Pakatan Rakyat (PAS+PKR+DAP)
Dalam sidang akhbar pagi tadi, Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang mengumumkan bahawa satu pakatan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat sedang dalam proses untuk ditubuhkan.
Pakatan Rakyat ataupun “People Alliance” akan menggantikan Barisan Alternatif yang digunakan sebelum ini. Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail turut hadir dalam sidang akhbar tersebut.
PAS, PKR dan DAP akan bergabung dalam Pakatan Rakyat.
Cadangan penubuhan Pakatan Rakyat ini akan dibawa ke parti masing-masing terlebih dahulu sebelum diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
Ketika Barisan Nasional masih lagi terkapai-kapai untuk mencari penyelesaian tentang punca kehilangan banyak kerusi dan majoriti dua pertiga di parlimen, parti-parti pembangkang sudah hampir mencapai kesepakatan untuk membentuk satu pakatan yang kuat.
Penubuhan Pakatan Rakyat dijangka mampu membuat perubahan didalam arena politik Malaysia.
Kalau sebelum ini, Barisan Nasional (BN) begitu kebal dan tidak ada pesaing, kini Pakatan Rakyat akan menjadi “check and balance”. Klik disini untuk membaca berita yang dilaporkan oleh Malaysiakini.















Pakatan rakyat dalam pemahaman politik saya adalah satu terma yg kurang sesuai untuk menerjah satu usaha ataupun agenda politik dalam keadaan politik yg kian mencabar.
Terma Pakatan Rakyat juga membingungkan saya yg cuba mencari satu akronim yg sesuai.Adakah patut kita gunakan sinkatan seperti PR atau PaRak atau Payat.Pengunaan PR sememangnya tidak sesuai oleh kerana singkatan ini bersifat lemah yg merujuk kepada usaha PR semata mata.kalau nak kata Parak..nampak macam parah pulak. Nak kata payat..lagi lah teruk maksudnya..nanti orang ingat penyakit pulak.
Kesimpulanya-Terma Pakatan Rakyat tak seberapa catchy kata orang dan tidak menyuntik satu tenaga atau arus untuk menjana senario politik pembangkang yg seharusnya penuh dengan pembaruan dan tenaga serta agenda yg mantap lagi cekal.
Pakatan Rakyat tidak menunjukan sebarang agenda atau pola poltik negara.Ianya hanya sekadar menunjukan sekadar wujudnya satu pakatan diantara mereka mereka yg menang pilianraya.Pakatan Rakyat juga satu terma yg tidak tepat kerana Pakatan Rakyat seharusnya mencerminkan satu pakatan diperingkat masyarakat dan organisasi organisasi rakyat dan bukan nya parti parti politik semata mata.Yg peliknya disini..Pakatan Rakyat ini agak eksklusif dimana parti parti kecil seperti PSM dan juga dari Sabah dan Sarawak diketepikan.Pakatan Rakyat yg seperti diwar warkan Anwar akan konon-nya model pembentukan masyarakat Madani malangnya telah mengenapikan pihak pihak NGO dan organisasi rakyat.
Takan hanya sekadar pakatan pilihanraya dan pakatan kemenangan semata mata.
Kalau nak ikut pandangan saya..lagi patut diusahakan satu konvensyen rakyat untuk membuka lebaran baru agenda rakyat dan kemudian bentuk satu pakatan yg merangkumi semua parti parti politik yg besar dan kecil bersama sama NGO dan organisasi rakyat kearah membentuk satu ANGKATAN RAKYAT dan jika disingkatankan menjadi AKAR.Akar yg mungkin boleh membawa maksud kewujudan satu politik baru yg berakar diperingkat akar umbi dan satu dana tenaga baru yg berakar dengan agenda serta partisipasi ramai tanpa mementingkan agenda politik kepartian semata mata.Angkatan juga membawa maksud akan kesediaan suatu usaha dan juga satu daya baru yg seakan menjana reformasi dan melawan politik kuno dan penyakit politik seperti rasuah dan salah guna kuasa.
Ada juga kawan yg mengatakan bahawa perkataan pakatan ada element yg berbau negatif. Ada diselitkan bahawa pakatan selalu digunakan untuk membayangkan suatu yg bersifat rahsia dan tertutup.Pakatan juga selakunya dirujuk kepada suatu agenda yg tersembunyi.
Penghujungnya, saya menyesal dgn pendekatan parti pembangkang kita seperti yg kita lihat di Selangor baru baru ini.Semua nya hanya bertumpu kepada mereka yg berkuasa dan politik serta agenda rakyat diatur dari atas.
Tahniah….sayapun sudah lama ada idea yang seperti itu PAKATAN RAKYAT.Tapi nampaknya idea saya kebetulan selari pula.Eloklah.Jikalau dinamakan kata mula BARISAN itu sudah dikatakan meniru BN. Dengan penggunaan kata RAKYAT dari sudut psikolinguistik dan semantik..lebih menjurus ke sanubari rakyat dan ada unsur kebersamaan dan kekitaan.lngat, jangan jadi seperti kemenangan pembangkang 1999 lalu, yang “terlupa diri” sekejap. Dari sekarang, hapuskan ketamakan dan haloba. DAP di bawah kepemimpinan generasi baru buangkan sifat chauvinistik.Lihatlah realiti Malaysia ini, kekayaan milik siapa yang sebenarnya?Demi keadilan dan demokratik serta lslamik maka realiti ini disepakatkan bersama. Gerak dari sekarang.Apa kata PAKATAN RAKYAT membuat kajian dan analisis semula DASAR PENSWASTAAN yang kini banyak ‘menghisap darah rakyat’.Ah, ini senjata pilihan raya akan datang. lkutlah idea saya.
(Saya anak Melayu belajar hingga ke peringkat ijazah pertama,master dan Ph.D pun tiada dapat
biasiswa)
Semoga Pakatan Rakyat (PAKAR) ini akan berkekalan dan menjadi wadah perjuangan untuk kesejahteraan rakyat dan agama dan juga negara.
Mengapa harus ada Pakatan Rakyat? Mengapa tidak DAP dan PAS dibubarkan dan semua ahlinya diserapkan ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Itu adalah lebih mantap daripada gabungan tiga parti yang berasingan dan juga meniru BN. PKR dianggotai oleh pelbagai kaum Melayu, Cina dan India kebanyakannya. Adalah lebih baik jika semuanya bersatu dibawah satu naungan. Bukankan itu perjuangan Pakatan Rakyat sebenarnya? Keadilan sama rata kepada semua bangsa…. mengapa harus ada 3 puak yang berasingan. Tidak bolehkah PAS dan DAP melonggarkan ideologi mereka untuk membentuk Pakatan Rakyat? Apakah PKR takut PAS atau DAP akan menguasai Pakatan Rakyat sekiranya hanya ada satu parti sahaja?
Demi untuk perpaduan rakyat dan keadilan sama rata, ini adalah jalan terbaik untuk rakyat dan bukan untuk pemimpin yang hanya punya agenda tersendiri untuk merebut jawatan dan kuasa memanipulasi rakyat!!!! Hidup Demokrasi!!!!
tak kisah la nak pakai nama apa pun. yang penting bagi kami, segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh pakaatan ini mengambil kira kepentingan rakyat.
kami tak nak mega projek. kami tak nak teknologi canggih. kami tak nak malaysia jadi tuan-rumah kepada macam-macam sukan dan hiburan.
kembalikan kepada kami kehidupan asas yang tidak terlalu mahal berbanding pendapatan kami.
kembalikan kepada kami suatu keamanan di mana anak-anak kami boleh bermain-main di taman-taman tanpa rasa risau.
dan pendidikan untuk anak-anak kami tanpa ada agenda politik
juga keselesaan beragama.
itu yang kami minta. dalam jangkamasa 5 tahun sebelum prestasi pakatan ini dinilai semula oleh rakyat.
Pada aku PR berbeza dengan BN yang bertunjangkan parti2 yang mengutamakan perkauaman (e.g. UMNO untuk Melayu). Berbeza dengan PR, gabungan partinya adalah bersifat “universe” (e.g. PKR, PAS dan DAP terbuka untuk semua kaum). Jika perkataan PR itu dijadikan “propaganda” untuk melemahkannya, rasanya BN lagi teruk. Be End bermaksud HANCUR TERUS. Kini kita sebagai rakyat merasakan ke-RAKYAT-an itu terjamin jika ada badan yang mendengar rintihan kita. Kini tunggu dan lihat sahaja. Bak kata orang, jika 50 tahun kita boleh tahan, kenapa 5 tahun tak dapat tahan. Betul tak?
Agak bodoh jika semua parti dibubar dan semua masuk PKR. Jika PKR mula nak jadi cam BN-UMNO..kita macam takde pilihan lain pulak.Check and balance dalam satu kesatuan itu penting.Jangan semua jadi barua parti dominan dan jadi pak turut Anwar. Ini lah masalah yg sedang dihadapi oleh BN dan UMNO.
Pokcik-macam mana PR ni nak bela agama bila yg tengah duk tepi katil tu DAP.Pikir lah sikit.
Kalau tanya saya-tak payah nak buat gabungan gabungan ini.Ini agenda facist. Biar ada kebebasan berpersatuan dan berpolitik..jika dulu gabungan menjadi pilihan menentang BN kerana dominasi yg agak besar.Sekarang keadaan dah mula nampak rata.Masing masing dah ada kerajaan dan mempunyai suara yg mantap di parlimen.
Bahayanya-jika BN dan PR tu dah jadi macam sama aje.Ape kita nak buat…undi rosak ke?
Demokrasi menjadi tak bermakna jika gelanggang dikuasi oleh pihak pihak yg tertentu sahaja.
Spiderman Alam Maya,
Bagaimana dengan Pakatan Rakyat = PAKAR?
Biar kita serahkan semua amanah kita kepada ahlinya (dibaca sbg yang PAKAR dalam bidangnya). Bukankah ini adalah ajaran Muhammad RasululLah (saw)?
Mari kita pakat sokong dan bersatu dalam PAKATAN RAKYAT untuk membina Malaysia yang bertuah ini kerana rakyatnya yang pelbagai kaum.
Saya percaya dan yakin bahawa Allah mentakdirkan Malaysia dengan sifatnya yang pelbagai kaum ini sebagai landasan untuk membuktikan betapa indahnya jika Islam menjadi tunjangnya.
Bukan sahaja orang Islam akan sejahtera, tetapi bukan Islam akan bahagia, bahkan tumbuhan dan haiwan turut mendapat rahmatNya.
Bagi paksu, amba yakin PR atau apa nama saja akan lebih terserlah bila di highlight kepada seluruh rakyat dengan logo yang sama bila pilihanraya ke 13 nanti.
ak su yakin rakyat akan menerima dengan ikhlas. Namun DAP kena buang jauh sifat chouvanis atau perkauman dan PAS jangan tonjol negara Islam. Gabungan boleh di buat atas dasar perjuangan rakyat menentang pelbagai kezaliman BN dan tegakkan keadilan untuk semua.
Jampok,
Pernah dengar “exist in symbiosis” ? No ?
Rgds
Kalau kita serah semua kepada mereka yg konon nya pakar -baik kita sebagai rakyat jadi hamba kepada mereka.Undi rakyat bukan bermaksud kita serah kuasa kepada mereka.Orang politik bukan nya pakar pun dlm merintah negara.Yg pakar aladalh mereka mereka yg berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.
Kita kena pakat dan bersatu dlm memartabatkan kuasa rakyat sebagai rakyat dan bukan dalm saf parti parti politik sahaja.Kita kena jadi the concience of the political parties.Agar matlamat dan agenda rakyat sentiasa diutamakan.
Orang politik hanya berpandukan amanah yg diberi oleh rakyat dan pemberian kuasa ini bukan nya satu serahan mutlak atau blank check.Kalau diorang jadi cam Umno.Kita kena tukar balik.Tapi persoalan-nya takan nak tukar balik ke Umno.Ada juga bahayanya bila BR mula berfikir yg rakyat takan nak kembali ke BN-jadi kita buat lah sesuka hati.
Pakar-jijik ku dengar.Pakar dlm apa? Politik? ape yg menguntungkan rakyat dgn adenya pakar dlm politik.Ilmuan limuan kita nak letak mana pulak.Takan orang politik jadi pakar segala gala nya.Ini lah facist ni.
“Symbiosis” – the intimate living together of two kind of organisms esp if such association os of mutual advantage…. it will turn into mutualism and slowly to commensalism and at the end parasitsm in which the host will be harmed rather that benefit from the symbiosis. So I dont know who will manipulate who in this theory of symbiosis. Things must go back to basic berpandukan AlQuran and Hadith and not man made common law.
tak kira apa nama pun yang hendak di berikan pada ‘pakatan rakyat’, yang penting setiap ahli mesti melaksanakan tugas mengikut kepakaran sesuai dengan perkara yang hendak dilaksanakan itu. tujuan nya ialah untuk memakmorkan bumi malaysia ini yang didiami oleh manusia yang berbagai kaum yang memang dah Allah jadikan untuk kita berkenal-kenalan, dan mengakui akan BERKUASANYA ALLAH yang menjadikan manusia ini.
dan satu lagi, dari segi peraturan dan perlaksanaan untuk bergerak dalam ‘pakatan rakyat’ mestilah ada. kalau peraturan dan prosedur nya kelam atau kurang jelas maka perlaksanaan kurang berkesan, boleh jadi membazir dari segi masa, harta, idea dan berbagai lagi.
yang penting kita ambil peraturan dan panduan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi seperti yang disarankan oleh saudara Jampok2008, dan bagi yang bukan beragama islam boleh memilih peraturan orang islam ATAU memilih mengikut perlembagaan Malaysia dan pindalah mana-mana yang merugikan rakyat, gantikan dengan peraturan yang menguntungkan seluruh rakyat tanpa terkecuali walau seorang pun.
lagi banyak idea lagi baik, yang susah nanti nak pilih mana satu yang terbaik.
jadi kita orang islam ni senang, kerana tak perlu pilih sebab hanya satu sahaja, macam mana nak pilih, undang-undang islam ialah Al-Quran dan Hadis Nabi.
Nampaknya pendekatan PR kini semakin mengambil hati Rakyat Malaysia berbanding BN yang dilihat terlalu ego dalam pemilihan pucuk pimpinan. Dalam Islam, pemimpin tidak offer diri sendiri untuk bertanding. Malah org lain yg akan cadangkan dan suruh org yg layak bertanding..
Islam, Politik dan Kepimpinan
Nik Mustapha Bin Nik Hassan
Timbalan Ketua Pengarah
01/04/2008 | Berita Harian
Source: http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1555&cmd=resetall
Dalam membicara Islam, kita perlu memahaminya secara falsafah dan dengan penuh ketakwaan kepada Allah s.w.t. Sesebuah masyarakat dalam menyusun sistem hidup dan membudayakan nilai mulia dalam bermasyarakat memerlukan sandaran kepada falsafah sesuatu sistem kepercayaan. Nilai mulia kemanusiaan tidak boleh di andai tanpa sandaran. Justeru itu memahami falsafah bagi sesuatu sistem kepercayaan itu sangatlah penting. Falsafah menggaris prinsip kawalan (guiding principle) bagi sesuatu sistem kepercayaan itu. Ia juga akan membentuk pandangan hidup (world view) dan membina corak pendekatan sesuatu sistem itu. Ia juga akan mempengaruhi pembentukan asas akhlak dan seterusnya melahirkan budaya masyarakat berakhlak yang menyokong semangat falsafah tersebut ke arah mencapai sesuatu matlamat.
Islam adalah satu deen yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. untuk umat manusia sepanjang zaman dan untuk semua tempat. Agama Allah s.w.t ini menepati fitrah kejadian manusia. Al-Quran ada menegaskan semangat Islam tersebut dengan firmanNya yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajah mu dengan lurus kepada Agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menghendaki supaya setiap orang yang menganut Islam supaya menegapkan haluan hidup dengan berpandukan kepada semangat kemanusiaan yang satu yang tidak menerima apa-apa perubahan alam dan peredaran zaman. Fitrah manusia adalah sama bagi semua peringkat tamadun yang dicapainya. Sebagai penganut agama fitrah, umat Islam mesti berpegang kepada nilai kemanusiaan yang tetap kekal walaupun terdapat perubahan kepada corak kehidupan dengan berubahnya masa. Memenuhi tuntutan fitrah dalam apa sahaja manusia berkecimpung adalah permulaan syarat yang akan membawa kepada kejayaan. Mana-mana sistem kepercayaan yang menganjur kepada pendekatan penyusunan hidup manusia yang bercanggah dengan fitrah atau tabii manusia akan menghadapi kemusnahan kehidupan manusia. Akhirnya kehancuran peradaban ummah.
Melalui Islam kita akan mempunyai satu pendekatan dalam menyusun kehidupan bermasyarakat dan bernegara melalui sistem politik. Urusan politik dalam sesebuah negara perlu dikendalikan dengan mantap dan beramanah. Kepimpinan negara adalah satu tanggungjawab keagamaan yang besar yang perlu dipikul oleh sesebuah pemerintahan. Dengan itu mengikut Islam usaha untuk membangun sesebuah masyarakat dalam negara memerlukan kepada sebuah sistem politik yang adil yang mampu memilih sebuah pemerintahan yang berwibawa untuk menerajui sesebuah kerajaan. Tanggungjawab orang Islam ialah memilih pemimpin yang berakhlak dan berkelayakan.
Kepimpinan negara mengikut Islam mempunyai tanggungjawab keagamaan untuk menghasilkan kestabilan, keharmonian dan kemakmuran yang seterusnya menjana kepada pembangunan negara. Rakyat turut sama mempunyai hak dan tanggungjawab keagamaan atau dari segi moral untuk berperanan menyokong segala tindak tanduk pemerintah yang berfaedah semoga negara mencapai matlamat yang luhur tersebut.
Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah r.a. dengan maksud:
“Kaum Bani Israel, siasah kenegaraan mereka dipimpin oleh para nabi. Setiap kali meninggal seorang Nabi, dia digantikan oleh Nabi yang kemudiannya. Sesungguhnya aku tidaklah ada Nabi yang akan mengganti dibelakangku. Yang bakal ada hanya khalifah-khalifah, yang jumlah mereka adalah banyak”.
Tugas pemerintah yang dipilih melalui sistem politik dalam sesebuah negara oleh itu adalah berat dan mencabar. Kemampuan sebuah kerajaan membangun negara ke arah peningkatan mutu hidup rakyat secara syumul dan sepadu memenuhi keperluan rakyat adalah kejayaan yang dipertanggungjawab oleh Islam.
Kepimpinan sesebuah negara perlu memberi perhatian yang utama kepada perkara terpenting dalam menyusun dan membangun negara. Dua daripada perkara tersebut ialah pertama, negara perlu mengurus pengendalian negara bersandarkan semangat syura dan kedua, negara perlu memenuhi tuntutan kebajikan rakyat.
Adalah sesuatu yang asas dalam pemerintahan Islam bahawa urusan pengendalian negara perlu disandarkan kepada semangat syura. Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
“Bermusyuaratlah dengan mereka dalam urusan-urusan” (Ali `Imran: 159)
Dan dalam ayat lain Allah s.w.t. berfirman dengan maksud:
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan bermusyawarat antara mereka” (Asy-Syuura: 38)
Kedua, Islam menuntut pemerintah berusaha dengan ikhlas dan bijaksana menghasilkan pencapaian kebajikan rakyat dalam negara. Menepati perutusan Nabi s.a.w. kepada umat manusia di mana risalahnya perlu menjana kebajikan kepada masyarakat manusia dan alam sejagat, pemerintah sesebuah negara perlu meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. tersebut. Ini turut termasuk usaha ke arah pencapaian “kehidupan sempurna” (hayat tayyibah), meningkat keselesaan hidup, meminimakan kesusahan, menjana pertumbuhan ekonomi, memupuk budaya penyayang dan bermuafakat, berusaha mengurangkan keruntuhan akhlak, membasmi kemiskinan, menghapus ketakutan dan tekanan jiwa rakyat.
