Apabila Khairy menyalahkan “keris”…..

2008 April 19
by aminiskandar

Menantu PM, Khairy Jamaluddin menyalahkan “keris” sebagai salah satu punca BN kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu. Klik berita dari Malaysiakini disini.

Kenyataan menantu PM ini seolah-olah beliau sedang mengalami “brain damage” akibat daripada keputusan PRU 12 yang lalu.

Terlalu mudah untuk menyalahkan “keris” berbanding dengan diri sendiri. Semua orang sudah tahu, jika tiada menantu PM, BN tidak akan kehilangan kerusi sebanyak ini.

Apakah yang beliau belajar di Oxford? Apakah ini dia anak muda yang dikatakan bijak dan mampu bawa perubahan kepada Umno?

Sudahlah. Letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rambau dan bertanding semula. Buktikanlah yang anda benar-benar pilihan rakyat atau wakil rakyat undi pos.

Khairy… Khairy…..

Tak habis-habis lagi?

10 Respons leave one →
  1. 2008 April 19

    Begitulah set minda professional muda melayu yang berada di dalam UMNO . Sindrom penafian atau denial syndrome yang diwarisi daripada pemimpin-pemimpin UMNO akan terus menjadi amalan dan pegangan ahli-ahli UMNO sepertimana Islam Hadari yang diperkenalkan oleh suami arwah Hendon .

    Nampaknya UMNO akan menyalahkan semua pihak kecuali pemimpin-pemimpin nya yang masih bercakaran dan bergaduh secara terangan melalui media masa milikkan UMNO dan kerajaan BN sendiri hingga ke saat posting ini dibuat .

    Malah parti-parti komponen UMNO seperti MCA , MIC dan GERAKAN sudah berani menyalahkan UMNO dan tindakan bongkak pemimpin-pemimpin UMNO sebagai salah satu punca Tsunami politik yang hampir menenggelamkan parti-parti komponen BN .

    Rasanya rakyat Malaysia tidak merasa apa-apa kedukaan atau kekeciwaan melihat kemelut yang paling dasyat melanda UMNO kecuali ahli-ahli UMNO yang masih bermimpi di siang hari bahawa UMNO akan bangkit semula dalam keadaan gagah perkasa seperti di zaman Dato’ Onn dulu .

    SELAMAT BERMIMPI UMNO !

  2. 2008 April 19

    kalau setakat belajar kat oxford tapi tak tau adat org melayu jangan la nak jadi pemimpin.lebih baik duk di negara mat saleh.jangan bagi semak dan masalah kat kami(umno)

  3. 2008 April 19
    marina permalink

    parti pas perjuangkan hudud sekarang juga. jagalah amanah Allah.

  4. 2008 April 19

    Kesian dio. Kesian dio. Keris pulak disalahkan. Setahu aku keris mesti ada tuannya. Dan setahu aku bendera yang ada keris ialah UMNO. Nampak gaya bendera UMNO yang akan datang terpaksa dibuang kerisnya. Nak ganti dengan apo? Ganti dengan gambar Khairy.

  5. 2008 April 19

    keris kepala toya…orang nyampah dengan kau Khairy wei…

  6. 2008 April 20

    keris sebagai lambang ketuanan Melayu, rasanya tak salah Hishammudin guna keris bukan nya keluarkan pistol, kita ni dok jaga hati orang saja……itu budaya kita, yang dok serang dengan slogan gila – gila tu – bukan budaya yang disenangi oleh orang – orang Melayu, kurang ajau katanya….yang sepatutnya kita jangan lakukan sebagai orang – orang melayu yang terkenal dengan sopan santun terutamanya kepada orang – orang yang lebih tua….

  7. 2008 April 21

    Gathering TTDI with 4 Exco and 1 MP :)

  8. 2008 April 21
    K.Shan permalink

    Bro

    Kisah Lah dengan menantu dia ni macam mengingatkan aku pada cerita melayu klasik P.Ramlee- Nujum Pak Belalang lah pulak.

    …Pak Belalang yang malas dan anaknya berkonspirasi menjadikan Pak Belalang sebagai ahli nujum untuk membantu penduduk kampung .Tipu helah Belalang membuatkan penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang adalah seorang ahli nujum.

    Kehidupan mereka berubah apabila Sultan mendengar tentang ‘kehebatan’ Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja.

    Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Pertaruhan besar yang melibatkan negara telah membuatkan Pak Belalang gentar dan melarikan diri.

    Namun, adakah si Belalang yang konon nya lebih pintar daripada bapanya dapat menutup helah Pak Belalang dan menjawab teka teki poltitik UMNO yang semakin hari menjadi semakin teruk dan berbelit?

    Biar ape pun- kisah Kampung Pohon Beringin ini ade satu mesej untuk Lah dan menantu beliau. Takan nak bertenggek kat Pohon Beringin dok lama sangat ni. Silap haribulan nanti cium tanah aje akhirnya.

  9. 2008 April 21

    Saya Anti-Keris Jamaluddin! Sampai Dunia kiamat masyarakat Malaysia tidak akan lupa jasamu. Terutamanya jasa tak baik dlm UMNO :) )))
    :) :0 :) :o :)

  10. 2008 April 21

    lor.. tak habis2 bg publisiti kat kj. lapis samar dalam posting2 black ini, menunjukkan kpd saya betapa kj ini masih mempunyai kuasa politik yg tak dapat ditidak. harapan saya tak ramai yg jadi seperti kelkatu dan menuju ke arah lampu yg melumpuh diri.

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS