Sultan tarik balik gelaran “Datuk” dari Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam

2008 Mac 26
by aminiskandar

Setelah berminggu-minggu krisis perlantikkan MB Terengganu diantara Istana dan Umno, Abdullah Badawi akhirnya akur dengan perlantikkan Ahmad Said yang dibuat oleh Sultan Terengganu. Sila klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.
Gelaran “Datuk ” Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam ditarik balik oleh Istana Terengganu. Pernarikan gelaran “Datuk” ini berkuat kuasa serta merta. Sila klik disini.

Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong marah dengan Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam kerana bersikap “kurang ajar”. “Kami nak Derih natang!” begitulah yang tertulis disepanduk ketika Umno Terengganu berdemonstrasi menuntut jawatan MB diberi kepada Idris di Istana Terengganu.

Penggunaan istilah “Natang” yang bermaksud Binatang dalam loghat Terengganu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Terengganu kerana dikatakan menghina Institusi Raja. Laporan polis telah dibuat mengenai isu ini.

Semua orang tahu, Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam bermati-matian untuk mempertahankan Patrick Lim dan kekayaan Terengganu yang mereka rompak untuk kepentingan Pak Lah dan menantu.

Rakyat Malaysia tidak akan melupakan insiden Batu Burok yang menyaksikan Idris Jusoh menggunakan polis untuk menembak dua orang rakyat yang tidak bersalah.

37 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 26
    loxman7 permalink

    Alhamdulillah kecundang jugak gengter Melayu tu dengan pengikutnya… yg lain tu amacam nak turut sama nasib si Deris tu? Itulah pembelut bangsa yg sebenarnya kalu hangpa nak tau..

  2. 2008 Mac 26
    Dr Hening Bening permalink

    banyak sangat orang UMNO menghalang ahli2 UMNO bertanding d jawatan2 tinggi. Alasan mereka ”jangan lah menikam Ayah Lah dari belakang” Saya amat bimbang jika perkara ini tak di selesaikan secepat mungkin, takut2 ada pulak yg berani menikam dari depan

    dr heningbening

  3. 2008 Mac 26
    dasuki_tmc permalink

    tak serik lagi……..? kalau nak lebih tahu kena belajar dari guru yang paling top iaitu iblis dan syaitan, semua perkara boleh diajar. belajarlah dari yang dapat mengajar. taubatlah sebelum terlambat tapi kena mohon ampun dan maaf dari semua rakyat Malaysia. saya ahmad akan beri maaf jika pemimpin umno tersebut memohon maaf dari ahmad terlebih dulu.
    terima kasih dan beringat selalu…….

  4. 2008 Mac 26
    mejhalim permalink

    hallo….ade sesiapa tahu nasib gani 4tahil pulak dah kena pelempang jepun jugak ke kurang ajar punya “natang”.

  5. 2008 Mac 27
    mek esah permalink

    Kadang-kadang bila kehendak diri lebih utama, hati jadi batu ,mata jadi buta telinga jadi pekak. Maka ujudlah Hang Jebat versi baru yang di angotai oleh Deris n the geng. Peneraju utama nya Dolah Badawi. Inilah di katakan orang beraja di hati bersultan di mata. Dok buat masjid banyak2 di gganu tu untuk apa? masjid yg dah ada pun tak penuh dengan jemaah. Atau hanya untuk ‘maniskan mulut’ kata orang tua2. Dah tau kada dan kadar kan deris.. so kenapa lagi dok palu gong nya??????

  6. 2008 Mac 27
    N-ab permalink

    Daulat Tuanku….Ini lah berita yang paling di tunggu-tunggu dari kami rakyat Malaysia. Sebarang pelakuan menderhaka kepada raja secara mandatory ini lah hukuman yang setimpal sebelum hukum buang negeri di berikan kepada berok-berok tersebut….kalau masih tak sedar Tuanku gunakanlah kuasa Tuanku dengan jelas dan nyata…Kami sepenuhnya dan sesungguhnya meyokong tuanku dalam apa jua tindakan Tuanku….Geruh jangan di cari….

  7. 2008 Mac 27
    ufuktimur permalink

    hati aku ni puah lagi selagi deyih tu tok dibuang negeri..kuang ajar sungguhh..

  8. 2008 Mac 27

    kepada semua rakyat ganu.. ikat Riben Kuning tanda sokongan kepada Tuanku Sultan.. Daulat Tuanku!!

  9. 2008 Mac 27
    abuarifi permalink

    kami sayang raja kami.. NATANG!!!!

  10. 2008 Mac 27
    mokhtar permalink

    bg aku tk cukup stakat tarik gelaran tu
    apa ada pada gelaran jika mereka telah menarafkan sultan sebagai binatang
    mereka harus ditahan isa(berani dol)
    dibuang negeri atau negara atas dasar tuanku agong
    jika tindakan keras ini tak dilaksanakan org akan tolak2 je kepala tuanku
    penasihat2 undang2 tuanku jangan jadi bodoh
    ini maruah dan harga diri tuanku
    jika ini punya berat kes pun penasihat undang2 tuanku hanya nasihat tuanku beri hukuman ringan harap tuanku singkir penasihat2 tu sebab nampak sangat org umno dia

  11. 2008 Mac 27
    mokhtar permalink

    tuanku jangan terima mereka sebagai adun
    jgn terima angkat sumpah adun mereka
    bubar kan dun yg mereka menangi
    kerana aku percaya rakyat yg dulu undi dia telah terasa hati dan benci pada dia
    mcm mana wakil rakyat nak bekerja jika rakyat benci dia
    jangan bagi elaun free je jika hanya untuk duduk2 makan angin

  12. 2008 Mac 27
    qolbulmukmin permalink

    kami sayang raja kami.. NATANG!!!!

  13. 2008 Mac 27
    mentari permalink

    TAU TAK BERLUMBA2 MEMBUAT MASJID ADALAH SALAH SATU TANDA KIAMAT KECIL APATAH LAGI KLU X DIGUNAKAN. HANYA BUAT PERHIASAN DAN AKHIRNYE JADI GAJAH PUTIH. MENGHABISKAN DUIT RAKYAT SAJE. KONON ISLAM HADHARI. RUPE2NYE ISLAM HINDARI…HAH BAGUSLAH TU TEAM BODOLAH…

  14. 2008 Mac 27
    GLAMOR permalink

    ALHAMDULILLAH….BAGUS BENO DITARIK GELARAN DATUK TUE…TAPI AKU RASA KITA PATUT GANTIKAN DGN GELARAN ‘NATANG’..BARULAH GLAMOR SKIT…JADI GELARAN BARU IALAH….
    YB NATANG IDRIS..
    YB NATANG ROSOL.
    YB NATANG DIN… HAHH KAN CUN BUNYINYE.

  15. 2008 Mac 27
    AbuBusrah permalink

    Encik Idris, Encik Rosol dan Encik Din banyak2 la bersabar ya…..takpe ke guna encik nih?????

  16. 2008 Mac 27

    Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong MURKA (bukan marah) dengan Idris Jusoh, Rosol Wahid dan Din Adam…

  17. 2008 Mac 27
    cheguevara permalink

    Idris, how’s stupid are you being manipulated by patrick gong badawi and SIL to rob people’s of terengganu in a bright day light? Now you had lost and been humiliated!! Because of your stupidity and greed!!! No waste of your tears to regret..damages done…cant be undone!

  18. 2008 Mac 27
    madbi permalink

    KALAU AKU SULTAN….,bukan setakat tarik gelaran DATO’, datuk,nenek, opah, onyang ,mak pak anak cucu dia semua aku pancung kerana tak mau ada zuriat penderhaka macam natang tiga ekor ni…!!!

  19. 2008 Mac 27
    marina permalink

    daulat tuanku! tarik balik kesemua gelaran dan harta mereka . kesemua penderhaka tak layak mendapat keistimewaan. ampun tuanku. hidup malaysia ku yang tercinta bersama sultan yang adil dan bijaksana.

  20. 2008 Mac 27
    killer hunter permalink

    btol2

  21. 2008 Mac 27
    killer hunter permalink

    esok (28/3/2008) pkat ramai2 gi smayang kat masjid terapung utk memberi sokongan kpd yang dipertuan agong & sultan.. kite patut hapuskan pengkhianat iaitu idris n the geng.. kalau zaman dulu idris n the geng dah kene buang negara atau kene hukum bunuh.. dieorang naseb baek krn agong terlalu baek.. Daulat Tuanku.. ALLAH HU AKBAR

  22. 2008 Mac 27
    pandak kincut permalink

    Kita berharap tindakan Tuanku YDP Agong tidak berhenti setakat itu saja…..
    Minta juga PM bodolah berundur, sebab onar-onarnya masih beraksi dibelakang dan masih merencanakan bermacam-macam tindak balas lanjut….ini puak-puak yang jenisnya sepupu Iblis……..
    Tuanku patut arahkan semula pilihan raya baru kerana mereka menang dengan cara menipu terutama parlimen Pak Lah dan menantu hantu…….
    Ampun Tuanku,………..semoga Allah memberi rahmatnya ke atas kebijaksanaan Tuanku…………kami bukan rakyat yang buta hati mudah diperkotak katikkan oleh media yang dikuasai oleh mereka.

