Khairy Jamaluddin Jangan Bongkak Dengan Sijil Nikah (Part 2)- Zahrin Zahran
Saya mohon maaf kepada semua pembaca blog ini. Dahulu saya pernah berjanji untuk berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai anak menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin. Tapi apakan daya, anak menantu yang bernaung dibawah ketiak bapa mertuanya masih angkuh walaupun parti yang didokongnya semakin parah dengan krisis dalaman yang tidak sudah – sudah.
Khairy Jamaluddin,

Ya, saya sedang menulis mengenai anda. Tentu anda bangga bukan. Ya lah, nama anda sedang diperkatakan oleh saya yang kerdil jika mahu dibandingkan dengan anda yang sudah pun bergelar YB. Tapi kenapa ya saya masih mengata anda. Kenapa ya? Oh ya, sebab anda masih angkuh. Mari sini baca artikel ini. Saya mahu menyedarkan anda supaya berpijak kepada dunia nyata.
Lupakah anda satu ketika dahulu anda pernah berkata golongan muda sudah mula mengalihkan sokongan kepada Umno. Dengan bangganya anda sewaktu perhimpunan agung Umno sebelum PRU 12 dijalankan menayangkan video bagaimana sengsaranya Umno ketika gerakan REFORMASI dilancarkan pada tahun 1998. Anak muda pada waktu itu langsung tidak mahu menyokong Umno dan akhirnya menyebabkan Terengganu dirampas oleh PAS, Kedah nyaris tumbang di tangan PAS, beberapa kawasan kubu kuat Umno nyaris tumbang kepada PAS dan KeADILan waktu iu. Tapi, pada tahun 2004 Umno kembali berkuasa dengan begitu selesa. Nah dengan segera anda claim orang muda mula mengalihkan sokongan Umno. Persembahan video yang anda reka itu menunjukkan bagaimana orang muda mula megah memegang bendera dacing. Tapi kan YB Khairy, ye ke orang muda mula beralih arah? Kalau beralih arah, masakan 4 negeri tumbang di tangan Barisan Rakyat.
Lupakah anda dengan kempen “18 Tahun Pade Doh” yang kononnya rakyat Kelantan sudah muak dengan PAS. Tapikan Khairy, dahlah Kelantan anda tak dapat rampas, negeri kelahiran bapa mertua anda pula yang terlepas ke tangan Barisan Rakyat. Haishhh, kesian. Saya tahu anda begitu yakin Kelantan akan jatuh ke tangan Barang Naik (BN) sebab itulah anda telah membeli Kuari di Kelantan tapi kesian kuari pergi mana Penang pun entah ke mana.
Lupakah anda wahai Khairy Jamaluddin ketika pilihanraya kecil di Ijok, anda dengan garang (konon) tampil dengan slogan “SEDIA GEMPUR, PKR TERKUBUR”. Ya anda menang ketika waktu itu (mahu tak menang semua jentera kerajaan diulangi jentera kerajaan bukan jentera parti sahaja tumpu kat sana). Tapikan Khairy, ermm PRU 12 Ijok dapat dekat siapa ya. Siapa nama dia…Tan Sri Khalid Ibrahim kan?
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Ijok berjaya dimenangi oleh BN anda dengan muka macam Khaipanzi mengatakan pengaruh Anwar Ibrahim telah terkubur. Ermm terkubur ek. Kalau terkubur tak ada lah sampai 4 negeri tumbang dan kerusi di parlimen di Kuala Lumpur BN hanya mampu pertahankan satu sahaja.
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Pengerusi Umno Negeri Selangor yang baru yang kaki rasuah mula membuat langkah menyerang para bloggers anda selamba beruknya mengatakan blogger – blogger ini macam monyet. Tapikan bapa mertua kamu yang negerinya tergadai pun telah mengaku para blogger lah yang memainkan peranan yang paling aktif dalam melaporkan perkara sebenar yang akhirnya ermm jangan marah saya nak sebut. Sampai majoriti 2/3 BN tak dapat.
Lupakah anda Khairy Jamaluddin, kerana terlalu yakin rakyat akan menyokong anda kerana hanya berdasarkan keputusan pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir, Machap dan di Ijok. Tapi YB Khairy, jangan lupa pula dengan kemenangan anda di Rembau. Dengan gaya gangster, dengan gaya angkuh dan terlalu yakin menang anda telah dikejutkan dengan langkah pahlawan anak muda yang tidak sekaya anda. Nak saya ingatkan siapakah gerangan anak muda tersebut. BADRUL HISHAM aka Chegu Bard. Gelombang yang dicetuskan oleh beliau telah menyebabkan anda pada kiraan undi awal telah tewas sebanyak 800 undi lebih dan ya lah anak menantu mana boleh anak menantu kalah maka anda telah mengarahkan pihak SPR menghalau orang – orang PKR keluar dari dewan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda masuk ke dewan dan dengan segera anda menang dengan majoriti 5 ribu lebih. Ermm tahun 2004 Parlimen Rembau, BN menang 18 ribu lebih tapi tahun ini 5 ribu lebih sahaja. Jadi jangan bongkak ya. Apa maknanya? Orang Umno Rembau sendiri benci kepada anda inikan pula rakyat Rembau yang tidak berparti.
Jadi buat Khairy Jamaluddin, sudah – sudahlah mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan kerajaan BR di Kedah kerana memberikan tiket percuma untuk rakyatnya. Anda tak serik lagi ke? Anda ingat Ustaz Azizan itu bodoh ke? Tak usah nak ingatkan dia mengenai jumlah wang yang perlu dibayar kepada FAM tahulah lelaki berumur itu jalankan tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Bukan macam kamu, konon pertahankan Melayu. Tapi Umno Terengganu panggil Sultan Terengganu binatang, tak ada pula tindakan selanjutnya. Kalau nak jadi pemimpin, tegaslah. Kalau betul nak bela Melayu, pergi tangkap Derih and The Gang. Jangan tunjuk jaguh tapi bila Sultan Terengganu (Daulat Tuanku! Patik hormat Tuanku) kena hina diam menikus takut, bacul dan penipu. Konon bela Melayu.
Jadi Khairy Jamaluddin, cukuplah, nasihatilah ayahanda mertua kamu untuk letak jawatan dan anda pergilah jaga butik anda di Pavillion yang bernama TENC (The Emperor New Clothes). Jangan sibuk – sibuk lagi dengan politik.
SEBAB BAGI KAMI ANDA TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.
Sila rujuk Bahagian Pertama disini.















ler… hidop lagi berok makrep khairy neh … aku ingat dah junam pacak masok gaung bersama bendera BN dia…
Keputusan PRU 12 adalah satu bentuk penghinaan terhadap Khairy yang saya tak sangka bermulut ‘jahat’.
berok ni kita tambat kat pokok kelapa lepas tu bubuh kerengga.Kita tengok dia lompat sebijik kera berok mat yeh…..
Sepatut nya kemenangan YB KJ tak sah dan peti undi patut di kira semula. Kenapa orang2 PKR di halau keluar dari dewan. Takut penipuan nya diketahui orang PKR. Takbir.
dia bukan beruk, bukan monyet dan bukan,bukan,bukan orang utan, tapi babi utan. semua tau kan macam mana perangai seekor babi utan. macam tu lah perangai seorang babi utan. tangkap dia dan kurung kat bukit pelanduk. orang macam ni merbahaya kepada planet bumi, ada penyakit JE dalam hati dia ni. pengkhianat bangsa.
Mana asal usul budak ni ha…..
Macam mana Pak Lah nak buat menantu begini punya perangai ni………….dia ingat orang melayu ni macam orang melayu tahun 50an ke…………sedor la kamu………kalau BA memerintah kemana agaknya kamu lepas ni………tempat paling layak kamu ni ISA la…………..tunggu la kamu…….
hidup yoppppppp hidop variasi baru kita adalah bercakap benar…
ala, jangan risau KJ. aku sokong ngko. ko lah pemimpin paling berkaliber masa kini. aku yakin ko akan jadik pm akhirnya – saat di ambang umur 80 barangkali. haha.
kalau kita anggap khairi ni jahat…. dan memang jahat… tentu ada perancangan jahat lain yang sedang difikirkan olehnya…. harus ada satu unit (?) khas kot, gabungan BA untuk kaji mendalam kemungkinan2 tindakan susulan KJ atau UMNO atau sesiapa sajelah pada masa akan datang utk membalas dendam atau meluahkan kekecewaan mereka.. saya anggap unit ni lebih KHAS daripada unit-unit risikan parti…
aku kesian pada Pak Lah.Anak beruk maner la dia pungut jadi menantu nih.rosak..rosak…woi kj…gi jauh2 la..busuk la badan ko nih
YA..SESUNGGUHNYA KAMI RAKYAT MALAYSIA YG SAYANGKAN MALAYSIA TIDAK MEMERLUKAN ORG YG BERNAMA KHAIRY JAMALUDDIN YG BERCITA2 BESAR UTK MENJADI PM. SEMEMANG2NYA ANDA DILAHIRKAN KE DUNIA INI TIDAK DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA UTK ANDA MENJADI SEORG PM. MELIHAT AIR MUKA ANDA PERTAMA KALI WUJUD DI MATA RAKYAT ORG SUDAH TAHU YG MANA CUN…YG MANA RACUN! TINGGALKAN SAJE NEGARA MALAYSIA. BALIKLAH KAMU KE KUWAIT.