Rasululullah s.a.w dalam memperingati gulungan pemimpin masyarakat dan negara pernah bersabda dengan maksud:
“Seseorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan orang Muslim tetapi tidak dengan ikhlas berusaha untuk memenuhi kebajikan mereka tidak akan memasuki syurga”. (Sahih Muslim)
Saidina Omar Al-Khattab r.a, Khalifah Islam kedua pernah menulis surat kepada Abu Musa, Gabenor sebuah Wilayah dengan maksud berikut:
“Seorang pemerintah yang baik adalah di mana di bawah kepimpinannya, masyarakat berada pada keadaan yang senang dan makmur dan pemimpin yang buruk ialah di mana di bawah kepimpinannya rakyat berada dalam keadaan menderita”. (Kitab al-Kharaj)
Dari kedua-dua asas penting pemerintahan Negara mengikut Islam jelas kepada kita bahawa kepimpinan negara wajib memberi perhatian yang bersungguh-sungguh kepada sistem pentadbiran dan pengurusan negara yang diasaskan kepada semangat syura dan sekaligus bermatlamat untuk mencapai pembangunan negara dalam ke semua aspek keperluan rakyat termasuk kerohanian dan kebendaan dalam acuan yang sepadu.
Pembangunan negara mengikut Islam dengan itu adalah satu proses usaha untuk menyusun (bersifat proaktif) sesebuah masyarakat atau negara oleh sesebuah pemerintahan ke arah memaju dan meningkatkan mutu hidup rakyat di peringkat individu dan bermasyarakat. Justeru itu, dalam merancang pembangunan negara aspek yang perlu di bangun untuk manusia hendaklah difahami terlebih dahulu. Memenuhi keperluan manusia dalam usaha membangun negara adalah sesuatu yang kekal dan tidak boleh diubah kerana sifat manusia adalah sesuatu yang abadi.
Sifat manusia pada hakikatnya perlu difahami sebelum usaha dapat digembelingkan untuk memajunya dan meningkat mutu hidupnya. Pada fitrahnya manusia mengandungi roh (soul) dan jasad (physical body). Islam berpandangan bahawa keperluan kepada kedua-dua sifat tersebut perlu diusahakan dalam bentuk yang sepadu. Kedua-dua sifat yang terkandung pada diri manusia ini tidak boleh di asing dan dipisahkan. Kedua-dua kandungan tersebut perlu dididik dan dibina dengan usaha yang sepadu demi untuk meningkat sahsiah individu semoga mampu menjadi penyumbang berfaedah dan menikmati hasil kejayaan pembangunan.
Akibat dari pendekatan yang diambil oleh pemimpin pemerintahan yang dianjur oleh Islam, negara dan rakyat akan memperolehi rahmat dan keampunan berpanjangan oleh Allah s.w.t.
[1] Ar-Rum: 30.
Good works Hanizar!!! May Allah bless you…
kita sekarang didalam satu alam dimana globalisasi adalah satu realiti yang tidak boleh diketepikan lagi atau dipingirkan. Jika ia diketepikan, suara Malaysia akan turut diketepikan oleh masyarakat negara lain seperti mana kita mengetepikanya. Saya akur bahawa menjadi aktif dalam politik dunia tidak akan membawa menfaat kepada mereka dari golongan miskin, tapi ini adalah satu perkara ‘basic’ kepada mana-mana negara pun, identiti Malaysia patut di laung-laungkan di pentas dunia.
Rakyat Malaysia kini sudah lebih matang dari segi politik, socialisma and ekonomik. Kematangan rakyat kita patut ditonjolkan dan mejadi tauladan kepada negara lain. Semangat nasionalisma patut dipertengahkan and di perkuatkan. Imej/Identiti bangsa tidak lagi patut di tonjolkan atau menjadi penghalang untuk rakyat maju dari segi mental, rohani dan ekonomi. Pendidikan, Kesihatan dan Perumahan patut diperbaiki dan megikut perkembangan dan standard global. Rakyat malaysia yang selama ini terpingir mesti di tolong dari semua segi, bukan sahaja dari segi wang. Sistem pentadbiran negara tidak patut dicampurkan atau memihak mana-mana parti politik. Sistem pentadbiran patut ‘independant’ supaya rakyat malaysia tidak lagi rasa takut mengundi mengikut kemampuan sebenar calun yang bertanding dan bukan lagi parti politik. Calun-calun masa depan akan lebih proactive/bersedia bila berhujah.
Pendekatan untuk menjadikan agama sebagai ‘touch base’ untuk memantapkan pengurusan patut digalakan, tetapi dengan was-was supaya ianya tidak menindas mana-mana rakyat malaysia.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pakatan Rakyat, Paduan Rakyat ke Barisan Alternatif seharusnya ada penerajunya. Tentulah dari pemimpin yang berhemah rakyat, memegang amanah dan syariat Allah dengan bijak memimpin komponen parti lain yang bersekutu. Jika ada kafir pun hendaklah kafir yang taat dan tunduk kepada setiakawan Islam, bukan sebaliknya. Mesyuawarah, tolak ansur perlu ada dalam perkara hiliran tapi bukan pada perkara pokok, akidah dan sebagainya.
