You are currently browsing the monthly archive for April, 2008.
Setelah hampir sebulan lebih, Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor dari Barisan Nasional, perhimpunan pertama menentang rasuah Khir Toyo dan isteri akan diadakan.
Perhimpunan di Masjid Negeri Shah Alam yang akan diadakan selepas solat Jumaat pada 2 Mei 2008 ini akan membawa kepada Laporan Terhadap BPR mengenai rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan isterinya sewaktu Selangor dibawah Barisan Nasional. Sila klik disini untuk maklumat lanjut.
Khir Toyo yang kini sedang berbalah dengan Samy Vellu dalam isu perobohan kuil akan berhadapan dengan satu lagi kontreversi selepas laporan rasuah ini dibuat.
Menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat Selangor, laporan rasuah ini baru yang pertama. Selepas ini akan ada banyak lagi laporan rasuah yang akan dibuat keatas Khir Toyo, isteri dan keluarga.
Dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri Selangor dan orang-orang Umno yang anti kepada Khir Toyo, politik di Selangor akan menjadi lebih menarik.
Kalau sebelum ini Khir Toyo menggunakan “isu babi” bagi mempermain-mainkan Pakatan Rakyat Selangor, isu rasuah dan penyelewengan beliau akan menjadi cabaran utama kepada Ketua Pembangkang negeri Selangor tersebut.
Toyo… Toyo….

MEI 1,
HARI PEKERJA SEDUNIA.
JOM MERAYAKANNYA!
Tarikh: 1 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi
Tempat:
Berkumpul di Dataran Merdeka Perarakan ke SMJK Confucion dan Program Bersama Wakil Rakyat & ADUN
PROGRAM:
9.30 pagi : Rakyat Berkumpul di Dataran Merdeka
10.00 pagi : Berarak ke SMJK Confucian , KL( berhampiran Stadium Merdeka)
11.00 pagi : Program Rakyat bersama Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat
* Ucapan wakil-wakil pekerja, peneroka Bandar, anak muda , orang asal, Gabungan Mansuhkan ISA dan ramai lagi
* Penyerahan tuntutan kepada Ahli Parlimen dan ADUN pakatan rakyat
* Ucapan wakil Ahli PArlimen dan ADUN
* Persembahan rakyat
1tengahari : TAMAT
Peta ke Dewan Confucian:
http://www.confucian.edu.my/main/images/map/map_b.htm
Untuk maklumat lanjut, Hubungi: 03-77843525 @ jerit2002@gmail.com
Deklarasi MAYDAY 2008 untuk semua!!! Download di sini.
Bersama kita mengimbas sejarah Hari Pekerja… klik di bawah
Harap untuk menyaksikan “reformasi” berlaku didalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) “berkecai” apabila Najib Tun Razak mengumumkan perlantikan semula 16 anggota pesuruhjaya bagi tempoh dua tahun sehingga 2010. Sila klik disini untuk berita dari Bernama.
Indonesia yang mempunyai populasi penduduk melebihi 250 juta orang hanya memerlukan 11 orang untuk menjadi pesuruhjaya untuk Komnas HAM. Sila klik disini. Tetapi Malaysia yang hanya mempunyai populasi penduduk sekitar 26 juta mempunyai 16 orang untuk menjadi Pesuruhjaya Suhakam.
Dan kita terus menyaksikan pencabulan hak asasi manusia terus berlaku di Malaysia……
Setelah 10 tahun, inilah pertama kali bekas Timbalan Perdana Menteri melangkah masuk ke parlimen. Kalau dahulu beliau masuk sebagai ahli parlimen merangkap Menteri, kini beliau melangkah masuk sebagai suami kepada Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail.
Walaupun sudah 10 tahun tidak menjadi ahli parlimen, beliau tetap menjadi tumpuan media tidak kira tempatan mahupun luar negeri. Sila klik disini untuk membaca berita lanjut dari Malaysiakini.
Sidang parlimen bagi penggal ini sudah pasti menjadi hangat. Jumlah ahli parlimen pembangkang sebanyak 82 orang sudah pasti akan menggemparkan perbahasan kali ini.
Ketika ditemui wartawan, Anwar berkata, “Saya sudah masuk, saya tak akan keluar”. Cuba teka siapa yang paling takut jika terbaca berita mengenai ini?
Yang menarik juga dalam sidang parlimen kali ini apabila kita dapat menyaksikan beberapa orang “blogger “masuk ke parlimen. Jeff Ooi adalah diantara penulis blog yang dipilih oleh rakyat untuk masuk ke parlimen.
Ketika kempen pilihanraya yang lalu, dalam salah satu ucapannya di Pulau Pinang, Jeff Ooi berjanji kepada pengundi bahawa beliau tidak akan membiarkan menantu PM, Khairy Jamaluddin “tidur lena”. Diharap Jeff akan menunaikan janjinya untuk “mengajar” menantu PM yang angkuh itu apabila sidang parlimen bermula.
Akhir kata, selamat bersidang kepada seluruh ahli parlimen. Apabila berbahas hanya satu perkara yang paling penting untuk diingati, “kepentingan rakyat harus diutamakan” sepertimana yang dikatakan oleh Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan didalam ucapannya.
Ketika saya membesar di Jelebu, di minggu akhir di setiap bulan Ramadan saya akan memasang lampu pelita di sekeliling kawasan rumah saya. Cahaya pelita ini adalah tanda, nahu dan bahasa sebagai persediaan dari seorang kanak-kanak untuk menyambut malam Tujuh Liku atau malam kesampain Lailatulqadar. Satu malam yang paling suci lagi kudus berbanding dengan seribu malam-malam yang lain.
Mitos malam Lailatulqadar mengajar saya sebagai kanak-kanak untuk menyimpan harapan, mimpi dan niat. Kami kanak-kanak cukup bijak untuk menyimpang siurkan ajaran agama yang kami sendiri pun kurang arif. Kami cukup yakin bahawa di malam Lailatulqadar ini ada satu ketika di mana semua makhluk dan tumbuhan di bumi ini akan menyembah sujud kepada pencipta Yang Maha Esa. Pada malam yang mana satu? hari yang mana? jam berapa? Detik dan saat yang mana Lailatulqadar ini akan sampai tidak pernah di ketahui. Malam ini menjadi satu misteri untuk kami kanak-kanak.
Ketika Abdul Rashid Abdul Rahman Pengerusi SPR mendiamkan diri selepas gagal untuk melaksanakan “tugasnya” bagi memberikan kemenangan besar kepada BN, kini muncul Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar melonjakkan dirinya untuk menjadi jaguh baru SPR.
Wan Ahmad Wan Omar bukan hadir untuk membawa “Reformasi” kepada SPR. Beliau datang dengan membawa ugutan kepada ahli-ahli politik yang menggunakan laman web, blog dan sms untuk kempen pilihanraya.
Kata Wan Ahmad SPR akan mengawasi kempen di internet dan sms pada masa akan datang. Berita selanjutnya sili klik disini.
Banyak persoalan lain yang perlu dijawab oleh SPR mengenai perjalanan pilihanraya yang lalu. Isu “dakwat kekal” masih belum lagi selesai.
Wan Ahmad yang menggepalai delegasi SPR untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihanraya di Nepal 10 April yang lalu seharusnya malu apabila melihat bagaimana Nepal sebuah negara yang baru selesai konflik melaksanakan penggunaan “dakwat kekal” tanpa sebarang masalah.
Belum lagi ditambah dengan isu daftar pemilih yang tidak bersih, pengundi hantu dan sebagainya.
SPR juga harus sedar taktik mengugut sudah tidak lagi berkesan di Malaysia. Jika SPR masih lagi dengan cara lama, tidak mustahil satu hari nanti SPR akan dibubarkan dalam badan penggendali pilihanraya yang baru akan menggantikannya….

Majlis Pelancaran buku “Social Roots of the Malay Left” dan “Failed Nation” yang ditulis oleh arwah Rustam Sani petang tadi meriah.
Ramai hadirin dari pelbagai latarbelakang datang untuk memberikan sokongan.

Terserempak juga dengan ramai rakan-rakan lama, aktivis reformasi.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Anwar Ibrahim.

Rakan-rakan Rustam Sani seperti Syed Husin Ali, A. Samad Said, Hishamuddin Rais dan Noraini memberikan ucapan masing-masing mengenai pengalaman mereka bersama Rustam sewaktu beliau masih hidup.

Selain daripada itu, putera dan puteri Rustam turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Walaupun Arwah Rustam Sani telah meninggalkan kita, idea-idea dan pemikiran beliau akan terus hidup menyinari rakyat kearah Malaysia yang lebih baik.








Waktu berada di Nepal tempoh hari dalam misi menjadi pemerhati pilihanraya antarabangsa, saya tidak melepaskan peluang untukmenyaksikan keindahan Nepal yang memang terkenal dengan gunung-gunung yang tinggi serta indah.
Kata orang jika ke Nepal, wajib untuk melawat Pokhara.
Pokhara adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti “trekking”, melihat matahari terbit dan banyak lagi.
Di Pokhara, saya dan beberapa teman tidak melepaskan peluang untuk ke Sarangkot bagi melihat matahari terbit dimana keindahan gunung Annapurna akan kelihatan.
Seawal pukul 5.30 pagi sudah ramai pelancong berkumpul untuk menyaksikan keindahan dan kecantikkan gunung Annapurna bila terbitnya matahari.
Kesemua gambar diambil oleh penulis.

Aktivis reformasi yang tidak asing lagi, Norazimah Binti Mohamad Nor a.k.a Nora telah pun memulakan blognya.
Sila klik disini untuk melihat blog Nora dan membaca tentang pengalaman beliau yang sering ditahan ketika memperjuangkan nasib rakyat.

Menantu PM, Khairy Jamaluddin tidak akan senang duduk walaupun telah bergelar ahli parlimen Rembau.
Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard telah menghantar petisyen ke Mahkamah Tinggi Seremban untuk mempertikaikan keputusan pilihanraya di Rembau. Sila klik disini.
Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.
Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut maka kita dapat tahu dan faham benda itu. Kalau bunyi t-e-l-o-r yang keluar maka kita dapat membayangkan benda itu. Tetapi M-e-l-a-y-u-b-e-r-s-s-t-u-l-a-h apa bendanya yang kita fahami dari bunyi ini. Kalau slogan ini satu konsep ianya wajib memiliki asas. Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat di pegang dan dilihat. Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat gambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Jika kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Itulah diantara maklumat baru yang diberi oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu dalam sidang akhbarnya bersama dengan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen PKR siang tadi.

Dr. Shaariibuu Setev yang ditemani oleh peguam yang juga penterjemahnya, Munkhsaruul Mijiddorj memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mongolia telah memberitahu Abdullah Badawi tahun lalu mengenai perkara ini. Sila klik disini untuk berita selanjutnya dari Malaysiakini.
Apakah rakyat Malaysia hanya mahu mendiamkan diri melihat dunia membenci Malaysia hanya kerana tindakan segelintir orang?
Sedangkan 26 juta rakyat Malaysia tidak bersalah kepada Altantuya dan beribu-ribu lagi rakyat asing yang ditindas di Malaysia.
Apakah Najib sesuai untuk menjadi PM Malaysia yang keenam? Belumpun jadi lagi, Malaysia dah hampir hilang hubungan dengan satu negara. Renungkanlah……









Menerima beberapa sms daripada teman-teman bahawa Saudara Rustam Sani, anak kepada tokoh kemerdekaan negera, Ahmad Boestamam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi. Rustam yang juga merupakan seorang intelektual, aktif didalam bidang penulisan.
Marilah kita bersama-sama menyedekahkah Al-Fatihah buat saudara Rustam. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
Hegemoni media daulah pecah
Dapat dibeli di semua kedai buku minggu ini:
1) MPH
2) Kinokuniya
3) Borders
4) Time
5) Coop Book Store
6) Popular BOOK Store
7) RiceCooker Annex Central Market
Buku akan di lancarkan dan dijual di Bau Bau Cafe Annexe Central Market
Pada 1 May 2008
Aturcara majlis:
8.30 pm – Pelancaran Buku
8.45 pm - Jamuan
9.00 pm – Party muzik/bands
Semua dijemput hadir,
Hishamuddin Rais
Bro,
Kisah Lah dengan menantu dia ni macam mengingatkan aku pada cerita melayu klasik P.Ramlee- Nujum Pak Belalang lah pulak.
…Pak Belalang yang malas dan anaknya berkonspirasi menjadikan Pak Belalang sebagai ahli nujum untuk membantu penduduk kampung .Tipu helah Belalang membuatkan penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang adalah seorang ahli nujum.
Kehidupan mereka berubah apabila Sultan mendengar tentang ‘kehebatan’ Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja.
Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Pertaruhan besar yang melibatkan negara telah membuatkan Pak Belalang gentar dan melarikan diri.
Namun, adakah si Belalang yang konon nya lebih pintar daripada bapanya dapat menutup helah Pak Belalang dan menjawab teka teki poltitik UMNO yang semakin hari menjadi semakin teruk dan berbelit?
Biar ape pun- kisah Kampung Pohon Beringin ini ade satu mesej untuk Lah dan menantu beliau. Takan nak bertenggek kat Pohon Beringin dok lama sangat ni. Silap haribulan nanti cium tanah aje akhirnya.
K. Shan
Menantu PM, Khairy Jamaluddin menyalahkan “keris” sebagai salah satu punca BN kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu. Klik berita dari Malaysiakini disini.
Kenyataan menantu PM ini seolah-olah beliau sedang mengalami “brain damage” akibat daripada keputusan PRU 12 yang lalu.
Terlalu mudah untuk menyalahkan “keris” berbanding dengan diri sendiri. Semua orang sudah tahu, jika tiada menantu PM, BN tidak akan kehilangan kerusi sebanyak ini.
Apakah yang beliau belajar di Oxford? Apakah ini dia anak muda yang dikatakan bijak dan mampu bawa perubahan kepada Umno?
Sudahlah. Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rambau dan bertanding semula. Buktikanlah yang anda benar-benar pilihan rakyat atau wakil rakyat undi pos.
Khairy… Khairy…..
Tak habis-habis lagi?
Mahathir Muhamad telah memerangkap Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar - untuk mengetepikan Abdullah Badawi. Untuk entah ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Muhamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.
Era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahayanya, Mahathir Muhamad inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir Muhamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.
Desas-desus tentang perletakkan jawatan Abdullah Badawi sebagai PM dan Perdana Menteri semakin hebat kedengaran. Dikatakan bahawa Najib Tun Razak akan menggantikan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM Malaysia.
Najib yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya bakal melengkapkan Teori R.A.H.M.A.N jika ini benar-benar berlaku.
Apakah Najib baik untuk Malaysia?
Bagaimana dengan Kes Altantuya?



Bekas PM, Mahathir Mohammad ketika menghadiri forum yang dianjurkan oleh Mykmu.net, telah menyatakan secara terbuka bahawa kini Najib bukan satu-satunya calon pilihannya untuk mengantikkan Abdullah. Sila klik disini.
Perubahan sokongan Mahathir untuk Najib menjadi PM adalah kerana sikap “play safe” Timbalan Perdana Menteri itu. Najib yang didakwa terlibat secara lansung dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu seringkali mengeluarkan kenyataan setia kepada Pak Lah apabila Dr. Mahathir menyerang bapa mertua Khairy itu.
Analisis Nash Rahman dari Malaysiakini menunjukkan bahawa ahli-ahli Umno sendiri telah mula hilang keyakinan terhadap Najib. Najib turut dipersalahkan selain Pak Lah akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 yang lalu. Klik disini.
Sikap “penakut” Najib ini juga telah menyebabkan orang-orangnya “dicantas” oleh Khairy daripada masuk kedalam kabinet. Salah seorang daripadanya ialah Jamaluddin Jarjis (JJ).
Najib seharusnya malu kerana digula-gulakan oleh menantu PM yang baru beberapa hari berjinak dalam politik.
Mungkin Najib terlalu takut untuk bertindak oleh kerana perbicaraan kes bunuh Altantuya Shariibuu masih lagi berjalan di mahkamah. Jika inilah sebabnya, Najib pasti akan diterajang keluar dari Umno bersama-sama Pak Lah. Mungkinkah?
Dalam sidang akhbar pagi tadi, Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang mengumumkan bahawa satu pakatan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat sedang dalam proses untuk ditubuhkan.
Pakatan Rakyat ataupun “People Alliance” akan menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini. Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.
PAS, PKR dan DAP akan bergabung dalam Pakatan Rakyat.
Cadangan penubuhan Pakatan Rakyat ini akan dibawa ke parti masing-masing terlebih dahulu sebelum diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Ketika Barisan Nasional masih lagi terkapai-kapai untuk mencari penyelesaian tentang punca kehilangan banyak kerusi dan majoriti dua pertiga di parlimen, parti-parti pembangkang sudah hampir mencapai kesepakatan untuk membentuk satu pakatan yang kuat.
Penubuhan Pakatan Rakyat dijangka mampu membuat perubahan didalam arena politik Malaysia.
Kalau sebelum ini, Barisan Nasional (BN) begitu kebal dan tidak ada pesaing, kini Pakatan Rakyat akan menjadi “check and balance”. Klik disini untuk membaca berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini.



Komen Terkini