kepada khairy sedarlah kepopolariti anda hanya kerna anak badawi saja.Anda kena ingat anda cucu menantu kepada anak badawi sahaja.klu anak badawi ini telah jatuh anda akan jatuh seperti ” nangka busuk” (spt kata Rais Yatim) malah mungkin spt telor tembelang yang busuk apabila peceh . Ingat khairy ketika mertua anda jatuh anda akan di pandang oleh Ahli umno seperti org hutan shj,mereka akan halau kau masuk hutan.Oleh itu letak jawatan sekarang demi maruah anda masa depan..dengar lah nasihat ini klu kau tak nak jadi orang Hutan pada masa depan
Weh…! Janganlaaa cakap Khairy cam babi utan… sian tauu… kesiannnn kat babi utan tuuu…
hahahah..aku suke betui ngan gelaran Khaipanzi tuh …hahahaha..
mana pegi malaun nie..dah balek kek oxpork ke?
Sudahlah KJ jangan nak berlagak.pijaklah dibumi nyata.melayu semakin hilang kerpercayaan kpd pemimpin melayu seperti saudara yang terlalu bongkak dan angkoh.ingatlahlah Allah bersama orang orang beriman. Amin
NAMA JE PEMUDA..YE LA JADI TIMBALAN PRESIDEN FAM..NAK BAWAK MASUK CHELSEA LAGI…MANA SIKAP REAL POLITICIAN @ PATRIOTIK MANGKUK NI….?? KAN ADA AVRAM GRANT -SI YAHUDI TU..NAK FANATIK PUN KENA LA GAYA …..ROMAN ABRAMOVICH KAN PRO YAHUDI DAN STAFF DIA ADA RAMAI YAHUDI..NI NAK JEMPUT YAHUDI NI MASUK MALAYSIA ..KAN DIA MANAGER MESTILAH URUS PEMAIN….APA UMNO NI..DAHLA BIADAP /MENDERHAKA KEPADA SULTAN@ YANG DIPERTUAN AGONG ..SEBAGAI PEMUDA MANA ADA TINDAKAN TEGAS…?? APA LAGI NAK BELA MELAYU..JAUH PANGGANG DARI API LA…. NI BAWAK MASUK LAGI YAHUDI….KENAPALAH @#$%&&*()*&%^ SANGAT….??? ANDA PATUT TUNJUK HEMAH TINGGI SEBAB DARI OXFORD TAPI SIAPA PEDULI??? KALAU SIFAT MACAM NI MASIH TEBAL..
mane tan seri spr tu si rashid ketar
nampak mata kj sedih macam mate penyu teriok
hebat ni…
khairy!!!!??????? mmg dah di jangka sape sebenarnye khairy jamaluddin menantu kesayangan pak lah,bukan nak hentam beb tapi kalau dye yg jadi pemimpin hancurlah malaysia,konon2 mase kes anwar mahathir yg di salah kan , tapi sebenarnye dye lah yg merancang konspirasi untuk menjatuhkan anwar,tak caye???? tanye paklah sendiri huhuhuhu…..tapi takkn paklah nak cakap pulak kan???? maklum laa menantu kesayangan……
negara di pimpin bn memang x telus…!!!!!!tengok je kat dalam parlimen, bila pembangkang nak bahas langsung x di beri kesempatan oleh yang di pertua, apa sudah jadi ni??? sampai pemimpin pakatan rakyat keluar dewan, dah tu pulak najib cakap pemimpin pembangkang lepas tangan, media pulak bersekongkol dengan bn untuk sabotaj pembangkang, mase anwar cakap kat parlimen, tv 3 tak keluarkan suara beliau kat dalam televisyan, gmbar ade suara takde pulak,kenapa cadangan anwar untuk bajet 2009 x di terima, padehal anwar dulu bekas menteri kewangan,knp pembentangan bajet najib di terima,fikir balik, senangkan rakyat ataupun susahkan rakyat???????????????
Btoll..btolll. KJ ni bab kpimpinan, OUT!!! apetah lg kononnye nk bela bangsa melayu. Dahle bajet mcm ensem sgt..xsuke!!!