Assalamualaikum.
Aku dah mula tertarik dengan perjuangan PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam, malangnya tiba-tiba buat pakatan pula dengan DAP yang pemimpin mereka seperti Karpal Singh dan pemimpin seumur hidup mereka yang siap baling surat khabar bila tengok cerita PAS nak perjuangkan Islam, mereka terang-terang menentang Islam. Aku tak nak subahat dengan orang yang menentang Islam. Apa sangatlah yang kita orang Islam dah lakukan kepada mereka sehingga mereka tak nak negara Islam wujud. Kalau diikutkan asas undang-undang di Malaysia yang ada pada hari inipun asal dari penjajah British, bukan Melayu, Cina atau India punya, pun kita masih boleh ikut jadi apa salahnya undang-undang Islam dilaksanakan asalkan dilaksanakan secara menyeluruh dan adil. Bukan macam sekarang, orang Islam dihukum kerana khalwat sedangkan pasangannya yang bukan Islam terlepas begitu saja. Dimana keadilannya. Bukankah undang-undang sepatutnya merangkumi semua orang tanpa mengira darjat, keturunan dan fahaman agama?
Justeru saya tidak faham kenapa PAS masih mahu menjalin kerjasama dan berpakat dengan DAP yang menentang ISLAM. Bukankah mereka sepatutnya ditentang kerana menentang Islam.
La ni aku hold dulu hasrat untuk menyertai PAS sehingga mereka tak berpakat lagi dengan orang yang anti-Islam.
Semoga Allah memberi taufik ke atas hamabaNya.
aku dah tawar hati dan sedih dengan Pakatan Rakyat Selangor….dalam banyak2 perkara yang MESTI di dahulukan untuk semua rakyat, MENGAPA PROJET MEGA BABI 100 JUTA , di utamakan?
SATU ALAT UNTUK MENGHALAU ORANG MELAYU DARI SESUATU KAWASAN IALAH BABI….
Tergamak nya Negeri Selangor buat begitu…..
ADAKAH AKU SILAP DALAM MEMBERI UNDI PADA …..PKR, PAS & DAP?
Hendaknya pakatan alternatif rakyat ini tidak akan membunuh hak-hak serta keutamaan bangsa Melayu dan Islam sebagaimana dijamin oleh perlembagaan persekutuan…
Wahai bangsaku MELAYU, ingatlah jangan kita terpedaya dengan ideologi ‘ketuanan rakyat ‘ yang akhirnya akan merugikan AGAMA dan BANGSA kita. Memang benar, Malaysia milik semua warganya sama ada Melayu, China atau TUAN kepada bumi bertuah ini.
Bangsa Melayulah yang membangun tanah air tercinta ini. Ingat lama sebelum kewujudan empayar Melaka lagi tanah Melayu diperintah oleh kerajaan Melayu Srivijaya. Ahli sejarah percaya sepanjang kurun ke 2 hingga ke 3 Masehi terdapat lebih 30 kerajaan Melayu lama di semenanjung, seperti Gangga Negara dan Ligor di Kedah serta Chih Tu (Tanah Merah) di Kelantan.
Semasa Portugis menjajah, bangsa kitalah yang bermati-matian berjuang melawan Portugis. Datang Belanda kita berperang dengan Belanda pula. Di zaman British pula pahlawan-pahlawan terkenal seperti Dato’ Maharajalela, Tok Janggut dan Mat Kilau rancak menentang Inggeris. Sewaktu Jepun menyerang Leftenan Adnan dan rejimen Melayu berperang ke titisan darah terakhir setelah Mat Saleh semua cabut lari. Zaman komunis menyaksikan ramai anak Melayu terkorban mempertahankan bumi tercinta dari ideologi sesat itu. Tak ingatkah kita tragedi berdarah Bukit Kepong?
Dah tu senang-senang kita nak serahkan hak ketuanan kita ke tangan orang lain?