JERIT marah kerajaan baru Selangor teruskan dasar “Setinggan Sifar”

2008 Mac 27
by aminiskandar

Khir Toyo, bekas MB Selangor memang terkenal dengan slogan “sifarnya”. Selain setinggan sifar, beliau juga berkempen untuk “pembangkang sifar” di negeri Selangor. Lihatlah apa yang terjadi kepada beliau? Hilang negeri yang dipimpin dan letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Berikutan dengan pengumuman MB baru Selangor untuk meneruskan dasar “Setinggan Sifar” ciptaan Khir Toyo, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) memberi reaksi mereka.

JERIT mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan negeri. Diantara tuntutan mereka:

“Membatalkan dasar setinggan sifar dan menggantikannya dengan Dasar Perumahan Rakyat untuk Semua bagi menyediakan kemudahan perumahan dan tanpa niat memaksa pengusiran”. (JERIT)

Sila klik disini untuk membaca tuntutan penuh JERIT.

JERIT mengakhiri kenyataan mereka dengan slogan,

“Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!”

Sehingga kini, hanya Dr. Nasir sahaja yang telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak berkompromi dengan dasar ini. Klik disini.

Masih belum kedengaran dari yang lain-lain.

Dimanakah suara aktivis-aktivis lain yang terpilih sebagai Adun atau Ahli Parlimen?

Apakah mereka sudah terlupa dengan nasib dan penderitaan rakyat yang selama ini mereka perjuangkan?

23 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 27
    jas permalink

    Jangan khianati undi kami,undi kami yg menentukan kerajaan sekarang.Kami boleh jatuhkan BR seperti BN juga.Jgn bila dah jadi kjaan dah lupa dgn janji-janji dibuat.Kalau masih teruskan dgn apa yg Khir Toyo buat,tak ada bezanya BR dgn BN.

  2. 2008 Mac 27

    Tunggu radio malaysia selangor mengadakan rancangan bersama menteri besar.

  3. 2008 Mac 27
    manja_rembau permalink

    cayalah black atas prinsip lu mempertahankan setinggan sifar,walaupun aku kutu tapi aku hormat pendirian kau dan prinsip yg kau pegang

  4. 2008 Mac 27
    rahmat haron permalink

    Nampaknya Khalid Ibrahim ini orang suka tersasul bila bercakap. Dulu tersasul dalam ceramah di ijok, “undilah………” Tak sampai hati nak menyebutnya. Maklum bukan sengaja. Yang melaporkan beritanya dulupun sampah-sampah media arus perdana.

    Bagaimanapun, laporan Malaysiakini.com menunjukkan yang dia bukan lagi tersasul jelas dia terlajak kata, bolehkah diundur? Kalau perahu bolehlah diundur.
    Bolehkah rakyat memaafkannya? Kukankah ini kalau tidak terlalu kejam, dapatlah kita semua katakan sebagai pengkhianatan terhadap undi rakyat untuk berubah. Jangan cepat angkuh. Ini sebuah kerajaan yang membawa cita-cita perubahan dan demokrasi. Ini bukan sebuah badan korporat. Dia bukan lagi CEO syarikat, tapi telah menjadi Menteri Besar kerajaan BR.

    Jangan lupa orang2 seperi Khalid Ibrahim – termasuklah Anwar Ibrahim- juga telah dimaafkan rakyat kerana mereka pernah menjadi ahli umno, mempunyai kedudukan, berkuasa dan tidak banyak yg dapat mereka ubah dari dalam kerajaan bn dulu. Memang buat apa mengungkit hal yang lama bila telah ada maaf, keinsafan dan iltizam untuk berubah. Buang yang keruh ambil yang jernih.

    Tetapi jika inilah tindakannya, jelas berlaku kesilapan. Rakyat mungkin telah mengambil keruh yang bertopengkan jernih.

    Masa untuk rakyat sebenar-benarnya merdeka. Merdeka daripada penindasan. Merdeka daripada parti-parti politik dan ahli politik yang mana matlamat akhir mereka hanya untuk berkuasa. setelah itu menjadilah mereka seperti kacang lupakan kulit. ini masa untuk berubah, bukan hanya dalam pilihanraya (PILIhHANTU-RAYA) semata. masa untuk setipa rakyat bila-bila saja boleh menunjukkan kuasa dan kekuatan mereka! Realitinya sekarang ini rakyat mahukan perubahan! Hiduplah dalam kenyataan wahai Tan Sri yang berhormat menteri besar Selangor! Silakanlah kalau sombong mahu meneruskan dasar lama kerajaan bn, RAKYAT pasti menolak !

  5. 2008 Mac 28

    well…khalid had already met some of sel citizens regarding the issue…insyallah, he will provide houses for those people… die x usir…die mahu improve kan kehidupan rakyat.. ok
    so, let’s wait n see… then, br buat conclusions…
    give the new gov time… plz do not expect them to do and complete their jobs over a few days…
    k…
    u vote and then u trust…
    insyallah…
    if u r intelligent enough, ur vote adalah sgt berguna untuk negara nie…
    trust the new gov means trust in ur vote!
    =)

  6. 2008 Mac 28

    Siapa dibelakang JERIT ni….??? kalau dari BN tu declare lah….ni kalau nak buat havoc baik rentikan..komposisi penduduk setinggan ni siapa ???
    Kaedah apa yang perlu di buat tu tanpa menganiaya penduduk pastilah dalam pertimbangan pentadbiran…kenalah dapatkan penjelasan MB dulu dan hasil dari perjumpaan tu baru lah announce pada blogger..ni cuma nak bangkang tapi kosong…quote Dr./Prof itu ini..depa makan gaji tapi bukan rasa pun duk setinggan …buatlah sesuatu dengan ilmiah sikit , jangan guna hujah dangkal seperti UMNO /BN..kami orang Shah Alam muak dan meluat….ikhlas la sikit nak bangunkan ummah@anak watan……!!! Kalau anda ikhlas tetap lah kami salute..tapi kalau ada jidden agenda macam UMNO sentiasa buat tu….kuburkan la niat anda…!!!!

  7. 2008 Mac 28
    SuaraAnakMudaKedah permalink

    Tidak tahu nak komen mcm mana lagi, di harap MB tidak berperangai mcm En Khir walaupun sikit pun. Buat kediaman yang lebih selesa dan buat cara sewa-beli sepeti mana yang dilaporkan pada media Suara Keadilan. Rumah setinggan pun kawasannya tidak selesa.

  8. 2008 Mac 28
    Rakyat Marhaen permalink

    Harapnya kerajaan Selangor tidak ulangi tabiat kerajaan terdahulu. Frasa ’setinggan sifar’ itu cukup kontroversi. Gantilah dengan istilah yang lebih lembut. Penggunaan bahasa juga memainkan peranan. Jagalah kebajikan rakyat.

  9. 2008 Mac 28
    alrawa permalink

    Kenapa mesti ada setinggan?

  10. 2008 Mac 28
    budak 1999 permalink

    C’mon la, jangan melatah. Apa yang tak kena dengan ’setinggan sifar’?. Mungkin maksudnya, semua penduduk setinggan akan di beri penempatan yang lebeh baik dan selesa tanpa menjejaskan kebajikan kita semua. Kita tunggu dan lihat. Trust me, you wont regret.

  11. 2008 Mac 28

    Sudah sampai masa nya orang Melayu mesti menjerit saya tidak mahu menjadi setinggan lagi. Jerit lah seperti in “Saya mahu kemudahan perumahan yang baik, taraf hidup yang baik, jangan lah jaga kebajikan pekerja immigran sahaja”.

    Jerit juga ” Saya orang Melayu yang sentiasa mematuhi undang undang, dan tinggal dikawasan setinggan itu haram dari sisi undang udang”.

    Jeritlah seperti ini “Robohkan rumah Zakaria Deros supaya dapat dibena lebih banyak rumah rakyat”.

  12. 2008 Mac 28
    bujal permalink

    memang susah cakap dengan UMNO atau BEKAS UMNO..dok bawo tabiat dio tu sokmo,,,
    dengar biar jelas dulu.tengok apa YB nak buat dulu..kalu tak kena baru tegur,,,,stingan sipar ko perumahan sipar ko .bagi rakyat rumah pree ko,itu macam wahai JERIT.
    jangan cepat MENJERIT

  13. 2008 Mac 28
    Alban permalink

    Takkan lah nak duduk macam tu selama-lamanya. Zaman berubah. Perancangan TS Khalid untuk menyusun semula mereka perlu disangka baik. Cuma nama ‘Dasar Setinggan Sifar’ tu tak payah le pakai. Bunyi macam angkuh je. Kita ubah ke ‘Program Penyusunan Semula Peneroka Bandar’. JERIT tu cepat pulak melatah. Tapi selama ni mereka banyak bantu peneroka bandar. BTW, saya setuju dengan JERIT supaya Peraturan2 Perlu Pembersihan Setinggan di bawah Ordinan Darurat 1969 tidak digunakan untuk menyelesaikan masaalah peneroka bandar. Orang kita mudah bawak bincang. So biarlah TS Khalid buat kerja dia,

  14. 2008 Mac 29

    Pedulikan je si JERIT tuh… biar je dia menjerit2 macam orang sasau sekejap…

  15. 2008 Mac 29

    Nantikan Perhimpunan dan Munajat terbesar di Stadium Shah Alam!
    http://whitenaval.wordpress.com
    Gambar2 menarik sepanjang Munajat akan disiarkan di sini! Nantikan kemunculannya..

  16. 2008 Mac 29
    kundang permalink

    ini semua salah faham kot. setinggan sifar KI tak kan sama dengan hok KT punya. KT bertindak memusnahkan perumahan setinggan tanpa menyediakan kediaman ganti yang setimpal..sedangkan KI mestilah buat persediaan dulu terhadap penyelesaian ini

  17. 2008 Mac 30
    keju permalink

    Jangan anggap TS Khalid tu suci sampai tak buat kesilapan. Biarlah menjerit macam orang sasau sekalipun, sebelum perkara buruk terjadi. Kalau dah jadi baru nak menjerit, memang sasau la jadinya.

  18. 2008 Mac 30

    elok la tu. buat penempatan haram pastu mengamuk tak tentu pasal. duit ada tak nak beli rumah. kereta boleh beli. motor pun ada. astro boleh langgan. hidup macam orang senang, tapi rumah nak free. kalau orang lain boleh beli rumah walaupun rumah murah, pasal apa depa ni tak boleh. ade ke depa ni warganegara special. En. Khalid, jgn peduli golongan ni. memang ada yang benar-benar susah (mereka ni mmg perlu dibantu) tetapi kebanyakannya tak susah. depa mengaku susah pasal nak benda free je. dasar manusia tamak.

  19. 2008 Mac 30
    sham permalink

    Assalamualaikum…..bertenang dan berfikir dengan waras….Setinggan Sifar ? ..Bangkit kita semua mesti berusaha hilangkan tabiat nak percuma…..yg susah kita tolong tp yg senang x payah la nak itu dan ini…….

  20. 2008 Mac 30
    Hanizar permalink

    Bila manusia cepat melatah, maka terjerit-JERITlah mereka.

    Belum tau cerita sebenar, menjerit tak tentu hala.

    Apa salahnya program setinggan sifar ? Setinggan sifar di sini bermaksud semua orang (kalau boleh) ada decent house called home. [Mungkin nama program patut ditukar supaya berbunyi lebih lunak]

    Apa salahnya ?

    Pencuri “pergi masjid” untuk mencuri kasut.

    Ustaz Rahmat Haron pun “pergi masjid”.

    TAPI JANGAN LA KATA RAHMAT HARON PERGI MASJID NAK CURI KASUT…!!!!

    Bebal !!!

    Kalau nak menJERIT biarlah berisi. Jangan tong kosong.

    Mungkin Dr Nasir hanya boleh tune himself sebagai pengkritik, bukan pelaksana.

    Ramai orang jenis ini. Hebatnya hanya di hadapan teh ais di kedai mamak.

  21. 2008 Mac 31

    Sudah sampai masa nya orang Melayu mesti menjerit saya tidak mahu menjadi setinggan lagi. Jerit lah seperti in “Saya mahu kemudahan perumahan yang baik, taraf hidup yang baik, jangan lah jaga kebajikan pekerja immigran sahaja”.

    Jerit juga ” Saya orang Melayu yang sentiasa mematuhi undang undang, dan tinggal dikawasan setinggan itu haram dari sisi undang udang”.

    Jeritlah seperti ini “Robohkan rumah Zakaria Deros supaya dapat dibena lebih banyak rumah rakyat”.

    komen aku: ape lah yg ko nak bangkitkan isu rumah zakaria deros nih, dah tanah dia, rumah dia, rezeki dia…jgnlah korang ungkit lagi…

  22. 2008 April 1
    Putera Gunung Ledang permalink

    Fahamilah apa makna “Setinggan Sifar” yang bermaksud tiada lagi akan ada setinggan. Pastinya ini menjurus kepada pelaksanaan rancangan perumahan untuk setinggan agar setinggan tidak jadi setinggan lagi. Tentunya ia baik untuk rakyat termiskin dan terpinggir. Apa pun projek untuk kebaikan rakyat harus disokong, tidak kiralah itu projek kerajaan dulu atau yang baru. Mana-mana pemimpin yang dipilih dalam PRU12 baru-baru ini seharusnya meneruskan mana-mana projek yang baik untuk rakyat dan menghentikan mana-mana projek yang merugikan rakyat terutama kepada golongan rakyat termiskin. Apa pun berilah masa dan peluang untuk mereka-mereka yang telah dipilih untuk mentadbir negeri-negeri melaksanakan dasar-dasar yang dijanjikan. Pilihanraya belum pun sebulan berlalu. Kerajaan negeri baru belum pun berumur 2 minggu. Tak kan nak samakan dengan yang telah memerintah lebih 50 tahun. Walau bagaimana pun setelah 5 tahun memerintah nanti kita lihatlah prestasi mereka dan buat rumusan.

Trackback & Pingback

  1. Hapuskan Dasar Setinggan Sifar « seruling | tiada madah seindah kalam

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS