NAJIB PEMBAWA ZAMAN GELAP- Hishamuddin Rais

2008 April 19
by aminiskandar

Mahathir Muhamad telah memerangkap  Tengku Razaleigh untuk membuka tirai – dengan mesyuarat agung tergempar –  untuk mengetepikan  Abdullah Badawi. Untuk entah  ke berapa kali Razaleigh Hamzah telah dijadikan batu loncatan oleh Mahathir Muhamad. Razaleigh adalah perwakilan politik lama – politik era Tungku – politik ‘ the British clubby gentelman’ – di mana setiap kata adalah untuk di kota.

Era dan zaman itu  telah lama selesai.  Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman  gelap ke zaman cerah. Bahayanya,  Mahathir Muhamad inginkan kita  rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokratik. Justeru, Mahathir  Muhamad sedang merancang untuk menobatkan Najib Razak.

Seyogia perlu kita sama berwaspada dan mengetahui kenapa/mengapa  Mahathir Muhamad memilih Najib Razak? Kita wajib  memahami sebab musababnya agar  kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang akan dibawa oleh Najib Razak.

Kenapa Mahathir kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat  sedang merancang untuk menaikkan Najib. Malah minggu lalu  media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan  tipu helah Mahathir apabila melaporkan  Najib Razak bukan lagi satu pilihan. Kenyataan Mahathir ini bertujuan untuk  menaikkan syahwat Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang Abdullah Badawi. Sebenarnya ini  ialah tipu helah jenis  Kitul.

( Siapa Kitul ? Sila rujuk  Sejarah Melayu kitab naratif kesejarahan oral orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu  untuk melihat yang lampau , memahami yang kini dan pedoman ke hadapan.)

Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat  dan memahami kembali bagaimana Mahathir Muhamad memilih menteri- menteri kabinet dan para  rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan  memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi  anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir.  Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang  terlibat dalam kematian  wanita  pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis  adalah menteri besar Mahathir Muhamad yang setia.
<!–
D(["mb","\n\u003cbr /\u003e\nRais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. \u0026nbsp;Rafidah Aziz rottweiler betina \u0026nbsp;terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak \u0026nbsp;jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Muhamad.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nLihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir \u0026nbsp;kerana \u0026nbsp;si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nApa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nNajib Razak ialah \u0026nbsp;ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan, Dalam mahkamah \u0026nbsp;seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nNajib \u0026nbsp;Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak \u0026nbsp;lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. \u0026nbsp;Najib \u0026nbsp;Razak \u0026nbsp;berjuta-juta \u0026nbsp;kali \u0026nbsp;menerima rasuah \u0026nbsp;dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model ( bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Muhamad. Manusia Najib ini \u0026nbsp;akan menjadi \u0026nbsp;sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Muhamad.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nDalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, rottweiler katek \u0026nbsp;si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan \u0026nbsp;muncul. Pada ketika ini si Mukhriz \u0026nbsp;sedang belajar untuk \u0026nbsp;menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil \u0026nbsp;menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah \u0026nbsp;klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.\u003cbr /\u003e",1]
);

//–>
Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya.  Rafidah Aziz rottweiler betina  terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak  jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Muhamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir  kerana  si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah  ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan, Dalam mahkamah  seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib  Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak  lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik.  Najib  Razak  berjuta-juta  kali  menerima rasuah  dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model ( bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Muhamad. Manusia Najib ini  akan menjadi  sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Muhamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, rottweiler katek  si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan  muncul. Pada ketika ini si Mukhriz  sedang belajar untuk  menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil  menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah  klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad.
<!–
D(["mb","\n\u003cbr /\u003e\nJadi siapa \u0026nbsp;sebenarnya Najib Razak?\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nNajib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala \u0026nbsp;di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup. \u0026nbsp;Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak \u0026nbsp;yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nIni bermakna Islam \u0026nbsp;garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. \u0026nbsp;Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini \u0026nbsp;bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nBuktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan \u0026nbsp; yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’ \u0026nbsp;telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut \u0026nbsp;dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nSeorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari \u0026nbsp;Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan \u0026nbsp;Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula \u0026nbsp;mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nRasuah? \u0026nbsp;Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nKalau polis menahan kita dan meminta baksheesh \u0026nbsp;sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah \u0026nbsp;tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang \u0026nbsp;komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.\u003cbr /\u003e",1]
);

//–>
Jadi siapa  sebenarnya Najib Razak?

Najib Razak ialah pembawa zaman gelap ke dalam budaya politik Malaysia. Najib Razak akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru ingin menyala  di Malaysia. Dari segi pembudayaan Najib pasti akan lebih Islam dari Pas. Lebih lebai dari Lebai Kulup.  Dengan latar belakang keilmuan yang cetek, Najib untuk membuktikan keislamannya akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam. Najib Razak  yang tidak memahami inti dan falsafah Islam akan hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam  garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua.  Kulitan Islam a la Najib ini bukan lagi jantan di barisan lain dan betina di barisan lain, ia akan lebih dari itu. Keislaman Najib ini  bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu tetapi akan lebih dari itu.

Buktinya: Tiga tahun dahulu ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan   yang mengakui dirinya sebagai ‘ ilmuwan Islam’  telah mengeluarkan ‘fatwa bahawa orang Melayu/Islam TIDAK boleh berkongsi Deepavali degan penganut agama Hindu. Kenyataan yang kononnya fatwa ini telah di sambut  dan di sokong oleh Najib Razak. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah di sangkal oleh Abdullah Badawi. Ini contoh Islam kapal selam.

Seorang insan yang terlibat dalam kes satu pembunuhan akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci dari  Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze. Sila ingatkan kembali kenyataan-kenyataan  Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak guruh pun tidak tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib telah mula  mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam dari kapal selam.

Rasuah?  Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja Najib Razak.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh  sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib. Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah  tetapi mengikut fatwa Najib Razak ini wang  komisen. Inilah dia susuk yang sedang di rancang dan sedang uli oleh Mahathir Muhamad untuk dijadikan perdana menteri.
<!–
D(["mb","\n\u003cbr /\u003e\nKenapa Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak?\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nMahathir Muhamad adalah \u0026nbsp;kepala perompak yang mewakili \u0026nbsp;Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia, \u0026nbsp;Ting Pek King, Ananda Krishan dan \u0026nbsp;Lim Kok Weng antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir. \u0026nbsp;Mereka \u0026nbsp;dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nSeperti filem \u0026nbsp;seram Rosemary Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nPerompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, \u0026nbsp;dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa \u0026nbsp;akan juga di hadapan ke mahkamah.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nAdalah salah anggap jika kita percaya \u0026nbsp;Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap \u0026nbsp;bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation. \u0026nbsp;Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika \u0026nbsp;menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nMahathir Muhamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\nKepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya \u0026nbsp;Malaysia \u0026nbsp;menerima perdana menteri baru \u0026nbsp;yang terlibat dalam kes pembunuhan? \u0026nbsp;Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?END\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\n\u003cbr /\u003e\n______________________________\u003cwbr /\u003e______________________________\u003cwbr /\u003e_____\u003cbr /\u003e\nNews, entertainment and everything you care about at Live.com. Get it now!\u003cbr /\u003e\n\u003ca onclick\u003d\"return top.js.OpenExtLink(window,event,this)\" href\u003d\"http://www.live.com/getstarted.aspx\" target\u003d_blank\u003ehttp://www.live.com/getstarted\u003cwbr /\u003e.aspx\u003c/a\u003e\u003c/div\u003e",0]
);

//–>
Kenapa Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak?

Mahathir Muhamad adalah  kepala perompak yang mewakili  Daim Zainuddin, Vincent Tan, Eric Chia,  Ting Pek King, Ananda Krishan dan  Lim Kok Weng antara nama-nama lanun besar . Ada ramai lagi lanun dan penjarah yang berpayung di bawah Mahathir.  Mereka  dengan bantuan kuasa Mahathir Muhamad telah merompak dan menjarah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem  seram Rosemary Baby semua orang yang diharap-harapkan memberi bantuan rupa-rupanya adalah sebahagian dari jaringan lanun. Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang di bawa oleh Abdullah Badawi ini dapat diteruskan mereka semua akan di dakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah,  dan sesiapa yang menyalah gunakan kuasa  akan juga di hadapan ke mahkamah.

Adalah salah anggap jika kita percaya  Mahathir mahukan Abdullah undur kerana legacy sedang di lupuskan. Menaikkan Najib tidak sangkut paut dengan legacy. Adalah salah bacaan politik jika menganggap  bahawa Mahathir lebih sayangkan United Malay National Organisation.  Mahathir mengharamkan United Malay National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika  menganggap bahawa Mahathir membuat semua ini untuk orang Melayu.

Mahathir Muhamad mahukan Najib Razak kerana Najib Razak akan menjadi bangkai bernyawa dan TIDAK akan membuat apa dakwa dakwi terhadap Mahathir Muhamad dan para lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Mahathir akan di teruskan oleh Najib Razak.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib Razak sebagai pilihan tepat Mahathir Muhamad, sila tanya diri sendiri. Sudah sampaikah masanya  Malaysia  menerima perdana menteri baru  yang terlibat dalam kes pembunuhan?  Apakah pembunuh boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?END

6 Respons leave one →
  1. 2008 April 19

    TAKBIR

  2. 2008 April 19
    abe ija permalink

    terlalu banyak dendam dan marah dalam hati mu….

  3. 2008 April 19

    apa pulak susah nak percaya kata-kata orang Free Thinker ni kan tak pasal-pasal murtad!

  4. 2008 April 24

    Rupanya kita ketandusan pemimpin yang jujur…

  5. 2008 Mei 5
    Ariffin permalink

    saya tahu siapa najib

  6. 2008 Mei 26
    razman permalink

    plssss tolong jangan juga lupa siapa itu DSA yang awak puja-puja tu.
    apakah peranan DSA didalam Organisasi Barat dan siapakah yang mengangkatnya….TOLONG TENGOK2 BLOG KAMALUDDIN DAN ANOTHER BRICK IN THE WALL.Jangan asyik tengok satu blog aje dan siasat dan kaji dengan teliti siapakah sebenarnya (TOLONG BUKAK SIKIT OTAK YANG DAH BERKARAT TU).JADI KESIMPULANNYA

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS