SPR mengugut lagi….
Ketika Abdul Rashid Abdul Rahman Pengerusi SPR mendiamkan diri selepas gagal untuk melaksanakan “tugasnya” bagi memberikan kemenangan besar kepada BN, kini muncul Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar melonjakkan dirinya untuk menjadi jaguh baru SPR.
Wan Ahmad Wan Omar bukan hadir untuk membawa “Reformasi” kepada SPR. Beliau datang dengan membawa ugutan kepada ahli-ahli politik yang menggunakan laman web, blog dan sms untuk kempen pilihanraya.
Kata Wan Ahmad SPR akan mengawasi kempen di internet dan sms pada masa akan datang. Berita selanjutnya sili klik disini.
Banyak persoalan lain yang perlu dijawab oleh SPR mengenai perjalanan pilihanraya yang lalu. Isu “dakwat kekal” masih belum lagi selesai.
Wan Ahmad yang menggepalai delegasi SPR untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihanraya di Nepal 10 April yang lalu seharusnya malu apabila melihat bagaimana Nepal sebuah negara yang baru selesai konflik melaksanakan penggunaan “dakwat kekal” tanpa sebarang masalah.
Belum lagi ditambah dengan isu daftar pemilih yang tidak bersih, pengundi hantu dan sebagainya.
SPR juga harus sedar taktik mengugut sudah tidak lagi berkesan di Malaysia. Jika SPR masih lagi dengan cara lama, tidak mustahil satu hari nanti SPR akan dibubarkan dalam badan penggendali pilihanraya yang baru akan menggantikannya….















Cadangan utk menggantikan SPR dgn yg baru amat baik. Selagi SPR menjalnkan dasar yg sedia ada sampai bila kita tdk akan menjalankan sebuah pilihanraya yg telus dan adil – jikalau dakwat kekal tdk digunakan, sepi atau silent periode 48 jam ke hari mengundi, menghapuskan pondok panas, membenarkan pemerhati antarabangsa menjalankan pemantauan, memperbetulkan semula daftar pengundi berhubung dgn undi pos & bukti terdptnya apa yg disebut sbg “undi hantu” ? mengawasi kempen di internet & sms tak penah dibuat orang.. itu ruang universal & peribadi setiap insan – saya juga seorang international observer
Cadangan utk menggantikan SPR dgn yg baru amat baik. Selagi SPR menjalnkan dasar yg sedia ada sampai bila kita tdk akan menjalankan sebuah pilihanraya yg telus dan adil – jikalau dakwat kekal tdk digunakan, sepi atau silent periode 48 jam ke hari mengundi, menghapuskan pondok panas, membenarkan pemerhati antarabangsa menjalankan pemantauan, memperbetulkan semula daftar pengundi berhubung dgn undi pos & bukti terdptnya apa yg disebut sbg “undi hantu” ? Mengawasi kempen di internet & sms tak penah dibuat orang.. itu ruang universal & peribadi setiap insan – saya juga seorang international observer
SPR bukan masalah…ia hanya alat atau organisasi. Yang bermasalah ialah orangnya. Tukar orang saja dan betanggungjawab kepada Parleman tanpa perlu campurtangan JPM.
Salam Bro Amin,kerap semua yang dipilih mengetuai SPR adalah yang senang dicucuk hidung seperti kerbau tanpa perasaan dan tanggungjawab,dengan imbuhan rumput kerbau akan ikut perintah apasaja seperti kerbau bernama Ra-Shit yang munafik besar ! Tapi bro sorry pada sang kerbau yang tak pernah pun bersifat munafik dibanding yang mengetuai badan SPR,yang sepatutnya beramanah dan jujur ! Demi duniawi apasaja boleh disondol ,mereka ini mungkin bukan manusia !
sungguh tak tahu malu nampaknya spr ni.sudahlah pernah dikatanya kita beruk selepas menang besar,sekarang cuba nak buat undang2 yang bukan2 pula.isu yang dibangkitkan selama ini tak pernah dia peduli tiba2 sibuk pula dia dengan isu baru.dasar orang yang tak tahu malu.hormatilah kehendaK RAKYAT.jika semua media dinafikan,apa lagi yang boleh kami cari.kami amat dahaga kepada maklumattttttttttttttttt
Tukar namanya pun ok juga. Suruhanjaya2 ni tak lebih dari sandiwara atau drama pentas. Dah namanya suruhanjaya, bila disuruh tak dibuat tak suruhanjaya namanya – menjayakan susruhan org lain.. dlm dunia penciptaan hari ini lebih baik kita mencipta lagi dari memakai yg dah ada.. tukar namanya tukar orgnya tukar dasarnya – semuanya diubah kpd yg lebih baik. Dah sedia ke nak merubahnya – rasanya pihak selain SPR sudah terlalu banyak mengutarakan idea hanya tdk dipandang .. setelah mengeluarkan perbelanjaan yg banyak utk perlaksanaan dakwat kekal tapi tdk dipakai.. mana pergi dakwat tu hah.. dah dipakai utk signature utk lulus project ke..??????
spr smpi biler2 memperbodohkan rakyat
dah tak tahu nak di sebut apa lagi kepada orang yang mengendalikan SPR ni!
dari ketua sampai ke yang paling bawah. mungkin semua sama sahaja.
kalau yang bukan Islam tu senang untuk buat bandingan.
tapi memang susah untuk buat bandingan bagi orang yang konon berugama Islam.
bandingan dengan firaun ke, haman ke, abu lahab ke, abu jahal ke, iblis ke, syaitan ke, binatang ke atau apa sahaja yang layak, sedangkan Allah pun buat perbandingan untuk orang yang engkar dan zalim.
setahu saya orang yang mengendalikan SPR tu memang bukan makhluk yang baik tapi kita boleh rujuk Al-Quran dan Hadis untuk buat bandingan.
dalam surah Al-’Ashr. (demi masa) :
Demi masa (asar), sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan ber’amal soleh dan berpesan-pesan (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
SPR sebenarnya bukanlah badan bebas yang menjadi menjalankan suruhanjaya Pilihan Raya tetapi layak adalah suruhanjaya Penipu Rakyat. Eloklah dilakukan rombakan secara besar-besaran terhadap peneraju dan pegawai-pegawai SPR supaya mereka tida menjadi kuda tunggangan UMNO dan mereka yang berani menjalankan tanggungjawab tanpa menyebelahi nmana -mana parti.
komponen parti bn yang ke 15.
tapi takut bertanding.
slogannya perut dan dibawah perut.
ketua dah bebal @ nyanyuk.
orang bawahan dan ahli nya pengikut membabi buta.
Inilah masalah orang Malaysia, perasan bagus.
Terbang sampai Nepal nak pantau pilihan raya orang lain.
Negara sendiri – orang berarak penuh satu KL – masih buat pekak.
siapa yang percaya bahawa spr adalah satu badan yang telus memang sah kepala masuk air !!!! siapa pun yang duduk dalam spr pastinya memihak dan menjilat amno kalau tiidak mana boleh hidup. sejarah telah membuktikannya!!!!
SPR dan Ra-shit merancang Allah SWT menentukan – percayalah apa yang tersurat dalam AlQuran – Ra-shit dan kuncu2nya akan terima balasan Allah SWT yang setimpal jika ia masih tak mahu bertaubat.
cadangan saya bila ada tanda2 rashit nak mati kita minta RTM / TV3 buat live,mesti rating penonton meningkat mendadak
Kesian SPR . Lepas PEMILU 2008 , dah takde orang nak bercakap pasal SPR . Yang tengah hangat sekarang adalah musim Akademi Fantasia . Jadi AFUNDI lah SPR ! Ok !