Dari minda pembaca….

2008 April 21
by aminiskandar

Bro,

Kisah Lah dengan menantu dia ni macam mengingatkan aku pada cerita melayu klasik P.Ramlee- Nujum Pak Belalang lah pulak.

…Pak Belalang yang malas dan anaknya berkonspirasi menjadikan Pak Belalang sebagai ahli nujum untuk membantu penduduk kampung .Tipu helah Belalang membuatkan penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang adalah seorang ahli nujum.

Kehidupan mereka berubah apabila Sultan mendengar tentang ‘kehebatan’ Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja.

Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Pertaruhan besar yang melibatkan negara telah membuatkan Pak Belalang gentar dan melarikan diri.

Namun, adakah si Belalang yang konon nya lebih pintar daripada bapanya dapat menutup helah Pak Belalang dan menjawab teka teki poltitik UMNO yang semakin hari menjadi semakin teruk dan berbelit?

Biar ape pun- kisah Kampung Pohon Beringin ini ade satu mesej untuk Lah dan menantu beliau. Takan nak bertenggek kat Pohon Beringin dok lama sangat ni. Silap haribulan nanti cium tanah aje akhirnya.

K. Shan

3 Respons leave one →
  1. 2008 April 22

    sudah sampai masanya pendokong pakatan rakyat berhenti dari leka menonton opera umno-bn.. giatkan kerja, tambahkan keahlian dan perbanyakkan aktiviti bersama.. bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat .. teruslah bermuafakat demi kebajikan dan kebaikan rakyat.

  2. 2008 April 22
    Hasbullah permalink

    Sudah sampai masanya pemimpin Pakatan Rakyat buat kerja yg memanfaatkan rakyat dan kotakan janji janji pilihanraya tu dulu.

    Cukuplah dengan kenduri kendara dan kipas mengipas serta nasihat menasihat.

    Jangan jadikan kerjaya politik anda dengan hanya sekadar nasihat dan menyeru rakyat jelata.Kalau nak jadi pemimpin dan berjaya dalam usaha politik anda, kurangkan meleter dan menasihat dan menyalahkan orang ramai.

    Turun padang,rapatkan saf dan buat kerja dengan ikhlas dan tekun.

    Contohi Kelantan dan Contohi Corak Politik Tok Guru Kita.

    Jangan jadi macam politik cari parking lot.Letak diri sedekat dekat pemimpin dan kipas jilat sekuat puasnya.

  3. 2008 April 22

    wahh shan…dasat bahse kau..berdenyut gak aku baca nie hehee

    anyway..teruskan dengan slogan black…KITA HENJUT!!!

    HEHE

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS