Melayu bersatulah!- Hishamuddin Rais

24 04 2008

Slogan Melayu Bersatulah semakin bising dan bingar kedengaran. Apa sebenarnya makna dan tanda slogan ini? Pada hakikatnya slogan Melayu Bersatulah ini tidak memiliki apa-apa makna. Ini adalah slogan dan laungan yang kosong, sifar, zero dan  zilch. Slogan Melayu Bersatu ini samalah  tarafnya dengan agenda Melayu dan agenda Ketuanan Melayu.

Kalau perkataan b-o-t-o-l keluar dari mulut maka kita dapat tahu dan faham benda itu. Kalau  bunyi t-e-l-o-r yang keluar maka kita dapat membayangkan benda itu. Tetapi M-e-l-a-y-u-b-e-r-s-s-t-u-l-a-h apa bendanya yang kita fahami dari bunyi ini. Kalau slogan ini satu konsep ianya wajib memiliki asas.  Konsep ialah perkataan yang memiliki makna tetapi tidak dapat di pegang dan dilihat. Konsep bukan botol. Konsep seperti berbudi bahasa, kita dapat gambarkan makna dan kelakuan – berbudi bahasa - yang dicakupi oleh konsep ini.

Melayu bersatulah ini pasti bukan konsep. Melayu Bersatulah hanyalah satu ilusi, satu mimpi, satu khyalan, satu angan-angan dan satu karut yang terlalu marut. Kalau melihat kerja ilusi David Copperfeild dapat juga kita dihairan dan ditakjubkan. Slogan Melayu bersatulah ini tidak menghairankan langsung. Tidak ada yang menakjubkan. Hanya, kita berkemungkinan dapat terhibur dengan kumpulan-kumpulan lawak-lawak yang datang bersama-sama susuk-susuk yang sedang mengheboh-hebohkan  slogan ini.

Melayu bersatu bukan konsep kerana tidak memiliki asas. Ia menjadi karut lagi marut kerana Melayu TIDAK PERNAH  bersatu. Melayu TIDAK bersatu. Dan Melayu TIDAK AKAN bersatu. Melayu Bersatu adalah satu cerita dongeng yang sengaja di jaja oleh United Malay National Organisations.

Manusia bersatu bukan kerana bahasa. Manusia bersatu bukan kerana agama. Manusia bersatu bukan kerana warna kulit. Manusia bersatu bukan kerana negara. Manusia bersatu kerana kepentingan ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Memang betul pada awalnya manusia akan berkumpul dengan orang-orang yang sama bahasa, yang sama kulit, yang sama setempat atau sama agama. Ini menjadi asas awal untuk mereka mengenal dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Apa tujuan mereka berkumpul? Mereka berkumpul untuk mencari makan.  Mencari makan ialah asas ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk difahami?

Ekonomilah yang menjadikan asas untuk manusia berkumpul, berpasukan, berpersatuan, berparti atau bernegara. Manusia juga bertengkar, bertelagah, bergaduh dan berperang kerana ekonomi. Punca ekonomi ialah hakikat sejarah perjalanan tamadun manusia dari semenjak manusia mula merangkak, bangun, berjalan dan meninggalkan gua-gua batu di Kenya hingga ke hari ini. Sejarah manusia ialah sejarah mencari dan merebut peluang punca-punca ekonomi.

Kenapa susah sangat perkara ini untuk di fahami?

Orang Portugis, orang Belanda dan British datang ke Tanah Melayu dahulu bukan kerana  gian hendak makan petai atau tempoyak. Mereka datang untuk mendapatkan bijih, emas, rempah rampai yang boleh mereka bawa pulang ke Eropah. Barang ini untuk diniagakan. Untuk mendapat untung. Ini ekonomi.

George Bush menyerang Iraq bukan kerana hendak melawat Makam Abu Nawas di Baghdad tetapi untuk mengambil telaga dan loji-loji minyak. Ini perebutan punca ekonomi.

Kalau masih ada yang tidak yakin bahawa seluruh hidup dan tamadun manusia hari ini berpunca dari ekonomi maka cuba tanya diri sendiri - kenapa selalu sangat timbul cakap-cakap tentang orang Cina di Malaysia lebih kaya dari orang Melayu. Atau orang India di Malaysia lebih banyak yang menjadi doktor dan peguam. Atau  bangunan di bandar dan di pekan di Malaysia ini majoritinya di miliki oleh orang Cina. Semua  kenyataan ini sering dianggap dan dilihat sebagai kenyataan ‘politik’  tetapi asas kenyataan ini ialah perebutan ekonomi.

Semua parti-parti politik yang wujud dalam dunia ini ditubuhkan untuk tujuan ekonomi. Individu-individu berkumpul dan berpayung di bawah parti politik kerana mahu mendapat dan memiliki sumber-sumber ekonomi.

Parti-parti politik mungkin berselindung di belakang warna kulit, di belakang bahasa atau di belakang agama. Semua ini bohong. Bahasa, warna kulit dan agama tidak dapat membeli beras. Yang dapat membeli beras ialah duit. Duit ialah ekonomi.

Bahasa, bangsa dan warna kulit digunakan kerana senang untuk dijadikan asas awal untuk berkumpul dan berpersatuan.

Agama? Agama digunakan sebagai asas parti politik kerana ia senang untuk dijadikan payung luas untuk berkumpul. Yahwe, Buddha, Jesus, atau Allah direkrut oleh parti-parti yang berasaskan agama bukan bermakna parti itu suci dan dapat berurus secara peribadi dengan Yang Maha Esa. Yahwe, Buddha, Jesus atau Allah TIDAK pernah mengiakan atau memberi ‘endorsement’ kepada iklan-iklan parti-parti politik ini. Nama-nama tuhan ini digunakan bertujuan untuk merebut peluang ekonomi. Yang membuat dasar parti politik ini bukan Yang Maha Esa tetapi manusia dan ahli-ahli parti politik. Yang Maha Esa tidak pernah mengiakan atau menidakkan manifesto dan program parti-parti ini.

Justeru bolehkah Melayu bersatu? Jawabnya tidak mungkin malah mustahil. Kemustahilan ini muncul kerana manusia Melayu walau pun kesemuanya bercakap Melayu, berkulit sawo matang menganut agama yang sama  tetapi  memiliki asas ekonomi yang berbeza-beza.

United Malay National Organisation adalah parti yang mewakili kelas feudal, kelas komprador, kelas birokrat kapitalis dan kelas borjuis nasionalis Melayu. Kelas-kelas kapitalis inilah yang menjadi asas ekonomi parti politik ini.

(Komprador adalah peniaga perantaraan di antara rakyat tempatan dengan kapitalis antarabangsa. Borjuis nasional adalah kaum pemodal tempatan. Birokrat kapitalis adalah individu yang menjadi pemodal melalui badan-bandan kerajaan i.e SEDC)

Parti Pas pula diwakili oleh borjuis kecil, tuan tanah kecil, peniaga kecil, kaum tani, tuan punya warung, nelayan, Tok Peraih, guru-guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, intelektual lokal dan agamawan lokal. Mereka merasa selesa dengan Pas kerana kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka akan dijaga dengan baik  oleh parti ini.

Parti Keadilan Rakyat pula mewakili kumpulan yang seakan-akan sama asas ekonominya dengan Pas tetapi mereka tidak selesa dengan gaya hidup yang dibawa oleh Pas. Mereka lebih urban, lebih kosmopolitan dan memiliki pandangan dunia dan nafsu ekonomi yang luas berbanding dengan pengikut Pas.

Ada satu lagi kumpulan yang berpayung di bawah PKR – mereka ini adalah  kumpulan peniaga yang memiliki nafsu besar tetapi telah dipinggirkan oleh United Malay National Organisations, atau perniagaan besar mereka terpelecok ketika berlakunya krisis ekonomi 1997. Mereka ingin mencari payung baru agar nafsu dan kepentingan ekonomi mereka dapat berkembang.

Lihatlah ketiga-tiga kumpulan Melayu ini tidak memiliki asas ekonomi yang sama. Malah kepentingan ekonomi mereka bertentangan sama sendiri. Bangsa, bahasa dan agama hanyalah kulitan untuk mencari sokongan dan mengolah persetujuan.

Masih tidak yakin lagi?

Kalau tidak yakin tentang asas-asas ekonomi parti-parti itu mari kita melihat ke dalam United Malay National Organisation sendiri. Parti politik yang 1000% berahlikan manusia Melayu tidak pernah bersatu malah sesudah pilihan raya 2008 ini mereka kelihatan sedang beramuk sesama sendiri. Amukan yang sedang berlaku hari ini  berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi.

Mahathir Muhamad mewakili komprador dan borjuis nasional  yang selama 22 tahun ini telah kenyang dan montok. Apabila Abdullah Badawi masuk  maka para komprador dan borjuis ini  sedang di ketepikan kerana Abdullah sedang membawa susuk-susuk baru untuk menggantikan mereka. Dalam bahasa pasar Abdullah Badawi ada kroni baru dan kroni Mahathir dipinggirkan.

Amat jelas perebutan punca-punca ekonomi inilah yang menjadikan Mahathir melawan Abdullah dan hasilnya United Malay National Organisations bergaduh. Lima negeri yang di heboh-heboh jatuh ke tangan  Pakatan Rakyat bermakna lima punca ekonomi hilang. Ini tidak ada sangkut paut dengan agenda Melayu, ketuanan Melayu atau Bersatulah Melayu.

Orang Melayu di lima negeri ini tetap Melayu. Air Sungai Perak tetap mengalir ke laut di Bagan Datuk. Air Sungai Gombak tetap sampai ke Klang. Melayu di mana pun mereka berada akan  terpaksa juga  membayar tol kalau menggunakan Lebuh Raya PLUS. Justeru, ada kumpulan yang menuduh Abdullah Badawi lembik, ini hanyalah sebagai alasan di atas kehilangan punca-punca  ekonomi mereka. Mereka mahu seorang pemimpin yang ‘keras’ untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka terus berkembang i.e untuk mereka terus mendapat kontrak.

Siapa pula Tengku Razaleigh?

Ku Li ini mewakili kelas birokrat lama dan kelas feudal Melayu. Kelas birokrat ini muncul ketika dasar Ekonomi Baru di perkenalkan. Ketika itu kelas ini berenang dan berpesta dengan harta kekayaan negara. Kelas feudal Melayu juga dapat menumpang semangkuk. Apabila Mahathir masuk kelas-kelas ini hampir pupus kerana banyak dari perbadanan negeri ini diswastakan oleh Mahathir untuk menjadikan mereka borjuis nasional dan komprador. Ada kelas feudal Melayu yang berubah wajah seperti keluarga feudal Negeri Sembilan, mereka bersalin kulit untuk menjadi borjuis nasional agar tidak tercicir.

Adakah saya ini anti-Melayu? Jawabnya tidak. Saya bukan anti-Melayu. Saya hanya anti-perkara yang karut-marut. Saya yakin hanya kepentingan ekonomi sahaja yang menyatukan umat manusia. Manusia berkumpul untuk kepentingan kelas ekonomi mereka. Pertembungan kepentingan kelas inilah yang sedang berlaku di hadapan mata kita sekarang. Perebutan punca ekonomi ini sedang di kabur dan di propagandakan sebagai kepentingan bangsa, bahasa dan agama. Saya anti-sesiapa sahaja yang menjajakan perkara yang karut-marut.


Tindakan

Informasi

3 gerakbalas-gerakbalas kepada “Melayu bersatulah!- Hishamuddin Rais”

25 04 2008
chellole (03:11:24) :

My comment are;

The writing is a short sighted one and lacks objectivity. One does only talk about the malaise of the malays and muslims. Nobody or even any race can be the champion/perfect or can become the model for everyone else as it depends on what or how it is being looked or angled when you are evaluate it.

My question are
1. what wrong with malays trying to improve thier economic standing and stop to become the 2nd class citizen in thier own ancestry soil,
2. what wrong for the malays to be bersatu, even for the sake of economic reasons, is it a negative thing?,
3. Why focus only on malays negativity, can the writer though faculty change focus and zoom into other races so that a just and objective evaluation can be made and maybe for malays to learn from them.

Despite what being talked and say by all by those smart peoples, the facts remains on whats happening now i.e. after the PRU 12.
1. DAP quickly make inroads on thier race agenda that is “mega babi” project proceeded and the environmental impact goes to others. PKR & PAS can only nod. Is it not the project issue but the environmental impact issue.
2. Kampung baru in perak was given land titles. Why other states cant do the same for the malays. MB perak can only think about putting JAWI car no. plates.
3. Tender terbuka made a motto by DAP and PKR & PAS echoing it. Can you tell me who will benefit it. Its very insteresting to hear your indepth and critical comment on this.
4. NEP will goes down the drain. PKR & PAS nodding but add to be replaced with something else. If after so many years the NEP fail to deliver the 30% equity to the largest group race in the country what more if it being dropped. Is it wrong for the malays to ask for 30% and and in the first place why 30 %. Are you suggesting that lets the race begin with equal footing and see what happend next 10 to 20 yrs. I hope everybody could comprehend what is “keadilan” is all about in real sense. Why nobody talk about it?.

Lets talk and write on how to get going for the good of the malays and country as a whole. Lets opened the malays mind to critical thinking and out of the box created by others. Nepotism associated to the malays but smart prodigyship to others is not acceptable. Corrupt to the malays but smart partnership/networking to others is also not acceptable. Racist to the malays and free speech to other is not acceptable.

26 04 2008
Mafif (15:02:22) :

Ekonomi..ekonomi…!!!

28 04 2008
Ntahle (10:20:09) :

Aku sokong chellole 100%. No doubt about it. Aku harap DAP, dengan kebodohan PKR dan tolak ansur PAS, control Malaysia dengan cepat. Tak sabar aku nak tgk diorg berkuasa.

Skrng DAP dhpun tubuhkan badan pelaburan utk negeri Pulau Pinang yang CEO nye diambil dr ahli bangsa Cina parti Gerakan. Haa~ dh nmpk dh ade gaya2 S’pore. Tunggu masa je la tu. Aku harap bile DAP dh btol2 berkuasa, bolehlah parti ni control negara.

As soon as they take over I hope they would diminish MARA, SBP, JPA Scholarship and drop out Bahasa Melayu in public schools. Aku percaya orang pertama yang paling gembira dan teruja dgn langkah2 ni pastinye author article nih yg mmg bodoh. Akal pendek. Menulis article dengan tujuan utk mendapat rating pengunjung sahaja. Perjuangan yg sia2. Tade tujuan. Hanya semata-mata nak tunjuk bakat dan skill menulis dan menerbit artikel yang pedas supaya sedap dibaca dan popular. Oh manusia-manusia.

Author nih mesti bajet yg die sehebat pengkritik2 tegar yang lain. Padahal membazir tenaga je. Ape yang die buat utk contribute kt Negara pn aku x tau. Inikan nk harap die contribute kpd bangsa sendre. Agama? Lg la..Huh! Jangan harapla! Orang mcm die ni la yg bnyk habiskan beras.

Tu la org lupe diri nih. Apa yg Chellole ckp tu smer btol. Knape kalau Melayu buat dipanggil rasuah, klw bangsa lain dipanggil partnership. Mcm la bangsa2 kapir ni x rasuah. Sdgkn menteri2 die pn dok buat sex bebas. Ape ntah lg rasuah.

Xpe2…aku just mendoakan Malaysia ni tukar pemerintahan. Klw boleh jd mcm S’pore. Biar esok lusa menteri2 smer bg kt bangsa asing. Yg Melayu pegang hal ehwal agama. Sorg je. X bole lebih2. Menteri2 lain boleh bg bangsa2 lain dok pegang. ( kpd sesape yg buta, rajin2 kn lah diri utk bkak website kerajaan S’pore. Tgklah dan nilailah dgn mata kepala krg sendiri!! Tgk mcm mne nasib org Melayu kt situ. Investment wings kt S’pore tu smer pakat2 family Kuan Yew and bangsa Cina je yg pegang. Pg la check bodoh!)

Nanti kalau Malaysia nih dh tunggang terbalik, aku naaak sangaaat jumpe dgn author article nih. Nk tgk ape pendirian die wktu tu plak.

Lantak krg la kn. Masing2 dh besar. Lu pker la sendre!!

Tinggalkan komen

Anda boleh menggunakan tag ini : <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>