Mongolia mungkin akan putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia

2008 April 24
by aminiskandar

Jika kes pembunuhan Altantuya tidak diberikan perbicaraan yang adil, pemerintah Mongolia akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Itulah diantara maklumat baru yang diberi oleh bapa kepada Altantuya Shaariibuu dalam sidang akhbarnya bersama dengan Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail bersama-sama dengan beberapa ahli parlimen PKR siang tadi.

Dr. Shaariibuu Setev yang ditemani oleh peguam yang juga penterjemahnya,  Munkhsaruul Mijiddorj memaklumkan bahawa Perdana Menteri Mongolia telah memberitahu Abdullah Badawi tahun lalu mengenai perkara ini. Sila klik disini untuk berita selanjutnya dari Malaysiakini.

Apakah rakyat Malaysia hanya mahu mendiamkan diri melihat dunia membenci Malaysia hanya kerana tindakan segelintir orang?

Sedangkan 26 juta rakyat Malaysia tidak bersalah kepada Altantuya dan beribu-ribu lagi rakyat asing yang ditindas di Malaysia.

Apakah Najib sesuai untuk menjadi PM Malaysia yang keenam? Belumpun jadi lagi, Malaysia dah hampir hilang hubungan dengan satu negara. Renungkanlah……

5 Respons leave one →
  1. 2008 April 24

    Kalau tiada hubungan diplomatik macam mana Najib nak jadi duta di Mongolia?

  2. 2008 April 25

    pening.. pening..

  3. 2008 April 25

    Belum jadi PM sudah buang satu negara.
    Kalau dah jadi?

  4. 2008 April 25

    tu la camner dah jd mcm tsunami

  5. 2008 April 25

    NABIL: lu orang pikirla sendiri..!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS