You are currently browsing the monthly archive for Mei, 2008.

Malaysiakini melaporkan semalam 7 bekas pemimpin Angkatan Muda Keadilan bersama-sama Ezam menyertai Umno. Klik disini. Diantara yang dikatakan bersama-sama Ezam ialah Azwandin Hamzah.

Persoalannya sekarang, benarkah Azwandin Hamzah baru masuk Umno bersama Ezam semalam?

Terjumpa satu berita dalam laman web Pemuda Umno Wilayah. Terlihat Azwandin Hamzah dalam satu program Pemuda Umno Wilayah pada bulan Ogos 2007.

Azwandin Hamzah (kanan sekali) dalam satu program Pemuda Umno Wilayah pada bulan Ogos 2007

Anda tak percaya?

Klik disini.

Heboh sebelum ini ura-ura mengatakan Nora “Reformasi” dan Cikgu Badrul ingin menyertai Umno bersama-sama Ezam. Ramai juga menelefon dan sms bertanya tentang ini. Tak tahu pulak apa nak jawab.

Kedua-dua Nora dan Badrul telahpun mengeluarkan kenyataan penafian.

Klik disini dan sini.

Satu ketika dahulu, apabila Harun Idris ingin memasuki Umno (Baru)selepas Semangat 46 dibubarkan, keahliannya telah ditahan oleh MT Umno dizaman pemerintahan Dr. Mahathir yang kini merupakan bekas ahli Umno (Baru).

Harun Idris yang pernah disegani dizamannya akhirnya meninggal dunia sebelum sempat diterima sebagai ahli Umno (Baru).

Walaupun Pak Lah telah menerima kemasukkan Ezam, akan tetapi Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa keahlian Ezam perlu mendapat kelulusan MT. Klik disini.

Ertinya Ezam masih lagi belum menjadi ahli Umno yang sah walaupun telah mengisi borang dan membayar RM 100 untuk menjadi ahli Umno seumur hidup.

Apakah Ezam yang menjadi jaguh ketika zaman kebangkitan Reformasi akan menerima nasib yang sama seperti Harun Idris?

Saya cukup hairan  dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara.  Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total   terperanjat  gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat  mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam  le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun  tidak akan mengkhianati garis perjuangan  yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul   dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata -  dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut  suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata  – contre l’ oppresion de l’homme par l’homme.

Read the rest of this entry »

Gambar ehsan Malaysiakini. Chang Jiun Haur terlantar dihospital selepas diganasi polis.

Updates: Suhakam kutuk tindakan melampau polis

Posting Asal

Sedih apabila membaca berita, melihat gambar dan menonton video mengenai kejadian di Bandar Mahkota Cheras (BMC) malam semalam yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Klik disini untuk membaca berita dan melihat video mengenai tindakan polis yang tidak bertamadun itu.

Sebagai rakyat Malaysia, marah bercampur geram apabila melihat Polis bertindak seperti “anjing yang kelaparan” menerkam mangsa tanpa usul dan periksa.

Keganasan polis bukanlah perkara baru. Pada tahun 1998, ketika menyertai salah satu perhimpunan Reformasi, saya pernah melihat bagaimana polis memukul seorang makcik tua tanpa belas kasihan. Beliau dipukul hanya kerana bersama-sama dengan perhimpunan aman.

Peristiwa tersebutlah yang telah merubah hidup saya. Selepas peristiwa tersebut, saya terus aktif dengan gerakan reformasi walaupun tidak menyertai mana-mana parti politik.

Di Malaysia telah terbukti polis hanya menjaga kepentingan Barisan Nasional (BN) dan akan bertindak ganas apabila sesiapa cuba menggugat kekusaan dan kepentingan ekonomi BN. Selepas pilihanraya umum yang lalu, ramai pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa kerana kehilangan kepentingan ekonomi dibeberapa buah negeri menganjurkan beberapa siri demonstrasi.

Dengan menggunakan alasan “kepentingan Melayu tercabar”, Umno menganjurkan demonstrasi dibeberapa buah negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Kononnya hak Melayu sudah dirampas tetapi sebenarnya poket mereka yang semakin kosong!

Ketika itu adakah anda melihat polis bertindak terhadap mereka? Sudah tentulah tidak. Ini adalah kerana Polis Diraja Malaysia adalah sebahagian daripada Umno. Seperti juga di Indonesia, Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) pada zaman Soeharto adalah sebahagian daripada Parti Golkar.

Bagi yang pernah bersama-sama dengan demonstrasi-demonstrasi aman, keganasan polis bukanlah satu perkara yang baru. Tidakkira dizaman Mahathir atau Abdullah, polis tetap begitu. Sebab itu Musa Hassan bermati-matian tidak mahu IPCMC dilaksanakan di Malaysia. Jika ada IPCMC, polis akan menjadi lemah dan “rakyat tidak dapat dipukul lagi” seperti gambar diatas.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, saya merasa sangat malu oleh kerana saya percaya 20 anggota polis yang membelasah Chang Jiun Haur sudah pasti majoritinya orang Melayu yang beragama Islam.

Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan? Apakah “halal” untuk memukul Chan Jiun Haur semata-mata beliau orang Cina?

Dalam artikel sebelum ini saya menulis, “Apa pilihan Ezam?”. KLPOS semalam menyiarkan berita eksklusif mengenai penyertaan kembali Ezam kedalam Umno. Klik disini.

Dilaporkan juga Ezam akan bertemu dengan Perdana Menteri di parlimen pada pukul 3 petang ini. Klik disini untuk membaca laporan dari Malaysiakini.

Sehingga kini masih belum ada pengumuman ataupun penafian daripada Ezam mengenai “khabar angin” tentang penyertaan kembali beliau kedalam Umno.

Pelbagai spekulasi timbul. Menurut Ezam dalam satu laporan berita Malaysiakini yang disiarkan pada minggu yang lalu, beliau akan membuat pengumumannya minggu ini. Klik disini.

Sehingga saat ini masih belum ada pengumuman tergempar dari Ezam. Khabar angin tentang kemasukkan semula bekas Pengerusi GERAK tersebut kedalam Umno telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Muhammad Taib, Adnan Yaacob dan Najib mengalu-alukan kemasukkan Ezam kedalam Umno. Hishamuddin Hussein pula memberi tiga soalan kepada Ezam. Klik disini.

Dari PAS pula, Naib Presidennya, Husam Musa memberi undangan kepada Ezam untuk menyertai parti tersebut. Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Wan Azizah merasa pelik dengan keputusan Ezam tersebut. Klik disini.

Apa pula kata Anwar Ibrahim? Masih belum terdengar komen dari beliau.

Apa pilihan Ezam? Kena tunggu lagi…..

Sila klik disini untuk membaca tulisan Cikgu Amir mengenai isu ini.

Republik Kata bersoal jawab dengan Fathi Aris Omar, wartawan kanan Malaysiakini.com dan juga pengarang buku bertemakan gerakan reformisme pemikiran Patah Balek: Catatan Terpenting Reformasi bersempena sambutan ulang tahun ke-10 peristiwa Reformasi 1998.
 
Wawancara ini disediakan awal 2008, menjelang pilihanraya umum ke-12 – sebelum “tsunami politik” mengubah lanskap hubungan BN-pembangkang di Malaysia pada 8 Mac.
 
 Republik Kata (RK): September tahun ini, genap 10 tahun Gerakan Reformasi, yang telah menjadi petanda baru arus politik sehingga ada orang menyebut “saat-saat penakrifan baru”, atau the new defining moments, politik negara selepas Merdeka. Apakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Apakah yang “baru” itu?
 
Fathi Aris Omar (FAO): Ya dan tidak. Memang ada tanda-tanda baru kesedaran berpolitik dengan tema-tema baru muncul, khususnya semakin popular sejak era Reformasi 1998. Contoh mudah, tema-tema baru yang menjadi wacana politik Melayu seperti gerakan mansuhkan ISA, hak asasi dan juga penglibatan lebih ramai anak muda dalam politik pembangkang atau NGO.
 
Sebab itu saya selalu tegaskan, Reformasi 1998 itu tidak memadai kita lihat sebagai pertarungan politik Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir Mohamad. Di lapisan luar, memang kelihatan seperti itu, seolah-olah perebutan kuasa dua tokoh dalam Umno dan kerajaan. Itu sisi pandang makro, yang mudah ditafsir oleh banyak pihak.
 
Ada sisi pandang mikro yang sering diabaikan orang. Tetapi sebagai aktivis dan wartawan yang bergiat aktif pada waktu itu, saya suka mengetengahkan perspektif mikro. Supaya kita boleh nampak lapisan-lapisan analisis yang lebih luas, mendalam dan kompleks.
 
Kita ambil contoh mudah, siri-siri demonstrasi yang berlanjutan sejak Anwar dipecat sehingga aktivis-aktivis utama reformasi ditahan bawah ISA pada April 2001. Kita lihat tema-tema yang dibangkitkan mereka dan kita tengok penggerak-penggeraknya. Pastilah gejala ini baru dan khusus sebagai penanda aras lain dalam politik nasional.
 
Kita lihat kelompok-kelompok muda, walaupun sangat kecil, seperti Universiti Bangsar Utama (UBU), Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) atau Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT). Jelas, mereka ini bukanlah orang Anwar, bukan kumpulan NGO atau aktivis-aktivis lama yang menukar baju organisasi.

Read the rest of this entry »

Ketika khabar angin bertiup kencang bahawa Ezam akan menyertai Umno, Naib Presiden PAS, Husam Musa mempelawa Ezam untuk menyertai PAS.

Husam mendakwa media milik Umno cuba untuk memperbesar-besarkan cerita bahawa Ezam akan menyertai parti tersebut sedangkan Ezam masih belum membuat keputusan. Klik disini.

Husam dan Ezam ketika di Forum Jenayah dan Rasuah anjuran Salahuddin Ayub di KL tahun lalu

Ezam yang kini sedang berada di Jakarta memberitahu media tempatan beliau akan membuat sidang akhbar mengenai isu ini selepas pulang ke Kuala Lumpur pada hari Selasa nanti.

Apa-apa pun kita nantikanlah dulu sidang akhbar daripada Ezam nanti tentang keputusan sebenar beliau. Apa sahaja yang beliau akan katakan nanti akan memberikan impak kepada arena politik negara.

Nampaknya dua parti Melayu mahukan Ezam. PAS pun mahu, UMNO pun mahu.

Video dari Shufiyan, Malaysiakini

Berita berkaitan:

1) Malaysiakini: Husam ajak Ezam sertai PAS

Kampung Baru yang terletak ditengah-tengah ibukota Kuala Lumpur adalah satu-satunya perkampungan orang Melayu yang tinggal di kota metropolitan ini. Keunikan Kampung Baru telah menyebabkan ianya menjadi salah satu destinasi wajib bagi pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.

Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak biadap dan kurang ajar apabila mereka mengistiharkan kawasan Pasar Minggu Kampung Baru sebagai setinggan.

Pada 24 Mei 2008, lebih kurang pada pukul 11.20 pagi sekumpulan pasukan Penguatkuasa DBKL datang ke Pasar Minggu dan menampal notis supaya pendudukberpindah. Klik disini untuk membaca tindakan kurang ajar DBKL yang selanjutnya.

Jumaat lalu, DBKL telah berhadapan dengan tiga demonstrasi sekaligus:

KES 1: Penduduk Pasar Minggu, Kampung Baru membantah tindakan DBKL yang mendakwa kampung mereka sebagai kawasan setinggan.

KES 2: Penduduk Kampung Abdullah Hukum mendakwa mereka ditindas oleh DBKL dan tidak diberi pampasan yang sewajarnya.

KES 3: Penduduk dan peniaga Taman Desa Setapak membantah tindakan DBKL meroboh gerai mereka.

DBKL harus menyelesaikan isu penduduk Pasar Minggu Kampung Baru secepat mungkin sebelum mereka berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar. Ingat, sekarang rakyat semakin bijak dan berani. Walaupun saya bukan penduduk Pasar Minggu Kampung Baru, saya amat bersimpati dan menyokong perjuangan mereka.

Diharap anda juga akan bersama.

Bangun Melawan Pemerintah Yang Zalim!!!

Gambar ehsan dari blog Belia Pasar Minggu Kampung Baru

Param Cumaraswamy bekas rapporteur Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) mencangkan kerajaan menahan Dr. Mahathir dibawah ISA. Param mencadangkan kerajaan menggunakan ISA kepada Dr. Mahathir berdasarkan ucapan bekas Perdana Menteri tersebut di Johor pada 17 Mei yang lalu. Klik disini dan disini.

Dalam ucapan tersebut, Mahathir dikatakan memberi hasutan yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.

Memang benar, ucapan Mahathir tersebut mengapi-apikan sentimen perkauman. Begitu juga dengan pemimpin Umno, MCA, MIC ketika perhimpunan parti mereka.

Sebagai orang yang menentang ISA secara prinsip, cadangan yang dikeluarkan oleh Param itu amat menyedihkan.

Jika kita menentang ISA dan tahanan tanpa bicara, mengapa perlu kita sokong ISA digunakan terhadap musuh kita? Jika ini yang berada difikiran kita, ertinya ISA bukan ditentang kerana ianya zalim tetapi ianya ditentang hanya apabila teman-teman atau ideologi politik yang disokong menjadi mangsa.

Read the rest of this entry »

Kemaskini

Pertanggungjawaban harus diambil oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara. Saya bersetuju dengan pandangan Mohd Sayuti Omar yang mengatakan bahawa sudah tiada semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia. Klik disini untuk membacanya.

Mengapa ini berlaku? Saya pun tidak tahu. Saya pun tidak faham. Pemimpin negara hanya menyuruh kita bertenang dan menerima hakikat ini. Ertinya kita diminta untuk memaafkan sahaja kesalahan mereka kerana gagal mempertahankan kedaulatan negara.

Tidak kedengaran lagi kenyataan-kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu kehilangan kedaulatan negara ini. Terjumpa tulisan Husam Musa mengenai Pulau Batu Puteh satu ketika dahulu. Klik disini.

Kenyataan Karpal Singh: Keputusan ICJ mengecewakan (Malaysiakini)

Posting Asal

Begitulah yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Pada tahun 1965 dahulu, Malaysia telah kehilangan Singapura. 43 tahun selepas itu, Malaysia kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura. Selepas ini Malaysia akan kehilangan apa lagi?

Barisan Nasional telah gagal dalam tugas mereka untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Read the rest of this entry »

Hari ini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) dan National Institute for Electoral Integrity (NIEI) membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Ketua Hakim Negara dan Pengerusi SPR dalam isu konspirasi pembatalan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum pilihanraya.

BERSIH diwakili oleh Faisal Mustaffa dan NIEI diwakili oleh saya sendiri. Turut bersama-sama kami dalam membuat laporan polis pada hari ini ialah calon parlimen Rembau dalam PRU 12, Badrul Hisham Shaharin.

Kami membuat laporan polis ini oleh kerana percaya terdapat konspirasi terancang oleh keempat-empat penama diatas dalam usaha untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya lalu.

Tambahan lagi, wang rakyat sebanyak RM 2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal dari India tetapi tidak digunakan dan mungkin disimpan dalam “stor SPR” merupakan satu pembaziran wang rakyat yang harus dikutuk.

Dibawah ialah video laporan polis tersebut yang diambil dari Malaysiakini:

Berita berkaitan:

1) Malaysiakini: ‘Komplot’ 3 Tan Sri batal dakwat kekal dan Indelible ink ‘conspiracy’: Report lodged

2) Harakahdaily: Bersih buat laporan polis ke atas PM, Musa, Ghani dan Rashid

3) The Malaysian Insider: Indelible ink fiasco: Police report againts PM, 3 others

4) The Star: Indelible ink: Police report lodged against PM, EC chairman

Dari Blog:

1) Susan Loone:  48,000 bottles of ink down Pak Lah’s throat

2) Republik Kata: Laporan Polis BERSIH dan NIEI berhubung isu Dakwat Kekal

Musa Hitam apabila diminta mengulas mengenai tindakan Mahathir meninggalkan Umno, beliau berkata “Duri Dalam Daging telahpun keluar dari Umno”.

Hari ini diawal pagi lagi pada pukul 6.54, bekas Perdana Menteri menjawab Musa Hitam yang merupakan bekas timbalannya dalam isu “Duri Dalam Daging” didalam blognya. Klik disini.

Selain daripada itu beliau turut mengingatkan Shahrir Samad mengenai sejarah silam apabila Ahli Parlimen JB itu letak jawatan dan bertanding semula sebagai calon bebas.

Cuma satu perkara yang belum dijawab oleh Mahathir ialah mengenai kenyataan Musa Hitam mengenai berakhirnya era “Mahathirism”.

Esok laporan polis akan dibuat oleh BERSIH terhadap PM, Pengerusi SPR, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara dalam isu dakwat kekal. Laporan polis dibuat oleh kerana empat individu tersebut bersekongkol untuk membatalkan pengunaan dakwat kekal.

Sama ada kabinet memberi arahan atau cadangan bukanlah satu isu. Campurtangan kabinet telah membuktikan SPR tidak bebas dari politik kepartian.

Sila lihat butiran dibawah:

Jemputan Media
21 Mei 2008

Kepada Ketua Pengarang,

SIDANG MEDIA BERSIH: Laporan Polis Terhadap Komplot Isu Dakwat Kekal


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dengan laporan-laporan media mengenai percanggahan kenyataan mengenai penggunaan dakwat kekal semasa Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu di antara Perdana Menteri, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.


Berikut adalah butiran sidang media:

Tarikh : 22 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 11 pagi
Tempat : Balai Polis Dang Wangi, bersebelahan Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Diharapkan Tuan dapat menghantar wartawan/jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat Faisal Mustaffa 019-2232002 atau Medaline Chang 012-2192010.


Sekian, terima kasih

SEKRETARIAT BERSIH

Dr. Mahathir hari ini menerima tamparan hebat apabila anak bongsunya, Mukhriz Mahathir tidak mengikut jejak langkahnya untuk keluar dari Umno.

Mukhriz tetap setia bersama Umno tetapi menggesa Abdullah Badawi untuk meletakkan semua jawatan yang dipegang. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Misi Mahathir untuk menggesa ahli-ahli Umno untuk meninggalkan parti sehingga Abdullah Badawi meletakkan jawatan gagal apabila anaknya sendiri tidak mengikut gesaan itu.

Mukhriz boleh dikatakan belot kepada bapanya.

Dr. Mahathir yang bakal didakwa berikutan dengan kes pita video Lingam telah dimalukan oleh anaknya sendiri.

Jika Mukhriz tidak berani mengikut jejak bapanya, siapa lagi yang berani? Kasihan Mahathir. Nasib baik isternya Siti Hasmah dan Sanusi Junid tetap setia…..

Video Mahathir umum keluar Umno. Dalam video tersebut bekas PM menyatakan beliau tidak akan suruh sesiapa bertindak keluar parti jika beliau tidak berani melakukannya. Mukhriz membuktikan yang beliau tidak berani mengikut jejak bapanya.

Tiba-tiba  saya menerima satu panggilan telefon dari Pulau Pinang. Si pemanggil ialah  Bakal Awek saya , seorang Minah cun yang bukan anak Mamak atau anak Mami. Dia memberitahu  yang dia baru pulang dari Kedah kerana menghadiri diri  dalam satu perhimpunan United Malays National Oganisation yang bersunat dan  bukan perhimpunan haram yang tidak bersembelih.

Bakal Awek saya ini telah mengkongfirmkan berita bahawa  Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana  Malaysia kita semua telah ‘ terberak dalam seluar… opps .. telah meninggalkan parti United Malays National Organisation’.

( Bakal Awek saya ini adalah agen  yang saya upah untuk  mengekori ke mana sahaja bekas Perdana Menteri kita ini menjelajah) .

Apabila berita itu saya terima maka saya ingin memberi ingatan kepada pembaca dan seluruh warga Malaysia:  Tolong jangan hina Tun Dr. Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri kita semua.

Read the rest of this entry »

Pengasas Umno (Baru), Dr. Mahathir hari ini mengumumkan untuk meninggalkan parti tersebut. Parti Umno (Baru) ditubuhkan selepas Umno diharamkan pada tahun 1988.

Sebagai pengasas yang memegang nombor keahlian 001, beliau memilih untuk meninggalkan parti yang telah berusia 20 tahun itu. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini. Bekas PM itu meninggalkan Umno (Baru) oleh kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan Abdullah Badawi.

Turut bersama-sama meninggalkan Umno (Baru) ialah Sanusi Junid. Sila klik disini. Sebelum ini dilaporkan Ku Li juga mengikut jejak Mahathir. Akan tetapi berita tersebut tidak benar. Ku Li akan terus berada dalam Umno untuk mencabar Abdullah pada pemilihan Umno yang akan datang.

Dr. Mahathir menyeru pimpinan dan ahli Umno mengikut jejak langkahnya untuk meninggalkan Umno selagi Pak Lah terus menjadi presiden. Akan tetapi beliau menasihatkan ahli-ahli yang meninggalkan parti agar tidak menyertai parti lain.

Siapa lagi yang akan mengikut jejak Dr. Mahathir?

Beranikah Mukhriz? Beranikah Najib? Beranikah Hishamuddin Tun Hussein? Beranikah Khir Toyo?

Atau hanya pemimpin-pemimpin veteran sahaja yang akan mengikut jejak langkahnya?

Kalau dilihat sejarah Umno, kebanyakkan pemimpin mereka adalah penakut. Mereka takut kehilangan kuasa dan wang ringgit.

Sementara itu Shahrir Samad menyeru semua pihak bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya baru berikutan dengan tindakan Dr. Mahathir keluar dari Umno. Klik disini.

Gambar: Diambil sewaktu Dr. Mahathir memberikan ucapan pembukaan di Forum Dinar Economy tahun lalu di PWTC.

Berkaitan:

1) Musa: ‘Duri dalam daging sudahpun terkeluar’.

2) Mukhriz dicabar ikut jejak Dr. Mahathir.

3) Dr. M’s final move to topple Abdullah.

4) Ku Li tak akan tinggalkan Umno.

5) Dr M keluar Umno: “Saya orang paling gembira di dunia”.

6) Siti Hasmah turut keluar Umno.

Begitulah yang dapat saya simpulkan selepas membaca posting terbaru daripada bekas MB Selangor, Dr. Khir Toyo. Klik disini untuk membaca tulisan Khir Toyo yang menjadi “hensem” oleh kerana makan banyak tempe.

Khir Toyo dijangkakan akan memberikan saingan kepada menantu PM dalam pemilihan Umno akan datang. Gambar ehsan Malaysiakini.

Diantara yang ditulis oleh Khir Toyo adalah seperti berikut:

“Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu ia merupakan perjuangan mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu”.

Menyentuh mengenai Bahasa Melayu yang kini telah dimiliknegarakan sebagai Bahasa Malaysia. Bukankah Umno sendiri yang menyebabkan Bahasa Melayu lemah?

Buktinya ialah apabila mata pelajaran Sains dan Matematik yang dahulunya diajar dalam bahasa kebangsaan diubah oleh Umno dan kini diajar dalam Bahasa Inggeris.

Alasan yang dikemukan oleh pimpinan Umno pada ketika itu cukup dangkal iaitu kebanyakkan buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik ialah dalam Bahasa Inggeris.

Jika buku rujukan dalam Bahasa Inggeris, apa masalahnya? Apa guna kita ada Institut Terjemahan Negara? Di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan, buku-buku dalam Bahasa Inggeris telah diterjemahkan kedalam bahasa mereka agar rakyat tidak ketinggalan untuk membaca mengenai idea-idea baru dan isu semasa.

Bukankah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur?

Mengenai kedudukan Raja-raja Melayu, bukankah Umno yang mengurangkan kuasa Raja-raja dizaman Dr. Mahathir dulu?

Umno juga yang menentang Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong dalam isu perlantikkan MB Terengganu. Jadi tidak benar Umno menjaga kedudukan Raja-raja Melayu.

Agenda Ketuanan Melayu yang dijaja oleh Umno tidak lagi laku oleh kerana penipuan yang dilakukan oleh Umno sendiri terhadap orang-orang Melayu. Sebab itu dalam pilihanraya umum yang lalu, orang-orang Melayu sudah pandai menilai. Mereka memberi undi bukan berdasarkan kaum dan agama. Mereka memberi undi kepada mana-mana calon tidak kira Melayu, Cina dan India yang ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Yang tercabar dengan Agenda Ketuanan Rakyat bukan orang-orang Melayu. Nasib orang-orang Melayu akan terus diperjuangkan. Yang tercabar sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin Umno dan BN oleh kerana politik perkauman sudah tidak laku lagi di Malaysia.

Maka pemimpin BN tidak kira Melayu, Cina dan India yang selama ini merompak harta kekayaan negara tidak akan dapat lagi berbuat demikian.

Sebab itu mereka takut dan cuba mengapi-apikan sentimen perkauman. Porahhhh Khir Toyo!!!

Selain daripada itu, Khir Toyo turut menyatakan Ketuanan Rakyat ialah idea Republik. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Apa kena mengena Ketuanan Rakyat dengan Republik?

Hari ini, pengerusi SPR, Abdul Rashid memberitahu media bahawa kabinet Abdullah Badawi yang sebenarnya membantah penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang lalu. Sila klik disini untuk berita dari Malaysiakini.

Baru-baru ini Syed Hamid mendedahkan di parlimen yang laporan polis berasakan kepada khabar angin mengenai pembelian dakwat kekal oleh parti-parti politik untuk tujuan penyelewengan pilihanraya. Klik disini.

Sebelum ini saya ada menulis di Malaysiakini mengenai isu dakwat kekal, perbandingan dengan pilihanraya di Nepal. Klik disini.

Jelaslah disini bahawa kebinet Abdullah Badawi tahu yang mereka akan kalah dalam pilihanraya ke 12 yang lalu jika dakwat kekal digunakan. Jelas juga yang SPR hanyalah alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat dalam pilihanraya umum.

Adapun begitu, simpati tidak harus diberikan kepada pengerusi SPR tersebut. Beliau memang terkenal dengan lidahnya yang bercabang.

Namun tabik dan hormat boleh diberikan sekiranya beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia oleh kerana bersekongkol dengan kerajaan polis dan peguam negara untuk membantu BN memanipulasi pilihanraya.

Musa Hassan juga harus letak jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Begitu juga dengan Gani Patail.

Abdul Rashid, Musa Hassan dan Gani Patail menjadi alat Barisan Nasional untuk menipu rakyat Malaysia. Letak jawatan atau disumbat oleh rakyat Malaysia kedalam tong sampah sejarah!!!

Video ehsan Kickdefella.

Suruhanjaya diraja yang menyiasat kes pita Lingam mencadangkan agar Dr. Mahathir bekas perdana menteri untuk disiasat berhubung dengan peranan beliau dalam perlantikan hakim-hakim sewaktu berkuasa dahulu.

Selain pengerusi Yayasan Perdana itu, Tengku Adnan, Vincent Tan, Ahmad Fairuz, Eusof Chin dan VK LIngam turut dicadangkan agar disiasat. Klik disini untuk berita dari Malaysiakini. 

Perkembangan ini sudah pasti akan merancakkan lagi “perebutan kuasa” di Malaysia.

Dalam pertarungan diantara Anwar dan Najib untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila “mentor” Najib Tun Razak, bekas perdana menteri Malaysia akan dihadapkan kemuka pengadilan.

Jika suruhanjaya diraja ini tidak bermain wayang, Dr. Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri yang dihadapkan kemuka pengadilan.

Jangan salah baca. Jangan salah congkak. Pembacaan politik yang betul amat penting untuk mengambil tindakan yang tepat. Politik wajib ditakrif sebagai perang di atas meja. Jika perang di atas meja ini gagal maka perang senjata di darat, laut, padang pasir atau hutan akan di mulakan.

Sejarah manusia adalah sejarah perang untuk mengambil kuasa. Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran satu kelas dengan yang lain untuk merebut kuasa demi kepentingan ekonomi. Hukum alam ini tidak pernah beralih-alih atau berubah. Inilah perjalanan sejarah tamadun  manusia. Perebutan ekonomi adalah  asas yang menimbulkan perang – sama ada perang di meja mahu pun  perang di hutan.

Pakatan Rakyat sekarang ini sedang melancarkan perang untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Pakatan Rakyat sedang melakukan perang ini agar punca-punca ekonomi dapat disusun kembali. Penyusunan ekonomi ini amat penting. Punca-punca ekonomi Malayssia wajib di agih-agihkan  semula secara demokratik  dan adil. Dasar ekonomi Pakatan Rakyat ialah untuk kesejahteraan ramai. Bukan kesejahteraan kroni, anak bini atau penyokong parti.

Read the rest of this entry »

Sebelum ini Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena menggelar menantu PM, “Babi Negara”. Hari ini Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak menggelar suami kepada Nori Abdullah sebagai “Pengerusi Pasar”.

Gambar diambil dari sini.

Menantu PM yang sebelum ini dikatakan ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada umur 40 tahun kini telah mengambil alih “jawatan” sebagai “rottweiler” kepada Barisan Nasional di parlimen daripada Bung Mokhtar dan Mohd Said.

Kalau dahulu, BN mempunyai Bung Mokhtar dan Mohd Said, kini mereka boleh berehat sedikit. Menantu PM kini menggepalai “rottweiler” BN untuk menyerang apa sahaja hujah daripada ahli parlimen pembangkang.

Kesian menantu PM, dah turun pangkat dah dia……

Selepas ini apa lagi gelaran yang boleh diberi kepada “rottweiler” BN ini? Ada cadangan?

Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin mencadangkan agar rakyat Malaysia mula makan ubi untuk mengatasi krisis beras mahal. Sila klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Setelah negara merdeka selama 50 tahun, ISIS mahu rakyat Malaysia kembali hidup seperti dizaman penjajahan Jepun satu masa dahulu.

Apa kata anda?

Setuju atau tidak?

Ada cara lain untuk atasi beban ini?

Seperti biasa, selepas hilang majoriti dua pertiga di parlimen, pelbagai helah cuba dilakukan oleh Umno dan BN. Isu perkauman adalah salah satu aset terbaik yang selama ini telah memanfaatkan BN.

Oleh kerana Karpal Singh bukan Melayu dan beliau bercakap tentang Raja Melayu, maka beliau diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Laporan-laporan polis dibuat terhadap Karpal dan polis telahpun mengambil keterangan daripada Karpal.

Selepas Reezal Mamak dan GPMS cuba menjuarai isu ini, kini muncul pula “Hisham Keris”.

Hisham Keris berikrar Pemuda BN akan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Kita jangan terpengaruh, Pemuda Umno dan Pemuda BN tidak pernah mempedulikan Raja-raja Melayu. Mereka hanya mahu memperalatkan isu untuk membangkitkan sentimen perkauman.

Tak percaya?

Dimana Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN ketika Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu dihina dan diaibkan oleh Abdullah Badawi dan Umno oleh kerana tidak mahu melantik Idris Jusoh sebagai MB Terengganu?

Jelas, mereka (Hisham Keris, Pemuda Umno dan Pemuda BN) ini semuanya penipu, pembohong dan kaki kelentong!

Reezal Mamak dan GPMS bising oleh kerana Karpal Singh mempertikaikan tindakan Sultan Perak berhubungan isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Sila klik disini.

Ketika Umno menderhaka kepada Agong dan Sultan Terengganu, dimanakah Reezal Mamak dan GPMS? Mengapa amalkan “double standard”?

Tindakan Reezel Mamak ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membodek pimpinan Umno dan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Rakyat diminta jangan terpengaruh dengan propaganda murahan GPMS. Tambahan lagi semua rakyat tahu yang GPMS tidak berpengaruh. Pimpinan tua yang berada dalam GPMS sungguh tidak “cool” dan langsung tidak menarik hati pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung untuk menyertainya.

Kalau tidak percaya, mari kita buat bancian tentang berapa ramai pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia yang bersetuju dengan GPMS. Ada berani?

Kepada Reezal Mamak dan GPMS, hentikanlah penipuan itu… Kalau benar kamu semua pejuang Melayu, mengapa tidak persoalkan Rosol Wahid dan Umno Terengganu yang memanggil Sultan mereka “natang” (Binatang dalam loghat Terengganu)?

Takkan dah lupa kot?

Kah kah kah kah!  Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu anak raja. Kah kah kah. Kamu anak Rajakapoorlaaaa. Kah kah kah kah.

Padan muka kamu Raja Petra. Kamu ingat kamu old boy budak kolek ? Kamu ingat budak kolek  terer! Kah kah kah kah. Padan muka kamu. Kamu ingat siapa lagi terer? Budak  St. John ke atau budak kolek?  Kamu sudah silap. Padan muka. Kah kah kah kah.

Berapa kali telah saya ingatkan si  Raja Petra ini tetapi si Bedul ini begal, degil dan liat. Bila saya cakap dengan dia apa jawapannya  – please address me as  Pak Engku. Kah kah kah. Dia ingat dia anak raja. Woit Petra kamu anak  Rajakapoorlaaaalah.

Read the rest of this entry »

Mari Humbankan Pembunuh Altantuya Ke Neraka Jahanam Oleh :Raja Petra Kamarudin

Hari ini kita tidak akan bercakap mengenai politik. Tidak juga mengenai kaum ataupun agama. Hari ini kita akan bercakap mengenai manusiawi. Hari ini marilah kita berbincang bagaimana melancarkan satu kempen “Keadilan untuk Altantuya: kembalikan dignity (martabat) Malaysia.” Marilah kita humban mereka yang membunuh Altantuya ke neraka jahanam.

Malam kelmarin saya telah pergi makan malam bersama segelintir kawan-kawan. Dalam perjalanan ke restoran itu seorang kawan baik, Din Merican, telah menelefon saya memberi maklumat mengenai sidang akhbar Dr. Setev Shaaribuu yang telah diadakan pada siang hari itu. Saya dengar sahaja dengan khusyuk apa yang diceritakan oleh Din dan tidak dapat menahan perasaan untuk memotong cakapnya dengan berkata: “ Aku adalah ayah kepada dua orang anak perempuan, Aku boleh bayangkan apa yang dirasakan oleh Shaaribuu. Celaka betul bedebah itu!”

“Aku pun ada tiga orang anak perempuan,” jawab Din. “Mereka itu adalah binatang, tidak berguna. Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!” Inilah yang saya katakan, keadaan yang tidak terkata – dan apabila anda perlu berkata sesuatu memang tidak ada perkataan yang sesuai dapat menggambarkan perasaan diri. Apa rasanya kalau sumpah seranah hanya merupakan perkataan yang boleh digunakan untuk menentang dan membuatkan diri merasa sudah mampu menyatakan kemarahan dan kebencian dalam keadaan yang paling wajar.

Read the rest of this entry »

Raja Petra Kamarudin (RPK) didakwa menghasut hari ini berhubung dengan artikel beliau di Malaysia Today, “Let’s Send the Altantuya Murderers to Hell” pada 25 April.

Artikel tersebut mengaitkan pengelibatan Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sila klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini.

Raja Petra kini ditahan di penjara Sg. Buloh kerana enggan membayar wang ikat jamin di Mahkamah Petaling Jaya sebanyak Rm 5,000.

Berkaitan:

1) MSO

2) Rocky Bru

3) Nuraina Samad

4) Kuda Ranggi

5) Susan Loone

Semua gambar diambil oleh penulis.

Lagi gambar? Klik sini.

Baru sahaja bercakap dengan saudara Ahirudin Attan. Esok, Raja Petra Kamarudin (RPK) telah dimaklumkan oleh polis untuk ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9.30 pagi untuk didakwa dibawah Akta Hasutan.

Raja Petra akan didakwa berikutan dengan artikel yang ditulisnya sebelum ini di laman web Malaysia Today, “Lets send the Altantuya murderers to hell”. Sila klik disini untuk maklumat berkaitan.

Jelaslah “modus operandi” yang sama digunakan oleh BN. Selepas pilihanraya umum 1999, BN telah menutup akhbar Eksklusif dan menghadkan pengeluaran Harakah.

Sekarang selepas pilihanraya umum 2008, BN kini menyerang laman web dan blog. Raja Petra telah menjadi mangsa pertama.

Selepas ini pasti ramai lagi yang akan menjadi mangsa. Tetapi anda semua jangan takut, teruskan berjuang. Rakyat pasti bersama!!!

 

Malaysiakini melaporkan menantu PM, tidak mahu mengulas isu “beruk” apabila ditanya oleh wartawan. Sila klik disini.

Mengapa menantu PM tidak mahu mengulas isu ini?

Kerana ego dan kesombongan?

Apa kata anda?

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita Raja Petra Kamarudin (RPK) penggendali laman web terkemuka Malaysia Today. RPK di”ganggu” polis oleh kerana tulisannya yang bertajuk “Let’s send the Altantuya murderers to hell”. Sila baca terjemahan artikel tersebut yang diusahakan oleh Laman Marhaen disini.

Polis Malaysia yang sentiasa terlibat dalam membantu pemimpin-pemimpin BN merampas komputer riba RPK kerana dalam tulisan tersebut, terdapat perkaitan diantara Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor dengan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tidak berapa lama selepas Setiausaha Media Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya, RPK didatangi polis.

Sebelum didatangi polis pada 2 Mei, RPK telah membalas surat yang dihantar oleh Setiausaha Media Najib Tun Razak. Sila klik disini.

Siapa lagi yang akan disoal polis selepas ini?

Pada 2 Mei, Anwar Ibrahim telah menulis diblognya berkaitan dengan pertemuan beliau dengan Dr. Shaariibuu Setev, ayah kepada Altantuya. Sila klik disini.

Dalam tulisan tersebut, Anwar turut mempersoalkan mengapa Najib Tun Razak tidak disoalsiasat oleh polis berkenaan dengan kes pembunuhan Altantuya. Ini adalah kerana Razak Baginda adalah kenalan rapat beliau sementara dua orang UTK yang didakwa membunuh Altantuya adalah pegawai pengiring beliau.

Anwar turut menyatakan sokongan beliau kepada RPK apabila disoalsiasat oleh polis dalam tulisannya disini.

Persoalannya sekarang, siapa lagi yang akan dipanggil oleh polis selepas RPK? Apakah akan tiba giliran Anwar Ibrahim?

Di Malaysia semuanya tidak mustahil.

1 Mei 2008

Menariknya hidup ini bila dapat masa yang begitu lumayan untuk membaca. Tidak kira apa bentuk saluran atau jaringan komunikasinya, yang pasti intipatinya menarik dan ada unsur unsur nasihat, peringatan, aspek kitaran sejarah atau sesuatu yang geli. Lantas ingin aku lanjutkan di sini untuk bacaan umum sekelian bahawa petikan di bawah ini perlu diselidiki dan ditelanjangi.

[ “…Wah.....selama hampir 10 tahun kita berjuang dengan pelbagai tekanan dan kesempitan hidup tiba-tiba ada orang yang tidak pernah kami tahu datang mahu mengumpul golongan reformis, mahu bertindak sebagai jurucakap dan pengerusi untuk membela reformis dan menentukan arah. Pelik bukan, mana orang ini sebelum ini.!”] – petikan dari laman blog http://nnora75reform.blogspot.com/

Rasa tertarik dengan pernyataan saudari Nora di dalam blognya tempohari membuatkan aku meninggalkan “khalwat” aku sebentar dan terus mengetuk papan kekunci ini untuk menulis tentang juak juak yang ingin, suka dan hobinya menangguk di air keruh.

Read the rest of this entry »

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.

Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.

Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS), Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.

Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selngor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.

Berkaitan:

1) Malaysiakini.

2) Harakahdaily.

3) Utusan Malaysia.

4) The Star.

Updates: Laman Malaysia Hari Ini menyelar tindakan KeAdilan Selangor buat laporan BPR dalam isu Balkis.

Updates

Siaran langsung sidang parlimen akan diteruskan. Klik disini.

Posting Asal

Semenjak dari awal lagi, sudah dapat diagak bahawa tindakan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan siaran langsung sidang parlimen adalah “wayang” semata-mata.

Pada mulanya Menteri Penerangan, Shabery Cheek memperkenalkan siaran langsung sidang parlimen adalah untuk memberi harapan kepada rakyat bahawa BN bersedia untuk menjadi lebih telus dan terbuka.

Tetapi apabila sidang parlimen yang pertama berjalan, mereka (baca: BN) melihat jika siaran langsung sidang parlimen diteruskan, rakyat Malaysia akan terdedah kepada maklumat-maklumat yang selama ini disekat.

Contohnya seperti ISA, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.

Jika ini berlaku, populariti BN dikalangan orang-orang kampung di pendalaman akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak keuntungan politik.

Tambahan pula sekarang ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang adalah 82 orang. Sudah pasti suara pembangkang akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan rakyat boleh menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Penghentiaan siaran langsung sidang parlimen ini, adalah perkara yang sudah boleh diagak semenjak awal lagi. Klik disini untuk membaca kenyataan Abdullah Badawi mengenai isu ini.

Sementara Shabery Cheek pula memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan siaran langsung sidang parlimen. Klik disini.

Sila baca tulisan terbaru saya di Malaysiakini tentang Shabery Cheek di Kolum saya “Borak-borak” yang bertajuk “Alahai Shabery, Blog di RTM”.

Jelaslah “reformasi” yang kononnya cuba dibawa oleh Pak Lah dan Menteri-menteri BN adalah kosmetik semata-mata.

Jangan terkejut jika selepas ini Suruhanjaya Anti Rasuah yang diperkenalkan oleh PM juga tidak akan bergerak sepertimana IPCMC yang “kononnya” mahu dilaksanakan oleh Bapa Mertua Khairy tersebut.

Posting berkaitan, klik disini.

Pemilik Blog

Komen

Setiap komen akan melalui proses "Moderation" terlebih dahulu. Komen-komen yang bersesuaian akan disiarkan. Sebarang komen-komen yang menggunakan Anonymous, perkataan lucah dan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman tidak akan dilayan. Jika ada sebarang pertanyaan atau maklumat yang ingin dikongsi bersama, sila email kepada: amin.iskandar@gmail.com

Calendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031