  23. 2008 Mac 27
    nis permalink

    Menjunjung kasih Sultan Mirzan. Daulat Tuanku…Sultan Mirzan adalah agong paling best..yang tak tunduk dgn PM. terharu sungguh saya mendengar berita ini. ni adalah berita yang paling best selepas berita BN kalah….daulat tuanku

  24. 2008 Mac 27
    ishak ateng permalink

    mt deris and toyol din memang tak sedar diri,gitu ke cara menghormati sultan.kata dap dan keadilan derhaka kpd sultan tapi rupa rupanya pemimpin ummnnoooo lagi lebih derhaka. kepada Yang mulia Kebawah Duli Tuanku Sultan , hamba sebagai rakyat jelata sentiasa menyokonng segala tindakan .Tuanku . Daulat Tuanku

  25. 2008 Mac 27
    mzmn permalink

    DAULAT TUANKU,
    Syabas buat Tuanku Sultan Mizan,Agong yang cukup lembut tapi cukup tegas.Sepatutnya pengkhianat bangsa dan penderhaka seperti yang ditonjolkan kalangan ahli UMNO ini diberikan ‘pengajaran’ yang secukupnya.Jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan diri sendiri dari kepentingan sultan,rakyat dan negara. Untuk apa disimpan lagi orang-orang seperti ini? Kan lebih baik dibubarkan saja DUN dan adakan undian semula.Biar rakyat memilih siapa yang lebih layak untuk memimpin.Bukannya membiarkan mereka yang bongkak dan lupa diri menjadi YB.
    Rakyat Melayu tetap Bersama Tuanku !

  26. 2008 Mac 27
    rm1juta permalink

    Jangankan gelaran datuk.Elok kalau mereka dihalau keluar dari negeri Terengganu.Mereka terlalu sombong hanya kerana mandat yang diberikan rakyat. Alangkah baiknya jika rakyat boleh tarik balik mandat tersebut.

  27. 2008 Mac 27
    Ir helmi permalink

    hmm kepada deris, ni baru skit balasan dari Allah. tu baru atas dunia. dah kelam kabut. nanti kat akhirat dok tau la guana gamok mung.
    aku sbagai org terengganu dok halal mung deris gune duit duit kami. mung cari la kami kat padang mahsya nanti. “see u there”

  28. 2008 Mac 27
    alhawa permalink

    isk..isk…. aku dari tadi bayangkan kuda kesayangan tuanku… kalaulah kuda tu tahu marah, mungkin kuda tu pun terajang encik-encik bertiga tu…

  29. 2008 Mac 28
    Penyu Nangis permalink

    Tak masuk pun berita kat TV atau surat khabar Utusan Malaysia,.. sahih ke berita yang awak dapat ni. atau rekaan semata-mata.

  30. 2008 Mac 28
    budak lagi permalink

    tahla…isau dgn keadaan malaysia skrg..yg nyate pak lah kne undur dri…ini bukn jaln die lgi…bpe lme lgi kte k duk bwah pmnthan pmimpin yg lemah, kurg mndgar, penuh kronisme

  31. 2008 Mac 28

    DENGAR KATA ‘ENCIK2′ NAK LETAK JAWATAN SEBAGAI ADUN,SILA LAH…..
    SERONOK JUGA ADA PILIHAN RAYA LAGI…

    LETAK JGN TAK LETAK.

  32. 2008 Mac 29
    palato permalink

    wahai rosol and geng kenapa tak letak jawatan, kokok aja berderai ekor bergelumang tahi..

  33. 2008 Mac 29
    anginlintang permalink

    kepada ADUN2 yg nak letak jawatan tue.. haa tunggu aper lagi????

  34. 2008 Mac 29
    zokio permalink

    wahai rosol and geng kamu semua kena minta maaf secara terbuka kepada sultan sebelum kamu boleh diterima menjadi exco…. sebab tindakan kamu telah melampui batas… sekarang ketua kamu adalah datuk ahmad said orang yang kamu pulaukan

  35. 2008 Mac 29
    zokio permalink

    wahai rais yatim yang pakar bakar jambatan nangka siapa yang jatuh bergolek??

  36. 2008 Mac 29
    Panglima permalink

    Kalau orang cakap , penulis blog pembohong , penipu dan macam lagi …ramai yang melenting…tapi hakikatnya …bacalah sendiri berita yang ditulis oleh saudara kita ini , yang menyatakan 3 orang Adun tersebut di tarik balik pangkat ” DATUK” yang dikurniakan oleh sultan. Saudara penulis…saya nak nasihatkan awak …tolong buka buku karangan tingkatan 3 atau PMR. belajar dulu cara nak buat berita …bukannya hentam kromo saja. sampai ke hari ni, berita yang ditulis oleh awak tidak sahih…datuk sri idris jusoh masih berpangkat datuk sri.

  37. 2008 April 5
    izaliah permalink

    Daulat Tuanku!
    Rakyat bangga dan bersyukur kepada Allah swt kerana mendapat Raja yang beriman dan berwibawa. Sama-sama kita pelihara negara ini; mudah-mudahan sentiasa dirahmati Allah.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS