
Majlis Pelancaran buku “Social Roots of the Malay Left” dan “Failed Nation” yang ditulis oleh arwah Rustam Sani petang tadi meriah.
Ramai hadirin dari pelbagai latarbelakang datang untuk memberikan sokongan.

Terserempak juga dengan ramai rakan-rakan lama, aktivis reformasi.

Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Anwar Ibrahim.

Rakan-rakan Rustam Sani seperti Syed Husin Ali, A. Samad Said, Hishamuddin Rais dan Noraini memberikan ucapan masing-masing mengenai pengalaman mereka bersama Rustam sewaktu beliau masih hidup.

Selain daripada itu, putera dan puteri Rustam turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Walaupun Arwah Rustam Sani telah meninggalkan kita, idea-idea dan pemikiran beliau akan terus hidup menyinari rakyat kearah Malaysia yang lebih baik.















anwar gaya cam PM lar!!
salam kenal. saya baru di dunia blog… sengaja cari ulasan majlis ni di google sampai sini. niat mahu ikut serta tapi ada aral.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya.Jasa mu tetap dikenang.
Tika di UKM dulu, saya memang respek abis ngan Allahyarham kerna kata-kata dan tulisannya hebat belaka! Sekarang nie hanya itu saja yang tinggal oleh orang yang hebat itu. Semoga ALLAH S.W.T mencucuri rahmatnya kepada Allahyarham Rustam A. Sani. Al-Fatihah!