lagi. Memandangkan di Parlimen Kangar dan Padang Besar, MP tersebut hanyalah ahli biasa sahaja. Tetapi Pak Lah terpaksa tunduk kepada mereka berdua kerana nak sambung 1 penggal dan pemilihan ADUN mereka yang tentukan. Itulah puncanya kemelut politik di Perlis. Pengerusi BN/UMNO Negeri diketepikan. Nak jadi calun gunakan tiket BN tapi bila menang wujud komplot jatuhkan DS Shahidan Kassim. Oleh kerana percaturan dah dilakukan awal lagi akhirnya DS Shahidan Kassim terperangkap. Pada pandangan saya ADUN-ADUN tersebut tidak jujur dan ikhlas. Kalau betul rakyat nak perubahan kita kena kembali kepada rakyat. Bagaimana mungkin mereka mengadap Tuanku Raja Perlis dahulu dengan meninggalkan Presiden parti, patutnya berunding dengan Presiden parti terlebih dahulu. Fikir-fikirlah permainan ini . . . . . . . . . . . . . . . . Itulah sebabnya kenapa adanya perkataan MUNAFIK.
warna-warni politik yang semakin bercelaru…
AYUH KIBARKAN BENDERA KUNING..TUNJUKKAN TANDA SOKONGAN KEPADA ISTANA..AYUH MELAYU, CINA, INDIA ETC..TUNJUKKAN SOKONGAN ANDA..
Pak Lah makin kurang ajar, basic Prinsip Ruku Negara pun tak tau ka? … kesetiaan pada raja (termasuk la sultan) … Kalau orang usik isu Rukun Negara melenting! konon Nasionalisma tapi dia yang menghina! Kalau umno berkuasa (kuku besi) sangat buat apa nak perkenankan oleh sultan, kalau Sultan tak berkenan ko nak jugak! Macam mana nak ajor orang tua ni…?
Kuasa istana kalau masuk campur dlm pemerintahan payah wooo, menganggu pentadbiran kerajaan negeri. Mulalah kuncu2 istana dok mintak apa saja kat kerajaan negeri kawsan balak, pasir dan mcm2 lagi… mula lah jadi kes yg kaya bertambah kaya yg miskin bertambah miskin.. ni kes kerabat tak dpt habuan..Kuasa RAJA sebagai ketua Agama tu gunakan dgn baik,, arah tutup semua pusat judi dan maksiat.. jgn campur urusan pelembagaan. MB perak sila guna kuasa Raja tutup semua kedai judi & maksiat kat perak. Tgk Apa DAP nak ckp. Raja ke Sultan ke tetap Kembali kepadaNya dengan satu tujuan. Lu Fikirlah Sendiri!!!!
Susah kalau ada kepentingan. Lupa pada dasar perjuangan. Dahulu UMNO lah kononnya yang menyelamatkan sultan-sultan di Malaya daripada kehilangan kuasa. Sekarang UMNO nak tunjuk kuasa. Takpa sekurang-kurangnya pengundi melayu buka mata. UMNO nak jadi Hang Jebat. Perbezaan orang melayu dengan bangsa lain ialah adanya gelaran sultan sebagai raja memerintah sebuah negeri. Kalau raja disanggah apa bezanya orang melayu dengan bangsa lain. Islam Hadari merupakan islam yang didukung oleh Pak Lah. Islam sebenar dilindungi oleh Raja-Raja melayu. Sekirannya UMNO mengatakan Sultan menolak mandat rakyat mari kita membuat pilihan raya sekali lagi di Terenganu. Idris Jusuh menentang Sultan. Kita tengok siapa yang menang. Kepada Rakyat Malaysia, ada mata lihat dan ada akal fikirkan apa yang UMNO buat ini betul atau salah. Rakyat mengundi UMNO dan bukannya mengundi Idris Jusuh untuk jadi Menteri Besar. Sepatutnya Sultan Terenganu yang kini sebagai Yang DiPertuan Agong mengambil tindakan lagi drastik dengan tidak melantik Pak Lah menjadi PM kerana dah jelas dia merupakan penderhaka.
