JERIT marah kerajaan baru Selangor teruskan dasar “Setinggan Sifar”

27 03 2008

Khir Toyo, bekas MB Selangor memang terkenal dengan slogan “sifarnya”. Selain setinggan sifar, beliau juga berkempen untuk “pembangkang sifar” di negeri Selangor. Lihatlah apa yang terjadi kepada beliau? Hilang negeri yang dipimpin dan letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Berikutan dengan pengumuman MB baru Selangor untuk meneruskan dasar “Setinggan Sifar” ciptaan Khir Toyo, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) memberi reaksi mereka.

JERIT mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan negeri. Diantara tuntutan mereka:

“Membatalkan dasar setinggan sifar dan menggantikannya dengan Dasar Perumahan Rakyat untuk Semua bagi menyediakan kemudahan perumahan dan tanpa niat memaksa pengusiran”. (JERIT)

Sila klik disini untuk membaca tuntutan penuh JERIT.

JERIT mengakhiri kenyataan mereka dengan slogan,

“Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!”

Sehingga kini, hanya Dr. Nasir sahaja yang telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berkompromi dengan dasar ini. Klik disini.

Masih belum kedengaran dari yang lain-lain.

Dimanakah suara aktivis-aktivis lain yang terpilih sebagai Adun atau Ahli Parlimen?

Apakah mereka sudah terlupa dengan nasib dan penderitaan rakyat yang selama ini mereka perjuangkan?





Keputusan mesyuarat MT Umno di PWTC sebentar tadi

27 03 2008

Menurut satu sumber yang menghadiri mesyuarat MT Umno sebentar tadi, beberapa keputusan disepakati. Diantaranya ialah:

  1. Ahmad Said diterima sebagai MB Terengganu.
  2. Hukuman yang dikenakan terhadap Astaman berakhir.
  3. Pemilihan Parti diteruskan:

a) Mesyuarat cawangan pada bulan April.

b) Mesyuarat bahagian pada bulan Oktober.

c) Pemilihan Parti pada bulan Disember.





Selangor teruskan dasar “Setinggan Sifar”?

27 03 2008

Mengejutkan. Tetapi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh MB baru Selangor, Khalid Ibrahim. Sila klik disini. Berita ini bukan dilaporkan oleh media arus perdana tetapi dilaporkan oleh laman web alternatif terkemuka, Malaysiakini.

ca12611efc87fa41516de22133a7480e.jpg

Selain daripada itu, MB Selangor tersebut turut menyatakan bahawa “pengisytiharan harta” perlu mendapat persetujuan Exco terlebih dahulu diatas alasan ada Exco yang tidak mahu mengisytiharkan harta diatas sebab keluarga. Ini juga boleh dilihat dalam temubual eksklusif diantara Malaysiakini dengan Khalid Ibrahim.

Apa pandangan anda?

  • Haruskah kerajaan baru Selangor meneruskan “Dasar Setinggan Sifar” yang menindas penduduk-penduduk miskin dinegeri Selangor?
  • Pemaju yang harus diberi keutamaan atau rakyat negeri Selangor?
  • Apakah langkah tidak mengisytiharkan harta boleh menjamin ketelusan dan kebersihan kerajaan negeri?