Ditulis oleh Malcom
Hari ini heboh apabila kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang baru menegaskan ingin meneruskan polisi Dasar Setinggan Sifar. Kenyataan ini dikecam dengan begitu hebat. Antaranya Dr. Nasir, JERIT, sahabat – sahabat didalam perjuangan dan para pejuang rakyat.
Saya akan membicarakan dari dua sudut yang senantiasa menjadi isu besar. Robohnya rumah setinggan atas desakan pemaju yang rakus atau robohnya rumahnya setinggan kerana ingin meningkatkan kualiti hidup mereka. Dua persoalan yang harus dirungkaikan dengan baik. Saya bukan penulis yang bagus tapi berharap anda semua pembaca yang bijaksana faham akan maksud saya dan diakhir nanti saya berharap saudara bahaskan dengan baik.
Desakan Pemaju
Jika kita melihat kes – kes perobohan rumah – rumah peneroka bandar di seluruh negara, kita dapat membahagikan kepada dua jenis keadaan. Keadaan yang pertama, perobohan yang berjalan lancar dan aman kerana pihak kerajaan negeri dan pemaju telah memberi pampasan yang setimpal dan menempatkan mereka semula dengan kediaman yang selesa dan infrastruktur yang lengkap. Manakala keadaan yang kedua, perobohan yang tidak lancar dan ganas kerana pihak kerajaan negeri dan pemaju tidak memberikan tempoh yang cukup untuk mereka pindah, tidak menyiapkan rumah yang sepatutnya menempatkan mereka semula, pampasan yang tidak setimpal, dan bermacam – macam hal lagi.
Dua kes yang pernah menggemparkan negara. Kampung Berembang dan Taman Sri Rimba Jaya. (Maaf kalau salah nama taman) Kedua - dua kes ini merupakan satu contoh dimana pihak peneroka bandar atau bahasa kasarnya penghuni rumah setinggan tidak mendapat pampasan yang setimpal. Saya pernah terlibat dengan kes Kg. Melayu Fajar di Taman Melawati. Kampung tersebut ingin dirobohkan oleh pihak PBT kerana desakan pemaju yang tidak sabar – sabar mahu mendirikan projek di sana. Seluruh penduduk kampung tersebut bantah perobohan tersebut. Mereka menentang kerana mereka diarahkan berpindah dalam tempoh yang cukup singkat. Malah ada sebahagian mereka dijanjikan rumah namun apa tiba saatnya rumah mereka mahu dirobohkan rumah yang dijanjikan tidak siap. Nah dengan segera aksi penentangan dihasilkan. Saya dapat merasakan kesedihan setelah ditipu oleh pihak yang berkenaan. Mungkin begitu juga dengan kes di Kampung Berembang kerana janji – janji yang ditaburkan tidak ditunaikan. Inilah masalah yang sering dihadapi oleh pihak peneroka bandar. Mereka merasakan diri mereka dipermainkan. Ada juga rumah sudah siap akan tetapi keadaan rumah yang tidak selesa, bilik hanya ada dua, infrastruktur yang tidak lengkap dan lain – lain. Perkara ini juga boleh menimbulkan aksi penentangan kerana bayangkan rumah yang mereka duduki dahulu mempunyai 3 bilik namun rumah yang baru pula hanya ada 2 bilik. Mungkin ada yang mengatakan mereka ini mengada. Tapi kita harus hargai mereka. Mereka yang meneroka kawasan tersebut hingga tanah yang tidak bernilai menjadi bernilai. Mereka manusia sepatutnya mereka patut diberikan rumah yang selesa dan infrastruktur yang lengkap. Jika semua ini dapat dipenuhi sudah pasti tidak akan wujud sebarang aksi penentangan.
Mungkin ada yang akan mengatakan mana mungkin semua benda ini dapat dipenuhi. Saya memberi contoh. Seorang sahabat saya Mohd Khairi Fauzi. Bekas penduduk rumah setinggan di Pantai Dalam. Bekas penduduk Kampung Pasir Kiri, sewaktu menanyakan semasa arahan untuk berpindah dikeluarkan adakah wujud sebarang penentangan oleh penduduk kampung tersebut. Beliau mengatakan tiada langsung kerana pihak yang berkenaan telah memindahkan mereka dengan tempat yang lebih selesa, infrastruktur yang lebih mantap dan berkualiti. Jadi apa yang saya cuba sampaikan adalah jikalau pihak yang berkuasa ingin tanah itu kembali haruslah memberikan pampasan yang setimpal sesuai dengan jerit-payah mereka menebas semak samun, pokok dan lain – lain, tempatkan mereka dengan tempat yang lebih selesa dan juga sebagaimana yang saya katakan infrastruktur yang berkualiti. Jika kesemua perkara ini tidak dibuat maka para peneroka bandar ada hak untuk membuat aksi penentangan.
Keperluan Hidup
Ketua negeri dan ketua negara terbahagi kepada 2 jenis mengikut pengamatan saya. Yang jahat, rakus dan zalim, Yang baik, jujur dan adil. Kedua – duanya menginginkan kemajuan kepada negara atau negeri masing – masing. Tapi yang negatif perangainya ketika mahu membangunkan sesuatu kawasan akan berperangai seperti bekas MB Selangor dahulu. Kerana tamakkan habuan, tidak sabar – sabar sesuatu projek itu dibangunkan kerana ada saham atau komisyen di dalam projek tersebut maka apa jua cara penduduk setinggan harus dihalau sama sekali. Mereka tidak pentingkan kebajikan penduduk kawasan tersebut. Rumah yang dijanjikan hanya sekadar janji. Paksaan untuk keluar dari rumah mereka dalam tempoh yang singkat amat memeritkan. Kalau dipindahkan sekali pun rumah yang diberikan layak digelar umpama sarang burung merpati, infrastruktur yang teruk dan pampasan yang begitu sikit. Perbuatan seperti ini harus ditentang habis – habisan dan inilah yang menjadi perjuangan kepada badan NGO seperti JERIT, aktivis masyarakat dan lain – lain. Saya yakin perbuatan seperti ini akan mendapat simpati masyarakat seluruh negara.
Buat pemimpin yang mahu membangunkan kawasan setinggan tapi masih mementingkan kebajikan penduduknya pemimpin seperti ini harus diberi kredit walaupun sedikit. Kalau tanah itu mahu diambil untuk tujuan pembangunan tapi kalau pampasan yang diberikan setimpal maka sudah pasti tidak akan muncul aksi penentangan oleh kaum peneroka. Pemimpin baik sudah pasti mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan selesa,. Infrastruktur yang bagus, rumah yang selesa, dan lain – lain. Saya yakin setiap pemimpin yang baik mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan selesa. Berikan saya contoh pemimpin mana yang mahu melihat rakyatnya hidup dalam keadaan yang tidak selesa? Saya setuju dengan tuntutan JERIT agar mereka harus dilayan dengan baik dan tanpa ada unsur pengusiran. Malah kaedah yang ingin dilakukan oleh Tan Sri Khalid ingin mengadakan dialog dengan kaum peneroka bandar sebelum tanah yang mereka terokai dulu diambil juga merupakan satu tindakan yang baik. Jangan ulangi tindakan Khir Toyo yang kejam dan zalim. Saya bukan untuk membela Tan Sri Khalid tapi jika itulah pendekatan yang ingin beliau gunakan maka tidak ada sebab mereka yakni kaum peneroka akan bangkit memberontak. Bukankah dalam temubual beliau menekan mereka tidak akan diperlakukan seperti mana yang dilakukan oleh Khir Toyo dahulu.
Kenyataan Tan Sri Khalid
“Acknowledging that there will be opposition to this position from many quarters, Khalid assured that the interests and rights of everyone concerned will be taken into consideration.
Nevertheless, it is impossible to please everyone of those with a stake in the matter, he said.
“We will continue to hear these grievances… I do not foresee that we will have a plain sailing exercise here.
“But we have to do what we have to do. Just like the illegal factories issue, this is also going to be a big issue, but we are not afraid to face it. We have to face it,” he said.
Khalid said the state government will seek to go about the ‘zero squatters’ policy as humanely as possible and engage in dialogue with the communities in question in order to avoid a repeat of last year’s fracas in Taman Rimba Jaya, Shah Alam.
Many had criticised the manner in which the authorities carried out the eviction exercise in Rimba Jaya, which saw some municipal council personnel throwing stones towards the temples and other buildings targeted for demolition.
“We hope that it will not be repeated,” stressed the new menteri besar.
“Just like my selection of 10 (state) excos will not please the remaining 25 excos, inevitably, I have to make a decision, and the decision will take into account the needs of the people, but it doesn’t mean you have to please all the people,” he added.
Kenyataan JERIT
Kami dari JERIT menuntut kepada kerajaan Negeri Selangor dengan segera:
- Untuk membatalkan Dasar Setinggan Sifar dan menggantikannya dengan Dasar Perumahan Rakyat untuk Semua untuk menonjolkan sikap Kerajaan negeri adalah perumahan untuk semua dan bukan berniat untuk memaksa pengusiran
- Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah perumahan peneroka bandar di Selangor dimana ada Peneroka yang masih tinggal di dalam khemah
- Batalkan semua notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebelumnya dengan serta–merta dan menilai balik dan menbuat kajian semula.
- Memastikan Kerajaan Tempatan tidak akan lagi menggunakan undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan 1969 untuk mengusir masyarakat peneroka bandar.
- Memahami dan mengambil kira semua Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa mengenai perumahan, cadangan SUHAKAM mengenai isu hak perumahan dan tuntutan-tuntutan JERIT kepada Kerajaan Negeri sebelum ini
- MB mengadakan perbincangan dengan kumpulan masyarakat, penduduk dan aktivis-aktivis yang terlibat dalam isu perumahan untuk memahami isu sebenar sebelum membuat sebarang keputusan.
Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!
Saya akhiri penulisan ini dengan meninggalkan kedua – dua kenyataan dari kedua pihak bertelagah waktu sekarang dan akan sambung balik tulisan berdasarkan perbincangan yang akan dilakukan didalam ruang komen yang disediakan oleh laman ini.
Selamat berbincang…

12 comments
Comments feed for this article
Mac 28, 2008 pada 9:01 am
Hasbullah bin Pit
Encik Black
Komen saya di sini
http://sebolku.blogspot.com/2008/03/ya-saya-setuju-dasar-setinggan-sifar.html
Mac 28, 2008 pada 9:26 am
terapi
tunggu dan lihat
Mac 28, 2008 pada 2:44 pm
Nasir
secara dasarnya saya setuju dengan Khalid MB-cuma perlaksanaan dasar ini mesti telus dan adil kepada semua pihak. Suatu mekanisma penyelesaian yang dapat diterima semua yang terbabit mesti diwujudkan terlebih dahulu sebelum ia diteruskan. Kena juga pastikan setinggan ini benar-benar warganegara Malaysia bukan orang luar yang dapat PR atau IC palsu…Jangan pula kita tersilap memperjuangkan hak orang yang tak sepatutnya. Beri tanah dan rumah kepada orang asing yang jadi setinggan memang tak logik walau atas dasar apa sekalipun. Orang tempatan sendiri pun masih ramai yang tiada tanah dan rumah. Jangan ulangi kesilapan (spt yg dilapor TV) ‘terberi’ rumah/flat kpd setinggan luar berIC merah sedangkan org tempatan tak dapat. Mungkin ini kes terpencil tetapi tanpa ketelusan dan sikap hati-hati, ianya tidak mustahil untuk berulang.
Mac 28, 2008 pada 2:54 pm
mokhtar
bab peneroka bandar ni aku bole kategorikan kepada 2
dia mmg meneroka puluhan tahun dan penyewa
yang mmg tinggal disitu puluhan tahun amat2 wajarlah diberi pampasan dan rumah
manakala yang menyewa tak logik bg aku melayan mereka
kdg2 aku tgk setingan lagi kaya dari mereka yang memiliki rumah
bayang la aku pernah tgk mereka bawak jaguar merc honda
adakah kenderaan lagi penting dari rumah
mmg la tk wajar jika notis berpindah tu cuma 2 3 bulan
yang paling wajar bagi notis 6 ke 9 bulan
bagi yang ade rumah gi la duk umah sendiri
bagi yang tak berumah kerajaan carikan umah sewa
pkns buatlah umah flat byk2 sewakan
ini akan jadi hasil juga kepada pkns
jadikan umah sewa tu bertaraf tinggi
segala kemudahan dan keselesaan adalah tinggi
bila umah yg diduduki adalah umah sewa maka tiadalah masalah jual umah kepada org lain
dgn flat yg terurus dan selalu dipantau tahap kebersihan dan kemasyarakatannya maka keharmonian sesuatu flat akan menyerlah
flat kini bagai sebuah kg
jika dulu kg rumah sebuah2 kini kg adalah rumah yang banyak dikumpul setempat
jangan abaikan kemudahan asas seperti dwn org ramai yg mana kenduri kendara boleh dijalankan disitu secara percuma
semangat gotong royong akan ujud semula
semua bangsa akan bergaul dgn bahagia
tak salah rasanya jika kita lantik ketua flat setaraf dengan ketua kg
ujudkan jkkk
jkkf
insyaallah kita harus jadi pelopor kg flat ini
kg flat yg berjaya
2 buah flat setinggi 20 tingkat berkongsi dewan,padang dan masjid
sediakan juga ruang petak parking bertingkat disebelahnya bg mengelakkan kecurian dan kesesakan lalulintas
mmg skrg nmpk rugi
tp 10 ke 20 tahun dari skrg ia akan menjadi suatu pelaburan yg bijak
Mac 29, 2008 pada 4:42 am
rm1juta
Setinggan = pendudukan ditanah milik kerajaan secara haram=makan hasil kerajaan secara haram=rasuah=pecah amanah=haram.
Fikirkan….
Mac 29, 2008 pada 5:29 pm
fadzat
Saya tak faham, kenapa kita terlalu membela golongan setinggan? Saya sendiri gaji hanya gaji cukup makan. Tetapi saya berusaha beli rumah kos rendah dan sebelum ini ’sembelih’ gaji bulanan saya duduk di beberapa buah rumah sewa.
Saya rasa kalau kerajaan selangor langsung tidak mengambil tidakan terhadap penghuni kawasan perumahan setinggan, ianya tidak akan adil kepada orang-orang seperti saya. Kami juga susah, tetapi kami berkerja keras mendapatkan ‘atap berteduh’ yang halal. Tiap bulan kena bayar loan rumah. Walaupun sempit dan sendat tetapi rasa senang hati sebab harta milik sendiri.
Alasan mereka tidak mampu menyewa atau membeli rumah kos rendah adalah tidak munasabah sama sekali.
Tetapi saya tidak bersetuju kalau kerajaan Selangor baru dengan sewenangnya meroboh penempatan-penempatan setinggan yang ada dengan cara yang kejam. Jangan sampai ada orang yang menitiskan air mata.
Mac 30, 2008 pada 11:02 am
soib
Apa nak risau.
Pemerintah yang adil mampu menjadikan raayat aman dan makmur dah tentulah rumah setinggan akan digantikan dengan rumah yang lebih selesa teratur dan tersusun.Namun jika pemerintah itu ikut setail yang lama jugak kita tukar kepada yang lebih baik pru akan datang bukan lama sangat tu.Tapi saya yakin mereka ini akan lebih berhati perut sebab mereka ada menjiwai perasaan sekurang kurangnya -mereka berjihad menegakkan keadilan “Bagaimana boleh tak adil pulak?.
Cuma satu yang patut kita fikirkan mengapa mereka suka tinggal disetingan?
Mungkinkah mereka tidak mampu?
Lebih baik kita bahas dan dapatkan jawapan perkara ini sekurang kurangnya membantu membuka minda para setingan juga secara tak langsung menolong memberi idea kepada kerajaan baru ini, agar mereka yang dipindahkan bukan sahaja seronok berpindah dikediaman yang lebih baik malah merasakan keadilan dalam diri mereka.Manalah tau mereka buat kenduri kesyukuran berpindah,bolehlah jemput kita.
Mac 30, 2008 pada 11:42 am
coy
Jangan kita menyamakan kerajaan BR sama dgn BN tu, Saya amat berkeyakinan ia akan dilaksanakan dengan sehabis baik bagi memastikan peneroka bandar ini akan mendapat pembelaan yang sewajar dan seadil-adilnya, insyaallah….
Mac 30, 2008 pada 12:59 pm
Welcome to Jay Twlight.Com
Kalau dah tahu dasar tu dah tak boleh pakai kenapa nak diteruskan? Keputusan rakyak Selangor mengundi dan memilih kerajaan baru antara lain untuk mengubah …jika boleh menghapuskan semua yang tidak menyebelahi dan mememanafaatkan rakyat atas dasar dasar kerajaan sebelum imi kan?… Jadi kepada kerajaan baru Negeri Selangor..buktikan kepada Rakyat apa yang anda boleh lakukan untuk membuat sesuatu pembaharuan……Janganlah jadi” COPY CAT” pula…..
Mac 30, 2008 pada 2:36 pm
rahmat haron
istilah setinggan diguna pakai oleh kerajaan barisan nasional merujuk kepada penempatan penduduk kota di atas tanah milik peribadi atau milik awam (kerajaan). kalau tanah itu milik peribadi lainlah ceritanya.
melihat sejarah setinggan - mereka adalah peneroka bandar sebenarnya. orang-orang yang datang ke kuala lumpur membuka tanah, bersama-sama menumbuhkan wilayah persekutuan, terutamanya pada tahun 1970 an. namun begitu ada juga penempatan-penempatan yang telah dibuka sebelum wujudnya Malaysia dan sebelum Malaya merdeka juga turut dirobohkan.
meletakkan orang ke rumah-rumah flat kos rendah merupakan jenayah sosial. malaysia bukanlah hong kong atau pulau jawa yang padat dengan penduduk dan berdepan dengan masalah kekurangan tanah. selama ini pemimpin BN tamak dan haloba membolot tanah awam (yang diberi amanah oleh rakyat untuk mentadbir, mengurus selia dan memberi aturan) kerana mahukan keuntungan segera.
alangkah baiknya kalau penempatan kampung2 yang dikatakan setinggan itu dinaik taraf dengan pelbagai kemudahan asas dan institusi. ataupun dibangun benar-benar sebuah taman perumahan yang selesa untuk rakyat yang terpaksa dirobohkan rumahnya atas tujuan yang benar-benar mewakili kepentingan orang awam - bukan kepentingan niaga. Kg. Berembang misalnya dirobohkan bukan untuk membangun hospital atau sekolah tetapi kondominium mewah yang berharga setengah juta ringgit.
pembangunan malaysia banyak yang tidak terancang. mengambil tanah-tanah penempatan rakyat kota semata-mata kerana nilai komersil, dagangan, niaga dan untung yang mengatasnamakan pembangunan negara perlulah dilawan. Tak ada tolak ansur dalam hal ini!
Mac 30, 2008 pada 7:08 pm
Hanizar
Bila manusia cepat melatah, maka terjerit-JERITlah mereka.
Belum tau cerita sebenar, menjerit tak tentu hala.
Apa salahnya program setinggan sifar ? Setinggan sifar di sini bermaksud semua orang (kalau boleh) ada decent house called home. [Mungkin nama program patut ditukar supaya berbunyi lebih lunak]
Apa salahnya ?
Pencuri “pergi masjid” untuk mencuri kasut.
Ustaz Rahmat Haron pun “pergi masjid”.
TAPI JANGAN LA KATA RAHMAT HARON PERGI MASJID NAK CURI KASUT…!!!!
Bebal !!!
Kalau nak menJERIT biarlah berisi. Jangan tong kosong.
Tau tak yang kebanyakan rumah setinggan ni disewakan ? Penyewa pulak Indonesians yang datang secara haram, atau yang majikan tidak sediakan penempatan ?
Memang tak patut negara ni ada setinggan. Patutnya semua ada rumah ?
Jadi.. di manakah salahnya “setinggan sifar” atau “penghuni sah”?
Mac 31, 2008 pada 2:49 am
rentaka
yang berhak tetap berhak…analogi mudah, sekiranya ade org asing menceroboh rumah anda, adakah anda perlu membayar pampasan utk menyuruh dia meninggalkan rumah anda?
takkan tak boleh pikir???