Najib akan turut diterajang dari Umno, senasib dengan Pak Lah

2 04 2008

Bekas PM, Mahathir Mohammad ketika menghadiri forum yang dianjurkan oleh Mykmu.net, telah menyatakan secara terbuka bahawa kini Najib bukan satu-satunya calon pilihannya untuk mengantikkan Abdullah. Sila klik disini.

Perubahan sokongan Mahathir untuk Najib menjadi PM adalah kerana sikap “play safe” Timbalan Perdana Menteri itu. Najib yang didakwa terlibat secara lansung dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu seringkali mengeluarkan kenyataan setia kepada Pak Lah apabila Dr. Mahathir menyerang bapa mertua Khairy itu. 

Analisis Nash Rahman dari Malaysiakini menunjukkan bahawa ahli-ahli Umno sendiri telah mula hilang keyakinan terhadap Najib. Najib turut dipersalahkan selain Pak Lah akibat kekalahan teruk BN dalam PRU 12 yang lalu. Klik disini.

Sikap “penakut” Najib ini juga telah menyebabkan orang-orangnya “dicantas” oleh Khairy daripada masuk kedalam kabinet. Salah seorang daripadanya ialah Jamaluddin Jarjis (JJ).

Najib seharusnya malu kerana digula-gulakan oleh menantu PM yang baru beberapa hari berjinak dalam politik.

Mungkin Najib terlalu takut untuk bertindak oleh kerana perbicaraan kes bunuh Altantuya Shariibuu masih lagi berjalan di mahkamah. Jika inilah sebabnya, Najib pasti akan diterajang keluar dari Umno bersama-sama Pak Lah. Mungkinkah?


Tindakan

Informasi

26 gerakbalas-gerakbalas

2 04 2008
anjang1458

Bukan mungkin kah? tapi seHARUS nya dia di singkirkan …………….

2 04 2008
khairulnizambakeri

Politik – seni serba jadi.

2 04 2008
MUHASABAH

sama2 jatuh

2 04 2008
zuriaf

kita tunggu dan lihat nanti..hahaha…

3 04 2008
dogol

najib dengan pak KALAH tu kalu dihumban ke longkang pun..apa aku peduli..ko kojol lah laih baik dah!

3 04 2008
Top Posts « WordPress.com

[...] Najib akan turut diterajang dari Umno, senasib dengan Pak Lah Bekas PM, Mahathir Mohammad ketika menghadiri forum yang dianjurkan oleh Mykmu.net, telah menyatakan secara terbuka […] [...]

3 04 2008
frmad

CONGRATULATIONS from
blogrank.info
for the hot post

3 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Saya bersetuju bakal kenyataan bahawa DS Najid Tun Razak dan DS Abdullah Ahmad Badawi akan di tolak bersama En Khairi Jamaluddin semasa pemilihan Agung UMNO bulan Disember 2008 Nanti. Dan Saya tidak akan terkejut pun. Cuma saya sebagai rakyat Malaysia agak terkejut dengan budaya tertutup seperti yang berlaku kepada Ketua Pemuda Cawangan Parit 8 Sekinchan apabila beliau dihalau keluar macam org yang tiada maruah… Kejadian semasa beliau mengajukan soalan kepada Tun Dr Mahathir bagi mencadangkan DS Anwar Ibrahim diterima masuk ke dlam UMNO telah menjadikan Segelintir yang hadir berteriak. Kesian kepada Sasnizam Adham. Beliau cuba memberi idea seperti Tun Dr Mahathir menggalakkan supaya org muda speak out! Tapi ade org di bawah pemimpin yg berani bertindak di hadapan Tun Mahathir sendiri!
Apa sudah jadi? Saksikan video tersebut @ http://whitenaval.wordpress.com
Jika ini berterusan, generasi muda akan beralih arah kepada Pakatan Alternatif.. Berfikirlah secara logik!!!

3 04 2008
sinisindir

memang menyampah tgk kj..cara percakapan dia dah menyerlahkan penampilan sebenarnya..sombong,bongkak n lupa diri .mungkin kerana kebal @ perisai bapa mertuanya kot..baru setahun jagung dah mula tunjuk lagak mengalahkan menteri2 senior.tak dpt dibayangkan bahana yg menimpa jika beliau menjadi menteri @ timb menteri

T.T

MEMANG KECOH LA JWBNYA…

kami anti kj!!!!!
no kj in malaysian’s carbinet!!!

peace ya..hehe

3 04 2008
sinisindir

ne nak sambung balik la en black..x cukup la tadi!!sekarang politik perkauman dah semakin terasa di negara kita.salah sapa?mungkin kerana sedikit sebanyak disebabkan kepimpinan pm sendiri kot…terlalu lambat bertindak n suka tengok,dengar..tut..tut pecah satu isu baru nak bertindak.Bukan nak mengatakan pm tapi tgk al cara tun M memimpin dahulu…always look foword>>>>>Aku paling takut politik perkauman bermaharajalele.Melayu satu parti,cina 1 parti,india 1 parti,lain kaum pun ada parti tersendiri..tu pun melayu dah mula menunjukkan 1 fenomena dimana perpecahan dalam bangsa itu sendiri sedang berlaku.samaada dari segi ideologi @ kepentingan agama n parti.Melayu yang menyokong PAS n KR adalah golongan yg suka kpd agama islam sepenuhnya(fanatik kot….fikir2 la) yg sokong UMNO golongan yang suka hidup dalam perpaduan berlandaskan islam yang diselarikan dengan keadaan semasa(bukan bidaah tapi islam i2 sendiri adalah selari n flexiber sepanjang zaman)

Cina pula semakin berpengaruh tatkala bumiputera saling bercakaran antara 1 sama lain..hehe lawak tol la bumiputeran ne.Cina semakin kuat suaranya dibelakang kepimpinan DAP.Mungkin mereka sedar yang bumiputera dah tahu bahana jika mereka bermaharajalela dalam politik negara,lantas mereka bersatu hati dalam memperjuangkan kepentingan bangsa mereka…Mereka menolak BN pasti kerana jika mereka menyokong pemerintah bererti mereka menyokong umno yang sentiasa lantang memperjuangkan kaum melayu meskipun berdiri di atas tiket BN(padahal bn untuk semua bangsa)tengok sajala kat tv…berapi2 ucapan pemimpin umno yang selalu mengetepikan kepentingan kaum lain.sapa suka kan???
India pula apa cite??sedih tgk sammy veloo..hehe.India dah mula rasa kerajaan dah x syg kat mereka lg.Diabaikan n dipinggirkan..2 kata mereka..betol ke en black??Belum lagi citer bangsa2 lain di sabah n swk……lagi meletop…
lagi 1 karbinet baru sekarang ne,aku tak berapa yakin la…tp..no komen!!!(nanti ada gak yang x pueh ati kt aq)..apa2 yg x pueh ati…sudi2 la email kt aq:scrememo@yahoo.com
(cz aq suka bab gaduh2 ne)

adus@!!!!!sapa baling selipar buruk ne????++##adoiiii T.T BYE

3 04 2008
Hanizar

Ni pandangan orang yang sokong UMNO:

Orang-orang tua totok di Johor pulak berkata …..Polis tak akan ada lagi dan jawatan POLIS akan diambil alih oleh JPJ sekiranya Pembangkang menang. Dan pulau Pinang akan jadi Singapore…!!!!

Sungguh kasihan…….!!!!!!!

Betul kata Zahid Md Arip tahun 1999…… orang UMNO jangan pegang pada lututnya krn otaknya ada kat lutut.

4 04 2008
madbi

nampaknya semua orang dah benci/meluat kat pm,tpm dan menantu so apa lagi saya pun sama la… tambah lagi dengan semua pimpinan yang korup dalam amno, cepatlah insaf dan taubat.

4 04 2008
4 04 2008
budak 1999

KJ jadi minister of tourism ok apa…pas tu amik orang utan buat maskot…cam tu ari. Mari kita bayangkan tika KJ bergambar sama ngan maskot orang utan, kemudian bersalam ngan orang utan…emmm..cam ada chemistry la pulak dia berdua tu kan…hek hek hek…

4 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Forum MYKMU di Subang Jaya, UMNO Gua Musang meluluskan usul buat EGM dan UMNO Pahang minta MT UMNO letak jawatan supaya EGM boleh diadakan secepat mungkin adalah tanda2 Pak Lah dan En Khairi semakin dalam bahaya :)
Makkal sakti @ http://whitenaval.wordpress.com

5 04 2008
AkhbarulHaq

Nak tgk aksi2 Kelakar Datok Ahmad Said? http://whitenaval.wordpress.com
kelakar dan panas :)

5 04 2008
saiful

salam,

Sedara sinisindir…, kenyataan saudara terhadap para penyokong PAS adalah satu prasangka yang buruk dan boleh dipertikaikan.

Apakah kerana kami yang inginkan keadilan dan rasa selamat jika undang-undang islam yang berlandaskan Alquran, hadis dan ijmak ulama dapat dilaksanakan patut dicap pelampau? Apakah Rasullulah Pelampau? Apakah AlQuran kitab para Pelampau? Di manakah pelampaunya kami..? dimanakah pelampaunya Rasullullah? Dimanakah ayat-ayat Allah yang dikatakan mengalakkan extremis..? Jika saudara boleh jawap semua soalan ini dengan nas yang sahih.., saya akan meninggalkan perjuangan bersama PAS.

Salam.

6 04 2008
Akhbar-ul-Haq

Tahun 2008 menjadi detik paling hitam dalam sejarah parti UMNO sejak penubuhannya. Ia juga menjadi satu faktor bagi kewujudan Pembangkang paling gergasi dalam era IT ini…
Ringkasnya, Malaysia mengalami era Global dimana segala2nya adalah berkaitan dgn kepantasan bermaklumat. Pemimpin2 utama (majoriti) sekarang adalah berasal dr zaman bukan IT dan kurang pandai dalam penggunaan software/IT/komputer. Mereka ketinggalan dan tidak dapat mengetahui sejauh mana mereka ketinggalan dalam kepantasan yang ada. Hanya Generasi muda yang terdedah dgn kepantasan maklumat dan teknologi sahaja yang faham dan mampu menggerakkan kerajaan dgn lebih efisien. kepada UMNO, pilihlah pemimpin yang betul2 berkaliber dan berhemah tinggi… Semoga Allah merahmati kita semua.
Kepada Pakatan Rakyat, ambillah sebanyak mana peluang keemasan ini bagi menidakkan terus cengkaman BN ke atas Malaysia selama 50 tahun kita Merdeka. MERDEKA! MERDEKA! dan terus MERDEKA! MERDEKA dari sudut hak asasi kemanusiaan…

7 04 2008
aziezoul

Budaya terajang menerajang tu biasa dalam politik especially umno dulu, kini & selamanya. Kita tengok siapa yang kena………

7 04 2008
Pejuang Negara

Kalau susah sgt Mahathir nak terajang Pak Lah, Kita terajang je Pak Lah dgn Mahathir sekali dgn UMNO sekali! Aku nak terajang Khairi jugak…. :)

9 04 2008
Najib « Globalmalau

[...] post info Oleh globalmalau Kategori: Uncategorized Najib akan turut diterajang dari Umno, senasib dengan Pak Lah [...]

9 04 2008
globalmalau

kekadang kita terlalu kritis memberi pandangan…kadangkala kita tersasar jauh dari tajuk…

9 04 2008
romantiza

org umno smua x layak jadi PM di m’sia ni,so sapa yg layak?.hanya tuhan yg mencaturkan nya…

17 04 2008
abdul aziz ibrahim

Bermula sejarah UMNO dizaman Mahadir telah nampak mula membelakangi haq tuhan malah sanggup menghina Islam itu sendiri Tahulah kamu bahawa sifat Allah itu sempurna tidak ada apa yang kurang malah lagi banyak Mahadir menghentam Islam lagi teserlahlah keburukan si Mahadir itu sendiri.Naik pula Pak Lah berselindung disebalek Islam maka lahirlah Agama baru Islam Hadhari.Lebih teruk dari Ajaran Ayah Pin mahu pun Syiah.Mereka yang arief bahasa Arab terkejut berok dibuaatnya. Ulama Pak Anggok hanya dapat berzikir Ya.Ya,Ya,Ya sampai mengantok yang dikatakan Zouk istilah ahli sufi UMNO.Ini bermakna antara Mahadir dan Pak Lah tidak ada bezanya serupa Mukhriz,Mokhzani Dan Kamaludin,Khairi.Keduadua keturunan ini adalah parasit perosak Bangsa,Agama dan Negara Malaysia tercinta.Jadi anda sebagai ketua Dinasti janganlah cerita kebaikan kamu. Satu Malaysia Tahu siapa Anda sebenarnya..Inilah musang berjanggut

19 04 2008
terapi

TAKBIR

19 02 2009
MOREEN JABING

POLITIK KOTOR!!!!!!!!!TAK NAK LA MASUK CAMPUR..APAPUN HARAP KEMERDEKAAN MAINTAIN..NO DEKRIMANASI KAUM.. PEACE………………………..

Tinggalkan komen