You are currently browsing the daily archive for Mei 2nd, 2008.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) negeri Selangor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isteri kepada bekas MB Selangor (Khir Toyo), Zaharah Kechik.
Laporan dibuat kepada BPR berikutan dengan dakwaan pemindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat.

Laporan BPR ini diketuai oleh Ketua Penerangan KeAdilan Negeri Selangor, Mohd. Nasharudin Abdul Aziz dan pimpinan negeri Selangor bersama-sama dengan Badrul Hisham Shaharin, Ahli MPT KeAdilan.
Laporan setebal 15 muka surat itu diserahkan oleh Mohd. Nasharudin kepada Pegawai BPR Selangor, Mohd Anuar.

Ketika Nasharudin, Badrul dan dua orang lagi pimpinan KeAdilan membuat laporan rasmi dipejabat Mohd Anuar, Timbalan Ketua Bahagian KeAdilan Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS), Sarifuddin Budin mengetuai beberapa orang lagi untuk merentangkan “banner” yang berbunyi, “Bapa borek, anak rintik, Suami sebat isteri rembat, Zaharah… Pulangkan dana Balkis”.

Selepas selesai membuat laporan, Mohd Nasharudin yang ditemui wartawan mengatakan bahawa pegawai BPR menasihatinya dan rakan-rakan agar tidak mendedahkan laporan setebal 15 muka surat tersebut.
Selain daripada itu, pegawai BPR menyatakan kepada beliau siasatan terhadap Zaharah Kechik dan Balkis akan dimulakan oleh kerana laporan yang dibuat oleh KeAdilan Selngor tersebut memberikan alasan kepada BPR untuk memulakan tindakan.
Berkaitan:
1) Malaysiakini.
2) Harakahdaily.
3) Utusan Malaysia.
4) The Star.
Updates: Laman Malaysia Hari Ini menyelar tindakan KeAdilan Selangor buat laporan BPR dalam isu Balkis.
Updates
Siaran langsung sidang parlimen akan diteruskan. Klik disini.
Posting Asal
Semenjak dari awal lagi, sudah dapat diagak bahawa tindakan Kementerian Penerangan untuk menyiarkan siaran langsung sidang parlimen adalah “wayang” semata-mata.
Pada mulanya Menteri Penerangan, Shabery Cheek memperkenalkan siaran langsung sidang parlimen adalah untuk memberi harapan kepada rakyat bahawa BN bersedia untuk menjadi lebih telus dan terbuka.
Tetapi apabila sidang parlimen yang pertama berjalan, mereka (baca: BN) melihat jika siaran langsung sidang parlimen diteruskan, rakyat Malaysia akan terdedah kepada maklumat-maklumat yang selama ini disekat.
Contohnya seperti ISA, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Jika ini berlaku, populariti BN dikalangan orang-orang kampung di pendalaman akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak keuntungan politik.
Tambahan pula sekarang ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang adalah 82 orang. Sudah pasti suara pembangkang akan menjadi lebih kuat berbanding dahulu dan rakyat boleh menilai apa yang baik dan apa yang buruk.
Penghentiaan siaran langsung sidang parlimen ini, adalah perkara yang sudah boleh diagak semenjak awal lagi. Klik disini untuk membaca kenyataan Abdullah Badawi mengenai isu ini.
Sementara Shabery Cheek pula memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan siaran langsung sidang parlimen. Klik disini.
Sila baca tulisan terbaru saya di Malaysiakini tentang Shabery Cheek di Kolum saya “Borak-borak” yang bertajuk “Alahai Shabery, Blog di RTM”.
Jelaslah “reformasi” yang kononnya cuba dibawa oleh Pak Lah dan Menteri-menteri BN adalah kosmetik semata-mata.
Jangan terkejut jika selepas ini Suruhanjaya Anti Rasuah yang diperkenalkan oleh PM juga tidak akan bergerak sepertimana IPCMC yang “kononnya” mahu dilaksanakan oleh Bapa Mertua Khairy tersebut.
Posting berkaitan, klik disini.

Komen Terkini