Salam Semua,
Mereka lupa bahawasanya KeBawah Duli Tuanku Sultan Terengganu apabila MURKA boleh mengenakan tindakan BUANG NEGERI kepada Idris Jusoh. Maka secara SAH Idris tidak akan dapat menjalankan tugas sebagai MENTERI BESAR.
AAB, GANI PETAI, NAJIB, ZAID IBRAHIN, KUNANG + 23’s Stooges FAHAM KE ATAU TIDAK???
Semua NGO, parti2 politik dan rakyat yang sayangkan Agong buat satu lagi perhimpunan kuning untuk menunjukkan kepada Agong yang rakyat berdiri teguh dibelakang baginda.
Lautan kuning untuk Tuanku.
Daulat Tuanku x3
air mata raja siapa tahu…………………..negeri bukan barang mainan…sudah tiba masanya pemimpin hipokrasi dinyahkan dari pemerintahan negeri
to : Mat BN = Tipikal Umno.
Bila PAS menang negeri lain, mulalah nak pandai2 suruh PAS tutup pusat judi & Arak.. wei lu tak suruh/paksa pon..PAS tau lah buat keje dia.Lu suruh je Parti Lu tu buat kerja-kerja islam betul2..
Bila Pembangkang menang mula le nak suruh tutup pusat maksiat, sana sini..sebelum lu suruh PAS tutup Pusat maksiat tu kat Perak, selangor stc.. Lu suruh le BN lu tu tutup pusat maksiat kat Johor, melaka, NS, Perlis, Sabah, Serawak etc tu..
Kalu dah tau maksiat, judi tu haram kepada islam, kenapa sejak 50 tahun merdeka Malaysia semakin banyak maksiat..
Lu pikirlah bersama2 dengan lu punyer BN..
POLITIK SEBENARNYA SELAGI ADA MANUSIA YG PBERJUANG ATAS KEPENTINGAN DIRI SELAGI ITU LA POLITIK NI PENIPU..TAK KIRA SIAPA PN MEREKA..ADA ORG CAKAP APA YG BERLAKU TAKDIR ILAHI TAK LEH NAK BUAT APA..TAPI KENAPA KALAU SAKIT PERGI HOSPITAL TAK CAKAP AJE SEMUA NI TAKDIR TAK YAH PEGI HOSPITAL…SEMUA TU ATAS KEPENTINGAN SEKUMPULAN ORG YG KECEWA KERANA TIDAK TERPILIH MULALAH CUCUK SANA CUCUK SINI..HANYA ORG YG TAU
Mat BN jangan cakap bodoh le…kalau tak tahu bercakap baik diam je..kalau cakap macam orang tak siuman buat apa …
BN adalah satu parti politik yg boleh tumbang bila-bila masa saje tapi Raja dan Sultan Melayu adalah penaung budak-budak melayu . ada faham ke tidak ? Jarang org melayu derhaka pada raja tapi org melayu boleh paling tadah pada BN kalau pulusnya tak banyak dapat . Faham sikit kalau nak jadik org melayu ….
aku sebenarnya malas sangat nak taip mesej ni tapi aku nampak ramai sangat melayu biadap ni ..maka aku jadi perlu berkata-kata …tak usahlah kita terlalu agung-agungkan BN tu …kalau BN tak derhaka pada Raja aku pun suka tapi kalau ada pangkat sikit dah lupa daratan pulak . Masa nak buat Rukun Negara dulu kenapa tak tulis Kesetiaan Kepada BN dan Kerajaan ? selepas Kepercayaan Kepada Tuhan adalah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ….tak tahu ke…aku rasa lembu kalau pergi sekolah pasti dia baca tiap-tiap hari RUKUN NEGARA ……….